Nuffnang

Advertlets

Pesanan AC

Segala kelemahan dalam Blog ini datangnya dari penulis sendiri, dan semua kesempurnaan datang dari Allah s.w.t.

Kepada sahabat-sahabat Blogger sila linkkan blog Assassin Cyber di bloglist anda dan AC akan linkkan blog anda di list kami.

Kepada anda yang ada artikl menarik dan ingin dikongsikan sila email ke:

E-mail: telebihsudah@gmail.com

FOLLOW JIKA BERANI

Klik Butang Like Di Bawah

TUKAR SIZE FONT

Change Text Size
+A +A +A +A +A

04 April, 2012

Proton Preve dilancar 16 April pada harga bawah RM75,000


PUTRAJAYA 4 April – Model baru kereta nasional, Proton Preve berenjin 1.6 liter akan ditawarkan dalam tiga varian berharga antara RM62,000 dan RM75,000 mulai 16 April ini.

Pengarah Urusan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Syed Mohd. Tahir berkata, nama Proton Preve dipilih adalah dari perkataan Inggeris “proof” (bukti) dan “to prove” (untuk membuktikan).

Katanya, Preve yang disebut “prey-vey” adalah seiring dengan hasrat Proton untuk mencapai pasaran global dengan nama antarabangsa tersebut.

Menurutnya, tiga varian itu terdiri daripada model menggunakan transmisi manual lima kelajuan dan automatik tujuh kelajuan.

“Proton Preve akan dilancarkan pada 16 April ini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya kepada pemberita pada acara pandu-uji kereta tersebut, di sini hari ini. - UTUSAN

Nizar mengaku sokong projek bijih besi di Teluk Rubiah



IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, mengakui menandatangani surat bertarikh 17 Disember 2008 berhubung sokongan terhadap projek pusat pengagihan bijih besi Vale International dan kesahihan kandungan surat berkenaan. 

Perkara itu diakuinya selepas Tan Sri Tajol Rosli Ghazali (BN-Pengkalan Hulu) yang menggunakan Perintah Tetap 23 (c) meminta ADUN Pasir Panjang itu menyatakan sama ada kandungan surat yang dibacakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, sebelum itu benar atau sebaliknya. 

"Saya mengakui surat itu sahih, benar dan saya yang menandatangani surat berkenaan. Surat itu adalah benar," kata Mohammad Nizar pada hari kedua persidangan DUN Perak di sini hari ini. 

Terdahulu, ketika menjawab soalan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan), Zambry berkata isu berhubung kelulusan terhadap pelaburan projek pengagihan bijih besi oleh Vale International di Perak sepatutnya dijawab oleh Mohammad Nizar kerana beliau menjadi menteri besar ketika itu. 

Ngeh mahu penjelasan mengapa kerajaan Barisan Nasional (BN) meluluskan projek bijih besi itu di Teluk Rubiah, Lumut, sedangkan kerajaan negeri di bawah pimpinan pakatan pembangkang sudah mencadangkan di Tanjung Hantu, Bagan Datoh. 

Zambry berkata, soalan yang dikemukakan oleh Ngeh menimbulkan kehairanan kepadanya kerana isu pelaburan Vale di Perak yang dimainkan bagi kepentingan politik pembangkang sepatutnya ditujukan kepada Mohammad Nizar yang bertanggungjawab sebagai menteri besar semasa pentadbiran pembangkang. 

"Isu ini dimainkan oleh pakatan. Mohammad Nizar bersungguh-sungguh mendakwa tidak pernah langsung bersetuju dengan projek ini, beliau mendakwa projek itu dicadangkan di tempat lain...lantas pelaburan Vale di Teluk Rubiah sudah menjadi isu," katanya. 

Beliau menjelaskan Vale sebelum itu sudah membuat kajian bagi pelaburan itu di Thailand, Vietnam, Filipina serta Malaysia dan akhirnya pada 2007 syarikat berkenaan memuktamadkan projek itu akan dijalankan di Perak, Malaysia kerana mempunyai persekitaran yang lebih kondusif. 

"Mereka menjalankan kajian teknikal khususnya mengenai kedalaman dasar laut terutama bagi laluan kapal-kapal besar. Kawasan di Teluk Rubiah didapati paling sesuai dengan saiz keluasan tapak dan kedalaman dasar laut," katanya. 

Beliau berkata, selepas melalui proses rundingan dengan beberapa pihak, Vale akhirnya mencapai kata putus mengenai rundingan dengan Harta Makmur Sdn Bhd yang juga pemilik kepada tanah di Teluk Rubiah dan menteri besar pada ketika itu sudah mengeluarkan surat sokongan kepada projek itu bertarikh 17 Disember 2008. 

"Kandungan surat itu akui bahawa projek Vale itu akan mendapat lesen pelaburan dan insentif. Surat itu turut memaklumkan Perak berasa sukacita apabila dimaklumkan mengenai perkembangan positif antara Vale dan Harta Makmur berhubung tapak tanah. 

"Selain itu, Perak akan memproses pindah milik itu dan tukar syarat tanah daripada pelancongan kepada industri," katanya. 

Dengan penjelasan berhubung isu projek pelaburan Vale yang dicetuskan pakatan pembangkang itu, Zambry berkata dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negeri, kelakuan pembangkang membuat tomahan, fitnah dan tuduhan tidak berasas adalah tidak wajar. 

Beliau berharap projek pelaburan bijih besi oleh Vale itu akan menjadi penjana ke arah pertumbuhan yang besar kepada negeri Perak dan tidak dijadikan bahan serta gadaian politik murahan sehingga ada ADUN pembangkang yang terbabit dalam demonstrasi di Teluk Rubiah baru-baru ini. 

Pada Sabtu lalu, Mohammad Nizar, Ngeh dan ADUN Tronoh, V Sivakumar, menyertai 100 anggota Jaringan Aktivis Alam Sekitar Perak (JAASP) mengadakan bantahan operasi syarikat bijih besi Vale SA di Teluk Rubiah yang didakwa akan memusnahkan alam sekitar di kawasan itu. - BERNAMA

AC kata: Akhirnya si Nizar kantoi juga. Dia yang beria-ia nak mempolitikkan isu ini sedangkan projek ini si Nizar sendiri yang meluluskannya.

