Nuffnang

Advertlets

Pesanan AC

Segala kelemahan dalam Blog ini datangnya dari penulis sendiri, dan semua kesempurnaan datang dari Allah s.w.t.

Kepada sahabat-sahabat Blogger sila linkkan blog Assassin Cyber di bloglist anda dan AC akan linkkan blog anda di list kami.

Kepada anda yang ada artikl menarik dan ingin dikongsikan sila email ke:

E-mail: telebihsudah@gmail.com

FOLLOW JIKA BERANI

Klik Butang Like Di Bawah

TUKAR SIZE FONT

Change Text Size
+A +A +A +A +A

06 April, 2012

NIK AZIZ MENGALAMI KOMPLIKASI JANTUNG


Bila nak berundur dari dunia politik?

KOLEKSI FATWA DAN KENYATAAN NIK AZIZ PART 2


Di sini kita perturunkan kata-kata Nik Aziz, mengaku Tok Guru yang boleh dijadikan renungan bersama. Apakah beliau layak dipanggil ulama atau sebaliknya?

Terdapat 90 kata-kata khawarij Nik Aziz yang telah menjumud dan membaluti parti PAS selama ini. Antaranya:-

1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" -   Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

2. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." -   Nik Aziz Nik Mat, Utusan  Malaysia , 4 Ogos 2001.

3. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" -   Ceramah Nik Aziz Nik Mat di  Padang  Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

4. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." -   Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

5. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya." -   Nik Aziz Nik Mat, Utusan  Malaysia , 28 April 1999.

6. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." -   Nik Aziz Nik Mat, Utusan  Malaysia , 24 Januari 1999.

7. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" -   Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

8. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." -   Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.

9. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan.   Arak   itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?" -   Nik Aziz Nik Mat, Utusan  Malaysia , 26 November 1994.

10. "Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya." -   Nik Aziz Nik Mat, Utusan  Malaysia , 19 November 1992.

11. "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..."  - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.

12. "Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran." -   Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.

13. "Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 17 April 1995.

14. "Tiada sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda, melainkan ulama." -   Nik Aziz Nik Mat, Utusan  Malaysia , 6 November 1999.

15. "Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam." -  Nik Aziz Nik Mat,  Kota  Bharu, 1999.

16. "PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif." -   Nik Aziz Nik Mat, Utusan  Malaysia , 6 November 1999.

17. " Para   imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah." -   Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001.

18. "Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihanraya yang ke-10 itu."   - Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001.

19. "Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang" -   Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004.

20. "Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir."- Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.

21. “Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.

22. “Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)”. –Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.

23. “Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga.” – Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.

24. “Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak Nampak simbol lain kecuali simbol PAS. “ – Doa Nik Aziz Nik Mat pada
27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira 3000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan cerah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.

25. “UMNO tetap parti sekular kerana asas perlembagaanya tidak merujuk al-Quran dan Hadis.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 22 Februari 1999.

26. ‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’ – Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.

27. “Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 12 Mei 1999.

28. "Percaya-ae (kepercayaan) manusiyo (manusia) kepada kiamat menyebabkan seganah-ganah (seganas-ganas) manusia akan tok (tak) jadi ganah. Kerana dia yakin walau bagaimana ganahnya aku dan bagaimana pangkat... tingginya pangkat aku, tapi apalah nasib aku apabila aku berdepae (berdepan) dengan padang mahsyar. Di padang mahsyar kelak ada lagi yang lebih gagah daripada aku namanya Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih jabaruut, lebih samseng daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih angkuh daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Dan nama Allah Subhanahuwataala satu daripada namanya al-Mutakabbir, al-Jabbarul Mutakabbir. ( Al-Jabbar maknanya gagah kuasa ataupun kita panggil samseng. Al-Mutakabbir sombong, angkuh.) Akulah oghaenya (orangnya) sombong, tok denga (dengar) kato (kata) orang lain. Itu satu daripada sifat Allah Taala. Samseng pun dok (ada) di aku, hanelan (handalan) pun dok di aku, somong (sombong) pun di aku. Kalu (kalau) samseng, aku lebih samseng. Kalu mu jahat, aku lebih jahat, kalu mu somong (sombong) aku lebih somong. Percayaan kito manusiyo kepada akidah nilah, akidah akhirat kito panggil menyebabkan orang Melayu yang sokong Pas ni tidak jahat...'' – Rakaman Ucapan Nik Aziz Nik Mat berhubung isu Allah Samseng, Utusan Malaysia, 31 Julai 2002.

