Debat di antara Anwar Ibrahim dan Shabrey Cheek
Yazid Othman - Selepas kawan lama saya (juga sewaktu di Utusan) Saudara Hanafiah Man memberikan kata-kata sanjungan bagi pihak AgendaDaily kepada hadirin, Anwar Ibrahim memulakan hujah dengan gaya seperti Anwar Ibrahim yang dulu itu juga , di mana mata dan keningnya diangkat dan mulutnya fasih mengkritik kerajaan , dan muka serta matanya sekali-sekali merenung sambil senyum kepada lawan di sebelahnya, dan itulah caranya bila beliau ingin menarik perhatian sewaktu berucap di hadapan orangramai.
![]() |
| Harga minyak mengikut Negara |
“sekiranya kita memerintah hari ini pagi esok kita turunkan harga minyak 50 sen”, kata Anwar menutup hujahnya, setelah menyerang kerajaan dengan tuduhan mengamalkan rasuah dan kroni serta tidak pedulikan kesusahan rakyat, padahal wang keuntungan Petronas banyak.
Manakala Shabery pula dengan suara tenang dan bersahaja menyatakan , kenaikan harga minyak ini bukanlah di Malaysia sahaja, tetapi seluruh dunia naik akibat apa yang berlaku di Iraq, Iran serta kesannya terhadap perkembangan yang berlaku di India dan China.
Pada satu ketika hujah-hujah Menteri Penerangan itu menimbulkan kemarahan para penyokong Anwar dalam dewan itu, apabila Shabery menyebut tentang peribadi Anwar ini memang juara dalam membantah bermula dari zaman Tun Abdul Razak lagi, sampailah sekarang. Ertinya, apa yang dinyatakan oleh Shabery itu, Anwar tidak membantah apa-apa pun bila dia berada dalam UMNO dan Kerajaan, dan bila beliau berada semula di luar kerajaan, bantahan dan kritikan itu disambung semula.Selain itu para penyokong Anwar kelihatan tidak senang dengan cara Shabery mengemukakan hujah , di mana terdapat beberapa negara yang menurunkan harga minyak dengan banyak, di mana harga minyak menjadi sangat murah, tetapi ekonomi negara berkenaan tidak berkembang juga.
Apa yang jelas, tindakan kerajaan mengurangkan subsidi minyak adalah sesuatu tindakan yang bijak kerana tanpa kita sedari selama ini Petronas hanya menguasai 40% pasaran runcit petrol dan diesel negara ini, sementara 60% lagi dikuasai oleh syarikat minyak negara asing seperti Shell, Esso dan Mobil. Adalah bodoh tindakan kerajaan sekiranya memberi subsidi minyak kepada rakyat tetapi yang menguat keuntungan adalah syarikat minyak milik asing. Mengapa parti pembangkang tidak melihat ini sebagai sesuatu pembaziran wang rakyat?Saya tidak nampak tindakan bagaimana Anwar memperuntukan RM5 billion untuk subsidi minyak kalau pakatan pembangkang memerintah. Bayangkan daripada RM5 billion subsidi itu, 60% akan terus ke poket syarikat milik asing. Apakah Anwar bangga tindakannya itu hanya akan membuat pengaliran wang rakyat ke luar negara? Bayangkan kalau harga minyak global semakin meningkat, maka semakin banyak subsidi yang diperlukan dan semakin kayalah syarikat minyak milik asing di negara ini.Kewajaran kerajaan mengalihkan subsidi minyak dalam bentuk rebat tunai kepada lebih dilihat berkesan. Wang rebat tunai itu boleh digunakan terus oleh rakyat untuk membeli barangan keperluan lain dan bukan mengisi minyak di stesyen petrol milik Shell, Esso dan Mobil. Kecuali pengguna di negara ini begitu semangat patriotik dengan produk tempatan Petronas, maka subsidi itu tidaklah mengalir ke luar negara. Tetapi kita mengamalkan perniagaan bebas dan tidak ada paksaan dalam membeli dan memilih produk dan jenama.Dengan debat mengenai isu kenaikan minyak ini, maka diharap rakyat yang menonton debat malam tadi akan lebih memahami kewajaran kerajaan mengambil tindakan tidak popular itu. Masalah dunia kini bukan sekadar harga minyak melambung tinggi dan inflasi meningkat, tetapi juga sumber makanan menjadi kurang dan mahal. Alhamdulillah, subsidi minyak yang dikurangkan oleh kerajaan telah dipindahkan ke sektor pertanian yang menghasilkan makanan. Kini, beras yang kita makan setiap hari jauh lebih murah daripada beras dari negara pengeluar besar Thailand.Saya berikan lima bintang kepada Johan Jaafar yang begitu ‘profesional’ menjalankan tugas moderatornya, yang tidak menampakkan berat sebelah, padahal beliau pernah menjadi orang kuat Anwar semasa Anwar menjadi TPM dulu , di mana beliau dilantik menjadi Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu, oleh Anwar, bagi menjaga kepentingan politik beliau.Suatu ketika para penyokong Anwar menjerit dengan kata-kata “ Johan tidur ka..” apabila Shabery menyerang Anwar menggunakan hujah-hujah yang dianggap terkeluar dari tajuk debat, dan mereka juga kurang senang dengan satu soalan Johan kepada Anwar berbunyi; “ Mengapakah Dato’ Seri tunggu untuk dibentuk kerajaan dulu baru nak turunkan harga minyak, mengapa Dato’ Seri tak bagi saja cadangan-cadangan kepada kerajaan yang ada sekarang ..? ”Anwar banyak menjurus kepada kesimpulan hujahnya dengan menekankan tujuan utamanya membuat cadangan seperti itu adalah untuk meringankan ‘beban rakyat’ dan Shabery pula membalas dengan mengatakan bahawa rakyat Malaysia masih boleh makan seperti biasa ertinya tiada kebuluran berlaku walaupun berlaku kenaikan harga minyak .Sampai disini, salah seorang dari tiga orang wanita PAS yang ada di belakang saya bersama-sama dengan Dr. Lo’Lo’, Ahli Parlimen Titiwangsa, melaungkan kepada Shabery dengan kata “ Ya… makan Siput Babi …” tetapi Johari Abdul yang ada di sebelah saya memberi isyarat tangan agar jangan ulangi perkataan itu.Suatu ketika Anwar dan Shabery begitu tegang, apabila Anwar kata bila harga minyak naik inflasi pun berlaku, manakala Shabery menjawab, mana ada inflasi ketara sangat , kalau ada pun dengan kadar yang sangat rendah berbanding dengan nrgara lain. Mendengar itu Anwar menjadi marah , dan dengan suara yang agak tinggi berkata, “teori ekonomi mana saudara belajar harga minyak naik tidak ada inflasi..”
Setiap jawapan yang diberikan oleh Shabery dengan caranya yang tenang dan banyak tersenyum ,itu menjadikan hujahnya meyakinkan pendengar. Bagaimanapun setiap hujah Anwar, samada betul atau tidak para penyokong pembangkang yang kelihatan lebih agresif, tetap memberikan tepukan yang gemuruh . Tetapi berikutan itu, para penyokong kerajaan pula memberikan tepukan gemuruh buat Shabery , bila beliau membalas balik hujah tersebut .




