Nuffnang

Advertlets

Pesanan AC

Segala kelemahan dalam Blog ini datangnya dari penulis sendiri, dan semua kesempurnaan datang dari Allah s.w.t.

Kepada sahabat-sahabat Blogger sila linkkan blog Assassin Cyber di bloglist anda dan AC akan linkkan blog anda di list kami.

Kepada anda yang ada artikl menarik dan ingin dikongsikan sila email ke:

E-mail: telebihsudah@gmail.com

FOLLOW JIKA BERANI

Klik Butang Like Di Bawah

TUKAR SIZE FONT

Change Text Size
+A +A +A +A +A

27 April, 2012

TERKINI!! POLIS CEDREA DISERANG ORANG AMBIGA





Apa yang pasti esok waktu demo BERSIH 3.0 yang dijalankan oleh Pakatan Pembangkang pihak Polis sekali lagi akan menjadi mangsa kekejaman mereka puak Pembangkang ini. Provokasi dan maki hamun akan dihamburkan kepada Polis yang bertugas dan seterusnya kekerasan yang mereka akan gunakan.

Dimana salahnya pihak Polis dalam mempertahankan diri dan menjaga keselamatan 27.6 Juta Rakyat Malaysia dan Negara ini? Dimana salah mereka bertindak tegas keatas puak BERSIH yang boleh kita takrifkan sebagai pemberontak? Dimana keadilan untuk pihak Polis yang sanggup berkorban apa sahaja dalam mempertahankan Malaysia ini dari kacau bilau?

Rakyat mampu melihat, Rakyat Mampu Mendengar dan Rakyat juga Mampu Memberikan Kerjasama kepada pihak Polis agar Malaysia aman dan tenteram dari pekara yang boleh mencetuskan tragedi berdarah sepertimana didalam video diatas.

TOLAK BERSIH 3.0

Demi Kemakmuran Negara


Sumber Video: Papa Gomo

TERKINI!! FOTO DEMO BERSIH 3.0 DI IBUKOTA



Ambiga dan Anwar Ibrahim pengkhianat #1.  Semuanya bermula dari mulut durjana mereka ini. Anwar Ibrahim semasa memegang jawatan TPM, bukan main baik lagi. Semua yang Dr. M buat semuanya betul. Bila dah kena pecat, menyalak macam anjing.











ATM kecam Mohammad Nizar

 
Oleh SOFIAN BAHAROM dan SYUKRI SHAARI
pengarang@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 26 April - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengecam dakwaan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mengaitkan pasukan itu dengan rampasan kuasa jika Barisan Nasional (BN) kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).


Panglimanya, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin menyifatkan tuduhan itu sebagai berbaur politik dan hasutan sehingga boleh mengelirukan rakyat serta menjejaskan keselamatan negara.


Sehubungan itu, satu laporan polis akan dibuat oleh ATM terhadap dakwaan palsu Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang tersebut dalam masa terdekat supaya siasatan lanjut dapat dilaksanakan dan tindakan undang-undang sewajarnya boleh diambil.


"Saya mewakili ketiga-tiga cabang pertahanan negara menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tidak bertanggungjawab itu. Ini kerana ia tidak benar dan berniat jahat.


"Dewasa ini, wujud banyak pihak tidak bertanggungjawab yang sentiasa berusaha meracuni pemikiran rakyat bertujuan menghakis keyakinan mereka terhadap ATM dan kerajaan pimpinan BN serta tidak terkecuali individu tertentu dalam usaha melindungi politik mereka.


"Justeru semua pihak diseru tidak terpengaruh dengan tohmahan pihak berkaitan kerana ATM sentiasa mendokong Perlembagaan dan bersikap profesional," katanya pada sidang akhbar di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.


Turut hadir, Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zulkifli Zainal Abidin; Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud dan Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Mohammed Noordin Ali. 


Dalam ceramahnya di Ipoh, Perak, Ahad lalu, Mohammad Nizar menyatakan beliau telah dimaklumkan kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil dan bertanyakan kepada semua kepimpinan tentera darat serta udara tentang tindakan mereka sekiranya BN tumbang pada PRU-13.


Ini bukan kali pertama pembangkang mengheret ketumbukan itu ke dalam kancah politik tempatan kerana sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menjaja nama ATM sebagai 'merestui' pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri keenam pada 16 September 2008.


Pihak pembangkang sebelum ini turut mengaitkan ATM dengan penyelewengan undi pos kononnya anggota organisasi itu diarahkan oleh pegawai pemerintah untuk menanda ribuan kertas undi pos.


Bagaimanapun tuduhan-tuduhan berkenaan didapati tidak berasas dan bermotifkan kepentingan politik pembangkang semata-mata.


