Nuffnang

Advertlets

Pesanan AC

Segala kelemahan dalam Blog ini datangnya dari penulis sendiri, dan semua kesempurnaan datang dari Allah s.w.t.

Kepada sahabat-sahabat Blogger sila linkkan blog Assassin Cyber di bloglist anda dan AC akan linkkan blog anda di list kami.

Kepada anda yang ada artikl menarik dan ingin dikongsikan sila email ke:

E-mail: telebihsudah@gmail.com

FOLLOW JIKA BERANI

Klik Butang Like Di Bawah

TUKAR SIZE FONT

Change Text Size
+A +A +A +A +A

01 April, 2012

18 kes cerai punca hubungan songsang


Sebanyak 18 kes perceraian berpunca daripada hubungan songsang telah dilaporkan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sepanjang tahun lalu.
 
Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, jumlah itu menunjukkan gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini berada dalam keadaan yang semakin parah dan membimbangkan.

"Masyarakat khususnya ibu bapa tidak boleh bersikap ambil mudah dengan melihat isu LGBT ini sebagai bukan masalah mereka kerana tidak mustahil anak-anak mereka turut terlibat dalam gejala negatif itu secara sembunyi.

"Golongan biseksual misalnya, ia sangat sukar untuk kita memastikan sama ada individu tersebut terlibat atau tidak dalam hubungan songsang kerana secara fizikalnya mereka kelihatan normal," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan kempen 'Anti Seks Bebas dan LGBT' di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Miharja dekat sini hari ini.

Hadir sama Pengetua SMK Miharja, Amran Mohd. Ihsan dan yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Mohamed Iqbal Yusoffsa.

Kempen itu akan melibatkan sebanyak 30 sekolah di seluruh negara bertujuan menerangkan kepada ibu bapa dan guru-guru mengenai salah laku seks bebas dan hubungan songsang, LGBT yang menyalahi undang-undang negara dan tamadun manusia.

Tambah Azwanddin, pihaknya mendapati kebanyakan golongan biseksual di negara ini terdiri daripada mereka yang mempunyai kedudukan dan berada dalam bidang profesional.

Katanya, skop mendidik para pelajar di era globalisasi perlu lebih luas kerana mereka bukan saja dikehendaki mempunyai kelayakan akademik yang cemerlang semata-mata malah ia perlu seiring dengan sikap yang berakhlak dan bermoral tinggi.-Utusan

Jadual Pelarasan Gaji Baru Penjawat Awam Boleh Disemak Dalam Laman Web JPA

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan mengenai jadual gaji baru penjawat awam, selaras keputusan kerajaan untuk melaksanakan pelarasan gaji antara tujuh hingga 13 peratus berdasarkan Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Pekeliling yang telah dimuat naik di laman web JPA www.jpa.gov.my, pada 30 Mac (Jumaat), membolehkan penjawat awam menyemak jadual serta mengira secara automatik kadar gaji baru bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan.

Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia
Klik link ini untuk  Pengiraan Pemindahan Gaji
Muat turun: Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1/2012

Kenaikan Gaji Bagi Perkhidmatan Polis DiRaja Malaysia Di Bawah Sistem Saraan Malaysia


Gaji baru itu berkuatkuasa mulai 1 Jan 2012.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah berkata Pekeliling Perkhidmatan itu bertujuan melaksanakan keputusan kerajaan mengenai kenaikan gaji sebanyak 13 peratus berdasarkan SSM dengan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) antara RM80 hingga RM320 kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana.

"Bagi pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi, kenaikan gaji sebanyak tujuh peratus hingga sembilan peratus dengan KGT berdasarkan pelarasan peratusan yang ditetapkan," katanya di dalam Pekeliling berkenaan.

Abu Bakar berkata dengan berkuatkuasanya Pekeliling itu, jadual gaji bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan di bawah SSM sebelum 1 Jan 2012 dan beberapa peruntukan Pekeliling Perkhidmatan termasuk pelaksanaan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) adalah dibatalkan.

