Nuffnang

Advertlets

Pesanan AC

Segala kelemahan dalam Blog ini datangnya dari penulis sendiri, dan semua kesempurnaan datang dari Allah s.w.t.

Kepada sahabat-sahabat Blogger sila linkkan blog Assassin Cyber di bloglist anda dan AC akan linkkan blog anda di list kami.

Kepada anda yang ada artikl menarik dan ingin dikongsikan sila email ke:

E-mail: telebihsudah@gmail.com

FOLLOW JIKA BERANI

Klik Butang Like Di Bawah

TUKAR SIZE FONT

Change Text Size
+A +A +A +A +A

28 April, 2012

BR1M diguna beli lembu kenduri masuk PAS



KOTA BHARU: Belum pun Umno sempat menuai hasil daripada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), ada penerima bantuan sudah membelanjakan wang yang diperolehi bagi menganjurkan kenduri kesyukuran menyertai PAS.

Baru-baru ini beberapa penduduk yang menerima BR1M berpakat menggunakan wang yang diperolehi untuk membeli lembu bagi majlis kesyukuran di Rantau Panjang.

Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berkata, keadaan sebaliknya berlaku apabila habuan BR1M sebanyak RM500 yang diharap BN dapat memancing undi dijadikan modal untuk program PAS.

“Pada mulanya BR1M bertujuan memancing undi dengan harapan rakyat terus menyokong BN, namun lain pula jadinya di Bukit Tuku.

"Tak sangka pula ada penerima berpakat sesama mereka membeli lembu sempena majlis kesyukuran menyertai PAS,” ujarnya pada perasmian penutup Ijtima’ Almala’ di Kota Darulnaim baru-baru ini.

Hampir 800 peserta menghadiri program berkenaan. Turut hadir anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Adun Perupok, Datuk Omar Mohamed dan Pegawai Fatwa Jabatan Mufti Kelantan, Ustaz Saibon Ismail.- Harakahdaily
 

AC Kata: Kata BR1M ini rasuah, yang guna duit BR1M untuk beli barang makan dia apa cerita.


BOM MENYERUPAI RIM: BERSIH 3.0


Gambar di atas merupakan gambar yang didakwa oleh pendemo bersih sebagai bom. Polis telah mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan bahawa benda yang didakwa bom itu bukannya bom.

Apakah bahlol semua pendemo ini. Nak sangat duduk dalam negara yang porak peranda sehingga sanggup melakukan apa sahaja. 

Tuntutan pihak ini hanyalah bersifat tuntutan politik, tetapi janganlah sampai mengancam keselamatan negara.




Ulasan menarik di SINI. Baca juga ulasan menarik di SINI.


Penganjur Perhimpunan Gagal Patuhi Akta Perhimpunan Aman 2011




Perlakuan ganas, merempuh sekatan polis serta membawa anak kecil memperlihatkan bahawa penganjur perhimpunan badan bukan kerajaan (NGO) yang disokong pembangkang gagal mematuhi garis panduan yang ditetapkan dalam Akta Perhimpunan Aman 2011.

Meskipun penganjur telah pun memberi jaminan akan memastikan bahawa perhimpunan yang kononnya bertujuan untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil itu berlangsung dengan aman, namun perhimpunan itu tetap disusuli dengan pelbagai insiden yang melanggar undang-undang.

Misalnya, akta tersebut menggariskan seseorang di bawah umur 21 tahun tidak boleh menjadi penganjur manakala kanak-kanak bawah 15 tahun tidak boleh menyertai mana-mana perhimpunan.

Mana-mana orang yang merekrut atau membawa kanak-kanak ke perhimpunan atau membenarkan kanak-kanak pergi ke perhimpunan juga dianggap telah melakukan kesalahan, dan jika disabitkan boleh didenda sehingga RM20,000.




Pemerhati politik, Che Hamdan Mohamed Razali, daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun, Terengganu, berpendapat penganjur perhimpunan yang diketuai Datuk S.Ambiga disertai Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang gagal mematuhi akta tersebut selain gagal mengawal pesertanya.

