Nuffnang

Advertlets

Pesanan AC

Segala kelemahan dalam Blog ini datangnya dari penulis sendiri, dan semua kesempurnaan datang dari Allah s.w.t.

Kepada sahabat-sahabat Blogger sila linkkan blog Assassin Cyber di bloglist anda dan AC akan linkkan blog anda di list kami.

Kepada anda yang ada artikl menarik dan ingin dikongsikan sila email ke:

E-mail: telebihsudah@gmail.com

FOLLOW JIKA BERANI

Klik Butang Like Di Bawah

TUKAR SIZE FONT

Change Text Size
+A +A +A +A +A

07 April, 2012

SAYA AKAN BAWA KES INI KE MAHKAMAH!!


Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Ampang, Mohd Isa Mohd Saidi berkata beliau akan membawa isu tersebut ke mahkamah sekiranya dipecat sebagai ahli parti.

“Setakat ini saya terima pemecatan sebagai Ketua Penerangan Cabang Ampang. Itu hak beliau (Zuraida Kamaruddin) sebagai Ketua Cabang Ampang.

“Tapi kalau saya terima surat pemecatan sebagai ahli PKR, daripada pusat saya akan bawa kes ini ke mahkamah,” katanya kepada mStar Online pada Jumaat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu pemecatannya sebagai Ketua Penerangan PKR Cabang Ampang pada Khamis.

Ditanya sama ada beliau benar-benar muflis seperti yang didakwa oleh Zuraida, Isa tidak menafikan perkara tersebut namun jelasnya Jabatan Insolvensi tidak memadamkan namanya daripada senarai tersebut setelah beliau selesai membayar jumlah pinjaman.

Saya mengaku pernah muflis tapi sudah lama pada tahun 1994. Sudah 15 tahun dan saya pun sudah habis bayar hutang tersebut. Cuma Jabatan Insolvensi tidak mengemaskini status, saya sudah tidak muflis.

Saya kesal dengan Zuraida, kenapa perlu sentuh isu peribadi, sedangkan saya dan ahli Cabang Ampang yang lain mahukan penjelasan mengenai pemilikan saham oleh Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali,” katanya.

Mengulas lanjut, Isa berkata beliau menerima surat pemecatannya yang diletakkan dalam peti surat di rumahnya pada pukul 3 petang Khamis.

“Saya tidak terkejut masa terima dan baca surat pemecatan saya, cuma saya kecewa inikah cara mereka (PKR) berikan penjelasan kepada ahli dalam isu penting.

“Dalam surat itu mengatakan saya dipecat kerana kenyataan suruh Azmin keluar parti. Saya dipecat berkuat kuasa serta-merta.

“Lagipun sejak setahun yang lalu, hampir 60 peratus ahli Cabang Ampang dipecat oleh Zuraida kerana dia tidak suka atau ada masalah dengan mereka,” katanya. Baca selanjutnya DI SINI.


AC Kata: Cuba lihat pada ayat yang AC hitamkan. Si Zuraida Kamaruddin memecat Mohd Isa Mohd Saidi dengan alasan Mohd Isa seorang yang muflis. Jika benar Zuraida mahu memecat Mohd Isa kerana statusnya seorang yang muflis, mengapa tidak dari dulu. Mengapa apabila Mohd Isa tampil untuk membuat desakan baru nak pecat?

Mungkinkah, disebabkan status Mohd Isa yang muflis maka dia tidak dapat menyumbangkan sesuatu (dana PRU13). Maka Zuraida mengambil keputusan untuk memecatnya. Liabialiti la katakan.

Tapa pada hemat AC pemecatan ini mesti ada kena mengena dengan tangan ghaib Azmin Ali.

DICEKUP KHALWAT 2 KALI DALAM TEMPOH 10 JAM



PASANGAN remaja ditahan dua kali dalam tempoh 10 jam di hotel murah dan rumah sewa sekitar Kubang Pasu, semalam (3/04/2012).

