Nuffnang

Advertlets

Pesanan AC

Segala kelemahan dalam Blog ini datangnya dari penulis sendiri, dan semua kesempurnaan datang dari Allah s.w.t.

Kepada sahabat-sahabat Blogger sila linkkan blog Assassin Cyber di bloglist anda dan AC akan linkkan blog anda di list kami.

Kepada anda yang ada artikl menarik dan ingin dikongsikan sila email ke:

E-mail: telebihsudah@gmail.com

FOLLOW JIKA BERANI

Klik Butang Like Di Bawah

TUKAR SIZE FONT

Change Text Size
+A +A +A +A +A

11 April, 2012

DAULAT TUANKU!




DAULAT TUANKU!
DAULAT TUANKU!
DAULAT TUANKU!

MANA JANJI MU KEPADA RAKYAT WAHAI PAKATAN RAKYAT?


Pelancaran Buku Jingga pakatan rakyat adalah bukti bahawa pembangkang sebenarnya mengalami ‘mati kutu’ atau buntu dalam usaha untuk menonjolkan kredibiliti sendiri.   Kita berkata begini kerana Buku Jingga sebenarnya bukanlah satu dokumen rapi dasar parti, tetapi semata-mata merupakan ‘buku janji’ setaraf ‘buku hutang 555’ yang jelas sekali dibuat tanpa kajian menyeluruh dan penyelidikan mendalam.  

Percetakan dan pengedarannya dibuat dengan begitu terburu-buru, mungkin kerana terdesak diasak oleh perbuatan sendiri yang sering terlibat dalam pelbagai skandal dan salahlaku.  

Menyedari Manifesto 2008 mereka yang masih jauh dari tertunai, Buku Jingga diharapkan sebagai mampu melupuskan janji-janji terdahulu dengan membentangkan janji-janji baru.   Namun, tidak semudah itu rakyat diperdaya untuk menerima bulat-bulat segala janji di dalam Buku Jingga.  

Bagi menjustifikasi janji-janji Buku Jingga ini eloklah kita bandingkan dengan apa yang terjadi dengan janji-jani Manifesto 2008.  Antara Manifesto 2008 Pakatan Rakyat ialah:   

Menguatkuasakan perlindungan alam sekitar bagi mengelak bencana seperti tanah runtuh dan banjir.  

Namun, ternyata apa yang berlaku ialah alam sekitar semakin ‘hancur’ di dalam tangan Pakatan Rakyat. 

Kerajaan PKR Selangor telah membenarkan perlombongan pasir secara haram di Paya Indah Wetland Dengkil dengan anggaran keuntungan RM350 juta.  Hasil dari kerja haram ini pula dikaut oleh kroni Menteri Besar, Khalid Ibrahim sendiri. 

Para pekerja lombong haram ini juga seringkali berlagak samseng terhadap penduduk sekitar dan memandang sepi segala kritikan.  Ini disyaki kerana mereka mendapat perlindungan dari pihak kerajaan negeri sehingga membolehkan mereka bermaharajalela tanpa segan silu atau takut.  

Di Kedah pula, pembalakan tidak bertanggungjawab berleluasa sehingga menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang sebelum ini belum pernah mengalami banjir.  Walaupun kerajaan Kedah menyalahkan kelulusan permit balak oleh kerajaan Barisan Nasional terdahulu, namun mereka tidak mampu menjawab kenapakah tempoh permit yang luput setiap tahun itu terus diluluskan oleh kerajaan PAS pula.

Di dalam Buku Jingga, PR mengulangi janji mengenai  Alam sekitar iaitu akan memastikan segala aktiviti pembalakan dan penebangan hutan dikawal.  

Bagaimana mereka boleh memenuhi janji ini jika janji yang sama dalam Manifesto 2008 juga tidak ditunaikan malah menambahkan lagi kerosakan alam sekitar?