"Dari segi mengumpulkan orang untuk berhimpun memang Ambiga serta pemimpin pembangkang lain telah berjaya tetapi beliau selaku Pengerusi Bersama NGO itu gagal untuk mengawal para pesertanya supaya berkelakukan baik dan sopan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Pensyarah Sains Politik itu berkata tindakan membawa kanak-kanak ke perhimpunan tersebut juga secara tidak langsung memberi isyarat bahawa tidak salah menentang pihak berkuasa.

Perhimpunan tersebut juga dilihat tidak hanya menjurus kepada tuntutan pilihan raya yang adil dan bersih, sebaliknya turut membawa beberapa isu lain antaranya isu Lynas, pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) serta penyenaraian Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.

Menurut Che Hamdan, jika penganjur hanya mengutamakan isu berkaitan pilihan raya sahaja, beliau percaya peserta yang menyertai perhimpunan tersebut tidak ramai dan hanya berjumlah kira-kira 8,000 orang.

Sementara itu, perhimpunan tersebut juga boleh dikatakan gagal kerana tidak mencapai sasaran penyertaan iaitu 100,000 dengan polis menganggarkan seramai 20,000 peserta.

-- BERNAMA

ANWAR DESAK HALANGAN POLIS DIREMPUH

Kira-kira 25,000 orang setakat ini menyertai perhimpunan badan bukan kerajaan (NGO) disokong pembangkang di sekitar kawasan pinggiran Dataran Merdeka, di sini, menolak empat tempat lain yang ditawarkan.

Pada perhimpunan itu, yang setakat ini menurut polis adalah terkawal, Pengerusi Bersama Bersih Datuk S. Ambiga terdahulu awal pagi tadi menyeru para peserta perhimpunan agar menghormati perintah mahkamah melarang perhimpunan diadakan di Dataran Merdeka.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkumpul di Masjid Negara bersama 5,000 orang sedang bergerak ke arah Dataran Merdeka, menyeru peserta perhimpunan "Kita akan mara ke Dataran Merdeka walau apapun."

Beliau juga menyeru peserta perhimpunan jangan lemah semangat oleh rasa takut ditangkap oleh pihak berkuasa.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melarang penganjur perhimpunan mengadakan perhimpunan tersebut di Dataran Merdeka kerana tempat itu hanya dibenarkan untuk acara-acara rasmi bertaraf nasional.

Antara pemimpin pembangkang yang menyertai perhimpunan itu ialah Anwar, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Sementara itu, laman Twitter dipenuhi dengan kritikan membantah perhimpunan tersebut dengan beberapa penyumbang menyifatkan ia telah diperkudakan oleh parti politik yang mempunyai agenda tersembunyi.

Antara kritikan berbunyi "Why Ambiga and Bersih are making false accusations at SPR for just some few shortcomings.. It seems they have hidden agenda here."

(Kenapa Ambiga dan Bersih membuat tuduhan palsu terhadap SPR hanya kerana terdapat kelemahan ..nampaknya mereka ada agenda tersembunyi di sini)

Seorang lagi penyumbang berkata dalam Tweetnya, "Azmin has literally hijacked Bersih's main agenda and turning this demo so political. Anwar no different."

(Secara harfiahnya, Azmin telah merampas agenda utama Bersih dan menukar demo ini secara politik. Tak ada bezanya dengan Anwar)-- BERNAMA



Peserta Perhimpunan Haram Di Dataran Merdeka Dibayar



Ego pembangkang yang selama ini mendabik dada bahawa mereka tidak perlu atau pernah 'memberikan wang' untuk menarik kehadiran penyokong dalam satu-satu aktiviti atau perhimpunan yang dianjurkan, memakan diri Sabtu.

Bagi mereka, hanya Umno dan Barisan Nasional (BN) sahaja yang perlu 'menyuap' duit atau menaja sesuatu bagi menarik kehadiran khalayak sedangkan realitinya pada perhimpunan haram yang disokong pembangkang di ibu negara hari ini menceritakan sebaliknya.

Tinjauan Bernama di beberapa lokasi yang menjadi tumpuan peserta perhimpunan haram, yang kononnya untuk menuntut sistem pilihan raya yang bersih dan adil mendapati sebahagian daripada mereka sebenarnya ditaja oleh pihak tertentu, begitu juga kerajaan negeri.

Perkara itu didedahkan oleh beberapa peserta daripada Kelantan yang mana kedatangan mereka ditaja sepenuhnya meliputi pengangkutan, penginapan dan keperluan lain seperti belanja makan.