Bersih to hold third rally on April 28


KUALA LUMPUR, April 4 — Election watchdog group Bersih 2.0 confirmed today it will hold its third rally for free and fair elections on April 28.
This time, the rally, which will go on from 2pm to 4pm at Dataran Merdeka, will include simultaneous protests at various venues in the peninsula and east Malaysia, as well as across the globe.

At a press conference to announce the rally here, Bersih 2.0 co-chairman Datuk A. Samad Said said “Bersih 3.0” was necessary to warn Malaysians that the country is about to face its “dirtiest” polls to date.

The soft-spoken national laureate said, this time, the rally should draw at least 500,000 people as it will be held at several locations nationwide and across the globe.

“When I walk anywhere, people would call me and ask me when (the rally will be held). From that interaction, the many emails, meetings and through Facebook, I predict that there will be at least 500,000 people this time,” he told the packed room at the Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH).

He expressed the 84-member coalition's disappointment over the parliamentary select committee’s (PSC) 22-point electoral reforms proposal, saying that despite the Najib admistration's repeated assurances and promises, the panel had failed to introduce meaningful reforms to the election system.

"Neither the government nor the PSC appears to have taken a serious view of the many allegations of fraud. Both have glossed over the disenfranchisement of so many citizens both overseas and within Malaysia.

"Many of the other matters that so many Malaysians have painstakingly and diligently presented to the PSC have not been comprehensively considered," the white-haired Samad Said said, reading from a statement in Malay.

He demanded the resignation of the entire Election Commission (EC) over their alleged disregard to reform the polls processes, earning applause from around him.

"The EC has failed in its responsibility, and lost the confidence of the public. They must resign," he firmly said.

Samad Said added that Malaysians must voice their disappointment with the government and the EC and protest against continuing fraud and the "obvious lack of commitment" from the authorities to implement reforms in time for the coming 13th general election.

"As such, Bersih 2.0 will gather, sit and protest in a peaceful manner across the nation and around the world.

"This is to express our deep disappointment with a government that continues to manipulate the electoral system to their advantage," he announced.

"Bersih 2.0, comprising 84 non-governmental organisations, call upon Malaysian citizens wherever they are who love this country to participate in this sit-in.

"It will be a time for reflection by all Malaysians, particularly those in power, as to the kind of legacy and future we intend to leave to the next generation.
"This is Bersih 3.0," he said.

The PSC's final 22-point report was tabled in the Dewan Rakyat yesterday and was approved without debate after opposition lawmakers refused to accept the Speaker's decision to reject the inclusion of a minority report to the panel's final findings.

The minority report was to record the views and assertions by the panel's three Pakatan Rakyat (PR) members, who had rejected four of the 22 recommendations issued in the report.

Also speaking at the press conference, Bersih 2.0 co-chairman Datuk S. Ambiga said the coming rally would focus on three key issues - that the EC should resign; the election process must be reformed before the 13th general election; and that international observers should be invited to monitor the polls.

She added that the coalition would be sending weekly reports to the Human Rights Council in Geneva to keep them updated on the event, particularly to draw focus to any event of human rights abuses that may occur before or during the April 28 event.

"We want to keep them aware on how Bersih 3.0 will be handled," she said.

Ambiga, who was arrested during the last rally, said the iconic Dataran Merdeka is not scheduled to host any other event on April 28 and should be available for the event.

She said the coalition was looking forward to discussing the event with the police and any government authority to ensure that the protest would run smoothly and without any violence.

"Security is our top priority," she said, adding that she hoped the police would offer help to keep participants in check.
"Any kind of aggression will not be tolerated. We will be the first to hand over culprits to the police, you can be assured of that," the former Bar Council president said.

Bersih 3.0 will make the same eight demands as its second instalment last July 9, including : cleaning of the electoral roll, reforms to postal voting, the use of indelible ink, free and fair access to media, a minimum 21-day campaign period, the strengthening of public institutions, a stop to political corruption, and an end to “dirty” politics.

Bersih 2.0’s last rally on July 9 had drawn a crowd of thousands to the streets of the capital, despite the government’s earlier warning that participants would be arrested.

Opposition lawmakers and Bersih leaders had promised the gathering would stay peaceful but chaos had broken out at midday when riot police used tear gas canisters and chemical-laced water to disperse protestors.

The government's high-handed approach in cracking down on the rally had earned it widespread criticism in the foreign media, leading to the Najib administration's decision to enact the Peaceful Assembly Act to regulate future public gatherings.

The PSC was later mooted in October last year as a part of Datuk Seri Najib Razak's pledge to reform the election process.

After 13 meetings, six public hearings and one fact-finding mission to several countries abroad, the bipartisan nine-member panel finally completed its findings on Monday and tabled it to Parliament yesterday.

But to Bersih 2.0 and PR lawmakers, the 22 recommendations had fallen far short of their expectations as it had not touched on specific issues of manipulation in the voter registry and failed to offer a commitment that the reforms would be implemented in time for the coming election.

Among others, Ambiga said today that the PSC report had not made any mention of election offences and stopping dirty politics, which are among Bersih 2.0's key demands.-TMI

Schoolboy, 14, arrested after filming 'pornographic video' with girl, also 14, and posting it on Facebook

Distributed on Facebook: The video was available to a potential audience of thousands (posed by model)
  • Schoolboy and schoolgirl, both 14, made sexually explicit video and posted it online
  • Headmaster at nearby school condemns 'lack of dignity and self-respect' of those who allow themselves to be filmed
  • Police inspector: Anyone who shares a 'sex-text' under the age of 18 is committing a criminal offence
A boy has been arrested after he and a 14-year-old girl appeared in a pornographic video, which was then posted on Facebook and is believed to have been seen by thousands of their fellow schoolchildren.