Sementara itu di LUMUT, Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar menyifatkan kenyataan Mohammad Nizar sebagai satu fitnah.


Beliau menegaskan, angkatan tentera termasuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) adalah organisasi profesional yang tidak akan memihak kepada mana-mana parti politik.


"Sudah banyak kali kita terangkan bahawa angkatan tentera termasuk TLDM adalah profesional dan tidak bersikap berpihak kepada mana-mana parti politik.


"Apa yang dilemparkan oleh Mohammad Nizar adalah tuduhan berbentuk fitnah dan ia amat mendukacitakan kerana ia mampu mencetuskan konflik serta perasaan tidak puas hati kepada banyak pihak terutamanya anggota tentera," katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas meraikan 109 anak-anak yatim yang menyertai pelayaran bersama kapal KD Mahawangsa di sini hari ini.


Abdul Aziz berkata, sebagai organisasi yang bertanggungjawab menjaga keselamatan negara, TLDM tetap berpegang teguh kepada Perlembagaan serta sumpah taat setia kepada raja dalam memastikan negara ini dalam keadaan selamat dan tenteram.- Utusan Malaysia


PERBANDINGAN PELAJAR DI KENYA DAN PELAJAR DI MALAYSIA

Pelajar Sekolah Kenya.














Pelajar Di Malaysia

Daripada apa yang dapat dilihat dalam gambar ini, ternyata golongan pelajar di Malaysia jauh ke belakang berbanding pelajar sekolah di negara Kenya. 

Pelajar sekolah di Kenya belajar di dalam sebuah pondok buruk namun utuh dari serangan panas dan ribut. Manakala pelajar di Malaysia terpaksa bergelimpangan di dataran dengan hanya membentangkan tikar. Bagi mereka yang berkemampuan, mereka akan bermalam di dalam khemah pasang siap bersama pasangan masing-masing.

Bagi mereka yang kurang mampu(kurang mampu untuk berfikir menggunakan otak) mereka terpaksa tidur di tempat terbuka bersama pasangan. 

Namun apa yang peliknya adalah, gambar latar bagi pelajar di Malaysia ini penuh dengan kemodenan, kereta, bangunan dan sebagainya. Manakala gambar latar bagi pelajar Kenya adalah tanah kering kontang dan gurun. Mungkinkah ini menunjukkan semakin tinggi teknologi dan pembangunan maka semakin bodoh rakyatnya.

Kasihannya mahasewel di Malaysia ini. 

Siapa ibu bapa mereka?













TUNJUK BUKTI: JIKA BENAR LIM GUAN ENG YANG MAJUKAN PULAU PINANG



PULAU PINANG 26 April - Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mencabar Ketua Menteri, Lim Guan Eng membuktikan dakwaan bahawa beliau berjaya membangunkan negeri ini sejak mengambil alih pentadbiran, empat tahun lalu.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Setiausaha Agung DAP itu sebenarnya hanya menumpang hasil usaha pemimpin Barisan Nasional (BN) terdahulu yang telah menyediakan asas kukuh untuk kemasukan pelabur asing.

Sehubungan itu, beliau mahu rakyat sedar bahawa pembangunan yang dinikmati di negeri itu datangnya daripada bantuan serta sokongan Kerajaan Pusat.

"Bila dia (Guan Eng) ambil alih pentadbiran negeri ini, dia 'menenggek' sahaja.

"Dia sudah lupa yang buat dulu adalah BN termasuk agensi-agensi Kerajaan Persekutuan seperti Lembaga Kemajuan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan kita tidak menghalang pelabur luar untuk melabur di mana sahaja termasuk Pulau Pinang," katanya.

Beliau berucap di depan kira-kira 10,000 orang yang hadir pada majlis Kenduri Rakyat 1Malaysia di Persiaran Mahsuri, Bayan Baru di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman dan Pengerusi Penyelaras Dewan Undangan Negeri Bayan Baru, Datuk Abdul Rahim Saibu.

Majlis tersebut pada asalnya dijadualkan berlangsung di Taman Iping, Batu Maung di sini tetapi terpaksa dipindahkan selepas mendapat bantahan daripada wakil rakyatnya, Abdul Malik Kassim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sementara itu, pada sidang akhbar di Politeknik Seberang Perai, Bukit Mertajam, Muhyiddin mengulas mengenai pemindahan lokasi majlis tersebut.

Beliau memberitahu, kerajaan DAP Pulau Pinang sepatutnya bersikap lebih terbuka dalam perkara sedemikian.

Katanya, pemimpin BN mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk menyampai serta menerangkan tentang dasar-dasar Kerajaan Persekutuan kepada rakyat di negeri-negeri yang ditadbir pembangkang.- Utusan Malaysia

NAMEWEE BAYAR SIAM DOLL PROMO BERSIH DI THAILAND




Baca ulasan di SINI



SIAPAKAH PENGUNDI DIDAFTARKAN DI BAWAH CODE 71?