Menurut Wan Ismail Wan Mad, 34, beliau telah tiba di Kuala Lumpur sejak tiga hari lepas dari Tumpat dengan menaiki bas yang ditaja Pas bahagian itu.

Katanya selain disediakan hotel, beliau dan peserta lain turut diberi "duit poket" sebanyak RM150 setiap seorang.

"Semasa perhimpunan tahun lepas (9 Julai 2011) saya turun berdemo guna duit sendiri, sekarang diberi duit poket serta disediakan bas dan hotel.

"Jadi lagi bersemangatlah kami turun ke mari (Dataran Merdeka)," katanya ketika ditemu bual Bernama di sini.

Seorang remaja yang hanya mahu dikenali sebagai Azli, 25, berkata peluang untuk turun berhimpun dengan segala perbelanjaan, termasuk duit poket disediakan kerajaan Pas Kelantan, menjadi dorongan utama kepadanya untuk turut serta dalam perhimpunan itu.

"Kami turun dua bas dari Pasir Mas untuk demo kali ini, kami tinggal di hotel berdekatan bagi memudahkan perjalanan ke Dataran Merdeka," katanya.

Pasangan suami isteri berusia sekitar 50-an, dari Kedah pula berkata mereka didatangkan dengan 20 buah bas dengan dikenakan bayaran serendah RM10 seorang, berbanding harga tambang biasa kira-kira RM100 pergi dan balik dari Alor Setar ke Kuala Lumpur.

Beliau yang hadir bersama suaminya sejak semalam dan ditempatkan di sebuah hotel berdekatan Dataran Merdeka berkata tambang semurah itu memberi lebih dorongan untuk mereka turun ke ibu negara.

Sementara itu, Azizah, 23, dari Permatang Pauh pula berkata beliau datang bersama dua saudara maranya bagi memberi sokongan kepada perhimpunan itu.

Katanya mereka yang didatangkan dengan sebuah bas turut diberikan RM20 seorang sebagai wang belanja, didakwa diterima daripada seseorang bernama Mansor.

"Yang menghairankan saya ialah kenapa hanya sebuah bas sahaja dari Permatang Pauh," katanya.-- BERNAMA


ANGGOTA POLIS DIBELASAH PENDEMO BERSIH


Janji penganjur Bersih 3.0 untuk mengadakan perhimpunan dengan cara Duduk dan Bantah atau dalam bahasa mudah perhimpunan aman, ternyata hanya janji kosong seperti mana janji-janji pemimpin pembangkang.

Dimana janji Pak Samad, dan Ambiga untuk mengadakan perhimpunan bersih secara aman? Inilah sebenarnya matlamat para pendemo ini.

Anggota polis yang dikerah untuk bertugas sanggup menggadai nyawa mereka semata-mata untuk menjaga keamanan. Disebabkan kebanyakan pendemo ini semuanya berhati binatang maka, sesama manusia dan sesama Islam tidak lagi dihiraukan. 

Tahniah kepada semua anggota polis. Semoga pengorbanan dan jasa semua anggota polis mendapat limpah kurnia dari Allah.

Klik SINI untuk gambar kereta polis diterbalikkan.

PESERTA BERSIH 3.0 PENGSAN: PADAN MUKA



PESERTA BERSIH 3.0 MINTA SEDEKAH



PERHIMPUNAN BERSIH YANG KOTOR & JIJIK



BERSIH 3.0: DUDUK BANTAH BERTUKAR GANAS


MERUNGKAI KEBENARAN BERSAMA HASSAN ALI DI PORT DICKSON ESOK


Esok bersamaan 29.April 2012(Ahad), Jam 8.30 malam, bertempat di perkarangan Balairaya, Kg. Sawah Sunggala, Port Dickson.

Bagi mereka yang berada di Negeri Sembilan, terutama di daerah Port Dickson supaya datang beramai-ramai untuk mendengar pendedahan Dr. Hassan Ali.

Esok AC akan muat naik video siri ucapan Dr. Hassan Ali.