Menurut Abu Bakar, prinsip kenaikan bagi gaji baru adalah berdasarkan gaji hakiki pegawai pada 31 Dis 2011 dan ditambah dengan kadar peratusan kenaikan gaji mengikut gred.

Berdasarkan jadual gaji, kadar kenaikan gaji sehingga 13 peratus diberikan kepada pegawai kumpulan Pelaksana (Gred 1-40) dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41-54).

Manakala kadar kenaikan tujuh peratus diberi kepada kumpulan pengurusan tertinggi (Gred Gaji VU1, VU2 dan setaraf), lapan peratus (VU3,VU4 dan setaraf) dan sembilan peratus (VU7-VU5 dan setaraf).

Pelaksanaan gaji baru itu layak diberikan kepada pegawai tetap, sementara, kontrak dan Guru Sandaran, kecuali bagi pegawai yang dikenakan hukuman tata tertib, buang kerja yang berkuatkuasa pada atau sebelum 1 Jan 2012 dan pegawai yang bersara sebelum tarikh itu.

Abu Bakar berkata kenaikan gaji itu tidak mengubah tarikh pergerakan gaji pegawai atau elaun dan kemudahan di bawah SSM kecuali elaun yang kadar atau kelayakannya adalah berdasarkan gaji atau linkungan gaji.

Beliau berkata peruntukan Pekeliling Perkhidmatan itu dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan, tertakluk kepada penerimaan oleh pihak berkuasa masing-masing.

-- BERNAMA

Anwar peralat penyokong Pas

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat terus memperalatkan ahli dan penyokong Pas di Kelantan bagi mencapai cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.

Tindakan itu dapat dilihat apabila Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut mahu rakyat Kelantan memastikan pembangkang menyapu bersih kerusi Parlimen di negeri ini pada pilihan raya umum akan datang bagi menjamin kemenangan, sekali gus impiannya untuk menjadi Perdana Menteri tercapai.

Dalam ceramah perdana dan solat hajat bertema Putrajaya bermula di sini di Padang Perdana dekat sini malam tadi, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sekali lagi menabur pelbagai janji manis termasuk menghapuskan tol, menurunkan harga minyak, tarif elektrik dan pendidikan percuma untuk golongan miskin jika pembangkang memerintah.

Ceramah itu turut dihadiri oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw.

Ceramah itu juga mencipta sejarah apabila buat kali pertama dalam tempoh lebih 20 tahun pemerintahan Pas, bendera DAP, parti yang menentang pelaksanaan hukum hudud dan negara Islam Pas, berkibar megah sebaris dengan bendera Pas dan PKR sekitar Jalan Mahmood di sini.

Dalam ceramah itu juga, Anwar seperti selalu kerap menghentam kerajaan, pada masa sama mengagung-agungkan kerajaan Turki pimpinan Perdana Menteri, Recep Thayyib Erdogan yang disifatkannya 'kawan kita' kerana didakwa mampu memberikan pendidikan percuma kepada rakyatnya walaupun tidak mempunyai hasil berbilion ringgit daripada minyak.- Utusan

Senarai rakyat Malaysia mangsa letupan bom di Hatyai

Berikut ialah senarai nama mangsa warga Malaysia yang terbunuh dan cedera dalam kejadian letupan bom di Hotel Lee Garden Plaza di sini:

Meninggal dunia
1. Law Phin Hock, 46, (lelaki) berasal dari Taman Seri Petaling, Kulim, Kedah.

Hospital Rajyindee
1. Minnie Ng, 35, (perempuan), Banda Hilir, Melaka.
2. Choo Kok Boon, 46, (lelaki), UOG Heights, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.
3. Sangathali Khrisnan, 33, (perempuan), Jasin, Melaka.