MyMassa mulakan pendedahan ini dengan kenyataan yang dikeluarkan dalam laman web BERSIH.

BERSIH 2.0 bertegas bahawa Pesuruhjaya Pilihan Raya  telah dipertanggungjawabkan untuk membersihkan daftar pemilih. Terdapat lebih dari 400,000 pengundi yang disyaki. Nama-nama pengundi yang disyaki ini telah ditemui oleh Malaysian Electoral Roll Analysis Project (MERAP).

Perkara ini mesti diselesaikan sebelum Pilihanraya Umum yang akan datang.

Lebih memeranjatkan lagi, penipuan terus-menerus dirancang. Kerja jahat ini telah diketahui oleh orang ramai. Ianya tidak dapat disorokan lagi. Penipuan ini  telah menerima  teguran  Jawatan Kuasa Pilihan Khas (JKPK) tentang penambahbaikan pilihan raya. Beberapa kes  penipuan yang dirancang jelas kelihatan. Berikut  adalah contoh:

  1. Dalam suku tahun terakhir 2011, tiada kematian dilaporkan di bawah Code 33 di Sabak Bernam, Sungai Besar, Hulu Selangor, dan Tanjong Karang. Namun demikian, banyak sijil kematian telah dikeluarkan di tempat-tempat tersebut pada suku tahun itu. (Suku tahun keempat 2011)
  2. Pendaftaran dua kali ditemui ketika 15,520 pengundi di Sabah dan 8,585 pengundi di Sarawak didaftarkan semula di Selangor. (Suku tahun pertama 2012)
  3. Masih terdapat lebih 15 orang didaftarkan sebagai pengundi dalam sebuah rumah. (Suku tahun pertama 2012)
  4. Di Selangor sahaja, sebanyak 7,841 pengundi didaftarkan di bawah Code 71,  code ini  untuk warganegara dilahirkan di luar negara (Suku tahun pertama 2012). Siapa mereka ini?
http://bm.bersih.org/?p=2697

Walaupun pendedahan ini pernah dikeluarkan satu masa dahulu, tapi pendedahan kali ini penting untuk menunjukkan kepada semua rakyat Malaysia, who the real culprit?

Cuba tengok bukti ini, siapa sebenarnya yang bernombor kad pengenalan 71 di Selangor?






Sudah terang lagi bersuluh, pemimpin PKR dari Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Setiausaha Agung pun adalah golongan yang dipertikaikan oleh BERSIH 3.0. Lebih menjengkelkan adalah kenapa BERSIH 3.0 suruh ahli SPR letak jawatan kerana kod 71? Sepatutnya BERSIH menyuruh Ahli Parlimen di atas letak jawatan kerana menjadi PENGUNDI HANTU!!! Pendedahan yang berikutnya lebih sensasi.


Badrul Amin dan bapanya dilahirkan di Indonesia tetapi telah diangkat begitu tinggi oleh pembangkang dan menafikan hak rakyat Malaysia

Lihatlah bagaimana Badrul Amin dan bapanya juga bukan warganegara. Berikut adalah maklumat SULIT mengenai macam mana Badrul Amin yang lahir di Indonesia dan tarikh dia menjadi warganegara Malaysia.

Tempat Lahir : Indonesia
No. Sijil Warganegara : 570294

Tarikh Menjadi Warganegara : 29 September 1978.

Apa yang lebih teruk lagi adalah pembangkang dan BERSIH mempertikaikan pengundi berkod 71 seramai 7841 tetapi membenarkan wak Indon macam Badrul Amin bukan sahaja bertanding sebagai calon pembangkang beberapa kali, tetapi melantik Wak Indon Badrul Amin sebagai Pengarah Penerangan Kerajaan Selangor berpangkat JUSA dan menafikan hak rakyat Selangor untuk menjawat jawatan tersebut.


Tidak hairanlah kenapa pemimpin-pemimpin PKR di atas tidak menghormati SPB YDP Agong semasa perlantikan baginda. Kerana mereka bukanlah rakyat Malaysia. Kesetiaan mereka juga bukan kepada Malaysia. Sebagai bukti, Saifuddin Nasution telah mengadakan perjumpaan sulit bersama pegawai kedutaan Singapura, negara kelahiran Saifuddin untuk merangka strategi ketika Pilihan Raya Kecil Bukit Selambau.


