AC tertanya-tanya mengapakah Pakatan Rakyat ini beria-ia sangat nak timbulkan isu pemansuhan PTPTN. Bila pertanyaan ini berlegar di benak kepala AC, jawapan dengan secara sendiri muncul. Antara jawapan yang muncul adalah, PR sudah muflis isu politik sehingga isu PTPTN ditimbulkan.Pada AC, isu pemansuhan PTPTN ini sebenarnya tidak pernah wujud dan tidak pernah terlintas sekalipun dalam perjuangan Pakatan Rakyat. Buktinya adalah, dalam kitab suci Pakatan Rakyat, Buku Jingga, isu pemansuhan atau dengan lebih jelas lagi, pemberian pendidikan percuma ini tidak langsung disentuh.
Di bawah ini adalah ulasan mengenai PTPTN seperti yang tercatat dalam buku jingga.
* Menyelesaikan krisis pembiyaan pendidikan tinggi (yang dijangka akan menyebabkan defisit PTPTN melambung ke paras RM46 bilion dalam masa sedekad) dengan mengurangkan beban peminjamdengan cara memperkenalkan polisi pinjaman tanpa faedah dan membenarkan pembayaran semula enam bulan setelah peminjam mendapat pekerjaan tetap.
Dapat kita lihat bahawa, dalam buku jingga sekalipun Pakatan Rakyat tidak pernah bermimpi untuk memansuhkan PTPTN.
Isu PTPTN ini ditimbulkan disebabkan PRU 13 sudah semakin dekat dan Pakatan Rakyat sudah muflis dengan isu politik kotor yang ingin diperjuangkan. Memandangkan semua fitnah Pakatan Rakyat mampu ditangkis oleh UMNO/BN serta para blogger pro-UMNO, PR mula dan harus berasa risau kerana mereka telahpun kehabisan modal berpolitik. Maka dibawanya mereka isu pemansuhan PTPTN.Siapa yang tak nak percuma? Bayangkan jika pinjaman berjumlah RM24,000 hingga RM47,000 diberikan secara percuma kepada seorang garaduan. Banyak tu...jika benarlah ini semua terjadi maka alamat pelajar yang berkereta akan menukar sport rim kereta, beli motosikal baru, beli telefon bimbit baru. Pendek kata serba serbi baru la.Jika PR benar-benar ikhlas untuk memberikan pendidikan percuma, mengapa tidak mulakan di Universiti di bawah kerajaan negeri yang diperintah pembangkang? UNISEL berada di bawah kerajaan negeri Selangor, tetapi sampai sekarang pengumuman untuk pemansuhan PTPTN kepada semua penuntut di UNISEL masih belum kedengaran. Selain itu KUIS dan Insaniah juga berada di bawah kerajaan negeri pembangkang.
Di bawah ini adalah jumlah pinjaman PTPTN bagi tiga IPT di bawah kerajaan pembangkang. Macamana ada bran nak mansuhkan ke?
Jika tidak dimulakan, bagaimana rakyat dan kerajaan pusat sedia ada sekarang ini mahu mempercayai janji-janji politik Pakatan Rakyat yang sememangnya terkenal dengan lidah bercabang.
AC juga teringin sangat menagih jawapan daripada Anwar Ibrahim berkaitan isu PTPTN ini. Sejarah PTPTN ini diwujudkan ketika era kepimpinan Bapa Pemodenan Tun. Mahathir. Pada ketika itu, Anwar Ibrahim merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Tidakkah si Anwar Ibrahim ini sedar akan semua ini? Mengapa tidak ada bantahan dari Anwar Ibrahim pada ketika itu. Jika ada bantahan dari Anwar Ibrahim sila kemukakan.