29. “Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” – Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

30. "DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 12 Ogos 2009.

Klik SINI untuk Koleksi Fatwa dan Kenyataan Nik Aziz Part 1

Sumber: jarum_emas group


Malaysia - Negara Ke-51 Paling Gembira Di Dunia

NEW YORK, -- Malaysia diiktiraf sebagai negara ke-51 paling gembira di dunia berdasarkan kaji selidik terbaru oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Status Malaysia yang mana penduduknya hidup paling bahagia dan gembira di dunia terkandung dalam 'Laporan Kebahagiaan Sedunia' yang dikeluarkan di ibu pejabat PBB di New York baru-baru ini.

Laporan tersebut, yang dikumpul bagi Persidangan PBB Mengenai Kebahagiaan di New York Isnin lalu adalah berdasarkan maklum balas kaji seldik dari tahun 2005 hingga pertengahan 2011 bagi mengukur tahap kebahagiaan 156 negara.

Kaji selidik itu dibuat berdasarkan beberapa penunjuk antaranya kemakmuran kebendaan, kecenderungan umum seseorang dan tahap kepuasan dengan aspirasi asas masing-masing.

Bagaimanapun, Malaysia menduduki ranking kedua di Asia Tenggara di belakang Singapura yang muncul sebagai negara paling gembira di rantau itu.

Mengikut senarai dunia itu, Singapura menghuni tangga ke-33, Thailand (52), Myanmar (72) dan Indonesia di ranking ke-83.

Negara maju Scandinavia seperti Denmark, Finland dan Norway menduduki tiga tempat teratas dalam senarai tersebut yang mencadangkan penduduk negara kaya cenderung untuk lebih bahagia walaupun kekayaan tidak menjadi faktor penentu untuk mengukur tahap kebahagiaan.

"Kebebasan politik, rantaian sosial yang mantap dan ketiadaan amalan rasuah adalah faktor bersama yang lebih penting daripada pendapatan dalam mengukur perbezaan kesejahteraan," menurut laporan itu.

Pada tahap individu pula, kesihatan mental dan fizikal yang baik, tempat seseorang untuk bergantung, jaminan pekerjaan dan keluarga yang stabil merupakan faktor penting, kata laporan itu.

Amerika Syarikat, negara paling kaya di dunia, menduduki ranking ke-11, Jepun di tempat ke-44, China di tempat ke-111 di belakang Iran (84) dan Syria di tempat ke-106.

Negara yang paling tidak bahagia ialah Togo, negara Afrika Barat.

-- BERNAMA

Anda nak tahu mengapa Malaysia diundi sebagai negara ke-51 paling gembira?
Klik SINI

SURAT TERBUKA KEPADA MAHFUZ OMAR

 
 
AC salin daripada blog MyMassa. Di bawah ini adalah surat terbuka daripada seorang yang berasal dari sabah kepada Mahfuz Omar.
 
 
 
SURAT TERBUKA KEPADA MAHFUZ OMAR
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

HIDUP saya sudah lama menderita, berpuluh tahun kerana saya tidak memiliki Mycard dan status kewarganegaraan saya belum ditentukan. Bukan saya sahaja, tetapi ramai. Saya dilahirkan di Sandakan, Sabah. Ibu bapa saya datang ke Sabah sebelum Sabah merdeka, tetapi mereka pulang ke Negara asal mereka di Indonesia. Tinggallah saya adik beradik dijaga ibubapa angkat. Kami bersekolah di Sandakan, dari tadika hinggalah ke Universiti. Apabila tamat pengajian, saya bekerja dengan kerajaan tetapi apabila status warganegara saya dikesan “belum ditentukan” saya diberhentikan kerja. Bertahun saya bekerja menabur bakti, tetapi kerana peraturan memohon kerakyatan yang sangat ketat di JPN dan di KDN, sehingga ke hari ini saya terkontang-kanting.