Jitra: Tidak serik - itulah gambaran sesuai bagi sepasang kekasih yang ditangkap khalwat dua kali dalam tempoh 10 jam oleh kakitangan Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu di dua lokasi berbeza di sini, semalam.

Pasangan pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berusia 19 dan 20 tahun itu kali pertama ditangkap berdua-duaan di sebuah rumah sewa di Taman Mahsuri di sini, jam 12.05 tengah malam kelmarin, dan dicekup kali kedua di sebuah motel murah di Taman Ehsan, dua kilometer dari lokasi pertama kira-kira jam 10 pagi semalam.

Sumber pejabat agama itu berkata, mereka ditahan ketika serbuan dilakukan di rumah sewa pelajar perempuan dan ketika pemeriksaan dilakukan pasangan itu berada berdua-duaan dalam sebuah bilik, manakala seorang rakannya tidur di bilik berasingan.

Pelajar perempuan itu berasal dari Kampung Sungai Korok di sini dan rakan serumahnya belajar di semester pertama sebuah IPTA di sini, manakala teman lelakinya yang berasal dari Kampung Teluk Malik, juga di sini belajar di sebuah IPTA lain.

Sumber berkata, sebaik menerima laporan, sepasukan anggota penguat kuasa pejabat agama membuat pemeriksaan dan mendapati pintu rumah itu berkunci dari dalam.

“Selepas mengetuk pintu dan memberi salam, pintu dibuka remaja perempuan yang berpakaian lengkap dan membenarkan pemeriksaan dijalankan dan hasilnya mendapati dua motosikal, termasuk motosikal lelaki itu diletakkan di ruang tamu rumah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa,” katanya. -BH

KES BUNUH FAZLINA AHMAD: SEKS SELEPAS BUNUH ISTERI



Berita tahun 2010


SHAH ALAM: Pengurus sebuah syarikat katering, Mohafri Mohamed tergamak melakukan hubungan seks dengan kekasihnya di bilik utama yang sama di mana mayat isterinya disumbat ke dalam almari selepas dibunuh.

Teman wanita tertuduh, Nazratul Anis Zainal Abidin, 23, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, selepas masuk dan meletakkan beg pakaian di ruang tamu dia kemudiannya naik ke bilik utama untuk menggunakan tandas. Selepas itu, katanya, Mohafri mengajaknya melakukan hubungan seks.

“Pada mulanya saya tidak mahu, tetapi tertuduh kata sekejap sahaja,” katanya yang mengenali tertuduh sebagai berstatus duda semasa mereka bekerja di Tropicana Medical Centre pada 2009.

Ketika ditanya mengenai kedudukan almari pakaian berkenaan, saksi pendakwaan kelima itu memberitahu, pandangannya tidak jelas kerana tidak memakai cermin mata yang diletakkan di atas kabinet. Tambah Nazratul Anis, tertuduh juga berkelakuan seolah-olah mahu menghalang pandangannya di bahagian kiri kerana sering berdiri di sebelah kiri dan juga menunggunya keluar daripada tandas.

Saksi menambah, dia tidak melihat perkara luar biasa ataupun mendengar bunyi orang mengerang semasa berada di bilik itu.

Mohafri, 37, yang sebelum ini bekerja sebagai pengurus syarikat katering dibicarakan atas tuduhan membunuh Fazlina, 38, antara pukul 5 dan 10.30 pagi, 30 Disember 2009 di rumah nombor 70, Jalan Pinggiran 2, Taman Pinggiran Ukay, Ampang. Dia yang diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik dibicarakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mayat Fazlina, ibu kepada dua orang anak itu ditemui dibaluti kain selimut tebal dan diletakkan di bahagian bawah almari pakaian manakala hidung dan mulutnya ditekup dengan menggunakan pita pelekat. Mangsa juga merupakan seorang penghidap asma kronik.

Terdahulu, saksi berkenaan memberitahu, dia bertolak pada pukul 1 petang dari Parit Buntar, Perak dan tiba di Perhentian Bas Jalan Duta, Kuala Lumpur (dekat sini) pada pukul 5 petang. Katanya, tertuduh datang menjemputnya dan membawa dia ke sebuah rumah teres dua tingkat di Ampang.

