Nuffnang

Advertlets

Pesanan AC

Segala kelemahan dalam Blog ini datangnya dari penulis sendiri, dan semua kesempurnaan datang dari Allah s.w.t.

Kepada sahabat-sahabat Blogger sila linkkan blog Assassin Cyber di bloglist anda dan AC akan linkkan blog anda di list kami.

Kepada anda yang ada artikl menarik dan ingin dikongsikan sila email ke:

E-mail: telebihsudah@gmail.com

FOLLOW JIKA BERANI

Klik Butang Like Di Bawah

TUKAR SIZE FONT

Change Text Size
+A +A +A +A +A

14 April, 2012

IA JENAYAH SERIUS, TETAPI DI "SPIN"


Kalau difikirkan kisah desakan dan rasa tak puas hati memanjang pembangkang di negara ini, alamat tak buat kerjalah kerajaan untuk rakyatnya. 

Masa seakan tak berjalanlah, dek asyik nak layan kerenah mereka.

Buat begini, dikatakan begitu. Sudah dilaksanakan, dicari pula salahnya biar sebesar zarah sekalipun. Dicari-cari, tak jumpa pun kecacatan itu. Tapi ‘pusingnya’ aduhai, biar ke mana halanya asalkan setidak-tidaknya akan timbul kemarahan orang.

Apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tempoh hari merancang menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), dikatakan ‘depa’ punya idea. Bila dibacakan Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 buat kali pertama di Dewan Rakyat Selasa lalu yang digubal ekoran pemansuhan ISA 1960, dikatakan macam-macam pula oleh juak-juak ini. Serba tak kenalah apa yang kerajaan buat. Rakyat pun geleng kepala. 

Namun, kalau dilihat dari mata hati dan penuh keikhlasan akan Undang-Undang Kesalahan Keselamatan ini, ia jelas menunjukkan betapa seriusnya jenayah keganasan dan sabotaj ini. Ia berlainan sekali dari Kod Kanun Keseksaan tetapi lebih mirip kepada Akta Keganasan 2005 United Kingdom dan undang-undang serupa di Amerika Syarikat. 

Antara penjenamaan baru undang-undang ini di Malaysia ialah meskipun sesuatu kes itu telah berjalan atau di peringkat rayuan, ada peruntukan bahawa yang dituduh tidak boleh dilepaskan dengan jaminan. Ini berbeza sekali dengan dahulu yang mana kalau seseorang dituduh di mahkamah dan sedang menunggu rayuan ke Mahkamah Tinggi, dia mungkin dapat pelepasan jaminan. Sekarang tidak lagi, melainkan dia di bawah 18 tahun, seorang perempuan dan seorang yang sakit atau uzur. Juga, antara lainnya mengenai tempoh tahanan seseorang individu tidak lebih 28 hari bagi tujuan penyiasatan dan pemasangan peranti pengawasan elektronik terhadap individu yang disyaki melakukan perbuatan jenayah ini tetapi dilepas oleh polis.

Cuma sedikit pandangan yang boleh dikongsi mengenai undang-undang baru ini ialah berkaitan fasal 5 yang mana dalam masa 48 jam seseorang itu ditangkap, lalu dikurung kerana sebab tertentunya, maka perkara ini tidak dimaklumkan kepada anggota keluarganya. Ini termasuk di mana dia disorokkan. Dalam masa 48 jam juga tidak boleh mendapat khidmat peguam. Ia antara satu aspek yang boleh ditegur - dibisikkan oleh pengamal undang-undang, Prof. Salleh Buang kepada saya. Kata Salleh, ia umpama menyalahi hak asasi yang diperuntukkan dalam Perkara 5 Perlembagaan (*dalam ada masa 24 jam, seseorang yang ditahan mesti dibawa ke mahkamah dan setiap orang harus mendapat khidmat peguam).

Begitupun, sesuatu yang agak menarik juga mengenai Undang-Undang Kesalahan Keselamatan ini ialah Pendakwa Raya boleh memberi kuasa kepada polis untuk memintas mesej yang dihantar atau diterima menerusi mana-mana medium komunikasi. Sebelum ini kuasa memintas hanya dipakai dalam Akta Multimedia. 

Dan lebih penting lagi, undang-undang baru ini menyebut tidak ada sesiapa pun boleh ditangkap semata-mata atas kepercayaan atau aktiviti politiknya. Ini sekali lagi menunjukkan seriusnya kerajaan mahu menangani jenayah ini secara telus berbanding ISA dahulu yang tahanan dikaitkan dengan ‘perbezaan ideologi parti’.

Apa pun, tanpa melihat secara terperinci undang-undang yang digubal ini, di penghujungnya nanti tentu akan ada fasa terakhir kandungan akta ini. 

Dikatakan Najib akan membentangkan akta ini di Parlimen Isnin nanti. Kita kena bersabarlah dan tunggu butiran selanjutnya. Ini kerana ia merupakan satu jenis kesalahan yang baru dan memberikan jenis atau langkah-langkah keselamatan yang baru. 

Isnin ini jugalah memberi peluang kepada Ahli Parlimen yang baru untuk menyertai sama perdebatan ke atas Rang undang-undang yang belum dibaca untuk kali kedua ini.

Akhirnya, sebagai rakyat, kita wajar sepakat - bahawa undang-undang baru ini amat diperlukan untuk menangani anasir yang cuba mengganggu gugat keselamatan dan kestabilan negara.-Utusan

ADUAN RAKYAT


MATI HIDUP SEMULA?


Gambar ini dipercayai diambil di Toradja Indonesia. Samada sahih ataupun tidak ia terpulang kepada setiap individu untuk mempercayainya. 

Apapun AC lihat gambar ini seperti real.
Di Kg. Toradja (Indonesi) terdapat satu ilmu yg luar biasa di mana
mereka boleh menjadikan mayat berjalan pulang ke rumah sendiri. Kejadian berlaku di sebuah daerah pendalaman Indonesia yang berbukit bukau. Jika ada kematian di Kg. Toradja maka mayat itu akan diberi kuasa hipnotisme supaya simati boleh pulang berjalan kaki dan hanya berhenti bila sampai di rumahnya. Kuasa ini dibuat supaya tidak menyusahkan orang kampung dari mengurus mayat tersebut.

ANWAR AKAN BERSUMPAH LAKHNAT?


Anwar bersumpah untuk menunjukkan dirinyya amat bersih daripada segala kekotoran peribadi, moral dan akhlak.'

Anwar mahu meletakkan dirinya sebagai seorang yang bersih dari segala rasuah, menonjolkan sosok peribadi mulia sebagai seorang Muslim yang bertaqwa serta pemimpin yang mempunyai kredibiliti.


Mungkin kerana terlalu banyak dakwaan kepincangan peribadi, penyelewengan serta penyalahgunaan kuasa ketika menjawat posisi sebagai Timbalan Perdana Menteri satu ketika dahulu, terfikir Anwar untuk bersumpah bagi membersihkan dirinya.


Walau bagaimana pun, satu perkara pelik dan ajaib timbul apabila Anwar marah tidak terhingga serta enggan bersumpah ketika ia dikaitkan dengan dakwaan liwat oleh bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Baca seterusnya di SINI

Adv

Nuffnang 2