The teenage boy, from Cheltenham, appeared in the video alongside the girl, who is from the Forest of Dean, Gloucestershire.

Police say the video, which they describe as pornographic, may have been seen by thousands of children across the county.

The film has now been removed from Facebook - but police warn it could have been distributed more widely on the internet.

The boy was arrested for making and distributing an indecent image and has been given a final warning by police, meaning the incident will remain on his record for the next six years.

'Sex tapes' have become more widespread with the rise of the internet. Recently, X Factor judge Tulisa was devastated after a tape involving her and her ex-partner was leaked online.   

A headteacher at a nearby school, whose pupils were not involved in the incident, but some of whom have seen the tape, warned parents to be vigilant. 

Lawrence Montagu, headteacher at St Peter’s High School, in Gloucester, said: 'I am led to believe that this video involves young people from schools in Gloucestershire but not, I emphasise, St Peter’s.

'However, I know that the video has been viewed by students in St Peter’s and I have spoken to the school about the lack of dignity and self-respect people have who allow themselves to be portrayed in such a way.




'What a lot of people don’t realise is that as soon as they share a photograph with someone else ... they lose control of that image'
- Inspector Andy Matheson
'It is very sad that our young people are exposed to such pornography, but it is one of the evils of modern technology.'

He added: 'We simply have to continue educating the young to reap the benefits that modern technology offers but not to fall into the trap of misusing it.

A recent video involving singer Tulisa has brought 'sex tapes' back into the limelight

'We must try to persuade them that we should not want to be involved in listening to or looking at anything that portrays a lack of dignity and respect for other people.

'I know that in St Peter’s there are many young men and women who do not want to see such behaviour and I applaud them for maintaining their self-respect.'

JANGAN HANCURKAN MASA DEPAN NEGARA

(Sinar Harian 2 Apr 2012)

Lanjutan daripada artikel saya minggu lalu bertajuk “bahaya tuntutan ultra kiasu”, ekoran perhimpunan bantahan mengenai masalah kekurangan guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), saya telah menerima begitu banyak emel, terutama kalangan guru-guru bukan Cina, termasuk guru Cina (Muslim) yang mengajar di sana. Mereka melahirkan rasa amat tidak selesa dan tidak berpuas hati dengan tindakan ultra kiasu itu.

Salah seorang daripadanya, Anuar Koh (Cina Muslim) yang mengajar di SJKC, amat bimbang mengenai usul ekstrem yang dikemukakan dalam perhimpunan tersebut. Antaranya, menggesa Kementerian Pelajaran Malaysia supaya menarik balik penempatan semua guru yang tidak berkelayakan Bahasa Cina termasuk guru-guru Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yang ditempatkan ke SJKC. Mereka juga mendesak Kementerian Pelajaran Malaysia menempatkan semula guru-guru yang berkelayakan Bahasa Cina ke SJKC yang dipindahkan sebelum ini.

Ini adalah strategi yang amat licik ultra kiasu untuk menjadikan SJKC sarang orang Cina, tanpa ada bangsa lain, seolah-olah berada di China. Amalan selama ini, guru-guru bukan Cina seperti guru-guru Melayu, India atau kaum lain, ditempatkan di sekolah Cina untuk mengajar matapelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Mereka ini memang tidak ada kelayakan Bahasa Cina, atau mendapat kepujian atau kredit dalam Kertas Bahasa Cina dalam SPM. Adalah sesuatu yang amat sukar untuk mencari guru bukan Cina boleh menguasai bahasa Cina. Ultra kiasu mahu mewajibkan mereka memahaminya. Ultra kiasu ini siapa sebenarnya?

Persoalan, kenapa anak-anak Cina ini langsung tidak mampu berbahasa kebangsaan? Apa yang dilakukan saban hari di rumah? Kenapa mereka boleh menjadi sebegitu jahil dalam memahami agenda negara? Kenapa apabila kita pergi ke luar negara seperti Jepun, Korea, Perancis, German dan lain-lain, kita tidak wajibkan mereka memahami bahasa Melayu terlebih dahulu sebelum mengajar bahasa mereka terhadap kita.

Suka atau tidak, tahu atau tidak, kita kena paksa diri, mesti belajar bahasa asing, jika mahu berada di negara mereka dan menimba ilmu mereka, walaupun sepatah haram bahasa mereka tidak difahami. Akhirnya, fasih juga kita berbahasa asing. Ini bukan soal guru atau apa, tetapi soal sama ada kita sensitif atau tidak, dengan agenda membina negara atau kita terlalu perkauman? Sosialisasi politik kita sama ada di dalam rumah mahupun di luar rumah amat perkauman. Tidak ada keinginan langsungkah untuk bercakap sepatah dua bahasa Melayu di rumah?

BAHAYA TUNTUTAN ULTRA KIASU

Gambar hiasan (Ultra Kiasu Godfather)

(Utusan Malaysia 28 Mac 2012)
Ahad lalu kita dikejutkan dengan Perhimpunan 325 ultra kiasu sekitar kolej perkauman mereka, ala universiti merdeka di Kajang. Saya tertanya-tanya bagaimana perhimpunan perkauman sebegini diberikan permit. Sepatutnya ISA lah jawapannya. Tetapi kita tidak pernah lakukan. Ini toleransi dan mulianya hati budi pemimpin. Berbanding dengan undang-undang di Singapura, panggilan ‘anjing’ sudah membolehkan seseorang itu dipenjara atau didenda dan beberapa kemudahan ditarik balik. Di negara kita, tiada sebarang tindakan dikenakan walaupun perkataan lebih hina dan lucah digunakan serta sentimen perkauman dimainkan.

Saya telah pergi ke kolej yang dipunyai oleh ultra kiasu ini (tempat perhimpunan) enam tahu lalu. Operasinya langsung tidak mencerminkan identiti kebangsaan, sama seperti kolej di negeri China. Laman webnya pun langsung tidak menggunakan bahasa Melayu. Saya tidak faham bagaimana kolej ini boleh diikhtiraf sebagai salah satu IPTS negara ini. Apa boleh buat, semua telah diluluskan. Kita tidak pernah bertegas, malah semakin tunduk kepada tuntutan dan tekanan. Malang sungguh negara ini, identiti kebangsaan langsung tidak tertonjol,yang menonjol adalah identiti orang lain.

