Semakin kencang angin pilihan raya umum bertiup,semakin gabra pula Anwar
Ibrahim.Beliau sudah kehabisan modal politik dan ketandusan idea untuk
menipu rakyat.Semua kepalsuan dan janji-janji manisnya telah telah
terbukti satu pembohongan belaka.Bermula dengan episod 16 September 2008
di mana Anwar Ibrahim dengan bongkaknya menjanjikan rakyat satu
kerajaan persekutuan baru pada hari menyambut penubuhan
Malaysia,sehinggalah ke hari ini,kesemua yang keluar dari mulut Anwar
adalah semata-mata pembohongan.adakah anda nampak di situ wahai pembaca
Badut Rakyat sekalian ???
kali ini Anwar Ibrahim membuat satu
lagi pembohongan untuk memansuhkan pinjaman pendidikan PTPTN.Maka
sekumpulan mahasewel atau bekas mahasewel yang jumlahnya hanya sekitar
50 orang diupah Anwar untuk membuat kecoh di Dataran Merdeka.Mereka yang
diupah Pakatan Haram kononnya untuk memperjuangkan nasib golongan
mahasiswa sebenarnya boleh dikatakan pembuat kacau profesional yang
dibayar wang untuk menimbulkan huru hara.itu maklumat yang saya
dapat.Apa tidaknya,mereka adalah kumpulan orang yang sama pada setiap
perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan yang membabitkan pihak Pakatan
Haram.Baik pada perhimpunan Bersih,mahupun demonstrasi anti-ISA ataupun
perarakan tuntutan hak air Selangor hinggalah gerakan membebaskan
Anwar,mereka adalah wajah-wajah yang sama.saya pernah keluarkan semua
gambar dan artikel sebelum ini.
Kesimpulannya golongan mahasiswa
secara keseluruhannya tidak menyokong agenda politik kotor kumpulan ini
yang cuba menonjolkan imej sebagai jurucakap puluhan ribu warga
institusi pendidikan tinggi.Kedua,idea pemansuhan PTPTN datangnya dari
Anwar tetapi kelibat beliau sendiri tidak kelihatan untuk bersama-sama
kumpulan tersebut di Dataran Merdeka.Anwar menggunakan anak-anak muda
untuk berjuang untuknya sehingga mereka sanggup berkhemah dan tidur atas
jalanan sementara Anwar Ibrahim pula enak tidur di atas hamparan baldu
di rumahnya yang berharga jutaan ringgit.
Inilah sikap hipokrit
Anwar Ibrahim yang perlu dilihat oleh rakyat jika mahu faham siapa
individu ini sebenarnya.Politik yang diamal oleh Anwar Ibrahim adalah
politik yang percaya semua orang boleh dikorbankan demi mencapai
cita-cita peribadinya untuk menjadi Perdana Menteri.Pihak pertama yang
menjadi mangsa politiknya rakus sudah tentu isteri,anak-anak dan
keluarganya.Dari 1998 hingga kini keluarga Anwar dipaksa mengharungi
pengalaman getir dan pahit disebabkan mahu mengejar impiannya ke
Putrajaya.Kalau keluarganya sendiri boleh dijadikan taruhan politik,
apatah lagi 'budak-budak U' yang penuh dengan idealisme dan semangat yang berkobar-kobar di dalam dada ?
Sudah
tentu perkara ini amat mudah sekali bagi Anwar.Taktiknya ialah dengan
melontarkan satu isu yang dekat di hati mahasiswa iaitu kos pengajian
mereka di universiti dan kolej.Anwar melihat isu ini adalah modal
terbaiknya untuk memporak-perandakan masa depan mahasiswa dengan
menyuruh mereka berdemonstrasi dan berdepan dengan risiko tindakan
undang-undang ke atas mereka.Apabila pihak berkuasa mengambil tindakan,
maka Anwar akan mendakwa kerajaan zalim dan menindas pelajar-pelajar
tersebut dengan harapan untuk meraih undi rakyat.Tidak cukup dengan
berkhemah untuk mendesak pemansuhan PTPTN, kumpulan mahasiswa ini juga
mengaitkan tindakan mereka itu dengan perhimpunan Bersih 3.0 yang mahu
diadakan pada 28 April ini.
Tidakkah dengan jelas,samada isu
PTPTN atau Bersih, kumpulan pelajar ini telah diperkudakan sewenangnya
oleh pihak Pakatan Haram ?
Di manakah pemimpin Pakatan Haram
ketika pelajar-pelajar tersebut diambil tindakan oleh pihak berkuasa,
yang mana ada di tahan pihak polis.Batang hidung mereka pun tidak nampak
sama sekali di Dataran Merdeka apatah lagi mahu memberi sokongan !!!
Golongan mahasiswa yang bakal mewarisi kepimpinan negara pada satu hari
kelak, perlu sedar mereka telah dipengaruhi untuk bermain percaturan
politik pihak Pakatan Haram.Mereka hanya berfungsi sebagai bidak-bidak
yang boleh dikorbankan pada bila-bila masa sama atau
'dispensable' seperti juga dalam permainan catur.-
Badut Rakyat
RENUNG-RENUNGKAN
SEBARKAN