Perbincangan Saifuddin Nasution dengan Walter Chia, pegawai kedutaan Singapura

Itu baru PKR, PAS juga ada kaitan dengan pengkhianat negara seperti ini. Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah yang sebelum ini Pesuruhjaya PAS Sabah juga lahir di Indonesia. Ketua Pemuda PAS yang bernama Lahiru Latigu (nama pun dah tau bukan nama orang Malaysia) juga lahir di Indonesia.

Sebagai penutup, mari kita tengok gambar si pengkhianat negara ini berselindung di sebalik BERSIH.





SEBARKAN


PERGI MEKKAH BUKAN KERANA ALLAH, TETAPI KERANA AMBIGA?



Umat Islam ke Mekah dan Madinah untuk beribadat dan sucikan hati dari sifat-sifat keduniaan.., bukannya untuk bersihkan pilihanraya..

Tapi lain hal pulak dengan penganut-penganut agama PAS dan Ambiga.. Dorang dah jadikan dua Kota Suci umat Islam tu sebagai tempat untuk lancarkan ideologi haram dorang.. Memang macam gampang!!

Lidah rasmi PAS HaraMkah melaporkan.., gerakan untuk mendapatkan pilihan raya yang bersih dan adil di Malaysia melalui Bersih 3.0 dilancarkan di dua kota suci umat Islam, Makkah dan Madinah semalam.

Ia dilancarkan oleh aktivis Bersih 3.0 yang berada di kedua-dua kota ini hari ini, dua hari menjelang perhimpunan raksaksa di Kuala Lumpur 28 April ini.



Di Makkah, pelancarannya dibuat di depan restoran D'Saji milik Malaysia yang terletak dibangunan perniagaan di hadapan Masjidil Haram.

Kira-kira 20 rakyat Malaysia terlibat di majlis pelancaran itu. Hampir kesemua mereka memakai baju kuning berlogo Bersih 3.0 di samping menaikkan banner Bersih 3.0.



Di Madinah pula, pelancaran dibuat di dalam perkarangan Masjid Nabawi iaitu di bawah payung gergasi masjid itu.

Di sini, lebih ramai aktivis berkumpul iaitu kira-kira 30 rakyat Malaysia yang sedang berada di sana.Mereka juga memakai baju kuning Bersih 3.0 di samping menaikkan banner.- MPP Online

Naib Pengerusi DAP Bantah Himpunan Bersih 3.0



KUALA LUMPUR : Seorang ahli Dewan Negara mewakili pembangkang menggemparkan sesi persidangan dewan apabila secara terbuka membantah penganjuran perhimpunan Bersih 3.0 yang akan diadakan di Dataran Merdeka, Sabtu ini.

Ketika bangun membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, ahli Dewan Negara berkenaan, Senator Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang juga Naib Pengerusi DAP menyatakan pendirian tersebut berdasarkan pengalaman serta pemerhatian beliau terhadap penganjuran beberapa perhimpunan jalanan di luar negara.

“Pada prinsipnya demonstrasi jalanan saya dah biasa tengok, bukan sahaja di negara kita tetapi saya biasa bekerja dan tinggal di banyak negara, semua demonstrasi kononnya mula dengan aman tetapi kebanyakan di mana-mana pun kita tengok terjadi perang.

“Saya secara rekodnya, saya bantah, tak sokong bersih,” katanya.

Sementara itu, ketika ditemui di lobi Parlimen, beliau menjelaskan bantahan itu adalah atas dasar pengalaman peribadinya apabila melihat banyak demonstrasi aman bertukar ganas.

“Sekiranya sesuatu berlaku, siapa yang akan bertanggungjawab? Penganjur dan individu terlibat tidak akan berada di sana. Siapa yang akan menjaga mereka yang terkorban dan mengalami kecederaan?

“Matlamatnya adalah untuk menyalahkan pihak berkuasa dan ini adalah tidak adil,” tegasnya.

Beliau kemudiannya menempelak segelintir ahli Parlimen yang akan menyertai demonstrasi itu kerana hanya menggalakkan masyarakat di negara ini melanggar undang-undang.

“Jika ada undang-undang yang tidak baik, kita ada saluran lain seperti Parlimen. Jangan langgar undang-undang. Kita hanya menggalakkan orang melanggar undang-undang sedangkan kita sepatutnya menjadi pembuat undang-undang.

“Ini jelas bertentangan sama sekali,” tambahnya. - UTUSAN MALAYSIA



(VIDEO PENUH) Debat antara Khairy Jamaluddin dan Datuk S.Ambiga


ZAHIDA HANTAR SURAT SAMAN KEPADA ZURAIDA



KUALA LUMPUR – Pelakon kontroversi, Zahida Mohamed Rafik yang dituduh menerima wang sebanyak RM1.5 juta daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal telah menghantar surat saman kepada Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Zahida bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai tindakan samannya itu sebaliknya menyatakan dia akan menyerahkan perkara itu kepada peguamnya untuk menguruskan perkara tersebut.


