Nuffnang

Advertlets

Pesanan AC

Segala kelemahan dalam Blog ini datangnya dari penulis sendiri, dan semua kesempurnaan datang dari Allah s.w.t.

Kepada sahabat-sahabat Blogger sila linkkan blog Assassin Cyber di bloglist anda dan AC akan linkkan blog anda di list kami.

Kepada anda yang ada artikl menarik dan ingin dikongsikan sila email ke:

E-mail: telebihsudah@gmail.com

FOLLOW JIKA BERANI

Klik Butang Like Di Bawah

TUKAR SIZE FONT

Change Text Size
+A +A +A +A +A

22 April, 2012

UPDATED! ZAHIDA RAFIK AKAN DAKWA ZURAIDA KAMARUDIN DI MAHKAMAH


Salam 1 Malaysia,

Dalam artikel AC yang lepas baca SINI, AC ada menyentuh tentang tuduhan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, yang mengatakan Dato Shafie Afdal mempunyai hubungan sulit dengan Zahida Rafik(seorang artis). Zuraida juga, mendakwa bahawa Shafie Afdal telah memberikan sejumlah wang yang agak besar kepada artis tersebut.

Berikut ini adalah kenyataan Zahida Rafik, berhubung akwaan tersebut.


Assalamualaikum Warrahmatulallhi Wabarakatuh.

Pada Rabu 18hb April 2012, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin telah mendedahkan satu dakwaan bahawa seorang menteri telah memberi wang sebanyak RM 1.4 Juta kepada saya selama 4 bulan (Oktober, November, Disember dan Januari). Ia adalah susulan daripada kes pemandu peribadi saya yang melarikan wang saya sebanyak RM 200 Ribu.

Untuk pengetahuan umum, saya melakukan perniagaan penjualaan kereta import bersama abang ipar saya serta perniagaan arang batu di Kalimantan, Indonesia bersama abang angkat saya. Semua penyata akaun serta wang yang dimaksudkan oleh Ahli Parlimen Ampang adalah benar tetapi ia adalah hasil titik peluh saya sendiri dalam perniagaan yang diceburi dan ianya tiada kaitan dengan seorang MENTERI yang dikaitkan oleh YB. Zuraida Kamaruddin kepada umum.

Saya mempunyai pelbagai rangkaian perniagaan yang diceburi setelah tidak lagi aktif dalam bidang lakonan kerana bagi saya perniagaan sendiri lebih menguntungkan untuk hidup yang lebih sempurna. Ini adalah satu tanggapan yang serong terhadap saya dan keluarga kerana pertuduhan ini dapat menjejaskan karier perniagaan saya serta kehidupan seharian saya sebagai rakyat Malaysia.

Mengikut undang-undang Malaysia, akta BAFIA 1989, mana-mana individu, syarikat atau juga badan kerajaan mahupun bukan termasuklah institusi kewangan (bank), dilarang sama sekali untuk mendedahkan mana-mana akaun peribadi, syarikat atau mana-mana badan badan kerajaan mahupun bukan kerajaan kepada UMUM dan SEKIRANYA ini terjadi, maka si PELAKU boleh dikenakan tindakan mahkamah.

Mengikut akta tersebut juga, akaun kewangan seperti ini hanya boleh didedahkan dengan perintah HAKIM.

Maka dengan ini, saya mengambil keputusan untuk mendakwa Ahli Parlimen Ampang di mahkamah kerana mendedahkan akaun peribadi saya serta menfitnah saya berhubungan sulit dengan seorang MENTERI yang dikaitan bagi membersihkan nama baik saya serta keluarga saya.

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Zahida Rafik
20hb April 2012

SEBARKAN


HOT!! MAKAN MINUM & SEWA RUMAH PELAJAR IPT DITANGGUNG SEPENUHNYA JIKA PR MEMERINTAH

Assalamualaikum & selamat berhujung minggu,

Dalam entri ini AC ingin menyentuh kenyataan riak pemimpin paling suci seperti yang dicanangkannya ketika Ceramah Umum & Pelancaran Jentera Pakatan Rakyat Parlimen Permatang Pauh di Taman Cermai pada 20.04.2012.