Katanya lagi, selepas mengadakan hubungan seks dia mendengar bunyi loceng dan tertuduh telah mengarahkan saksi untuk mendiamkan diri manakala tertuduh menuju ke arah tingkap. “Saya ada menyuruh tertuduh membuka pintu kerana mungkin ada sesiapa di luar, mungkin ada pegawai dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tetapi tertuduh beritahu ada seorang perempuan memakai seragam polis di luar rumah,” katanya.

Tertuduh semasa itu tidak mahu membuka pintu dan memberi alasan polis itu mencari pembantu rumahnya yang tidak mempunyai dokumen perjalanan diri. Mengenai hubungan sulit mereka, Nazratul Anis berkata, mereka telah merancang untuk ke sempadan Thailand bagi urusan pernikahan pada hari kejadian pembunuhan itu berlaku.

Katanya, rancangan untuk bernikah di sempadan Thailand dibuat ekoran hubungan mereka tidak direstui oleh bapanya dan tertuduh telah menguruskan segala urusan berkaitan pernikahan. Sehubungan itu, Nazratul Anis telah menaiki bas daripada Parit Buntar, Perak untuk berjumpa dengan tertuduh sebelum mereka menaiki kereta api ke Perlis.

Selepas keluar dari rumah berkenaan, saksi yang bertubuh kecil molek itu seterusnya memberitahu, mereka dijemput oleh adik Mohafri yang dkenali sebagai Hanafi dengan kereta Proton Wira untuk ke perhentian Transit Aliran Ringan (LRT). “Saya dan tertuduh menaiki teksi untuk ke KL Sentral kerana kereta api kami bertolak pada pukul 8.15 malam. Sepanjang perjalanan, saya nampak tertuduh sibuk bercakap di telefon bimbit.

“Pada pukul 9 malam, ketika kereta api sampai di stesen Rawang, dekat sini saya dan tertuduh turun. Saya tanya tertuduh kenapa dan dia cakap dia terpaksa buat laporan polis tentang kehilangan Fazlina. “Saya cakap, apa kaitan dia dengan Fazlina kerana mereka dah bercerai. Dia jawab, "dia orang" yang desak dia untuk buat laporan. Tapi saya tidak tahu siapa yang dimaksudkan dengan ‘dia orang’,” katanya yang ditinggalkan tertuduh dan diarahkan pulang semula ke Kuala Lumpur sendirian.

Bagaimanapun, Nazratul Anis menghubungi rakannya, Nur Ikhwan Abadi Andi Samsinar yang dipanggil Wan agar menjemputnya di stesen kereta api Sungai Buloh. “Wan bawa saya ke tempat kerjanya kerana dia masih belum habis waktu bekerja sementara saya menunggu di dalam kereta sehingga pukul 10.30 malam. Selepas itu, kami pergi ke rumah tertuduh.

“Masa sampai, kawasan itu telah dikepung oleh polis. Wan buat satu pusingan dan letak kereta di belakang. Wan suruh saya duduk di dalam kereta sambil dia pergi bertanyakan orang. “Wan kemudian memberitahu saya ada kes suami bunuh isteri,” katanya pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Rosidah Abu Bakar. Saksi itu menambah, dia membuat laporan polis selepas diminta oleh Wan memandangkan dia adalah individu terakhir bersama tertuduh. Di balai polis, dia dibawa ke sebuah bilik untuk diambil keterangan dan telefon bimbitnya dirampas.

Sementara itu, kakak mangsa yang bernama Faezah selaku saksi pendakwaan keenam menangis apabila dirujuk gambar adiknya dan memberitahu dia mula rapat dengan adik bongsunya sejak akhir tahun lalu. “Fazlina ada memberitahu bahawa dia menghadapi masalah rumah tangga disebabkan orang ketiga dan mereka hendak bercerai,” katanya.