Bagi saya, saudara adalah Pembunuh Masa Depan Kami! Kamu Hikpokrit! Tahukah kamu hampir 90% ahli dan penyokong PAS di Sabah, ibu bapa mereka, malah mereka sendiri, semuanya berasal dari Indonesia atau Selatan Filipina. Mereka semua Islam dan Melayu. Saya tidak kenal nama-nama pegawai yang kamu sebut itu, tetapi saya pernah berjumpa dengan Encik Rashid Basiron di JPN Putrajaya. Mahukah kamu saya sebut satu-satu ahli PAS di Sabah yang semuanya asalnya Pendatang? Sebab itu saya kata kamu Hikpokrit dan Pembunuh masa depan kami? Kalau kau ada di depanku, aku sudah tampar kau hidup2.

Pernah kau Mahfuz pergi ke JPN Putrajaya? Pernahkah kau berurusan dengan KDN betapa sukarnya untuk mendapat status warganegara? Encik Rashid Basiron itulah, walaupun dia sangat tegas, sangat ikut peraturan walaupun  kami merayu dan menangis, tetapi dia kata peraturan kena ikut juga. Tetapi dia tidak matikan harapan kami, dia tolong kami, dia tunjukkan kami jalan, akhirnya dalam tempoh setahun atau dua tahun adalah keluarga kami yang mendapat warganegara dan seterusnya memiliki kad pengenalan. Dengan sekeping Kad Pengenalan inilah, kami boleh bekerja, menyara keluarga kami, mendapat rezeki dan seterusnya dapat menderma kepada surau-surau, malah ahli-ahli PAS di Tawau, Sandakan, Kalabakan, Kota Kinabalu semuanya bermula macam kami. Mereka semua asalnya pendatang juga tetapi pegawai2 seperti Encik Rashid Basiron inilah juga yang membantu mereka.

Pesuruhjaya PAS Sabah itu kamu tahukah dia berasal dari mana? Kamu tahukah dia lahir di mana? Kamu tahukah dia juga berurusan dengan JPN untuk menjadi Warganegara Malaysia? Kamu Mahfuz memang Pembunuh Masa Depan Kami dan Kamu memang Hikpokrit!!! Hanya kerana Cita-cita kamu bersama DAP mahu ke Putrajaya, kamu keluarkan kenyataann yang mengguris jiwa dan perasaan kami.
Kamu tahukah kawan-kawan saya ramai yang diberhentikan kerja kerana masalah Kad Pengenalan yang kamu bangkitkan. Kamu tidak percayakah, pergilah kau selidik di Sandakan ini, di Tawau, di Kalabakan, semuanya orang Islam, semuanya Melayu, yang lahir di Sabah, tetapi ibu bapa kami dahulu tidak bersekolah, ibu bapa kami dahulu duduk di dalam hutan menebang pokok, membuka ladang, mereka tiada wang untuk ke Bandar, mereka buta huruf untuk mengurus Kad Pengenalan kami. Kami bukan jalan belakang seperti yang kamu tuduh, Tidak ada satu pun Pasukan Khas atau Task Force yang kamu tuduh itu untuk menyelesaikan masalah kami ini, Mana dia, kalau ada baguslah, supaya hidup kami boleh ada masa depan.

Kamu sangat Terok dan Menjijikan Mahfuz!!! Dato Hishamudin dan Encik Rashid Basiron lebih Mulia hati mereka dari kamu, kau yang bernama Mahfuz sangat Jahat dan Sangat Kejam!!! Kami orang Islam, Pernah kau perjuangkan nasib kami di Parlimen, yang kau tahu tuduh tuduh tuduh. Islam apa kau ini??? Nasib baik kau bukan di Sabah, kalau kau ada di Sabah, sudah ku tampar kau sampai kau mampus. Memang bapakmu pandai bagi kau nama, Mampus dan Mahfuz hamper-hampir sama.

Harapan kami, hanya kepada Kerajaan Persekutuan bukan kepada manusia Berhati Busuk seperti kau!
Kau tahukah nasibku sekarang, aku dibuang kerja, sudah 5 bulan aku tak bekerja. Ibu bapaku sudah tua, rumahku baru terbakar hangus semuanya. Adik-adikku bersekolah. Mereka semua hairan kenapa aku tidak bekerja. Aku tipu mereka, aku kata aku bercuti panjang, kerana aku tidak mahu jatuhkan semangat mereka. Dalam dompetku hanya sedikit saja wang, aku pinjam wang, aku terbang ke Putrajaya, aku menumpang tidur di rumah kawan, hari ini di rumah kawan esok di rumah kawan lain, aku makan apa yang ada, aku berjalan ke satu jabatan ke satu jabatan, KDN membantuku, pegawai di JPN membantuku, pegawai di JPM membantuku, tiba-tiba keluar dari Mulutmu yang kurang ajar konon orang-orang seperti kami ini dibantu oleh Task Force. Hancur luluh hatiku…Kau Mahfuz memang berhati Setan!!! Sekarang aku mencari kerja di mana saja, di kilang apapun dengan warga asing, aku sudah tidak boleh pulang ke Sabah kerana aku sudah tiada wang.