Banyak sungguh manusia paling suci ini berjanji. Dia menjanjikan bulan dan bintang tetapi satu pun janjinya tidak ditunaikan. Mungkin keterlaluan jika dikatakan pemimpin paling suci ini langsung tidak menunaikan janjinya.

Betul, memang ada janji yang ditunaikan tetapi janji yang ditunaikan bukanlah segerombolan janji seperti yang dijanjikan. Dalam 100 janjinya hanya 1 janji yang ditunaikan.

Bercakap, berceramah, berpidato, berdebat merupakan kepakaran pemimpin paling suci ini. Apa tidaknya, Tun M seorang negarawan dan merupakan antara pemimpin yang disegani di mata dunia boleh dikambinghitamkan oleh Anwar Ibrahim.




Mungkin ada diantara anda yang tidak tahu. Azmin Ali yang kini merupakan orang paling kuat di sebalik drama Anwar Ibrahim sekarang ini, adalah merupakan Pegawai Khas kepada Dr. Mahathir suatu ketika dahulu. Bagaimana dan mengapa Azmin Ali boleh jatuh ke tangan Anwar Ibrahim, ada alkisahnya.

Ketika Azmin Ali baru sahaja mendapat ijazah di Universiti Minnesota Amerika, Dr. M telah melihat kepimpinan yang ada pada diri Azmin Ali. Azmin dilihat Dr. M seperti mutiara di dasar laut pada ketika itu. Dr. M sememangnya mudah taksub dengan insan yang ada bakat seperti Azmin Ali. Bakat kepimpinan Azmin Ali mula terserlah ketika masih menuntut di Amerika, penglibatannya yang agak aktif sebagai pemimpin pelajar.  Apatah lagi apabila Dr. M menerima sepucuk surat dari timbalan canselor Universiti Minnesota dulu ketika itu iaitu Dr. Robert Heller tentang daya kepimpinan Azmin yang begitu terselah ketika itu.






Dr. M telah menghantar duta Malaysia di sana untuk mendapatkan kesahihan surat tersebut. Beliau akhirnya terharu apabila mendapat tahu akan kebenaran surat yang diterima. Maka bermula lah hubungan yang begitu menakjubkan di antara seorang PM yang menaruh seluruh harapan kepada anak angkatnya(Azmin) untuk digilap sebagai pemimpin besar negara suatu masa nanti.

Selepas menamatkan pengajian, Dr. M melantik Azmin Ali sebagai pegawai khasnya, dengan gaji RM 2000 sebulan. 

Panas yang disangka hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari.


Rupanya, Anwar Ibrahim menaruh perasaan terhadap Azmin Ali.

Selepas beberapa bulan Azmin Ali bekerja dengan Dr. M, Anwar Ibrahim kemudian tampil dengan proposalnya meminjam Azmin Ali untuk sementara, dengan alasan setiausahanya pada ketika itu Dato Nasarudin ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Dr. M yang sememangnya percayakan Anwar Ibrahim pada ketika itu, sedikitpun tidak berburuk sangka terhadap Anwar Ibrahim. Dr. M dengan rela hati melepaskan Azmin Ali kepada Anwar. 

Seperti lagu Dato Sharifah Aini dan Brorey Marantika, hubungan antara Azmin dan Anwar memang seiring dan sejalan.

Dakwaan Ummi Hafilda, adik kepada Azmin Ali. Bekerja di bawah Anwar Ibrahim, Azmin Ali bergelar jutawan ketika umurnya 25 tahun. 

Bagi anda yang ingin mengetahui cerita panas di antara Azmin Ali, Anwar Ibrahim dan Tun. M, baca SINI.


Anwar Ibrahim kencing lagi.

Berbalik kepada, tajuk artikel ini.  AC copy & paste artikel dari blog Generasi Pejuang Bangsa



Kehadiran penyokong Anwar pulak seperti biasa la yang tegar terdiri khawarij PAS dan PKR . Anggaran yang hadir semalam pulak  hanya 2 ribu orang  .

Anwar ketika berceramah GPB lihat banyak  menabur janji  bulan dan bintang untuk menarik perhatian rakyat marhaen menyokong mereka di PRU 13 .