Zuraida sebelum ini didakwa pernah mendedahkan kepada pihak media di lobi Parlimen dengan mendakwa bekas pemandu Zahida iaitu Noor Azman Azemi telah membuat laporan polis bertarikh 13 Mac 2012 mengatakan Zahida telah menerima wang berjumlah RM1.5 juta daripada Shafie Apdal. (Kosmo)


CINA INDONESIA DAN ULTRA KIASU DI MALAYSIA





Sambil menjaga stall burger (26.04.2012 : 10:25pm), AC terfikir akan golongan ultra kiasu di Malaysia yang tidak pernah bersyukur, tidak pernah berterima kasih, dan tidak pernah puas dengan apa yang golongan ultra kiasu ini perolehi di tanah tumpang mereka.

AC jauh sekali dari berniat untuk menyalakan api perkauman seperti yang terjadi suatu ketika dahulu. Sejak mula menulis blog awal tahun ini iaitu pada 4.Jan 2012, AC tak lekang dari berfikir tentang golongan ultra kiasu ini.

Apa lagi yang mereka mahu?


Apakah Kiasu dan Ultra Kiasu?

AC memetik terjemahan perkataan Kiasu dan Ultra Kiasu dari sini. Kiasu secara ringkas bermaksud takut kalah dalam Hokkien(wikipedia). 

Kiasu bermaksud 'ketakutan terhadap kehilangan(kalah)'. Ia berasal dari perkataan Hokkien. Jika kiasu sudah melambangkan sesuatu yang ekstrem, maka apa akan jadi jika kita letakkan perkataan 'Ultrakiasu'? Saya bagi contoh, ada dua orang budak A dan B sedang duduk bersila di hadapan sepinggan nasi. A dan B tahu mereka perlu berkongsi sepinggan nasi itu untuk menghilangkan lapar. Mula-mula mereka makan bersama-sama dengan harmoni dan teratur. Namun lama-kelamaan si A memikirkan bahawa B terlampau cepat makan nasi dan merasakan nasi semakin berkurangan gara-gara B. Dia merasa 'takut kalau-kalau masih lapar' walaupun selesai makan. Akibatnya si A telah bertindak agresif'merampas pinggan nasi itu dan menikmatinya sendirian. Dalam kes ini, si A telah mengalami sindrom KIASU. Si A bukan tamak pada mulanya.Dia merampas pinggan itu bukan atas dasar tamak haloba, tetapi RASA TAKUT DAN TERANCAM.


Manusia bila rasa terancam secara psikologinya dia akan cenderung bertindak agresif. Dalam konteks Malaysia, sepatutnya orang Melayu atau pribumi lain yang ada perasaan kiasu ini, NAMUN ANEHNYA IA TERJADI SEBALIKNYA. Maka MCA, SAPP dan DAP adalah contoh Ultrakiasu. Orang Melayu jarang dikaitkan dengan kiasu kerana mereka BERADA DALAM ZON SELESA. Mereka tahu Malaysia adalah tanahair mereka dan mereka adalah penduduk asal Malaysia. Ini perkara asas yang telah ada sejak kanak-kanak lagi. Orang yang dijangkiti 'KIASU' adalah orang yang merasa tergugat WALAUPUN DIA TELAH PUNYA SEGALA-GALANYA. Walaupun dia telah mencapai tahap raja sekalipun, jika masih dibayangi penyakit kiasu ini, maka pengemis miskin di tepi jalan pun akan ditangkap dan dipenjarakan kerana takut kalau-kalau si pengemis itu berupaya suatu hari nanti akan merampas kerajaannya. INGAT, ULTRAKIASU TIADA TOLAK ANSUR. Sekali dia pegang kuasa, jangan harap dia mahu lepaskannya. Sebab apa? SEBAB PENYAKIT KIASU.
Namun unsur kiasu dalam MCA tidak terlalu menebal kerana mereka ini dilihat masih berkompromi. Apa yang membimbangkan kita adalah ultra kiasu yang berada pada tahap tertinggi di kalangan DAP. 
Dr. Ridhuan Tee dalam blognya dalam artikel bertajuk "Bahaya Tuntutan Ultra Kiasu" menghuraikan beberapa tuntutan ultra kiasu yang agak tidak masuk akal. Adakah ultra kiasu ini layak diberi muka seterusnya diberi lampu hijau kepada tuntutan mereka yang boleh dikatakan agak melampau. 
Antara tuntutan ultra kiasu ini adalah;
  • Segera keluarkan guru Cina yang tidak latar belakang sekolah Cina atau mengambil mandarin dalam sijil SPM.
  • Sediakan kursus khas bahasa Cina kepada guru yang mengajar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, minima tiga tahun, supaya mereka dapat menguasai ketiga-tiga bahasa ini.
  • Rombak silibus latihan perguruan supaya guru bahasa Cina benar-benar layak untuk mengajar bahasa Cina.
  • Rombak akta pelajaran bagi memastikan sekolah vernakular dilindungi dan setaraf dengan sekolah kebangsaan.  
Anda boleh bembaca artikel penuh Dr. Ridhuan Tee ini di SINI. Baca juga artikel bertajuk "Jangan hancurkan masa depan negara" di SINI, sambungan kepada artikel "Bahaya tuntutan ultra kiasu".
Mengapa ultra kiasu tidak pernah puas dengan apa yang ada?
 
