Nuffnang

Advertlets

Pesanan AC

Segala kelemahan dalam Blog ini datangnya dari penulis sendiri, dan semua kesempurnaan datang dari Allah s.w.t.

Kepada sahabat-sahabat Blogger sila linkkan blog Assassin Cyber di bloglist anda dan AC akan linkkan blog anda di list kami.

Kepada anda yang ada artikl menarik dan ingin dikongsikan sila email ke:

E-mail: telebihsudah@gmail.com

FOLLOW JIKA BERANI

Klik Butang Like Di Bawah

TUKAR SIZE FONT

Change Text Size
+A +A +A +A +A

09 April, 2012

KERAJAAN MALAYSIA BAYAR BAPA ALTANTUYA UNTUK TUTUP MULUT?


Bapa kepada model warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu pada Isnin menafikan dakwaan kononnya beliau menerima wang daripada kerajaan Malaysia bagi 'menutup mulut' berhubung kes anaknya.


Dr Setev Shaariibuu berkata, wujudnya khabar angin yang mengatakan beliau mengadakan rundingan dengan kerajaan Malaysia dan bersetuju supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai pembunuhan Altantuya.
"Dakwaan ini tidak betul, saya tidak mengambil sebarang duit daripada Malaysia," katanya dengan bantuan juru alih bahasa pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Isnin.
Menurut Setev, khabar angin berkenaan mula tersebar di internet selepas penganalisis politik, Abdul Razak Baginda dibebaskan pada 2008 daripada tuduhan bersubahat dalam kes pembunuhan Altantuya.
Bagaimanapun Setev berkata beliau mengetahui mengenai dakwaan berkenaan hanya selepas melihat paparan mengenainya di Youtube baru-baru ini.
Tambah beliau, kerajaan Mongolia telah menghantar nota rasmi kepada kerajaan Malaysia bagi mendapatkan maklumat mengenai kes berkenaan namun masih belum menerima sebarang jawapan.
Katanya lagi beliau ingin mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai 'seorang bapa dan lelaki' bagi membincangkan mengenai kes anaknya itu...baca seterusnya di sini

KESILAPAN "MEASUREMENT" DALAM BUKU LATIHAN SRK

Sebentar tadi AC membantu anak saudara AC untuk menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru sekolah. 

Anak saudara AC bertanyakan soalan berkaitan ukuran "measurement". Soalannya berbunyi, 

State the length, in mm, of the ruler.
Nyatakan panjang pembaris, dalam mm.

AC menyuruhnya untuk merujuk di belakang buku latihan untuk melihat berapa jumlah 1cm ditukarkan kepada mm. 

Malangnya jawapan yang tertera pada buku itu adalah seperti di bawah.


Ukuran sebenar adalah: 1 cintemeter (cm)  = 10 mm
                                    1 kilogram (kg)     = 1000 g

Mungkin disebabkan kesilapan teknikal tetapi tidakkah seorang pun tenaga pengajar di sekolah terbabit perasan dengan kesilapan ini. 



Walaupun ini adalah perkara yang sangat kecil, tetapi buku ini akan dijadikan oleh rujukan oleh beratus-ratus murid sekolah di sekolah tersebut. Jika perkara ini tidak diambil berat dan tidak diperbetulkan, maka selagi buku ini diguna pakai maka selagi itulah pelajar didedahkan dengan unit ukuran yang salah.

IMPLIKASI SEKSUALITI MERDEKA


BANGI: Dalam kereta yang kecil serta panas terik matahari, tidak menghalang pasangan kekasih asyik bercumbuan di kawasan parkir di Taman Tasik Cempaka, di sini.

Itu antara situasi pasangan kekasih yang dikuasai nafsu di kawasan riadah berkenaan. Dengan sebahagiannya lengkap berpakaian seolah-olah bekerja, beberapa pasangan terbabit bercumbuan dalam kenderaan tanpa menghiraukan orang sekeliling yang berada di situ.

Ani Saad, 53, berkata beberapa kenderaan berada di kawasan parkir seawal jam 11 pagi sehingga jam 5 petang memandangkan kawasan itu lengang dan sunyi.

“Dulu pernah pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melakukan tangkapan. Oleh itu, tiada lagi pasangan kekasih berani datang ke sini untuk memadu asmara.

“Namun, sejak kebelakangan ini, mereka mula datang, berkelakuan tidak senonoh seperti berpelukan dan bercumbuan, malah ada yang melakukannya di pondok rehat pada siang hari,” katanya.

Menurut Ani, lebih memalukan apabila hampir semua pasangan itu terdiri daripada Melayu dan wanitanya pula lengkap bertudung.

“Saya pernah melihat lelaki yang dengan selamba memasukkan tangan atau kepala mereka di dalam tudung wanita terbabit.

“Malah, ada antara mereka bersikap kurang ajar dengan mengherdik pekerja pembersihan yang menegur perbuatan tidak bermoral mereka,” katanya.

Tinjauan Metroplus selama dua hari di kawasan itu bermula jam 12 tengah hari hingga 4 petang baru-baru ini, mendapati lebih kurang 15 kenderaan diletakkan di situ pada waktu berlainan sebelum beredar keluar selepas 30 minit.

Pekerja pembersihan yang mahu dikenali sebagai Samad berkata, dia dan rakan sekerja pernah menemui seluar dalam dan kondom yang sudah digunakan ketika membersihkan kawasan.