Mengurangkan cukai pintu rumah kediaman di Selangor sebanyak 20%

Janji ini dilihat sebagai tidak masuk akal kerana ia pasti akan membebankan kerajaan negeri.   Seperti yang dijangka, selepas memenangi Pilihanraya, janji ini juga tidak ditunaikan malah lebih buruk, beberapa kawasan seperti Kg. Baru Bt 11 Cheras, Kg Baru Serdang dan Ulu Yam telah menerima notis kenaikan cukai pintu bermula Julai 2010.  

Menurut Buku Jingga, PR berjanji akan berlaku adil dan telus serta mengurangkan beban rakyat dengan berbagai cara.  Namun bagaimana kerajaan yang terbukti  telah mungkir janji malah menipu rakyat boleh berlaku adil?

Dengan kenaikan cukai pintu yang berlaku di Selangor selepas memenangi Pilihanraya walaupun berjanji akan mengurangkannya dalam Manifesto 2008, membuktikan yang janji dalam Buku Jingga juga hanyalah janji kosong belaka. 

BUKU TULISAN SEORANG jing"GAY"?


Buku Jingga telah meletakkan 10 janji yang bersifat Populis untuk meraih undi rakyat semata-mata malah Pembangkang mengetahui bahawa ianya tidak mampu dilaksanakan.

• Ulasan Tun Mahathir “Pembangkang sengaja menabur janji kerana mereka tahu mereka tidakakan dapat membentuk sebuah Kerajaan Pusat apatah lagi untuk melaksanakan”
• Buku Jingga tidak menjelaskan dari mana sumber kewangan untuk melaksanakan janji-janji tersebut.

MANIFESTO KERAJAAN NEGERI PKR SELANGOR

Manifesto 2008, PKR berjanji untuk menguatkuasakan perlindungan alam sekitar bagi mengelakkan bencana seperti tanah runtuh dan banjir.

• Malangnya setelah berkuasa, kerajaan negeri membenarkan perlombongan pasir secara haram di Paya Indah Wetland Dengkil dengan anggaran keuntungan RM 350 juta yang dibolot oleh kroni-kroni Tan Sri Khalid Ibrahim.
• Tanah di Selangor diratah ditarah dan alam sekitar terus dirobek semata-mata untuk mengaut kekayaan negeri dengan menafikan hak rakyat.

PKR turut berjanji untuk mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20%

• Malangnya setelah berkuasa, janji tersebut tidak ditunaikan. Rakyat di Kg Baru Batu 11 Cheras, Kg Baru Serdang dan sekitar Ulu Yam sudah menerima notis kenaikkan cukai pintu bermula Julai 2010. Inilah hasil idea Penasihat atau “Punahsihat” Ekonomi RM 1 Negeri Selangor.

PKR juga berjanji untuk memberi bekalan 20 meter padu air percuma

• Akhirnya, rakyat Selangor mendapat bekalan air berkarat dan kotor. Malah kerajaan PAS Kedah telah menaikkan tarif air domestik sehingga 44% (naik 10 sen per meter padu) dan Kerajaan DAP Penang sebanyak 25% (naik 2 sen per meter padu)

Kerajaan PKR Selangor juga tidak dapat menggantikan saluran paip baru sehingga menjadikan air berkarat di 35% tempat di daerah Selangor.

• Sebenarnya pemberian 20 meter padu air ini telah meningkatkan hutang negeri Selangor. Dari tahun 2009 hingga 2011, hutang Kerajaan Negeri akibat subsidi air berjumlah RM 142.5 juta.

MANIFESTO KERAJAAN NEGERI DAP PULAU PINANG

Manifesto 2008, DAP Pulau Pinang berjanji untuk menyelamatkan tanah penduduk Kampung Buah Pala

PR MATI AKAL, TAK DAPAT JAWAB HUJAH KELEMAHAN BUKU JINGGA


BN telah berkali-kali memberi amaran kepada rakyat tentang penipuan yang diedar secara rasmi melalui Buku Jingga.   Janji Buku Jingga tidak masuk akal, tidak original dan tidak bertanggungjawab.   Ianya dibuat tanpa kajian, tanpa penyelidikan, tanpa pengalaman dan tanpa pengetahuan mengenai pentadbiran negara dan ekonomi. 