Beberapa laman web ultra kiasu melaporkan perhimpunan tersebut disertai oleh lebih 5000 orang. Manakala akhbar ultra kiasu melaporkan lebih 7000 orang. Angka tidak penting, walaupun sering dimanipulasikan oleh akhbar ultra kiasu untuk menunjukkan mereka hebat. Tidak mustahil bilangannya agak ramai kerana jika pelajar-pelajar dan ibu bapa kolej ultra kiasunya turun, sudah cukup mendapatkan angka tersebut. Pada saya, perhimpunan ini tidak perlu dianggap sebagai satu gugatan. Apa yang penting adalah tindakan pro aktif kita, bukan action oriented, takut kepada mereka. Agenda kebangsaan mesti diperkasakan daripada agenda perkauman komunis mereka.

Tuntutan mereka amat tidak logik dan begitu ektrem. Inilah strategi komunis yang dipakai sekian lama. Walaupun komunis telah tiada, tetapi pemikirannya masih kuat. Tuntut sebanyak-banyaknya, mereka tahu kerajaan tidak akan tunduk. Namun, kerajaan akan beri sedikit. Pemberian sedikit itulah kemenangan terbesar buat mereka. Kerajaan sepatutnya sudah dapat membaca strategi lapok ini. Jangan gentar sama sekali dengan ugutan menjelang pilihan raya. Biar kalah, tetapi bermaruah, daripada menang, tetapi tergadai segala-galanya. Generasi akan datang menderita. Kita akan dikutuk sampai bila-bila

Antara tuntutan kumpulan ultra kiasu ini adalah;

PAS Bukannya Parti Islam. Islam Adalah Agama. PAS Pula Adalah Parti Politik.


Jadi Islam itu bukan PAS dan PAS itu bukan Islam. Selama ini PAS hanya mempergunakan perkataan 'Islam' pada namanya untuk menarik sokongan rakyat khususnya umat Islam menyokong mereka.

Menentang PAS bukannya menentang Islam. Islam tiada kena mengena dengan PAS. Sebenarnya untuk pengetahuan umum, ketika PAS ditubuhkan pada 1951, penjajah British ketika itu tidak menentang malah menerima pendaftaran PAS. Sedangkan ketika itu, penjajah British telah mengharamkan pertubuhan-pertubuhan politik khususnya berhaluan kiri seperti PKM, PKMM, AWAS, API dan Hizbul Muslimin.

Mengapa British merestui penubuhan PAS?

Jawapannya ialah British ingin memperalatkan PAS bagi memecahbelahkan perpaduan umat Melayu Islam yang pada ketika itu begitu kuat di bawah payung UMNO. Kerana perpaduan yang jitu di kalangan umat Melayu Islam lah, Malayan Union berjaya ditumbangkan. Inilah yang digeruni oleh British.

Jadi penubuhan PAS ibarat 'orang mengantuk disorongkan bantal' oleh British. British ingin PAS memecahkan populariti UMNO di kalangan orang Melayu pada ketika itu. Biar orang Melayu berpecah belah. Jadi konsep 'pecah dan perintah' British boleh terus dilaksanakan.

Selepas itu, berlakulah seperti apa yang dirancang oleh British. PAS menanamkan kebencian umat Islam terhadap UMNO dengan isu kafir-mengkafir dan undi UMNO masuk neraka.

Kerja British telah dipermudahkan dengan adanya PAS. British tersenyum riang kerana kerja memecahbelahkan orang Melayu kini dilakukan sendiri oleh orang Melayu Islam juga.

Jadi, penubuhan PAS ini tiada kena mengena dengan perjuangan memartabatkan Islam. Hanya orang yang bodoh dan jahil saja yang percaya PAS itu Islam, Islam itu PAS. PAS sebenarnya syaitan yang kerjanya hanya mahu merosakkan anak Adam. PAS juga ibarat tentera Dajal yang ingin menghancurkan Islam.

British berjaya meninggalkan legasinya iaitu PAS untuk merosakkan Islam dari dalam. Jadi, adalah satu jihad untuk kita semua umat Melayu Islam menentang PAS. Membiarkan PAS berkuasa samalah seperti membiarkan Islam dirosakkan di mana dalam Hadits Soheh Nabi SAW akan muncul di akhir zaman nanti ramai puak Khawarij yang bertopengkan agama Islam semata-mata untuk menentang pemerintah negara (ulil amri yang terdiri dari orang Islam) di mana mereka ini semua matinya nanti adalah akhir hayatnya  dalam " Kematian Jahiliyah " .

Jadi di sini GAD ingin bersumpah selagi hayat dikandung badan, GAD akan memastikan diri ini berjuang menentang puak kafir PAS sehingga akhir nanti.

Sebab PAS lah puak kafir harbi DAP semakin berani mencabar Islam di bumi bertuah ini. Ayuh rakan-rakan semua....mari kita hancurkan puak kafir berserban putih wal Khawarij ini !

Fwd : Ikhlas dari Bekas penyokong kuat PAS & PKR !

MASJID HANYA PENGANUT PAS YANG PUNYA?


PAS Kelantan menyalahgunakan 7 buah masjid di sekitar Kelantan dengan mengadakan Itjimak Pilihanraya PAS Kelantan pada 22 Julai yang lalu. 

Sebelum ini sudah banyak kes melibatkan masjid disalah guna untuk kepentingan politik kepartian. Tapi PAS hari ini demi menjatuhkan UMNO senam robik dalam masjid dengan pakaian menjolok mata pun halal. Semuanya demi meraih undi dan sokongan. 

Nik Aziz kata Rasullah S.A.W pun guna masjid untuk berpolitik, tapi zaman Rasullah S.A.W dengan zaman sekarang sangat berbeza. Politik kepartian hari ini adalah peninggalan penjajah yang mana di dalamnya mempunyai seribu unsur yang bertentangan dengan Islam.