Muqadimah pertama   beliau berceramah seperti biasa mencanang kehebatan  dirinya dan Pakatan bahawa mereka telah bersedia mengambil alih kerajaan Pusat di PRU 13 . Najib pulak beliau akan lantik sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen .  Ini salah satu taktik gempaq Anwar kalau balik ke  Permatang Pauh.

Selepas itu , janji biasanya  iaitu   harga minyak akan turun dalam masa 24 jam  jika Pakatan menang dan memerintah negara ini .

Cuma yang paling   GPB tak tahan gelak  semalam di ceramah itu , Anwar cakap bukan sahaja PTPTN dimahsuhkan ( pendidikan percuma )  di bawah  kerajaan baru Pakatan , segala makan minum & rumah sewa pelajar ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan !!

Memang giler punya janji ditabur Anwar semalam untuk tarik perhatian rakyat bawahan . Semuanya free sampai rumah sewa  pelajar  dan makan minum pun ditanggung kerajaan. 

Banyak lagi kupasan di SINI.


SEBARKAN


BILA NURUL IZZAH SUDAH BENGANG DENGAN PAPA GOMO


Apa kecoh-kecoh ni Anwar Ibrahim & Nurul Izzah?

Baru-baru ni, semasa Parlimen bersidang, Nurul Izzah dan beberapa ahli Parlimen pembangkang lain telah meminta Kerajaan mengambil tindakan terhadap blogger Papa Gomo kerana menyebarkan fitnah. Tentunya fitnah yang dimaksudkan adalah terhadap Papa Hebat, Anwar Ibrahim.

Namun begitu, Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan dengan mudah mematahkan retorik dangkal Nurul Izzah dan kawan-kawan dungunya.


Soalan Datuk Rahman Dahlan mudah sahaja:

Jika benarlah blogger Papa Gomo telah memfitnah Anwar, mengapa sampai sekarang Anwar masih belum menyaman Papa Gomo? Anwar tahu identiti sebenar Papa Gomo. Jadi tiada masalah jika nak saman. 

Papa Gomo juga dah bertahun-tahun mendedahkan keburukan Anwar dan Papa Gomo sendiri telah berulang kali mencabar Anwar untuk menyaman beliau, jadi mengapa Anwar masih tak berani berbuat demikian?

Pada aku, jawapannya mudah sahaja. Anwar tak berani saman Papa Gomo kerana semua pendedahan Papa Gomo tentang Anwar Ibrahim adalah benar belaka!!

Sebelum ini, Anwar ni pantang kena cuit sikit, terus nak saman. Khairy Jamaludin dah kena saman, Utusan Malaysia dah kena saman, Dr Chandra Muzaffar dah kena saman, Datuk Hishamuddin pun dah kena saman.

Jadi, apa bezanya Papa Gomo dengan mereka semua ni? Mengapa Anwar tak berani saman Papa Gomo?

Anwar tak berani saman Papa Gomo kerana takut nanti habis semua pekungnya terdedah di mahkamah. Kalau kena saman, Papa Gomo sudah tentunya akan membuka satu persatu pekung Anwar di mahkamah. Maka semakin tersebarlah keburukan Anwar ke seluruh dunia. 

Satu soalan aku untuk Anwar:

Sampai bila kau nak menyorok dalam kain Nurul Izzah? Kau pun ahli Parlimen juga, jadi mengapa kau sendiri tak bangkitkan isu Papa Gomo di Parlimen sebaliknya memperalatkan Nurul Izzah dan ahli Parlimen pembangkang lain untuk menyerang Papa Gomo?
Baca selanjutnya di SINI


10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis



1. BAGAIMANA MENDEFINASIKAN ISTILAH ‘DITAHAN’? HANYA APABILA …

a. Polis berkata kepada anda, “Anda ditahan”.

b. Polis menggari tangan anda.

c. Anda dilarang dari meninggalkan sesebuah bilik, kawasan atau sebagainya oleh pihak polis.