Bila aku terbaca Tuduhanmu itu, Hatiku bertambah Sakit, Sangat-Sangat Sakit, Jiwaku menangis, aku terkenang ibu bapaku dan adik-adikku yang menanti khabar di kampong. Di mana perasaanmu Mahfuz? Di mana jiwa Islammu? Aku ini sauadara seagama dengan mu? Kerajaan dan Dato Hisham dan Encik Rashid Basiron walaupun dia pegawai biasa, tetapi jiwa mereka besar hendak menolong orang seperti kami. Tapi kau Mahfuz, kau umpama Setan Neraka kepada kami di Sabah. Aku menangis Mahfuz mengenang nasibku. Kau Mahfuz Manusia paling Kejam di dalam dunia ini…Hanya kepada Allah aku berserah.

M.Sandakan.
12.15PAGI.
Putrajaya, menumpang di rumah kawan!.

RAZAK MOHD NOOR BOLEH BELI HAKIM DENGAN HARGA MURAH


Hubungan rapat antara Razak Mohd Noor dengan beberapa nama penting Jabatan Kehakiman, terutama sekali Anantham Kasinather yang terlalu teringin menjadi Hakim Mahkamah Rayuan, bukanlah perkara rahsia lagi. Bersama-sama Ruben Netto, peguamnya, Razak telah mengumpan Anantham dengan janji untuk naik pangkat dan sejumlah wang.

Bagi siapa-siapa yang tidak mengenali Razak Mohd Noor anda boleh klik sini untuk berkenalan dengannya.

Orang tengahnya adalah VK Linggam, peguam yang sebelum ini turut dikaitkan dengan pengaturan jawatan-jawatan untuk Hakim-Hakim yang mempunyai cita-cita yang lebih besar untuk menjadi golongan paling berkuasa di negara ini.
Permainan yang dilakukan oleh Razak Mohd Noor dapat dilihat menerusi kemelut yang melanda Syarikat Minta Magik Telecom dan Numix.

Bantuan daripada Anantham telah membolehkan Razak Mohd Noor menipu syarikat berkenaan, mencuri wang, menyaman dan mengancam untuk menutup syarikat tersebut bagi membolehkan dia tidak perlu membayar balik wang atau kongsi perniagaan Ku Band.

Bagi memudahkan kerjanya, Razak Mohd Noor telah ke Mahkamah TInggi dan berpakat dengan Anantham Kasinaver yang diketahui bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang Hakim Mahkamah Rayuan.

Biarpun pada masa yang sama, Razak juga berhadapan dengan tuduhan menipu dan disaman oleh pemegang saham Magik, dengan mengupah Vazir Alam, seorang lagi Judicial Commissioner yang juga merupakan kawan baik Anantham, Razak langsung tidak berhadapan dengan masalah.

Semasa perbicaraan, Razak didapati menipu berulang-ulang kali. Terdapat banyak bukti jelas yang menyebelahi Magik, termasuklah LAPORAN AUDIT GRANT THORNTON yang menunjukkan Razak telah menggunakan duit syarikat untuk kepentingan diri tanpa pengetahuan pemegang saham.

Anantham yang telah menerima bayaran daripada Razak, membiarkan fakta berkenaan. Bahkan semasa Razak mengaku telah menandantangani surat dan perjanjian, ayat paling bodoh yang keluar dari mulut Razak iaitu, 'SAYA BUKAN PEGUAM, DAN SAYA TIDAK FAHAM APA YANG SAYA TANDATANGANI', tidak langsung diberikan perhatian oleh Anantham.

