Nuffnang

Advertlets

Pesanan AC

Segala kelemahan dalam Blog ini datangnya dari penulis sendiri, dan semua kesempurnaan datang dari Allah s.w.t.

Kepada sahabat-sahabat Blogger sila linkkan blog Assassin Cyber di bloglist anda dan AC akan linkkan blog anda di list kami.

Kepada anda yang ada artikl menarik dan ingin dikongsikan sila email ke:

E-mail: telebihsudah@gmail.com

FOLLOW JIKA BERANI

Klik Butang Like Di Bawah

TUKAR SIZE FONT

Change Text Size
+A +A +A +A +A

30 April, 2012

SAYA ORANG ISLAM, SAYA TINGGAL DI SINI, BINI SAYA ORANG MALAYSIA, JANGAN BIADAP





TQ: Gossip Rakyat

ANWAR IBRAHIM HALAU KELUAR WARTAWAN SENDIRI




Anwar Ibrahim pemimpin rakus. Pemimpin yang tidak boleh menerima kritikan orang lain. Bajet dia yang paling perfect. 

Untuk wartawan Cina: Baru kau tau siapa sebenarnya pemimpin pujaan kau tu. Belum memerintah lagi sudah menunjukkan kepimpinan kuku besi. Kalau esok dia jadi Perdana Menteri apa akan jadi? Apa yang akan dia buat. Rasanya dia akan lebih berkuasa dari YDPA.

Beringat sebelum kena, jangan menyesal setelah terkena. Dah terkena, menyesal tidak ada gunanya.

UPDATE



Hoi! Anwar Ibrahim, lu selama ini tak habis-habis cakap pasal kebebasan bersuara, dan demokrasi.

Mana lu punya demokrasi, bila itu acai tanya sama lu pasal itu Bersih, apasal lu tarak boleh handle itu acai punya soalan. Mana p lu punya karisma, dan kepetaan bercakap.

Inikah demokrasi yang lu perjuangkan selama ini. Jika lu jadi pemimpin esok, gua rasa lu akan jadi pemimpin kuku besi dan dektator paling hebat di dunia.

Kenapa lu punya lidah kelu jawab itu acai punya soalan? Lu jawab macam itu orang mau tekencing dalam seluar.

Gua respect sama lu acai, lu memang berani hentam itu Anwar Ibrahim. Gua pasti acai tau apa mau buat lepas nie... Ala acai, senang saja maa... lu kasi TIBAI(Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim) sama itu Anwar Ibrahim.

Orang ini macam bukan jenis pemimpin yang kita mau. Kita mau pemimpin yang beradab bukan biadap.



TAYANGAN VIDEO PDRM PERHIMPUNAN BERSIH 3.0 BERSAMA KETUA POLIS NEGARA



REALITI POLITIK, DEMOKRASI ATAU AUTHORITARIAN?

Share
AGONG....Apa motif peserta Bersih 3.0 ini mengheret Agong ke jalan raya dan duduk di tangga Pusat Membeli Belah SOGO. Siapakah mereka sebenarnya? Patung atau domba yang sesat?

Oleh : MUTALIB M.D

BENARKAH Bersih 3.0 telah mencapai matlamatnya dengan kehadiran 100,000 orang di 11 buah bandar utama di Malaysia dan 72 buah negara di seluruh dunia? Matlamat apa yang dicapai jika Parlimen masih menjadi medan pertengkaran dan jalanraya menjadi 'Parlimen Rakyat' menyuarakan pandangan dengan alasan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kotor dan tidak bersih?

Bersih 3.0 sebenarnya gagal kerana dibauri dengan insiden keganasan, sama ada di pihak polis atau peserta yang bertindak ganas akibat agitasi dan provokasi; lebih-lebih lagi telah menjahanamkan ekonomi Malaysia yang baru mula pulih selepas insiden keganasan Bersih 2.0.

AMAN....Jika peserta duduk secara aman tanpa bertindak liar merempuh kawalan keselamatan dan meroboh benteng yang dibina polis, sudah pasti misi perhimpunan aman Duduk Bantah mencapai sasaran. 

