AC sekali lagi terpanggil untuk mengulas isu kewujudan semula ajaran sesat Kerajaan Langit yang diasaskan oleh Arifin Mohamad atau lebih dikenali dengan nama panggilan Ayah Pin.
Undang-undang di negara ini memberikan hak bersuara kepada setiap individu, tetapi kebebasan bersuara ini tidak sepatutnya disalahgunakan dengan membuat kenyataan penghinaan agama lebih-lebih lagi menghina agama Islam di negara Malaysia yang Islam sebagai agama rasmi.
Kebebasan seperti ini tidak sepatutnya mendapat tempat dan tidak sepetutnya diberi kompromi. Dalam hal ini Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia SKMM sepatutnya mengambil tindakan sewajarnya. Laman sosial yang sepatutnya digunakan untuk berhubung dengan teman-teman di alam maya telah disalah guna.
Hal ini jika tidak diambil tindakan segera akan mempengaruhi dan meracuni fikiran golongan muda yang kurang ilmu pengetahuan agamanya. Malah bukan golongan muda sahaja yang akan dipengaruhi, malah golongan saudara baru yang masih dalam proses pembelajaran dan mengenal Islam. Jika golongan ini di santapkan dengan ajaran yang menyesatkan ini nescaya jumlah murtad di negara ini akan bertambah.
Adalah menjadi tanggungjawab SKMM untuk membuat siasatan terhadap akaun facebook ini yang dengan nyata sekali menghina kesucian Islam.
Di bawah ini adalah antara post di dalam laman facebook
Arifin Mamat.
Berikutan pendedahan Berita Harian mengenai kewujudan laman facebook Arifin Mamat ini hari ini bersamaan 18/04/2012, Arifin Mamat ini telah membuat satu post dengan menyertakan keratan akhbar Berita Harian berserta ulasan seperti di bawah;
"Wartawan
muslim bodoh tidak adil kerana tidak melaporkan isu sebenar yg pokcik
nak bangkitkan iaitu kesesatan dan kepalsuan Islam, tipikal melayu bodoh
yg ingin menutup kepalsuan agama yg dianutinya, tapi pokcik tak kan
berhenti membongkar segala kepalsuan, kesesatan dan kejahatan Islam
rekaan nabi palsu Muhammad!!!".
Antara lain post yang terang-terangan menghina Rasulullah s.a.w adalah,
Post yang bertajuk "BuktiAl-Quran ialah kitab retorik pembohong rekaan Muhammad" merupakan tulisan Arifin Mamat sendiri;