Hospital University Prince of Songkhla (PSU)
1. Ooi Foon Chuan, 33, (lelaki), Bukit Indah, Bukit Mertajam, Pulau Pinang - kritikal.
2. Wong Szee Ee, 28, (perempuan), Butterworth, Pulau Pinang.
3. Lin Hock Bee, 38, (perempuan), Alor Setar, Kedah.
4. Lew Kin Lai, 38, (lelaki), Alor Setar, Kedah - kritikal.- UTUSAN

Penyenaraian FGVH tidak libatkan tanah peneroka


Rancangan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia tidak melibatkan tanah hak milik peneroka Felda sama sekali, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri menangkis dakwaan sesetengah pihak bahawa langkah penyenaraian itu akan menyebabkan tanah hak milih peneroka tergadai di mana menurut beliau penyenaraian itu hanya melibatkan tanah kerajaan negeri. 

"Saya mengulangi lagi bahawa tiada seinci pun tanah hak milik peneroka akan terlibat dengan penyenaraian ini.

"Penyenaraian hanya melibatkan tanah-tanah kerajaan negeri yang diberi hak memajukan kepada kerajaan persekutuan sebagaimana peruntukan dalam Akta GSA 1960 yang selama ini diurus oleh Felda Plantations,” katanya pada majlis perasmian Karnival Ikatan Hati Warga Felda (Iktiraf) 2012 di Dataran Merdeka di sini, hari ini. 

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mewakili Perdana Menteri melancarkan karnival bertemakan “Menjunjung Transformasi Bangsa” itu. 

Justeru, Najib berkata usaha penyenaraian itu akan tetap dilaksanakan kerana ia adalah satu langkah supaya Felda terus kukuh dan kuat mendepani cabaran dunia nyata perniagaan global. - BERNAMA

HADI AWANG HINA ORANG SARAWAK


Sementara itu, ditanya soal cabaran Umno supaya PAS membuktikan parti Melayu itu tidak Islam, Abdul Hadi berkata: "kita tidak boleh menentukan akidah seseorang".

"Apa yang penting, sikap dan tindakan (mereka) mestilah bersifat Islam. Kita berhadap saudara-saudara kita daripada Umno kembali ke pangkal jalan.

"Kita adalah satu bangsa, satu agama ... Kita mestilah melaksanakan Islam sebagaimana (diperintahkan) dalam al-Quran dan Hadis.

Dalam ucapannya sebelum itu, Abdul Hadi yakin PAS akan sekali lagi menang di kerusi DUN Manek Urai - yang dipegangnya sejak tahun 1959 dan hanya kalah sekali kepada BN pada tahun 2004 sahaja.

"Semua pilihanraya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina tetapi tempat yang pakai molek,undi PAS," katanya.

Hadir sama berceramah ialah ahli jawatankuasa PAS Pusat Mohamad Sabu di Chucoh Puteri.

Mohamad dalam ceramahnya sebelum itu yakin, sokongan padu terhadap calon PAS daripada pengundi yang menetap di luar akan memastikan PAS mendapat lebih daripada 2,000 majoriti kali ini.

 http://www.malaysiakini.com/news/108272

ADUH!! SHAMSIDAR.....


PANAS dan menggegar. Shamsidar Taharin, isteri Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali tiba-tiba menjadi tumpuan sepanjang minggu ini.

Dakwaan S. Nallakaruppan bahawa Ketua pembangkang, Anwar Ibrahim pernah menjalin hubungan sulit dengan Shamsidar suatu ketika dahulu, kini menjadi bahan perbualan ramai.

Malah beliau bertekad untuk mendedahkan lebih mendalam tentang hubungan terlarang itu di mahkamah nanti. 

Dakwaan Nallakaruppan amat serius. Walaupun ramai pernah mendengar cakap-cakap mengenai kisah tersebut tetapi kali ini ia didedahkan secara terbuka. 



Lebih 30 tahun lamanya Nallakaruppan menjadi sahabat Anwar. Mereka berkongsi banyak rahsia termasuk aktiviti gelap ketika Anwar masih berada dalam Kabinet. 