Saksi yang bekerja sebagai penolong jururawat di Pulau Pinang juga memberitahu, kali terkahir dia menghubungi mangsa ialah pada pukul 5.30 pagi, hari kejadian bagi meminta mangsa mengambil cuti kecemasan untuk membawa bapa mereka yang berada di Kulim,Kedah yang sakit. Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki bersambung 13 Januari depan. - mstar

Kerajaan Serius Tingkatkan Pendapatan Rakyat Dua Kali Ganda Pada 2020

SUNGAI PETANI, 5 April (Bernama) -- Kerajaan Barisan Nasional (BN) serius dan komited untuk menjadikan Malaysia negara dengan pendapatan rakyat meningkat dua kali ganda kepada US$19,000 atau hampir RM60,000 setahun pada tahun 2020, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata bagi mencapai matlamat itu kerajaan BN tidak akan membebankan rakyat dengan pelbagai kenaikan kos sebaliknya memberi jaminan akan menunaikan janji yang dibuat.

"Kerajaan BN sentiasa memikirkan cara, usaha dan pelbagai bantuan bagi membantu rakyat malahan Belanjawan 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak banyak menyentuh kepentingan rakyat.

"Dalam masa lapan tahun lagi, sasaran pendapatan mesti meningkat dua kali ganda," katanya ketika berucap pada perjumpaan khas Timbalan Perdana Menteri bersama peniaga kecil dan pemandu teksi seluruh Kedah di Padang Awam, Taman Ria, di sini hari ini.

Kira-kira 1,500 orang antaranya Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah, Pengerusi Tekun, Suraya Yaacob, Penyelaras Parlimen Merbok, Datuk Tajul Urus Md Zain dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kedah, Datuk Azmi Lateh, hadir pada perjumpaan itu.

Muhyiddin yang dalam rangka lawatan sehari ke Kedah turut bersarapan pagi bersama masyarakat yang menghadiri perjumpaan tersebut.

Beliau berkata kerajaan tidak boleh terlepas pandang setiap sektor yang menyumbang kepada pembangunan negara kerana banyak lagi usaha perlu dilakukan bagi menjadikan Malaysia negara maju.

Katanya berbilion ringgit telah dikeluarkan sebagai pinjaman mudah kepada rakyat dan banyak lagi program sedang dirangka untuk membantu rakyat menjadi usahawan.

"Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sahaja berjumlah RM1.9 bilion. Empat juta isi rumah mendapat manfaat. Makanlah...ia halal. Doakanlah agar Perdana Menteri umum segera dan banyak lagi bantuan akan gugur," kata Muhyiddin.

Katanya dasar kerajaan BN akan terlaksana lebih berkesan jika rakyat terus memberi sokongan pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Muhyiddin turut mengumumkan bantuan pentadbiran berjumlah RM120,000 kepada 12 buah persatuan pemandu teksi/kereta sewa/limosin di Kedah manakala setiap cawangan persatuan peniaga kecil pula menerima RM10,000.

Sebelum itu wakil pemandu teksi dan peniaga kecil, Zakaria Jaafar ketika berucap berkata pemandu teksi dan peniaga kecil di Kedah menyokong segala usaha baik kerajaan melakukan transformasi ekonomi serta menyalurkan pelbagai bantuan kepada rakyat.

Beliau turut mengemukakan lima usul kepada kerajaan bagi membantu pemandu teksi dan pengusaha kereta sewa.

Antara usul itu meminta kerajaan memastikan Bank Simpanan Nasional (BSN) melaksanakan skim pinjaman pembelian kereta nasional untuk dijadikan teksi dengan mengenakan faedah dua peratus sebagaimana diumumkan Perdana Menteri semasa membentangkan Belanjawan 2012; memanjangkan tempoh lesen kereta sewa/teksi/limosin dari setahun kepada tiga hingga lima tahun; memperbanyakkan stesyen NGV; skim bantuan atau insentif kepad pemandu teksi; serta subsidi RM10,000 kepada pengusaha teksi yang menukar kenderaan baru.-- BERNAMA

Adv

Nuffnang 2