 
SEBARKAN

YANG DIPERTUAN AGONG DIHERET KE PERHIMPUNAN BERSIH 3.0


Yang Dipertuan Agong turut terkena bahang Perhimpunan Bersih 3.0. Apakah makna semua ini. Adakah tujuan pendemo ini untuk membawa gambar Yang Dipertuan Agong ke perhimpunan ini adalah untuk membersihkan(menghapuskan) Sistem Raja Berperlembagaan di Malaysia? 

Lihat SINI untuk lebih banyak gambar. 

BERSIH 3.0: IBUBAPA BAWA ANAK KECIL BERDEMO



BERSIH 3.0: PENDEMO MEREMPUH POLIS SAMBUT DEWA AMBIGA



KANAK-KANAK HILANG! NAYATI SHAMELIN


Sebentar tadi AC menerima message dari no. 25333 memaklumkan kehilangan seorang kanak-kanak berumur 12 tahun. Nayati Shamelin Moodliar, dipercayai diculik menggunakan kereta Gen 2 berwarna hitam di Jalan Kiara pada 27/04/2012, jam 7.40am.

Message penuh;

Nayati Shamelin Moodliar was kidnapped in a black Gen 2 @ Jln Kiara on 27/04/2012, 7.40am. If u hv any info, please call 999/Rakan Cop 03-2115 9999. TQ M'sia.





SEBARKAN


BERSIH 3.0 JAM 11.31am, 28/04/2012: RALLY MASJID JAMEK


BERSIH 3.0, 28/04/2012: RALLY DATARAN MERDEK


BERSIH 3.0, 28/04/2012: MASJID JAMEK


BERSIH 3.0 JAM 11.05am, 28/04/2012: DATARAN MERDEKA


BERSIH 3.0, 28/04/2012: MASJID NEGARA MAT SABU



BERSIH 3.0 JAM 10.55am, 28/04/2012: MASJID INDIA


BERSIH 3.0 JAM 10.10am, 28/04/2012: DATARAN MERDEKA



BERSIH 3.0 JAM 10.08am, 28/04/2012: DATARAN MERDEKA


BERSIH 3.0 JAM 9.56am, 28/04/2012: DATARAN MERDEKA



BERSIH 3.0, 28/04/2012: MASJID NEGARA



BERSIH 3.0 JAM 9.45am, 28/04/2012: DATARAN MERDEKA




BERSIH 3.0 JAM 9.30am, 28/04/2012: MASJID JAMEK






BERSIH 3.0 JAM 8.30am, 28/04/2012: DATARAN MERDEKA








DATARAN MERDEKA JAM 8 PAGI 28/04/2012: BERSIH 3.0







PROVOKASI RUSUHAN MESIR DIBAWA KE BERSIH 3.0


Kan betul kami cakap selama ni bahawa mereka puak BERSIH ini sebenarnya mempunyai agenda lain yang memihak kepada Pakatan pembangkang dan merupakan anti Kerajaan Barisan Nasional. Apa sahaja mesti disalahkan kepada Kerajaan dan dalam video diatas jelas pekara tersebut diulang ulang oleh mereka mahasiswa robot.

Atas nama BERSIH yang kononya memperjuangkan pilihanraya yang Bersih tetapi hakikatnya Hasutan yang mereka lakukan dan jika anda dengar dengan teliti video diatas anda dapat dengar mereka menyebut:

"Ayuh Ayuh Dataran Tahrir"

Dataran Tahrir Mesir dimana tempatnya bermula rusuhan yang mengakibatkan Kerajaan Mesir pada waktu itu tumbang dan darah rakyat Mesir mengalir disetiap pelusuk Mesir.

Apa motif mereka dengan melaungkan Dataran Tahrir? Itulah niat mereka yang sebenar iaitu menggulingkan kerajaan yang sedia ada melalui pintu belakang dan bukannya melalui pilihanraya yang adil lagi Demokrasi.

Gomo harap rakyat jelas bahawa inilah agenda mereka penyokong BERSIH yang diperbodohkan oleh pemimpin Pakatan Pembangkang. Niat jahat mereka yang cuba mencetuskan rusuhan akan disedari seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan.

TQ Papa Gomo

 

MAJLIS PENYERAHAN WANG POKET KE PERHIMPUNAN BERSIH 3.0


Semua peserta perhimpunan BERSIH 3.0 rupanya telah di bayar oleh Ambiga.




 

Adv

Nuffnang 2