Cina Indonesia dan Ultra Kiasu Malaysia.
Masyarakat cina di Indonesia tidak menikmati hidup seperti yang dinikmati oleh ultra kiasu di Malaysia. 
AC terbaca satu artikel yang dipetik dari Mingguan Malaysia bertarikh 16. Jan 2011, bertajuk "Rakyat cina indonesia HILANG identiti?" (AC tidak pasti samada tajuk ini betul atau salah). Di bawah ini adalah kandungan artikel tersebut.
Membaca tesis kedoktoran Aimee Dawis, warganegara Indonesia berbangsa Cina, bertajuk “Orang Indonesia Tionghua mencari identitas” begitu menarik perhatian saya. Orang Cina Indonesia sudah tidak lagi kelihatan seperti orang Cina seperti di Malaysia. Indonesia mengamalkan asimilasi secara paksaan bermula tahun 1965, apabila jatuhnya regim komunis pimpinan Sukarno.

Suharto yang menggantikan Sukarno mengambil tindakan drastik memutuskan hubungan orang Cina Indonesia dengan negara asalnya secara kekerasan. Asimilasi dilaksanakan seratus peratus. Cara hidup orang Cina diubah sepenuhnya menjadi orang Indonesia termasuk dari segi nama, pakaian, bahasa, sambutan perayaan dan segala cara hidup yang lain. Rancangan televisyen, radio, filem, sekolah, makalah, perayaan kebesaran dan sebagainya yang ada berbau kecinaan diharamkan. Proses ‘pengindonesiaan’ berlaku secara ekstrim. Tujuannya tidak lain, untuk membina sebuah negara bangsa. Hal ini tidak banyak bezanya dengan apa yang berlaku di Thailand dan Filipina, tetapi tidak seaggresif Indonesia.


Hari ini, orang Cina Indonesia tidak lagi seperti orang Cina. Mereka tidak ada beza langsung dengan orang Indonesia dari cara hidupnya. Hatta, perkara-perkara kecil melibat istilah juga dijaga rapi. Orang Cina di sana tidak dipanggil orang Cina Indonesia tetapi dipanggil orang Indonesia Tionghua. Negara Indonesia didahulukan berbanding dengan bangsa.


Semua ini mengingatkan saya iklan 1Malaysia di kaca televisyen yang disiarkan saban hari. Antaranya berbunyi, “nama saya Saifuddin, saya orang Melayu, nama Pugalmani a/l Maniam, saya orang India, begitulah seterusnya seterus orang Cina, Iban dan sebagainya. Kenapa kita tidak dahulukan Malaysia seperti saya orang Malaysia Melayu, orang Malaysia Cina atau orang Malaysia India? Hari ini kita sibuk memperkatakan bangsa Malaysia. Tidakkah wajar perkara sebegini ini diteliti walaupun kelihatan ‘kecil’ oleh penerbit?


Saya lihat dari sudut lain, cara kita menamakan universiti sudah tepat iaitu Universiti Malaysia Sabah, Universiti Malaysia Sarawak dan sebagainya. Kenapa kita tidak praktikkan istilah yang sama dalam konteks anak bangsa yang hidup bersama di sini?


Membandingkan Malaysia dan Indonesia, ternyata bukan Melayu di bumi bertuah ini cukup bernasib baik dan beruntung. Mereka masih boleh mengekalkan semua identiti mereka, tanpa diubahsuai dan langsung tidak diasimilasikan.


Semuanya mengingatkan saya kepada ceramah Profesor Rupert Brown daripada Univeriti Sussex, England baru-baru ini, mengenai dinamika akulturasi di negara lain, di kalangan minoriti atau imigran. Akulturasi bermaksud peminjaman budaya orang lain (majoriti) untuk diamalkan (minoriti) tetapi tidak kekal. Misalnya, bangsa minoriti meminjam budaya majoriti seperti pemakaian baju Melayu dan bersongkok oleh bukan Melayu. Sama juga, seperti orang Melayu memakai pakaian tradisi bukan Melayu dan sebagainya. 