Sistem pengangkutan lumpuh, peniaga rugi, pemandu teksi menyumpah seranah dan rakyat biasa disekat kebebasan kerana masih trauma dengan Bersih 2.0; tetapi terpaksa menggadai nyawa turun bekerja atau berniaga demi kelangsungan hidup.

Sebagai kerajaan yang dipilih melalui Pilihanraya, Kerajaan Barisan Nasional sudah pastikan tidak akan memenuhi tuntutan 'jadi-jadian' yang direka-reka oleh Bersih 3.0; sedangkan parti politik yang mempunyai wakil di Parlimen dan Dewan Negara telah gagal secara total melakukan sebarang perubahan, sekalipun mempunyai suara yang cukup besar; tetapi tidak ubah seperti guruh di langit, bunyi kuat tetapi tidak memberi sebarang kesan kepada manusia.

Sebagai pengundi, saya tidak nampak Bersih 3.0 meninggalkan sebarang kesan yang bermanfaat kepada manusia atau menjadi faktor pendesak kepada kerajaan; melainkan menjatuhkan imej negara yang sebelum ini aman makmur, bertukar menjadi huru-hara ketika Bersih 1.0, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 berlangsung.

Saya simpati melihat Peserta Bersih 3.0 yang menjadi 'Punching Bag' Polis dan menjalani 'Ujian Pernafasan' ketika disiram air berubat dan disembur gas pemedih mata, sehingga kanak-kanak kecil dan wanita yang dijadikan 'perisai' turut menderita; ada yang pengsan dan cedera parah.

Saya rasa ada eloknya kita menonton beberapa Videoklip ini sekadar untuk renungan dan pertimbangan kita kerana kesalahan peribadi anggota polis adalah isu lain yang boleh diambil tindakan berasingan, namun perlu dilihat dalam perspektif yang berbeza.







Dalam hal ini saya tidak menyalahkan Polis yang menjalankan tugas membendung rusuhan dan mencegah keganasan disebabkan saya melihat peserta seolah-olah dipukau untuk merusuh sebelum polis terpaksa bertindak melepaskan gas pemedih mata; malah peserta Bersih 3.0 yakin dengan memakan garam berjaya mengurangkan bisa gas pemedih mata yang memasuki rongga hidung dan kerongkong mereka; namun lari bertempiaran menyelamatkan diri masing-masing.

GANAS....Mungkin ramai pihak menganggap insiden ini ganas tetapi siapa yang memulakan keganasan? Polis mempunyai SOP sendiri untuk melerai rusuhan dan belantan adalah asam garam rusuhan.


Nampaknya mereka tidak terlatih menghadapi risiko dan bagaikan lembu keluar kandang ketika dihamnbat dengan gas pemedih mata, belantan, sepak terajang dan pelbagai tindakan polis untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang merusuh; bukannya peserta perhimpunan aman.

Jika mereka berani dan terlatih, mereka tidak berganjak daripada kawasan perhimpunan sekalipun diasak dengan gas pemedih mata dan tidak merusuh dengan melakukan vandalisme dan keganasan yang di luar pertimbangan akal sehingga menjahanamkan ekonomi negara.

Ternyata Bersih 3.0 menjadikan rakyat sebagai korban sedangkan matlamat asal perjuangan tidak tercapai kerana dilakukan secara tergopoh-gapah dan tidak terancang; apatah lagi rakyat tidak sedar hak mereka yang termaktub dalam perlembagaan.

Trauma Rusuhan 1986 di Sabah kembali mengimbau setelah melihat beberapa orang peserta Bersih 3.0 yang kerasukan bertindak mania menyerang dan menterbalikkan kereta peronda polis di hadapan Sogo, memecahkan cermin kereta VIP yang hanya lalu di kawasan Masjid Jamek dan merosakkan motorsikal dan kenderaan yang diletakkan di tepi jalan.

Pada Rusuhan 1986, PATI yang diupah pemimpin Sabah yang rakus kuasa telah menterbalikkan lebih sepuluh buah kereta dan membakar kereta berkenaan di Gudang Karamunsing, namun tidak pasti adakah PATI, terutama yang telah mendapat MyKad turut terlibat dalam Bersih 3.0?

