Assalamualaikum w.b.t.
AC terpanggil untuk mengulas situasi di mana ramai dikalangan individu yang seringkali mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang pemilih. Masalah ini bukanlah sesuatu yang boleh mengganggu gugat keberlangsungan hidup AC sebagai manusia, dan bukan menjadi urusan AC untuk mengambil tahu masalah seperti ini.
Mengundi dan memilih pemimpin, bukan satu paksaan kepada mana-mana individu. Namun adalah menjadi tanggungjawab bagi mana-mana individu yang layak, berumur 21 tahun dan ke atas untuk memilih pemimpin mereka.
Mengikut statistik SPR, jumlah pemilih berdaftar di seluruh negara kini adalah sebanyak 12,400,437 orang. Sedangkan jumlah rakyat yang berumur 21 tahun ke atas ialah
sebanyak 16,131,571 orang dan ini bermakna 3,7341,134 orang atau 23
peratus daripada warga yang layak mengundi masih tidak berdaftar sebagai
pemilih.
Gambar di atas adalah jumlah pengundi berdaftar pada 30 september 2010. Jumlah peningkatan pengundi berdaftar memang jelas. Namun apa yang menjadi masalah dikalangan pengundi dan rakyat Malaysia pada masa kini adalah mentaliti. Sudah mendaftar sebagai pemilih tetapi bila tiba masa untuk mengundi (PRU), tak nak keluar mengundi.
Apa bezanya dengan tidak berdaftar sebagai pemilih dan berdaftar sebagai pemilih tetapi tidak keluar mengundi? Mentaliti ini harus diubah. Jika tidak alamat negara kita akan dipimpin oleh pemimpin yang tidak sepatutnya memimpin negara.
Menyokong kepimpinan DS Najib tidak hanya di dalam hati. Sokongan seperti ini tidak memadai dan tidak mengubah apa-apa jika tidak disusuli dengan tindakan. Tindakan seperti ini samalah seperti, anda menaruh perasaan terhadap seseorang tetapi tidak meluahkan perasaan terhadapnya.
Tindakan apa?
Andaikata; Anda adalah seorang individu yang menyokong penuh kepimpinan DS Najib. Anda menyokong segala usaha DS Najib untuk membawa negara Malaysia ke arah Wawasan 2020. Anda bersorak, anda mengagumi dan anda mendoakan agar kepimpinan DS Najib. Tetapi bila tiba waktu pilihanraya anda hanya duduk terperap di rumah. Adakah ini menunjukkan sokongan anda kepada kepimpinan DS Najib?
Ceritera
AC ada seorang rakan. Rakan sekampung, rakan bermain, rakan sekelas dari darjah 1 hingga tingkatan 6. Pendek kata, rakan karib dan rakan membesar. Dialah rakan yang paling akrab dalam hidup AC, sehingakan ketika ada kelas tambahan semasa darjah 6 dahulu, kami akan berkongsi bekal yang dibawa dari rumah.
Selepas tingkatan 6, jalan hidup kami mula berubah, membawa haluan masing-masing. Dia dengan hidup dia dan AC dengan hidup AC.
Selepas habis tingkatan 6, sahabat AC ini mengambil keputusan untuk bekerja di salah sebuah kilang perabot di kawasan serdang. Agak lama juga dia bekerja di kilang perabot itu. Dalam pada dia bekerja di kilang perabot itu, dia tidak putus-putus berusaha untuk memohon kerja kerajaan. Hasil usaha gigih yang tidak berkesudahan akhirnya pada penghujung tahun 2009 dia berjaya mendapat kerja kerajaan. Kerja sebagai apa AC tak nak cakap la.
AC respect usaha sahabat AC ini sehingga berjaya menginjak kaki ke pejabat kerajaan. Tidak seperti AC, yang hanya seorang peniaga burger. Bila menjelang malam saja AC akan memulakan kerja sebagai peniaga burger. Disiang hari AC adalah seorang kuli di syarikat swasta, biasanya AC bekerja dari 9.00 am hingga 5.00 pm. Balik rumah siap-siap untuk berniaga burger pula.
Penghujung tahun lepas, AC pakat-pakat dengan sahabat AC untuk balik kampung. Al-maklumlah sudah hampir 10 tahun tidak berjumpa.
Sampai di kampung, AC ajak sahabat AC datang rumah. Setibanya dia di rumah, kami makan bersama sambil mengimbau kembali kenangan lama. Lepas makan kami duduk di kaki lima rumah sambil menikmati udara segar kampung.
Sembang punya pasal, tak sedar hari dah nak malam. Sembang dari pukul 1.00pm sampai 6.00pm. Itulah akibatnya bila dua sahabat karib yang sudah hampir 10 tahun tidak berjumpa, bila bertemu kembali masa 5 jam sembang pun tidak sedar.
Topik cerita
Tetapi, bukan itu yang ingin AC ceritakan. Dalam masa 5 jam kami bersembang tu, terbangkitlah pasal isu politik sekarang ini.
Cuba anda bayangkan seorang pekerja swasta dan bekerja membanting tulang 7 hari seminggu macam AC ini walaupun tidak menikmati elaun gaji dari kerajaan tetapi masih berusaha untuk membela negara. Mungkin anda tertanya-tanya, betulkah AC membela negara? Walaupun AC tidak terlibat secara langsung dalam dunia politik, tetapi sedikit usaha AC dalam dunia maya sebagai seorang blogger yang membela negara ini masih boleh dikatakan sebagai satu perjuangan.
AC sedikit terkilan dengan sahabat AC ini. Dia berhujah ringkas mengenai isu politik. "Aku benci politik, tak minat. Aku tak nak mengundi."
Seorang kakitangan kerajaan berkata demikian, sedangkan gaji bulanan yang digunakannya untuk menyara hidupnya, digunakan untuk membayar kereta merupakan wang kerajaan, tetapi bila tiba masanya untuk mengundi, jasa baik kerajaan kepadanya sedikitpun tidak dihiraukan.
Dimanakah hilangnya semangat kenegaraan seorang warga negara Malaysia?