Ultra kiasu ini sepatutnya belajar daripada apa yang dialami oleh golongan sebangsa mereka di Indonesia, Thailand dan Filipina. Masyarakat Cina di ketiga-tiga negara ini mengalami penolakan yang agak ekstrim dari masyarakat asal atau penduduk pribumi. Namun Thailand dan Filipina tidaklah seteruk dengan apa yang terjadi di Indonesia.
Penghapusan atau pembunuhan masyarakat Cina atau lebih dikenali Tionghua di Indonesia telah berlaku sejak tahun 1740 lagi. Penghapusan ini telah melalui sebanyak 6 fasa penghapusan iaitu pada;
  • pembunuhan di Batavia pada tahun 1740;
  • pembunuhan pada masa Perang Jawa antara tahun-tahun 1825-1930;
  • pembunuhan beramai-ramai di Jawa pada tahun-tahun 1946-1948;
  • peristiwa ras pada 10 Mei 1963 dan 5 Ogos 1973;
  • Malari pada 1974; dan
  • Rusuhan Mei 1998.

Daripada 6 fasa ini, Rusuhan Mei 1998 merupakan rusuhan pembunuhan(penghapusan) kaum Cina Indonesia yang paling besar dan buruk dalam sejarah Indonesia.


Apa yang terjadi dalam Rusuhan Mei 1998?

Rusuhan Mei 1998

(BEGINI SUPAYA KAMU RASAKAN AKIBATNYA)

Kemarahan masyarakat terhadap kekejaman aparat keamanan dalam peristiwa Trisakti dialihkan kepada orang Indonesia sendiri yang keturunan, terutama keturunan Cina. Betapa amuk massa itu sangat menyeramkan dan terjadi sepanjang siang dan malam hari mulai pada malam hari tanggal 12 Mei dan semakin parah pada tarikh 13 Mei siang hari selepas disampaikan kepada masyarakat secara rasmi melalui berita mengenai gugurnya mahasiswa tertembak aparat.


Sampai tarikh 15 Mei 1998 di Jakarta dan banyak bandar besar lain di Indonesia terjadi rusuhan besar tak terkawal mengakibatkan ribuan bangunan, kedai mahupun rumah di bandar-bandar Indonesia hancur lebur dirosakkan dan dibakar massa. Sebahagian mahasiswa cuba menenangkan masyarakat namun tidak dapat mengawal banyaknya massa yang marah.

Setelah rusuhan, yang merupakan yang terbesar sepanjang sejarah bangsa Indonesia pada abad ke 20, yang tinggal hanyalah duka, penderitaan, dan penyesalan. Bangsa ini telah menjadi bodoh dengan seketika kerana kerugian material sudah tak terhitung lagi padahal bangsa ini sedang mengalami kesulitan ekonomi. Belum lagi kerugian jiwa di mana korban yang meninggal saat rusuhan mencapai ribuan jiwa. Mereka meninggal kerana terjebak dalam kebakaran di bangunan-bangunan dan juga rumah yang dibakar oleh massa. Ada pula yang psikologinya menjadi terganggu kerana peristiwa pembakaran, penganiayaan, pemerkosaan terhadap etnik Cina mahupun yang terpaksa kehilangan anggota keluarganya saat rusuhan terjadi. Sangat mahal bayaran yang ditanggung oleh bangsa ini.

Akhirnya dibentuk Tim Gabungan Pencari Fakta (TGPF) untuk menyiasat masalah ini kerana saat itu Indonesia benar-benar menjadi sasaran kemarahan dunia kerana peristiwa memalukan dengan adanya kejadian rogol dan tindakan perkauman yang mengikuti peristiwa gugurnya Pahlawan Reformasi. Demonstrasi berlaku di bandar-bandar besar dunia mengecam kekejaman para perusuh. Akhirnya, untuk meredam kemarahan dunia luar negri TGPF mengeluarkan kenyataan rasmi yang menyatakan bahawa adalah benar terjadi peristiwa pemerkosaan terhadap wanita etnik minoriti yang mencapai hampir seratus orang dan juga penganiayaan mahupun pembunuhan oleh sekumpulan orang yang diduga telah dilatih dan digerakkan secara serentak oleh suatu kelompok terselubung. Sampai saat ini tidak ada tindak lanjut untuk membuktikan kumpulan mana yang menggerakkan rusuhan itu walau ditunjukkan penglibatan personel dengan bentuk mirip tentera dalam peristiwa itu.- Sumber
 
Anda juga boleh membaca artikel bertajuk "APA YANG TERJADI PADA MEI 1998 DI JAKARTA? (2) " untuk rujukan lebih lanjut.   
Klik pada pautan ini untuk info mengenai sejarahCina Indonesia.