Jika di negara Barat, pendedahan tersebut pasti disusuli dengan tekanan masyarakat untuk mengetahui kebenarannya. Tidak kira sama ada pemimpin kerajaan atau pembangkang, mereka dituntut untuk mengambil tanggungjawab bagi menjelaskan kepada rakyat. Dalam negara demokrasi, pembangkang juga adalah institusi penting yang perlu dipelihara imejnya.

Hairannya setakat ini, Anwar belum tampil secara terbuka untuk menjawab secara menyeluruh dakwaan tersebut. (Writ saman ke atas Nallakaruppan berhubung dakwaan Anwar seorang biseksual juga masih belum diserahkan, seolah-olah ada sesuatu cuba dielakkan). 


Shamsidar juga berdiam. Beliau berhak untuk diberi peluang mempertahankan diri dan bagi membersihkan nama atas sifatnya sebagai wanita dan isteri orang. Mengelak daripada menjawab, boleh ditafsir oleh rakyat bahawa dakwaan itu ada asas kebenarannya. 

Ramai juga tertanya-tanya apa sebenarnya pendirian Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail selaku isteri Anwar. Begitu juga Azmin atas kapasitinya sebagai suami Shamsidar. Kedua-duanya turut membisu bagaikan serba-serbi tidak kena. Bukan sahaja hal PKR yang kian hancur harus ditangani, bahkan soal paling rumit melibatkan suami dan isteri masing-masing, menghantui mereka. Azmin sudah tentu tidak mahu dituduh dayus. Bayangkan presiden dan timbalan presiden PKR terperangkap dalam persoalan sebegini! 

Dalam mencari jalan keluar, Awang mencadangkan agar kedua-dua pasangan tersebut tampil bersama dalam satu sidang akhbar. Anwar, Wan Azizah, Azmin dan Shamsidar boleh membuka laluan kepada wartawan bertanya apa sahaja soalan. Awang percaya Wan Azizah tidak menghadapi masalah untuk bersama Shamsidar buat seketika. Sekali lagi - semuanya demi Anwar - orang yang beliau anggap sebagai anugerah Tuhan. - Utusan

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

KHABAR BURUK KEPADA PENCACAI ANWAR IBRAHIM

Khabar buruk  di hari April Fool
Dalam post  AC yang lepas bertajuk "SKANDAL NOH OMAR, SIAPA WANITA INI?", di manapara pentaksub Anwar Ibrahim, sedang bekerja keras untuk menjatuhkan kredibiliti Datuk Noh Omar dengan membuat tuduhan fitnah. Fitnah ini akhirnya menyelak kebodohan dan kepaluian para pancacai Pakatan Rakyat.





Antara blogger yang menyerang Noh Omar dengan isu gambar seperti di atas adalah, blogger Omak Kau!!!, Mb Online dan AC yakin ada ramai lagi blogger pro-PR yang menyerang kehidupan peribadi Noh Omar dengan mengaitkan isteri keduanya.

Dan kepada pencacai Anwar Ibrahim yang kemaruk nak cari isu untuk jatuhkan Noh Omar, ini adalah jawapan kepada segala fitnah anda. "You are close, but not close enough"
Untuk pengetahuan para pentaksub bontot Anwar Ibrahim,  majlis ini diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh mereka yang dijemput. Salah ke Noh Omar menari dengan isteri sendiri. Lain lah jika al-juburi kantoi bercengkerama dengan china doll. Yang ini baru wajib kecoh.
MARI KITA SAMA-SAMA LIHAT DIANTARA FITNAH DAN KEBENARAN !
Minggu lepas pencacai-pencacai Pakatan bersungguh-sungguh memfitnah Datuk Seri Noh Omar kononnya berdansa dengan perempuan di satu majlis tertutup. Bermacam-macam fitnah dan kontrovensi telah mereka timbulkan untuk menjatuhkan beliau pada PRU13 nanti. Alhamdulillah, Allah di pihak yang benar ! Sekarang semuanya sudah terbukti !! Gambar beliau bersama keluarganya ini sudah cukup membuktikan segala-galanya. Semoga Allah selamatkan Umat Islam daripada kumpulan dajal ini. Amin

Adv

Nuffnang 2