Lagi pun politik zaman Rasullah S.A.W tidak melibatkan fitnah-memfitnah, membuka aib dan menjatuhkan sama lain. Serta tidak mencetuskan ketidakharmonian sesama kita umat Islam.

Saya masih ingat ketika Dato Eskay dan kumpulannya ingin melakukan sumpah laknat di Masjid Bandar Baru Sentul. Keadaan dalam masjid pada masa itu tidak terkawal ekoran tindakan biadap AMK yang bertindak merempuh masuk ke dalam ruang utama solat.

Malah ada juga dari kalangan mereka menjerit, melalak dan memaki hamun dengan perkataan kesat serta menfitnah pihak pengurusan masjid bersubahat dengan trio Dato T. 

Inilah peristiwa yang paling mengguris perasaan saya sepanjang saya berkecimpung dalam dunia blog.

Memetik laporan kelatekito.net :

Oleh Razmal Malakan


TUMPAT  - Pas telah menyalah gunakan tujuh buah masjid di sekitar Pengkalan Kubor ketika mengadakan Ijtimak Pilihan Raya Pas Kelantan di Pantai Genting, Tumpat pada 22 Julai lalu.

Pas telah meletakkan pemimpin mereka seperti Husam Musa, Nasarudin Daud, Mohd. Daud Iraqi dan Mohd Amar Nik Abdullah untuk menyampaikan khutbah di masjid-masjid terbabit

Sewajarnya perkara tersebut tidak berlaku kerana kesemua mereka yang menyampaikan khutbah tersebut tidak mendapat kebenaran daripada Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK).

Mereka telah menyalah gunakan masjid untuk kepentingan politik, mimbar masjid digunakan sepenuhnya untuk memutar belitkan fakta. 

MAIK sewajarnya mengambil tindakan tegas terhadap Pas kerana masjid bukannya tempat untuk berpolitik yang boleh membawa perpecahan kepada umat Islam.

Nampak sangat Pas sudah terdesak untuk mendapatkan sokongan rakyat di negeri ini selepas pelbagai isu yang timbul. Agama akan digunakan sepenuhnya pada pilihan raya kali ini- KELATEKITO.NET

ANWAR IBRAHIM BUKAN BAKAL PM?


*Orang Cina pun tak mahu Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri.


Jika Anwar bukan PM bagi pakatan pembangkang, siapa agaknya yang layak? Adakah Lim Guan Eng?

Ikuti terjemahan ini...

China Press m/s C19
Perkara: calon perdana menteri Pakatan Rakyat- Lim Guan Eng?
10 November 2011 (Khamis)

Siapa bakal Calon perdana menteri Pakatan rakyat?
Goh Chee Chong

Penulis tidak perasan dan sudah tidak ingat lagi, sudah berapa lama presiden MCA Chua Sui Lek pernah bertanya “siapa bakal perdana menteri Pakatan Rakyat?” apa yang saya tahu Pakatan Rakyat tidak tidak pernah bersuara dan terus membisu tidak menjawab, mereka tidak menjawab secara berdepan.

Sehingga waktu baru-baru ini, setiausaha DAP Lim Guan Eng akhirnya membalas dan bersuara, Lim Guan Eng berkata, 28 juta rakyat Malaysia semuanya sudah tahu bahawa bakal calon perdana menteri Pakatan Rakyat ialah Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng berkata hanya Chua Sui Lek seorang sahaja yang tidak tahu, tetapi sebenarnya Lim Guan Eng tidak perlu beritahu kita tentang perkara itu apa yang dimaksudkan perkataan “semua rakyat Malaysia sudah tahu bahawa calon bakal perdana menteri Pakatan Rakyat ialah Anwar Ibrahim”. Lim Guan Eng hanya perlu beritahu kita:  “selepas Pakatan Rakyat memerintah, akan lantik siapa yang bakal jadi PM” sudah memadai.

Jika dilihat dari segi perkataan dan maknanya, Lim Guan Eng tidak perlu bertanggungjawab atas apa yang beliau sebutkan itu, kerana beliau sendiri tidak pasti dan bukan wakil mutlak kepada Pas ataupun kepada Pakatan Rakyat, untuk secara terbuka umumkan pendirian kesefahaman dalam Pakatan Rakyat. Lim Guan Eng hanya secara kebetulan berkata-kata manis seperti itu sahaja, dengan menyebut semua rakyat Malaysia sudah tahu bahawa Anwar Ibrahim bakal perdana menteri Pakatan Rakyat, jika kamu sudah pun tahu, sebab itu boleh dimaksudkan bahawa ia tidak perlu disebut-sebut lagi.

Perdana menteri menunggu (bakal calon) Pakatan Rakyat itu dikatakan ialah Anwar Ibrahim, ini adalah menjawab soalan yang wajar, apa yang difahamkan oleh semua orang, sedangkan kabinet bayangan Pakatan Rakyat pun sudah amat susah dan getir untuk diwujukan, bukankah sekurang-kurangnya Pakatan Rakyat perlu persetujuan dan sebulat suara dari semua ahli Pakatan Rakyat untuk mencalonkan bakal calon perdana menteri? persoalannya sekarang ini, pertanyaan Chua Sui Lek sehingga air liur beliau kering, kenapa gabungan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat tidak secara terus terang dan terbuka menjawabnya, umumkan sahaja siapa sebenar bakal calon perdana menteri mereka, sumbat mulut Chua Sui Lek cukup-cukup?

Masih Ada Lagi Orang Yang Tidak Tahu

Lim Guan Eng berdasarkan beliau orang Cina, sejak mula lagi beliau menyatakan beliau tidak layak menjadi perdana menteri, dengan itu jawatan itu sama ada dari kalangan PKR ataupun Pas, mereka akan pilih salah satu daripada itu, DAP hidup hanya mengharapkan tiket-tiket undi orang-orang Cina, sudah tentu tidak setuju jawatan perdana menteri disandang oleh calon dari kalangan ahli Pas ataupun jawatan itu jatuh ke tangan Pas, persoalannya sekarang ini adakah Pas setuju dan sebulat suara sokong dan iktiraf Anwar Ibrahim itu ketua dalam gabungan parti Pakatan Rakyat?