“Kami percaya mereka melakukan perbuatan itu pada waktu malam terutama pada hujung minggu,” katanya.

Bagi pengunjung, Samsiah Ali, 36, berharap pihak berkuasa melakukan rondaan di situ bagi mencegah perbuatan tidak bermoral itu.

“Ia satu perkara yang tidak baik. Di sini kawasan riadah umum, sudah tentu semua orang yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur termasuk kanak-kanak berada di sini.

“Perbuatan mereka yang melakukan maksiat sesuka hati boleh dilihat kanak-kanak dan ini contoh buruk kepada mereka,” katanya.-hMetro

AC Kata: Selaras dengan slogan Seksualiti Merdeka "QUEER WITHOUT FEAR", mana-mana pun boleh jadi. 

IKLAN "ADULT TOY" HANYA DI SELANGOR


KAJANG: Iklan haram menjual alat seks dan ubat ‘kuat’ lelaki yang digantung pada lampu isyarat di sekitar Bandar Baru Bangi, di sini, bukan saja menyakitkan mata, tetapi turut menimbulkan rasa kurang selesa orang ramai.

Bagi menarik perhatian orang ramai membeli produk mereka, pengiklan berkenaan menggantung iklan tidak senonoh itu yang dicetak menggunakan bunting kecil pada lampu isyarat.

Taktik itu digunakan pihak terbabit supaya iklan mereka jelas dilihat pengguna jalan raya ketika berhenti di lampu isyarat dan orang yang berminat boleh segera menghubungi nombor dipaparkan.

Tinjauan Metroplus di Bandar Baru Bangi mendapati iklan itu digantung di hampir semua lampu isyarat dan menggunakan nombor telefon bimbit berlainan pada setiap bunting.

Iklan terbabit memaparkan ayat ‘adult toy’ dan ‘ubat kuat lelaki’ turut diterjemahkan dalam bahasa Cina menyebabkan orang ramai terutama wanita berasa jijik membacanya.

Penduduk, Siti Hasmah Othman, 30, berkata dia bimbang remaja dan kanak-kanak cuba membeli peralatan seks dan ubat kuat selepas melihat iklan itu.


“Iklan seperti ini tidak sepatutnya disiarkan lebih-lebih lagi di tempat awam kerana boleh dilihat semua orang termasuk kanak-kanak. Saya dan penduduk lain rimas dan geli setiap kali terbaca ayat pada iklan itu ketika berhenti di lampu isyarat,” katanya.

Katanya, dia berharap pihak berkuasa mencari langkah untuk menyelesaikan masalah iklan haram kerana ia bukan saja merosakkan pandangan, tetapi mengotorkan kawasan.

Sementara itu, Ketua Unit Perancangan Korporat dan Perhubungan Awam, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Shariman Mohd Nor berkata, menggantung iklan di lampu isyarat taktik terbaru pengiklan haram untuk mendapatkan pelanggan.

“Apa MPKj buat sekarang adalah menyerahkan nombor telefon iklan haram ini kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menamatkan perkhidmatan.

“Tindakan ini menghalang perbuatan itu berulang dan pada masa sama, majlis menurunkan semua iklan terbabit bagi mengekalkan kebersihan persekitaran,” katanya.

Beliau berkata, sebaik mengetahui pihak majlis mengambil tindakan, pengiklan haram mencetak iklan baru dengan menggunakan nombor berlainan.-Hmetro




AC Kata: Bukan sesuatu yang pelik dah perkara-perkara seperti ini. Menteri Besar Selangor sendiri kata judi itu tidak haram dan dihalalkan di Selangor.  


Selangor Pohon RM1 Bilion Daripada Kerajaan Persekutuan Untuk Atasi Banjir


KLANG, 8 April (Bernama) -- Kerajaan Selangor akan memohon peruntukan berjumlah RM1 bilion daripada kerajaan Persekutuan untuk program mencegah banjir.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata permohonan itu dibuat kerana Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja pencegahan banjir terletak di bawah kerajaan Persekutuan.

Hanya JPS yang boleh membina kolam takungan air, kata Abdul Khalid pada sidang media selepas menyampaikan bantuan bencana banjir kilat Fasa 1 daerah Klang di sini.

Menteri Besar berkata beliau telah dimaklumkan oleh JPS bahawa RM1 bilion diperlukan untuk mengatasi masalah banjir di Klang.

"Unit Perancang Ekonomi negeri Selangor (UPEN) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah sediakan kertas kerja dan saya akan kemukakannya kepada exco kerajaan negeri dalam tempoh dua minggu lagi.-- BERNAMA

NIK AZIZ KELUAR HOSPITAL


KOTA BAHARU, 8 April (Bernama) -- Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang dibenarkan keluar dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini Sabtu, dinasihatkan doktor supaya berehat di rumahnya di Pulau Melaka di sini.

Setiausaha Sulit Kanannya Ahmad Shargowi Derahman berkata Mursyidul Am PAS itu tidak masuk pejabat di Kota Darulnaim di sini, sebaliknya beliau berehat di rumah.

"Tidak ada program rasmi yang membabitkan kehadiran Menteri Besar dalam sehari dua ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Ahad.

Nik Abdul Aziz, 81, dirawat di wad rawatan jantung (CCU) hospital itu sejak Rabu lepas, setelah mengadu sakit dada selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri di Kota Darulnaim.-- BERNAMA

Adv

Nuffnang 2