Ketika membeli kuih muih untuk minum petang di Pasar Sabtu Masjid India, ramai peniaga dan pengunjung bertempiaran lari kerana tidak tahan dengan penangan gas pemedih mata yang dilepaskan polis di kawasan Masjid Jamek. Sekalipun hanya sisa gas dibawa angin, tetapi pedihnya tidak terkata; apatah lagi bagi mereka yang terkena gas berkenaan secara langsung.

Namun agak malang, Penganjur Bersih 3.0, Dato' Ambiga Srevasanan dengan nada sombong menafikan pihaknya yang memulakan keganasan kerana ketika beliau meninggalkan arena, keadaan masih aman; tetapi senario berikutnya menepati amaran Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz yang mengatakan bahawa penganjur tidak akan bertanggung jawab terhadap peserta yang cedera dan ditangkap; sebaliknya akan menyalahkan kerajaan.


PALSU.....Tidak tahu apa motif media pro pembangkang menyiarkan gambar photoshop ini bagi membangkitkan semangat peserta sedangkan senario sebenar mereka tidak sempat berfikir bahawa gagal menjejakkan kaki ke Dataran Merdeka yang dikawal ketat.

TULEN.....Gambar yang dipetik daripada Al-Jazeera membuktikan gambar di atas palsu kerana kelihatan jelas Dataran Merdeka kosong dan peserta hanya berhimpun di bawah laluan LRT.

Media pro-Ambiga juga meletakkan negara diambang bahaya apabila menyiarkan gambar yang diubahsuai seolah-olah Dataran Merdeka telah ditawan oleh Bersih 3.0 sedangkan semua peserta gagal menghampiri Dataran Merdeka kerana dikawal ketat polis. Buktinya laporan Al-Jazeera menunjukkan imej dan keadaan sebenar di Dataran Merdeka sekalipun laporan mereka agak berat sebelah.

ULAT BESAR IBU JARI DALAM MATA

SEORANG lelaki Eropah mengalami sakit mata yang melampau. Mulanya dia menyangka sakit matanya itu hanyalah sakit mata biasa sahaja. Akan tetapi lama kelamaan, sakit matanya itu menjadi parah dan mulai membengkak. 
 
Dia kemudiannya bertemu dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Apa yang memeranjatkan adalah, rupanya kesakitan yang dialaminya itu adalah disebabkan oleh seekor ulat yang sangat besar telah mendiami di bawah kelopak matanya.
 
 
 
 
Doktor telah berjaya mengeluarkan ulat tersebut dan kini mata lelaki itu telah pulih. Kalaulah ulat besar itu tidak dikeluarkan, sudah tentu matanya akan menjadi buta dan apa yang ngeri, makin banyaklah ulat yang akan bersarang di situ. 
 
Cuba lihat proses pembuangan ulat besar dari mata lelaki tersebut. Bagaimanakah ulat sebesar ibu jari itu boleh menetap di bawah kelopak mata lelaki tersebut masih lagi menjadi tanda tanya? Mungkin pengurusan hidup yang tidak bersih membuatkan perkara yang aneh ini boleh berlaku? 
 
Sumber: Sabahkini.net 


BERSIH 3.0: MANA SATU YANG BETUL?




Diantara kedua-dua gambar di atas, tidak dapat dipastikan yang mana satu pemilik watak sebenar imej yang sedang tibai polis.

Gambar yang paling atas ada iras-iras, dan gambar yang bawah pun sama.

AC tidak punya komen yang banyak tentang gambar ini. 

Baca ulasan menarik House PK di SINI.


BERSIH 3.0: BUKTI MENGAPA POLIS SEMBUR AIR DAN GAS PEMEDIH MATA

Kebenaran walau disembunyikan, sikit masa lagi akan terserlah juga. Sebab apa? Sebab kebenaran itu indah dan wangi, berbau harum. Macam bau durian. Korang boleh sorok bau durian ke?