Jika kata-kata Lim Guan Eng itu telah menjawab soalan dari Chua Sui Lek, pasti isu itu sudah selesai, dengan itu Chua Sui Lek tidak patut menyoal perkara itu tidak henti-henti sehingga sekarang.

Apa yang saya nampak di sini, bukan sahaja Chua Sui Lek seorang yang tidak tahu siapa bakal calon perdana menteri dari Pakatan Rakyat adalah Anuar Ibrahim, sekurang-kurangnya Nik Aziz, Hadi Awang dan keseluruhan Pas pun tidak tahu menahu siapa sebenarnya calon perdana menteri dari kalangan Pakatan Rakyat….

Sumber : Pelbagai

Kenapa PAS disingkirkan dari BN: Lembaran Cerita Sebenar Yang Disorok PAS

Fakta sebenar mengapa Pas ditendang keluar dari BN.

Adalah dimaklumkan bahawa Penting dan Sebarkan: Sebab Sebenar Pas Ditendang Dari BN 

Artikel ini agak panjang, harap rakan-rakan pembaca dapat luangkan sedikit masa untuk membacanya perlahan-lahan sehingga habis tanpa meninggalkan satu perenggan pun yang bertulisan biru kerana perkara ini amat penting untuk rakan seperjuangan ketahui dan sebarkan.
Perkara ini sudah lama saya tunggu-tunggu, sebelum ini saya ada mendengar cerita dari beberapa orang tentang sebab sebenar Pas ditendang keluar dari BN kerana Pas mengkhianati BN.
 
Antaranya ialah kerana, Pas cuba mengambil kesempatan semasa dalam BN untuk menguatkan kedudukan Pas, bukannya kedudukan BN. Pas lebih penting nafsu mereka sendiri dan sanggup menikam rakan dari belakang.

Saya difahamkan antara perjanjian Pas dan Umno sebelum Pas masuk BN , mereka tidak boleh kacau tempat Umno termasuk tidak boleh membuka cawangan-cawangan Pas di mana Umno mempunyai cawangan. Begitu juga sebaliknya.

Pada masa itu menteri yang menjaga Felda adalah menteri dari Pas di bawah Kementerian Tanah dan Galian. Pas tidak patuh janji, mereka guna kuasa dan jawatan mereka untuk mengembangkan Pas di Felda termasuk membuka beberapa kawasan Felda baru. Antaranya di Kemahang Kelantan dan di Johor.

Itu sahaja yang saya tahu sebelum ini, saya cuba mencari info berkenaan dengan perkara ini tetapi saya tidak jumpa orang yang tahu perkara sebenar.

Berbeza dengan apa yang di momok - momokkan oleh Nik Aziz dan juak-juak Pas sebelum ini, kononnya Pas dikhinati oleh BN dengan menendang keluar dari komponen BN pada tahun 70an dan mereka serik lagi untuk bekerjasama dengan Umno. Cerita tersebut tidak benar sama sekali.

Tapi sayang seribu kali sayang, disini kita boleh lihat kelemahan BN untuk menjawab dan menerangkan balik perkara sebenar kepada rakyat. Mereka biarkan cerita bohong yang disebarkan oleh Pas bermaharajalela. Sudah lama saya menunggu perkara ini, tetapi tidak berjumpa dengan orang yang tahu perkara sebenar untuk menceritakannya.

Alhamdulillah, sebaik sahaja saya masuk ke bilik dan buka komputer sekembalinya dari membuat liputan di beberapa buah pulau dalam Parlimen Batu Sapi sebentar tadi, saya terbaca satu berita di Bernama.Com tentang perkara tersebut.

Seorang veteran Umno, Datuk Rozali Isohak telah menjelaskan perkara sebenar. Tetapi berita mengenai perkara tersebut tidak panjang di Bernama.Com.

Saya cuba membuat semakan di Google, Alhamdulilah, sekali lagi rezeki datang. Kali ini lebih terperinci datang dari blog Pemuda Umno Jasin iaitu ucapan penuh Arwah Tun Hussin pada tahun 1977 tentang penyingkiran Pas dari BN.


Pas adalah punca sebenar perpecahan umat Islam di bumi Tanah Melayu. Pemimpin-pemimpin Pas adalah ejen-ejen iblis di muka bumi ini yang ditugaskan untuk memecah belah umat Islam.
Ucapan penuh Tun Hussin Pada Tahun 1977

"Terlebih dahulu saya dengan sukacitanya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tingginya penghargaan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian yang telah bersusah payah datang dari jauh dan dekat dan secara tergesa-gesa menghadiri perjumpaan ini. Perjumpaan ini amat penting bagi menentukan nasib orang Melayu khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya.

Perjumpaan kita hari ini diselubungi oleh suasana sedih dan pilu. Sedih kerana kehilangan seorang menteri yang telah banyak berjasa kepada UMNO dan negara. Kemalangan kapal terbang MAS di Tanjung Kupang, Johor yang telah mengorbankan 100 nyawa, sungguh mengejut dan mengharukan kita semua. Oleh itu sempena dengan perjumpaan kita yang bersejarah ini, marilah kita beramai-ramai mendoakan semoga Allah s.w.t mencucuri rahmatnya ke atas roh Allahyarham Dato’ Seri Ali bin Haji Ahmad serta lain-lain roh orang yang telah terkorban dalam kemalangan itu.

KANAK-KANAK HILANG, PERLUKAN BANTUAN ANDA


PERNAHKAH ANDA MELIHAT KANAK-KANAK INI?
DURINA BINTI BEHI, 12 TAHUN, HILANG SEJAK 1/4/2012
JIKA ANDA MEMPUNYAI MAKLUMAT MENGENAI
KANAK-KANAK INI,
SILA HUBUNGI SJN NORAZLI BIN LIMAT
DI TALIAN 013-5577792
ATAU
BALAI POLIS TANJONG ARU
088-242111
TEMPAT TERAKHIR DIJUMPAI FLAT KEPAYAN RIDGE JLN H.Q.E KOTA KINABALU.

