Sewaktu berada di rumah Bob, dia menunjukkan kepada saya katil baru, bersaiz lebih besar dibeli dari
Ah Chai dengan
harga diskaun lebih 30%. Katil bersaiz King itu kelihatan sesuai untuk
dia berbaring berbanding katil lebih kecil digunakan sebelum ini.
"Gua petik nama lu lah bro, sebab itu dapat murah," celahnya bersahaja.
Sedang Farid menyuntikkan ubat dibeli ke tubuh Bob, saya merakamkan gambar pelawak dilahirkan pada 15 April 1971 itu.
Happy belated birthday Bob!
Alamat terbaru Bob, C1-4-4 Apartment Salvia, Jalan Kenyalang 11/3, Seksyen 11, Kota Damansara.
Biarpun gambar di MyKad miliknya
kelihatan seperti ganas, hakikatnya Bob ternyata berhati lembut dan
gemar bergurau biarpun sedang sakit.
"Urat sebelum ini sudah mengecut
sebagai air berkurangan. Saya kena tarik jarum ini dan cucuk di tempat
lain pula, boleh bang?," soal Farid kepada Bob.
Berikut reaksi wajahnya.
Ahah! Takut jarum rupanya.
Macam baby.
"Berapa kali awak cuba untuk mencari urat darah itu Farid?," soal saya lagi.
"Dua kali sahaja bang. Pertama, saya mencuba di tangan kiri, gagal. Di arteri tangan kanan, berjaya. Alhamdulillah," jelasnya.
"Lazimnya kalau saya pergi hospital, mesti dalam empat kali cucuk baru boleh dapat. Kira awak lebih baiklah," puji saya.
Farid, jururawat untuk kru
Penyingkap Fakta dalam setiap tinjauan kami jalankan selama ini.
Sebelum ke rumah Bob, saya
sempat bertemu Naib Presiden SENIMAN, Zed Zaidi, selepas beliau
menziarahi Bob. Nantikan kupasan hasil temubual eksklusif saya bersama
Zed mengenai kehadiran artis dari negara asing di Malaysia.
"Sebilangan orang berasa tidak
berpuas hati kerana Zed dikata mengeluarkan kenyataan mengenai Aaron
Aziz selepas pelakon warga Singapura itu memenangi Anugerah Artis Paling
Popular," kata saya.
"Tidak bang. Sebelum itu saya telah membangkitkan isu itu," jawab Zed.
Bukti dakwaan itu bakal saya dedahkan kelak untuk bacaan pelayar blog ini.
Untuk rekod, kira-kira jam 2 petang hari ini, saya berada di Maybank Cawangan Kota Damansara di PJU5.
"Saya datang ke sini untuk bertanya mengapakah akaun saving Bob Kuman disekat sedangkan orang ramai berhasrat untuk menyumbang, membantu dia?," kata saya.
Pada masa sama, saya menunjukkan
kepada kakitangan terbabit, entri berhubung penderitaan Bob menggunakan
Samsung Galaxy Tab 7.0 Plus saya.
"Dia telah menghubungi puan sebelum ini," kata saya lagi.
"Ini kali pertama saya bercakap dengan dia (Bob), sedang online," jawabnya.
"Kalau ini kali pertama, saya
berasa amat hairan, bagaimanakah Bob boleh memberikan nama puan kepada
saya dan cawangan Maybank dia hubungi?," soal saya.
Pegawai itu tidak mengetahui,
sebenarnya saya meminta Bob menghubungi dia beberapa minit sebelum saya
melangkah memasuki institusi perbankan terbabit.
Jika berlaku kekeliruan sekalipun, tujuan saya ke bank itu jelas.
"Bob berada dalam kesusahan dan
kita harus memikirkan cara untuk membantu agar dia tidak lebih
disusahkan lagi. Akaun dia dibekukan pada 16 April, sehari selepas
kisahnya saya paparkan di blog. Barangkali kerana terlalu banyak
transaksi. Empat hari kami mencuba menghubungi Maybank supaya akaun itu
diaktifkan semula tetapi tidak berjaya," ujar saya.
Pihak Maybank harus faham, Bob
tidak mampu bergerak, jauh sekali untuk berkunjung ke Menara Maybank
untuk menyelesaikan masalah timbul, seperti disyorkan.
Saya kemudian duduk menunggu di
kerusi di hadapan kaunter dan kemudian menerima panggilan dari Pegawai
Perhubungan Korporat Maybank.
Tiada penjelasan.
Sebagai rujukan, sewaktu
keluarga arwah Faris berhadapan dengan detik genting sebelum Faris
menghembuskan nafas terakhir, akaun Maybank ayah arwah juga disekat oleh
Maybank, sila klik
di sini.
Saya dimaklumkan oleh pihak Maybank, tindakan menyekatkan akaun terbabit dilakukan bertujuan untuk mengelakkan kes penipuan.
"Sebab itu usaha dilaksanakan
untuk memaklumkan pihak bank, ini bukan kes penipuan tetapi sampai ke
hari ini, akaun terbabit masih disekat. Ratusan orang ingin
mendepositkan wang tunai bertanya kepada kami dan kami tidak mampu
memberikan penjelasan," kata saya.
Mujur petang tadi, isteri Bob dimaklumkan, akaun semasa dibuka oleh Bob melalui Maybank2u telah diluluskan oleh bank sama.
Berikut nombor akaun terbabit.
Husni Mohd Rawi 5627-5966-7936.
Orang ramai boleh menggunakan akaun itu jika ingin membantu Bob.
HEBAHKAN