2. BAGAIMANA SEKIRANYA ANDA DITAHAN OLEH PIHAK POLIS (semasa berjalan, memandu pulang dsb.)

a. Anda mungkin akan disoal. HANYA berikan butir-butiran diri anda seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat. Anda juga mungkin akan diminta menunjukkan kad pengenalan diri anda.

b. Anda tidak perlu menjawap lain-lain soalan.

c. Biasakan bertanya pengenalan diri polis yang berkenaan. Sentiasa catatkan nama dan nombor kad pengenalan mereka.

d. Catatkan nombor kenderaan ronda mereka



3. JIKA ANDA DITANYA LAIN-LAIN SOALAN

a. Tanya kepada polis berkenaan, “Adakah saya ditahan?”

b. Sekiranya mereka berkata “Ya”, jangan menjawap apa-apa lagi soalan yang diajukan kepada anda. Adalah menjadi hak anda untuk menjawap apabila berada di mahkamah sahaja.

c. Sekiranya mereka berkata “Tidak”, anda boleh beredar pada bila-bila masa sahaja.


4. JIKA ANDA DITAHAN

a. Beritahu orang-orang yang berhampiran dengan anda.

b. Sekiranya anda mempunyai telefon bimbit, telefon rakan, keluarga atau peguam anda. Sekiranya anda ditahan di kawasan diantara Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Dataran Merdeka, besar kemungkinan anda akan dibawa ke balai polis Dang Wangi (Stadium) dan balai polis Campbell. Minta kawan anda, keluarga atau peguam anda pergi ke balai polis Dang Wangi dahulu untuk mengesahkan penangkapan anda dan dimana anda berada.

c. Catatkan / ingatkan waktu anda ditahan



5. KETIKA DITAHAN, PIHAK POLIS MESTI MEMBERITAHU ANDA

a. Mengapa anda ditahan



6. SELEPAS DITAHAN

a. Pihak polis hanya boleh menahan anda didalam lokap selama 24 jam sahaja, tidak kira samada pada hari cuti am atau pada hujung minggu. Ini adalah hak PERLEMBAGAAN anda. Selepas tempoh masa 24 jam berakhir, pihak polis mesti membawa anda ke hadapan majistret untuk direman (dimana anda mesti tinggal di lokap polis bagi ‘membantu’ siasatan mereka). Jika tidak, anda akan dilepaskan samada atas jaminan (jamin mulut) atau akan didakwa di mahkamah. Sebaik sahaja didakwa, anda perlukan penjamin dan wang jaminan kecuali ianya bukan dakwaan yang berjamin

b. Anda tidak boleh membawa sebarangan barang-barang ke lokap kecuali pakaian yang sedang anda pakai ketika itu. Apabila pihak polis mengambil barang-barang anda, anda mesti menurunkan tandatangan untuknya. Sekiranya anda mempunyai wang atau kad bank / kredit, pastikan anda mengira duit anda dan pastikan polis tersebut mencatatkan jumlah yang anda ada, dan apa kad bank / kredit yang anda miliki.

c. Anda mungkin diminta memberi kenyataan 113 (kenyataan peringatan). Pegawai polis yang mengambil kenyataan tersebut mestilah membacakan hak-hak anda



7. SOAL SIASAT POLIS

a. Berhati-hatilah semasa menjawap soalan-soalan yang diajukan oleh pihak polis. Ia mungkin dalam bentuk soalan-soalan mesra yang biasa seperti cuaca, keluarga anda dsb. untuk menenangkan anda. fikir berulang kali sebelum menjawap kerana ia boleh digunakan untuk menentang anda semasa dimahkamah nanti. Ingat, kerja polis ialah memastikan mereka mempunyai cukup bukti untuk mendakwa anda, dan bukannya untuk mempunyai perbualan yang mesra.

b. Sekiranya pihak polis meminta anda memberikan kenyataan 113, anda mesti memberikan butir-butiran anda seperti nama anda, nombor kad pengenalan dsb. dan pastikan anda tahu nama pegawai polis tersebut. Jika terdapat lain-lain soalan, kami BETUL-BETUL nasihatkan anda supaya tidak menjawapnya sehingga hari perbicaraan anda dimahkamah, dan ketika bersama-sama dengan peguam anda. Itu adalah hak anda! Apa sahaja yang anda kata, boleh digunakan untuk menentang anda ataupun rakan-rakan anda. Anda boleh menjawap semua soalan-soalan lain tersebut seperti ini:
S: adakah anda berada di Dataran petang tadi?
J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah
S: bagaimana anda datang ke Dataran petang tadi?
J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah
S: adakah ibu anda menyediakan bekalan sebelum anda keluar?
J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamahc.