SEBARKAN!

ADUN Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim Umum Dirinya Muflis


Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim mengumumkan dirinya muflis setelah gagal membayar baki hutangnya dengan bank tempatan berjumlah RM8 juta.

Naib Ketua Umno Bahagian Padang Terap itu berkata hutang tersebut adalah sebahagian daripada pinjaman RM50 juta yang diambil pada 1998 untuk membolehkan syarikatnya, Kulim Enterprise Sdn Bhd, disenaraikan di papan kedua Bursa Saham Malaysia pada masa itu.

Bagaimanapun, negara mengalami kegawatan ekonomi ketika itu dan syarikatnya gagal disenaraikan, menyebabkan beliau terpaksa menanggung hutang berkenaan, Syed Sobri pada majlis perjumpaan dengan kira-kira 300 anggota dan pemimpin akar umbi Umno bahagian itu di rumahnya malam ini bagi menjelaskan kedudukan sebenar.

Beliau berkata pada Disember lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengisytiharkannya sebagai muflis.

Syed Sobri berkata pemimpin Umno telah dimaklumkan mengenai perkara itu, begitu juga dengan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, yang ditemuinya Selasa.-- BERNAMA

Transformasi: Sebuah perjalanan

Najib Tun Razak berucap melancarkan laporan Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur, malam tadi.


CERITERA kejayaan Malaysia merupakan ceritera yang telah ditinta emas. Ia telah dilakar oleh sumbangan semua rakyat Malaysia dari negeri Perlis hinggalah ke Sabah. Hakikatnya, ia hasil sumbangan warga tiga belas buah negeri dan tiga Wilayah Persekutuan yang walaupun dipisahkan secara fizikalnya oleh Laut Cina Selatan, namun disatukan roh dan semangatnya oleh kehendak untuk hari ini yang lebih baik daripada hari semalam dan hari esok yang penuh dengan harapan di bawah lembayung kibaran Jalur Gemilang. 

Kejayaan ini hasil sumbangan usahawan kecil, sederhana dan besar yang berani mengambil risiko, ia hasil sumbangan petani, pesawah, pekebun, peladang, penternak dan nelayan yang gigih menggunakan kudrat, ia hasil sumbangan para guru, pensyarah, wartawan, karyawan dan cendekiawan yang mendidik serta memberi kesedaran, ia hasil pengorbanan anggota tentera dan polis yang setia mempertaruhkan jiwa dan raga demi keselamatan negara tercinta, ia hasil sumbangan penjawat awam, pekerja swasta, pekerja kolar putih, biru dan buruh yang merupakan roda yang menggerakkan pembangunan negara, pendek kata kejayaan nasional adalah kejayaan yang dibina semua warga Malaysia.

Tugas kita hari ini sebagai generasi baru Malaysia yang mewarisi watan daripada generasi terdahulu teramat berat, kita dipanggil semboyan pertiwi bagi meneruskan tugas mulia membina negara bangsa Malaysia. Kita berdiri di atas bahu para patriot negara, bahu-bahu gergasi para bapa pengasas Malaysia. Kita berhadapan dengan amanah dan cabaran bagaimana membina di atas kejayaan sedia ada di samping meneruskan proses perubahan dan pembaharuan nasional.

Tiga tahun lalu, saya berdiri di hadapan tuan-tuan, puan-puan, saudara dan saudari bagi menyampaikan ucapan sulung saya selaku Perdana Menteri Malaysia Ke-6. 

Dalam ucapan sulung tersebut, saya telah menggariskan prinsip yang akan memandu hala tuju kerajaan pimpinan saya dalam bergerak ke hadapan, prinsip yang dimaksudkan ialah 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. 

Falsafah asas yang telah saya dan rakan-rakan pilih menjadi teras kerajaan ini, ialah falsafah yang merai dan menuil kemajmukan masyarakat Malaysia yang sedia ada. Ia menjunjung harapan mereka untuk membentuk masa hadapan yang lebih baik. Falsafah ini terbentuk hasil daripada proses merasai denyut nadi rakyat, menggarap aspirasi serta mendengar keluh-kesah mereka.

Ia dibentuk bagi menangani tiga cabaran utama era globalisasi dan era dunia tanpa sempadan, iaitu pertama, dalam mengukuhkan perpaduan masyarakat majmuk Malaysia. Kedua, bagi membentuk sistem penyampaian kerajaan yang lebih mendakap aspirasi rakyat dan ketiga, mengeluarkan Malaysia dari perangkap gejala negara berpendapatan sederhana yang telah melanda banyak negara lain di dunia, di mana kadar pertumbuhan semakin perlahan dan pembangunan menjadi statik malahan dalam kes yang ekstrem ia mula menjadi regresif.

Sebarang perubahan dan pembaharuan yang ingin kita bawa, wajib berasaskan premis bahawa sebagai negara yang majmuk, survival kita bergantung kepada keberterusan keutuhan perpaduan nasional yang didasarkan kepada keyakinan bahawa kepelbagaian yang kita miliki merupakan sumber kekuatan bukannya kelemahan. 

Kita perlu memanfaatkan bakat yang terbaik dari kolam bakat kebangsaan bagi membangunkan negara serta menambah kekayaan nasional tanpa mengira ras dan kepercayaan penyumbang tersebut. 

Perkiraan pertama dan terakhir seharusnya adakah mereka warganegara yang mampu menyumbang. Sepanjang lipatan sejarah pembangunan negara Malaysia, daripada sebuah negara pertanian berpendapatan rendah kepada negara perindustrian berpendapatan sederhana tinggi, ia telah menyaksikan sumbangan mereka yang datang daripada semua kaum dan semua kepercayaan.
Menjadi keyakinan yang telah saya nyatakan secara terbuka bahawa era kerajaan mengetahui segala-galanya, era kerajaan memiliki monopoli terhadap kebijaksanaan sudah berakhir. Menginsafi hakikat ini, dalam menggubal komponen pertama Dasar Transformasi Nasional, iaitu Program Transformasi Kerajaan atau GTP, kita telah mewujudkan makmal-makmal khusus bagi mendapat maklum balas daripada rakyat, tentang apakah yang sebenarnya menjadi urutan keutamaan mereka.