Janji Buku Jingga akan membangrapkan negara.  Dasar Buku Jingga bercanggah dengan dasar parti-parti di dalam Pakatan Rakyat.  Perubahan yang dibentangkan dalam Buku Jingga akan menghancurkan negara.  Buku Jingga adalah dokumen yang tidak boleh dipakai sepertimana pemimpin-pemimpin PR juga. 
Namun, PR tidak mahu mengalah dan terus cuba membela Buku Jingga mereka.  Dalam usaha membela Buku Jingga,  Harakah 11-14 April 2011 telah memaparkan tulisan Ustaz Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat yang cuba untuk menjustifikasikan relevansi Buku Jingga Pakatan Rakyat kepada rakyat Malaysia. 

Ustaz Idris berhujah bahawa PR mampu menguruskan negara mengikut modul Buku Jingga kerana PR telah ada pengalaman menguruskan Kelantan selama 20 tahun!

Katanya, Tok Guru Nik Aziz mampu mentadbir dengan amanah dan takwa sehingga rakyatnya cemerlang dunia dan akhirat.  Kononnya, walaupun kerajaan BN menindas dan menyekat projek di Kelantan, tetapi negeri tersebut tetap bernafas segar malah menjadi ‘hambatan’ kerajaan BN. 

Ustaz Idris berkata pemimpin UMNO hairan hingga tepu memikir bagaimana Kelantan mampu memberi kebajikan kepada rakyat walaupun dengan pendapatan terhad.  Ini katanya, menunjukkan yang PR tentu boleh berbuat lebih lagi jika memerintah negara dengan terdapatnya hasil minyak, balak, pasir, bijih, emas, sawit, getah dan mutiara. 

Reaksi spontan penulis dan rakan-rakan yang kebetulan sama-sama membaca tulisan Ustaz Idris ialah ketawa terbahak-bahak. 

Tertanya-tanya sama ada Ustaz Idris bergurau atau memang benar-benar berada di bawah tempurung?   Tidak mungkin dia begitu jahil dan tidak mungkin kulit mukanya begitu tebal sekali sehingga sanggup berhujah dengan sebegitu dangkal.  Pastinya dia tahu yang hujahnya dangkal bukan?

Kelantan adalah negeri termundur di Malaysia, itu hakikat yang mana budak yang belum bersekolah juga mampu melihatnya.     Bagi menguatkan hujah ini, blogger OutSyedtheBox pernah membuat perbandingan antara Kelantan dengan Melaka, iaitu sebuah negeri yang kecil yang juga tidak mempunyai sumber semulajadi: 

Butiran
Sumber statistik
Melaka
Kelantan
Kadar Kemiskinan
(2009)
0.5%
4.8%
Pendapatan bulanan isi rumah
(2009)
RM4,184
RM2,536
Kadar Pengangguran
(Suku Ke 3 2010)
0.8%
3.2%
Jumlah Pengangguran
(Suku Ke 3 2010)
2,400
17,700
Pertumbuhan KDNK/GDP
(2010)
7.0%
5.1%
Nilai KDNK
(2010)
RM19.43bil
RM12.45bil
KDNK per kapita
(2010)
RM25,185
RM7,453
Hasil Kutipan Jab Kastam
(2010)
RM1.6 bilion
RM37.3 juta
Hasil Kutipan Jab Imigresen
(2010)
RM57.3 juta
RM13.2 juta
Kelahiran Anak Tak Sah Taraf
(2009)
1,077
1,221
Penagih Dadah
(2009)
327
1,902
Keseluruhan Jenayah
(2010)
5,976
7,900
Penceraian Di Kalangan Muslim
(2009)
923
2,478

Perbandingan di atas sudah cukup untuk membuktikan bahawa Kelantan adalah negeri yang gagal sepenuhnya.   Lihat saja bagaimana pendapatan per-kapita Kelantan terlalu amat rendah iaitu sekitar RM7,000 berbanding Melaka RM25,000. 

PIDATO ANAK MUDA PR DI PORT DICKSON 30,000 ORANG HADIR






Adv

Nuffnang 2