Tindakan Razak memecah masuk ke pejabat, tukar kunci pejabat Magic dan menghalau para pekerja dengan menuduh Magic berpindah pejabat tanpa kebenaran, semuanya dihalalkan oleh Anantham. Atau lebih tepat lagi, kalaupun Razak Mohd Noor membunuh dan fakta-faktanya jelas menunjukkan perbuatan itu dilakukan oleh Razak, Anantham tidak akan mengambil kira kerana Anantham sudah dibayar oleh Razak Mohd Noor.

Itu jugalah yang berlaku apabila seorang lagi pemegang saham Magic telah menyaman Razak dan Numix. Malangnya saman yang dibawa di hadapan Yang Arif Hakim Harminder Singh telah dipindahkan kepada Anantham.

Hakim Harminder Singh, Anantham Kasinather dan Vazir merupakan tiga sekawan yang kerapkali boleh ditemui makan tengah hari bersama di Plaza Damas. Semasa pengurusan kes tersebut, Anantham sudah pun memanggil peguam pemegang saham tersebut dan meminta agar saman tersebut ditarik balik.

"If they want money, tell your clients don't sue Razak because they won't win. If they sue other shareholders of Magic they can win."

Ketua Penerangan PKR Cabang Ampang Dipecat Serta-merta


Di mana kebebasan bersuara yang selama ini dilaungkan dan ditagih oleh Pakatan Pembangkang.
Apa salah ke tuntutan yang dibuat oleh ahli PKR cabang Ampang ini?

Antara tuntutan/desakan mereka adalah:

1. Azmin perlu tampil menjawab tuduhan jijik yang dilemparkan kepadanya secara berani dan ikhlas.
2. Ambil tindakan kepada mereka yang membuat tuduhan.

3. Saham yang dibeli isterinya, Shamsidar yang bernilai RM2 juta antara tahun 1992 - 1994.

4. Azmin perlu nafikan beliau, isteri dan iparnya memiliki saham bernilai RM8.5 juta pada awal tahun 1990-an.

5. Azmin mesti nafikan tuduhan yang dibuat pengarang buku 'Tuhan, Politik dan Seks' - Syed Hussin Al-Attas.

6. Tentukan kesahihan nasab biologi salah seorang ahli keluarganya.

Mengapa Azmin Ali tidak menyahut desakan ini? Mengapa sampai sekarang desakan daripada ahli parti sendiri pun tidak disahut. Desakan ahli parti sendiri tidak disahut inikan pula desakan dari Nalla dan Ummi. 

Pada AC, pemecatan ini disebabkan adanya tangan ghaib dari Azmin Ali. Jika tidak, masakan si Zuraida pakar lembu ini suka-suka buat keputusan untuk memecat Mohd Isa Saidi. Kes ini sama seperti kes pemecatan Dr. Hasan Ali.


KUALA LUMPUR 4 April – Ahli-ahli akar umbi Parti Keadilan Rakyat (PKR) buat pertama kali dan secara terbuka menuntut supaya Azmin Ali menjawab segala dakwaan yang dikaitkan ke atas beliau.

Mereka turut menggesa Timbalan Presiden PKR itu meninggalkan parti jika gagal berbuat demikian dalam masa terdekat demi menjaga nama baik PKR.

Desakan itu dinyatakan oleh Ketua Penerangan PKR Ampang, Mohd. Isa Mohd. Saidi dalam satu sidang akhbar di sini hari ini yang turut dihadiri Naib Ketua PKR Ampang, H.M Tan dan 10 ahli jawatankuasa cabang tersebut.

“Azmin tidak akan membisu dan berdiam diri jika tidak bersalah. Azmin perlu tampil menjawab segala tuduhan jijik yang dilemparkan secara berani dan ikhlas sekali gus mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang membuat tuduhan itu demi meyakinkan ahli dan rakyat,’’ tegas Mohd. Isa. 

Azmin sebelum ini dicabar oleh bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali supaya membuat penjelasan terhadap lima perkara termasuk sumber kewangan Ahli Parlimen Gombak itu serta isterinya, Shamsidar Taharin yang membeli saham bernilai RM2 juta antara tahun 1992 hingga 1994.

Azmin juga dicabar menafikan dakwaan bahawa beliau serta isterinya termasuk seorang ipar memiliki saham bernilai RM8.5 juta pada awal tahun 1990-an adalah tidak benar.