Hasil daripada merundingi rakyat, sebanyak tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara atau NKRA telah dikenal pasti untuk dilaksanakan. Bagi memastikan pencapaian KPI di bawah NKRA ini akan mampu dicapai mengikut jadual atau lebih pantas, maka kerajaan telah mengambil keputusan untuk menggunakan Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau ‘national blue ocean strategy’ di dalam beberapa NKRA.

Pada malam ini, genaplah tiga tahun pentadbiran saya. Saya berdiri pada malam ini bagi melaporkan pada tuan-tuan dan puan-puan apa yang telah kita capai setelah perencanaan yang rapi dan pelaksanaan yang berstrategi.

PAS Mungkin Letak Calon Iban Di Sarawak Pada Pilihan Raya Umum Ke-13

Sebelum anda membaca artikel ini, sudi kiranya anda menjenguk artikel ini. Bagaimana Hadi Awang menghina pengundi di Sarawak. Klik SINI 


PAS bakal mencipta sejarah tersendiri sejak penubuhannya 62 tahun lepas dengan meletakkan calon Iban untuk bertanding di kerusi Parlimen di Sarawak pada pilihan raya umum akan datang.

Pesuruhjaya PAS Sarawak Adam Ahid mengesahkan yang pihaknya telah menyenarai pendek calon berpotensi dan seorang daripadanya ialah calon Iban yang dicadangkan bertanding di kerusi Parlimen Sibuti yang penduduknya majoriti Bumiputera.

Difahamkan calon Iban itu ialah profesional yang bekerja di Kuala Lumpur.

"Keputusan parti untuk meletakkan calon Iban dibuat berdasarkan trend pengundi pada pilihan raya negeri tahun lepas, kami dapati kami mendapat sokongan pengundi Iban," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata, sebagai contoh apabila PAS bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri Beting Maro tahun lepas, banyak pengundi Iban di situ mengundi calon PAS.

Beliau berkata dengan meletakkan calon Iban, ini akan menunjukkan parti itu adalah untuk semua kaum dan membuka laluan kepada PAS untuk memasuki pentas politik Sarawak.

"Bagi pilihan raya umum akan datang, PAS Sarawak merancang untuk bertanding sama ada di enam atau tujuh kerusi Parlimen di Sarawak," katanya.

Pada pilihan raya negeri tahun lepas, PAS bertanding di lima kerusi iaitu Tanjung Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro tetapi kalah semuanya kepada calon Barisan Nasional (BN).

Pada pilihan raya umum 2008, PAS mencipta sejarah tersendiri apabila meletakkan calon India Kumutha Raman bertanding di kerusi Parlimen Ulu Tiram.

Kumutha menjadi wanita bukan Muslim yang pertama diletakkan sebagai calon sejak PAS ditubuhkan pada 1951.-- BERNAMA

Raja Nazrin kecewa bukan Islam main api agama

IPOH 3 April – Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah kecewa kerana garis sempadan menyentuh agama Islam mula dilanggar malah ada kalangan bukan Islam semakin lantang mencabar perkara berkaitan Islam melalui ungkapan dan kenyataan bernada mempersendakan syariat dan memperkecilkan aqidah umat Islam. 

Baginda mahu supaya perbuatan melanggar sempadan agama lain secara keterlaluan dan terbuka ini dihentikan dan dicegah secara tegas kerana ia boleh mencetuskan tragedi buruk dalam negara.

"Bara keagamaan jangan dihidupkan, api keagamaan jangan dinyalakan, kelak nanti terbakar diri, kelak nanti terhangus negeri,” titah baginda semasa merasmikan persidangan Dewan Undangan Negeri Perak di sini hari ini.

Menurut baginda, perkara menyentuh syariat dan aqidah Islam yang disuarakan oleh ulama Islam terutama bagi menasihati umat Islam, kini dipersoalkan dan diperdebatkan secara terbuka oleh individu bukan Islam.

"Perbuatan tersebut nyata telah melanggar sempadan, telah melanggar adat resam beragama secara aman dan damai. Tatasusila menghormati agama lain, tidak memperkecilkan agama lain, tidak mencampuri urusan agama lain adalah merupakan tatasusila yang wajib dipatuhi,” titah baginda.

Raja Nazrin bertitah, perkara utama mengenai Islam yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan tidak boleh ditafsir secara harfiah sebaliknya ia perlu ditafsirkan secara holistik, dikaitkan dengan peruntukan lain yang berkaitan bagi memastikan tujuan sebenar peruntukan itu tidak dimanipulasi hingga menidakkan hak yang nyata kepada umat Islam. 

"Islam adalah agama yang memiliki benteng perlindungan dan taraf keistimewaan mutlak dalam Perlembagaan Persekutuan. Peruntukan dan keistimewaan yang termaktub di dalam Perlembagaan tidak sama sekali digunakan oleh umat Islam untuk bersifat angkuh, sombong dan bongkak terhadap agama lain, tidak juga dijadikan justifikasi oleh barisan pemimpin Islam dan ulama Islam di negara ini untuk bersifat ekstrem, menindas, menghina dan menyerang agama lain atau memusnahkan rumah ibadat warga bukan Islam,” titah baginda. - BERNAMA

Petrol RON97 naik 10 sen mulai tengah malam ini


KUALA LUMPUR 3 April - Harga minyak petrol RON97 naik 10 sen kepada RM2.90 mulai tengah malam ini sementara harga bagi petrol RON95 dan diesel kekal.

Menurut Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Hashim Othman kenaikan tersebut disebabkan oleh peningkatan harga pasaran dunia bagi bahan api tersebut.
- UTUSAN

Adv

Nuffnang 2