Apa yang boleh & tidak boleh dilakukan oleh masyarakat Cina Indonesia?
Semasa pemerintahan rejim Orde Baru (Zaman pemerintahan Presiden Suharto)
  • Segala kegiatan keagamaan, kepercayaan, dan adat-istiadat Cina tidak boleh dilakukan. Tidak dibenarkan sembahyang(pantang ada bau colok sekalipun), tidak dibenarkan menyambut Tahun Baru Cina. Ada ahli keluarga meninggal, tidak dibenarkan kecoh-kecoh di jalanraya untuk berarak. Instruksi Presiden (Inpres) No.14 tahun 1967
  • Diskriminasi terhadap masyarakat Cina baik dalam bidang politik mahupun sosial budaya.
  • Tidak boleh menggunakan nama Cina. masyarakat keturunan Cina harus mengubah nama Cinanya menjadi nama yang berbau Indonesia, misalnya Liem Sioe Liong menjadi Sudono Salim.
  • Penggunaan bahasa Cina adalah dilarang sama sekali. 
  • Gerak-geri masyarakat Cina diawasi. Sebuah badan bernama Badan Kordinasi Masalah Cina(BKMC) bertanggungjawab untuk mengawasi setiap pergerakan.
  •  Tidak digalakkan kahwin campur.
Selepas pemerintahan Rejim Orde Baru tumbang.
Presiden baru Indonesia, Presiden Abdurrahman Wahid memansuhkan Inpres No.14 tahun 1967 (Keagamaan, kepercayaan dan adat-istiadat). Tetapi larangan yang lain masih berkuat kuasa.

Walaubagaimanapun, sudah ada masyarakat Cina Indonesia yang mula berjinak-jinak dalam dunia mpolitik pada hari ini, namun kareer politiknya gagal lantaran tragedi Rusuhan Mei 1998 masih menjadi sejarah hitam dalam masyarakat Cina Indonesia.
Lihatlah saudara/i sekalian, betapa bertuahnya masyarakat Cina dan ultra kiasu di Malaysia dari dahulu hingga kini. Hak mereka tidak pernah dinafikan. Mungkin hak mereka tidak diendahkan semasa ketika mula-mula ketibaan mereka dari tanah besar Cina. 
Apabila pemimpin Melayu memberi ruang kepada mereka seperti yang ada pada sekarang ini, ultra kiasu ini mahu menuntut lebih dari apa yang Orang Melayu dan Pribumi Sabah dan Sarawak miliki. Apa semua ini? Bukankah ini merupakan satu langkah ultra kiasu untuk menjatuhkan pemimpin Melayu seterusnya menafikan hak Orang Melayu dan Pribumi Sabah Sarawak? Tepuk dada tanya diri masing-masing.
Mari kita lihat apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh ultra kiasu di Malaysia.
Boleh dilakukan.
  • Menghina Islam
  • Menghina Raja & Sultan
  • Letak kepala DAPig dalam surau & masjid.
  • Robohkan rumah orang Melayu
  • Robohkan kedai(sumber pendapatan) peniaga melayu
  • Main solat-solat,
  • Hina Al-Quran
  • Hina Azan
  • Rampas hak orang Melayu
  • Jual tanah orang Melayu
  • Rampas tanah orang Melayu
  • Pijak gambar pemimpin Melayu
  • Dan banyak lagi yang boleh dilakukan oleh ultra kiasu di Malaysia.

Apa yang tidak boleh dilakukan?
  • Tidak ada apa-apa yang tidak boleh dilakukan. Dengan bahasa mudahnya bebas melakukan apa saja.

Mari sekalian kita berfikir sejenak, mengapa kita harus memberikan sokongan kepada ultra kiasu yang sebenarnya hanya berniat untuk mengambil alih tampuk pemerintahan Negara. Jika ultra kiasu memerintah, kita masyarakat melayu dan masyarakat Sabah dan Sarawak umpama tidak bertuan. Hilang identiti sebagai seorang warga Malaysia(Malaya).
Jangan juga kita lupa bagaimana nasib masyarakat minoriti Melayu di negara Singa. Nasib mereka tidak seindah apa yang masyarakat Melayu di Malaysia miliki ketika ini. Siapa tuan mereka? Siapa tuan negara Singa itu? Anda pasti tahu jawapannya. 
Akhir kata dari AC, jika terdapat sebarang keslapan fakta dalam artikel ini mohon maaf dipinta. Sebarang cadangan pembetulan fakta sila tinggalkan di ruang komen.
 
SEBARKAN

Sumber rujukan:

   Wikipedia
   Facebook
   Forum.detik.com
   http://www.semanggipeduli.com

Adv

Nuffnang 2