Sekiranya pegawai polis yang mengambil kenyataan anda mengancam anda secara percakapan mahupun kelakuan, anda mestilah berhenti dari memberikan kenyataan anda dengan segera. Bertenang dan beritahunya “Saya tidak boleh meneruskan kenyataan saya kerana awak telah mengancam keselamatan saya. Saya mahu ini dicatatkan kedalam kenyataan saya.” Sekiranya pegawai polis itu tidak mencatatkan bantahan anda tersebut, tunggu sehingga ke akhir kenyataan anda. Tetapi sekiranya pegawai polis tersebut masih terus mengancam anda, tinggalkan bilik tersebut dan beritahu pegawai polis yang lain dan minta ‘perlindungan’ mereka.
 c. Apabila anda telah habis menjawap soalan, pegawai polis akan membenarkan anda membaca kenyataan anda tersebut. Dia akan bertanya samada anda mempunyai apa-apa yang ingin ditambah, ditukar atau dipadamkan. Inilah masanya anda membetulkan apa-apa kesilapan atau atau menambah lain-lain komen didalam kenyataan itu. Contohnya, jika anda telah diancam sewaktu soal siasat atau diserang semasa penahanan anda dsb. ini adalah satu lagi peluang untuk anda menyatakannya. Pegawai polis berkenaan mesti menaip semua itu. Anda akan diminta untuk menandatangani kenyataan anda tersebut. Baca semula dengan teliti dan tandatangan sedekat yang boleh dibawah perenggan yang terakhir, supaya tiada siapa yang boleh menokoktambahnya lagi.



8. SEKIRANYA ANDA DIBAWA KE DEPAN MAJISTRET (Untuk Direman)

a. Sekiranya anda tidak mempunyai peguam, anda mesti meminta wakil peguam. Pusat Bantuan Guaman ada menempatkan peguam-peguamnya dimahkamah bagi tujuan ini.

b. Beritahu majistret sekiranya anda ada mempunyai apa-apa rungutan seperti sekiranya anda di pukul, diancam; sekiranya anda sakit, perlukan rawatan perubatan dsb.



9. SEKIRANYA ANDA DIBAWA KE DEPAN MAJISTRET (Untuk Dakwaan)

a. Sekali lagi, anda mesti meminta wakil peguam

b. Pastikan anda mempunyai seseorang untuk menjamin anda keluar. Sekiranya anda tidak dapat menghubungi keluarga atau rakan anda, minta kebenaran dari majistret untuk membantu anda menghubungi keluarga anda. Jika tidak, anda boleh meminta bantuan peguam anda. Keluarga anda akan perlu membawa duit untuk menjamin anda keluar, yang mana mestilah dalam bentuk pembukaan akaun di bank yang terletak paling dekat dengan mahkamah tersebut. Tanya peguam anda atau majistret dimanakah letaknya bank tersebut. Tidak ada bentuk bayaran lain seperti bayaran tunai atau cek yang akan diterima oleh mahkamah.



10. SEKIRANYA ANDA DIPUKUL SEMASA DALAM TAHANAN

a. Selepas anda dibebaskan atas jaminan, pastikan anda pergi ke mana-mana klinik kerajaan atau hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Pastikan anda tahu nama doktor yang bertugas dan nombor rujukan laporan kesihatan anda supaya ia boleh digunakan dimahkamah kemudian.

b. Sekiranya anda masih dalam reman, pastikan anda memberitahu majistret yang berkenaan bahawa anda perlu pergi ke hospital atau ke klinik.


PUSAT BANTUAN GUAMAN

• Kuala Lumpur     : 03-2691 3005 / 03-2693 2072
• Selangor             : 03-5510 7007 / 03-3281 2428
• Negeri Sembilan  : 06-6013 844
• Melaka                : 06-2845 519 / 06-2864 514
• Johor                  : 07-2235 698
• Perak                  : 05-2550 523
• Kedah & Perlis    : 04-7333 467
• Kelantan             : 04-7448 660
• Pahang               : 09-5159 244 / 09-2969 410
• Pulau Pinang       : 04-2617 451/ 04-3108 451


Oleh SUARAM.

SEBARKAN


Adv

Nuffnang 2