Selain itu, Azmin juga perlu menafikan tuduhan yang dibuat dalam buku karangan Syed Hussin Al-Attas bertajuk ‘Tuhan, Politik dan Seks’ yang diterbitkan pada tahun 2010 termasuk cabaran penulis-penulis blog untuk menentukan kesahihan nasab biologi seorang lagi ahli keluarga beliau.

Namun, sehingga kini, Azmin masih enggan membuka mulut kecuali dakwaan pemilikan saham beliau dan isterinya apabila menyifatkan usaha mengaitkan perkara itu dengannya sebagai fitnah.

Bagaimanapun semalam, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari yang merupakan individu bertanggungjawab melaporkan pembelian dan pemilikan saham berkenaan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tahun lalu tampil mendedahkan bukti-bukti sebagaimana yang diminta Azmin.

Mohd. Isa berkata, beliau dan ahli-ahli parti lain terpanggil membuat desakan tersebut ekoran sikap Ketuanya, Zuraida Kamaruddin merangkap Ketua Wanita PKR yang memberi amaran supaya tidak ‘sibuk’ mencampuri urusan pimpinan atasan parti apabila diminta memberikan penjelasan.

Bimbang dengan jawapan Zuraida itu, katanya, pakatan pembangkang berkemungkinan besar akan kecundang teruk dalam pilihan raya umum akan datang jika tiada penjelasan konkrit daripada Azmin atau mana-mana pimpinan tertinggi parti.

‘‘Beberapa cabang PKR lain khususnya di Selangor dipercayai akan membuat desakan sama jika Azmin mengambil sikap terus berdiam diri.

‘‘Sebelum kami beramai-ramai bertindak keluar parti, kami minta beliau terlebih dahulu meninggalkan parti,’’ katanya.

Mohd. Isa turut menegaskan selain Azmin, mana-mana pemimpin termasuk Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikaitkan dengan dakwaan salah laku moral perlu membuat penjelasan.
Jika benar dakwaan Nalla dan Ummi Hafilda itu tidak benar, Azmin sepatutnya tampil dan menafikan dakwaan tersebut. Jika Azmin mengambil keputusan untuk berdiam diri maka ini seolah-olah mengiyakan dakwaan Nalla dan Ummi.
  Baca pendedahan menarik di sini

SELANGOR NEGERI BERKEBAJIKAN?

Assalamualaikum w.b.t, dan salam sejahtera kepada semua.

Betul ke negeri pimpinan Pakatan Rakyat negeri berkebajikan seperti yang digembar-gemburkan oleh puak Pakatan Rakyat? Benarkah Selangor negeri berkebajikan? Atau adakah ini cuma satu satu sandiwara yang dicanangkan untuk mengabui mata dan hati rakyat. 

AC tertanya-tanya apakah difinisi sebenar Negara Berkebajikan yang ada di dalam kamus Pakatan Haram ini. 

Tidak dinafikan, bantuan yang dicanangkan oleh PR seperti air percuma, bantuan kelahiran, bantuan pendidikan memang benar ada yang menerimanya. Tetapi bantuan ini dilihat seperti tidak menyeluruh. Contohnya Program Bekalan Air Percuma sebanyak 20 meter padu kepada semua meter individu. 

Kerajaan PR Selangor yang diterajui PKR benar-benar yakin ke bahawa program ini telah berjaya? Jika benar projek itu berjaya, mengapa pula timbul isu ini(Imej di bawah)?

Apa yang AC dapat lihat pada gabungan kerajaan PR ini hanyalah semata-mata untuk kepentingan survival politik mereka. 

Manifesto mereka pada PRU 12 seperti menjanjikan bulan dan bintang tetapi bila rakyat beri peluang untuk memerintah apa yang Pakatan Rakyat beri sebagai imbuhan kepada kepercayaan rakyat? Mungkin gambar di bawah ini boleh menjelaskan hadiah Pakatan Rakyat kepada rakyat Selangor.




Indahnya Sungai Kelang

Para pemimpin PR sangat seronok duduk di kerusi empuk sedangkan rakyat menderita dek ketidakprihatinan para pemimpin atasan. 

Malah, Pakatan Haprak kini kian rakus mengaut hasil bumi di Selangor. Mungkin mereka sedar ini adalah peluang terakhir mereka untuk mengaut keuntungan dan mengisi perut sendiri dan kroni-kroninya. 