Sama juga dengan pembohongan. Pembohongan walau macamana sekalipun disorok, tetap akan kantoi juga. Sebab apa? Sebab pembohongan itu jijik, busuk, hina, longkang, bangkai dan sebagainya. Busuk macam bangkai. Korang boleh ke sorok bau bangkai dah berulat?

Persoalan yang berlegar dalam kepala sejak dua(2) hari lepas akhirnya terjawab dengan satu video sohih. Video ini menjelaskan siapa yang memulakan provokasi semasa Perhimpunan Bersih 3.0 (bersih hanya pada nama, jijik dan kotor adalah hakikatnya). Video ini juga menjawab segala tuduhan blogger sampah pro-PR, yang kononnya polis kejam dan bertindak ganas terhadap pendemo.

AC tidak mengatakan yang AC blogger terbaik, artikel AC juga terdapat sedikit kelemahan dan terdapat sedikit fakta yang mungkin lari dari situasi sebenar. Itu AC akui, itu kesilapan AC sebagai penulis blog ini. 

Betul ke polis bertindak ganas? Jawapannya adalah "YA" "YES" tidak dinafikan polis bertindak ganas. Sebab apa? Polis tidak akan bertindak sedemikian jika pendemo tidak melanggar syarat yang telah ditetapkan dan mengikut tujuan sebenar perhimpunan itu diadakan. 

Apa tujuan perhimpunan diadakan? Tujuannya untuk mendesak kerajaan pusat supaya meluluskan 8 tuntutan pihak penganjur(yang sememangnya telah dilaksanakan kerajaan). Lagipun nama perhimpunan ini adalah Perhimpunan Bersih (Duduk bantah). Maka sepatutnya kena bersihlah dari semua segi.

LIHAT VIDEO DI BAWAH INI:



Anda dah lihat video di atas? Anda tahu mengapa polis bertindak bukan? 

Kekecohan, kemalangan, kecederaan, kematian, kesakitan, penderitaan dan segala2 yang dialami oleh peserta perhimpunan bersih ini boleh dikatakan berpunca dari mulut Azmin Ali yang menyampaikan arahan dari ketua segala kejahatan Anwar Ibrahim. 

Mungkin perkara yang tidak diingini seperti ini tidak akan berlaku jika bukan kerana Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan provok kepada peserta supaya merempuh masuk halangan polis. 

Ada siapa-siapa yang nak membantah kenyataan ini? 

Kebenaran sudah terbukti. Lim Guan Eng juga harus melihat video ini. Semalam, AC tengok berita, Lim Guan Eng tak habis-habis menyalahkan pihak polis. Meletakkan 100% kesalahan di sebelah pihak sahaja.







Apa yang terjadi?

  • Anwar Ibrahim bagi arahan(isyarat)
  • Azmin ali menyampaikan isyarat si durjana kepada semua peserta supaya merempuh halangan polis. 
  • Lepas tu peserta terus jadi senteng, terus jadi 3 suku. Seperti robot yang alat kawalannya dikawal oleh Anwar Ibrahim.
  • Lepas kena rempuh, baru polis bertindak balas.
  • Apa yang berlaku seterusnya? lu sendiri yang cari pasal maa. 

Dalam hal ini pihak penganjur harus bertanggung jawab dan tidak sepatutnya lepas tangan. Apa yang AC difahamkan adalah, penganjur perhimpunan ini adalah Dewa mereka Ambiga dan Pak Samad. 

Apakah peserta perhimpunan ini tidak tahu siapa penganjur perhimpunan ini? Mengapa mendengar arahan dari Azmin Ali dan Anwar Ibrahim? 

Bukankah dalam hal ini jelas sekali ada unsur politik yang dibawa terutama Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim lebih gembira jika negara Malaysia porak poranda. Mengapa?
Jika negara Malaysia berada dalam keadaan kacau-bilau maka peluang untuk kuasa asing campur tangan dalam hal negara lebih mudah. Apa lagi, bila dah ada campur tangan asing senang la kerja Anwar Ibrahim. 

Lihat video di bawah:



Perlaksanaan Islam Liberal bukan sesuatu yang MUNGKIN tetapi sesuatu yang PASTI jika Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia. 


Fikir-fikirkan



SEBARKAN

Adv

Nuffnang 2