PR kian sedar, tempoh bagi mereka untuk memerintah sudah berakhir. Mereka sudah tahu dalam PRU13 nanti peluang mereka untuk terus memerintah adalah ZERO. Lihat gambar di bawah.










Rakyat Selangor sepatutnya tahu, dan wajib tahu tentang semua perkara ini. Masih terlalu banyak lagi kegiatan yang haprak dilakukan oleh Pakatan Rakyat yang tidak diketahui oleh rakyat. -Assassin Cyber

Jejak Kasih BR1M

Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan kerajaan benar-benar memberi makna yang cukup mendalam kepada seorang ibu tunggal, Khatijah Jaafar, 49, yang akhirnya bertemu semula dengan dua anaknya yang terpisah sejak 21 tahun lalu.

Anak Khatijah, Norhidalyah Awang, 27, dan Mohd Rashid Awang, 30, dipelihara bekas suami Khatijah, Awang Wahab yang meninggal dunia pada 2007.
 
“Saya pernah berusaha mencari anak saya di Jeli kerana sebelum berpisah dengan suami, kami pernah menetap di daerah itu. Usaha saya menemui kegagalan tetapi saya tidak berputus asa.

“Saya juga pernah cuba mengesan Norhidalyah di Rompin, berdasarkan alamat kad pengenalannya, tetapi dimaklumkan dia sudah berpindah dan tidak siapa tahu tempat tinggalnya sekarang,” kata Khatijah yang bekerja sebagai tukang cuci di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kota Bharu, Kelantan itu.

Khatijah yang berstatus ibu tunggal berkata, dia sengaja mendaftarkan nama Norhidalyah sebagai salah seorang penerima BR1M di bawah tanggungannya kerana berharap apa yang dilakukannya itu akan membolehkan dia bertemu kembali dengan anaknya itu.

Mungkin sudah ditakdirkan, suami Norhidalyah, Khairul Mubin, 27, turut menyenaraikan nama isterinya itu untuk menerima BR1M, tetapi dimaklumkan bahawa dia tidak layak menerima bantuan berkenaan kerana nama Norhidalyah sudah disenaraikan oleh orang lain.

Hasil siasatan yang dilakukan Khairul, membawa kepada pertemuan Norhidalyah dengan Khatijah dan melalui Norhidalyah juga, ibunya itu akan berpeluang bertemu dengan anak sulungnya, Mohd Rashid yang dikatakan bertugas di Bentong.

“Saya bersyukur kerana BR1M menemukan saya dengan dua anak hasil perkongsian hidup dengan bekas suami. Pada awalnya, saya turut meletakkan nama Norhidalyah di dalam borang BR1M kerana bimbang saya tidak layak, tetapi pada masa sama, inilah saja cara bagi mencari anak saya.

“Saya sangat berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengilhamkan BR1M kerana ia bukan saja membantu rakyat, tetapi juga menemukan saya dengan anak saya,” katanya ketika ditemui di rumah anaknya itu di Kampung Kuala Mai, di sini, semalam.

Ternyata kedua-dua mereka tidak dapat menahan sebak ketika berpelukan dan tidak percaya dapat bertemu semula selepas 21 tahun berpisah.

Sementara itu, Norhidalyah mengakui terkejut apabila dimaklumkan tidak layak menerima BR1M sedangkan pendapatan dia dan suami tidak melebihi RM3,000 sebulan.

“Saya dan suami mengambil keputusan ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) cawangan Temerloh untuk menyemak semula status permohonan, namun pegawai LHDN memaklumkan bahawa nama saya sudah digunakan oleh individu lain pada 13 Mac lalu.

“Saya meminta butiran peribadi individu menggunakan nama saya itu dan terkejut apabila mendapati individu itu ialah ibu kandung saya yang terpisah sejak 21 tahun lalu.

“Dua hari kemudian, saya memberanikan diri menghubungi dan gembira kerana impian bertemu ibu yang terpisah sudah dimakbulkan. Saya mahu membela dan menjaga ibu selepas ini dan mahu membina kehidupan baru bersamanya. Saya mahu ibu tinggal dengan kami.

“Walaupun tidak mendapat wang BR1M tetapi saya mendapat sesuatu yang lebih bermakna iaitu dipertemukan dengan ibu kandung,” katanya. -Sumber

Adv

Nuffnang 2