Nuffnang

Advertlets

Pesanan AC

Segala kelemahan dalam Blog ini datangnya dari penulis sendiri, dan semua kesempurnaan datang dari Allah s.w.t.

Kepada sahabat-sahabat Blogger sila linkkan blog Assassin Cyber di bloglist anda dan AC akan linkkan blog anda di list kami.

Kepada anda yang ada artikl menarik dan ingin dikongsikan sila email ke:

E-mail: telebihsudah@gmail.com

FOLLOW JIKA BERANI

Klik Butang Like Di Bawah

TUKAR SIZE FONT

Change Text Size
+A +A +A +A +A

29 March, 2012

Saman Ummi Hafilda pula kalau berani - Aminah


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar supaya menyaman saksi utama kes liwatnya pada 1998, Ummi Hafilda Ali selepas bertindak demikian terhadap Datuk S. Nallakaruppan.

Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Aminah Abdullah ketika mencabar Anwar berbuat demikian berkata, sudah sampai masa tindakan saman diambil terhadap Ummi Hafilda jika Ketua Pembangkang itu yakin dirinya difitnah.

"Pertama, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi syabas kepada Anwar kerana akhirnya berani menyaman Nallakaruppan.

"Bagaimanapun, tindakan itu tidak mencukupi kerana Ummi Hafilda juga banyak mengadakan siri ceramah di seluruh negara bagi mendedahkan rahsianya. Jadi saya cabar beliau (Anwar) saman Ummi pula kalau berani," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Anwar sebelum ini memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap Nallakaruppan dan Utusan Melayu (M) Berhad kerana mendakwa telah memfitnahnya melalui akhbar itu pada 20 Mac lalu.

Saman tersebut berhubung artikel disiarkan oleh Utusan Malaysia bertajuk 'Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang - Nalla'.

Mengulas lanjut, Aminah berkata, tindakan menyaman akhbar yang menyiarkan pendedahan tentang sikapnya tidak memberi apa-apa makna, sebaliknya lebih baik menyaman mereka yang menyerang peribadinya sahaja.

"Saya tertunggu-tunggu bilakah dia hendak kemukakan saman kepada Ummi (Hafilda), adakah dia berani?," ujarnya sinis.-Utusan

Anwar melenting pasal isu Israel


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi hilang punca apabila kenyataan beliau yang menyokong segala usaha untuk menjamin keselamatan Israel dibangkitkan di Parlimen.
 
Anwar yang berang apabila kenyataannya itu ditafsir sebagai menyokong keganasan Israel ke atas penduduk Palestin oleh Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot Jaem mengugut akan mengambil tindakan jika terus 'difitnah'.

Bagaimanapun, ketika dicabar Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) mengapa tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas The Wall Street Journal (WSJ) jika benar kenyataannya menyokong keselamatan Israel adalah fitnah, Anwar membisu.

Sebaliknya, Ketua Pembangkang itu berterusan cuba untuk menegak benang basah apabila berkata, kenyataan beliau telah diputar belit oleh media arus perdana demi tujuan politik.


"Jangan gunakan ini (kenyataan kepada WSJ) untuk melabel saya menyokong keganasan Israel, ini perbuatan biadab dan melanggar tatasusila, kenyataan saya bersyarat, bagaimana boleh tuduh saya sokong keganasan Israel?

"Saya menyokong aspirasi rakyat Palestin begitu juga kerajaan, saya akan mempertahan perkara ini. Saya akan bertindak jika terus difitnah, ini satu tafsiran yang kejam dan tidak bermoral," katanya di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Melihat Ketua Pembangkang itu berterusan menyalahkan pihak lain, Abdul Rahman sekali lagi tampil mempersoalkan Anwar mengapa beliau tidak menuntut akhbar antarabangsa itu memperbetulkan kembali kenyataan jika 'tidak sampai hati' hendak saman.

"Kita dengar penjelasan Permatang Pauh kononnya beliau mendokong aspirasi Palestin tetapi mengapa tidak minta WSJ buat kenyataan baru? Sedangkan ini jalan paling mudah, saman susah dan minta maaf pun janganlah," katanya sinis.

Dalam pada itu, melihat ketua mereka tertekan dalam isu Israel, beberapa pemimpin pembangkang antaranya, Datuk Saifuddin Nasution (PKR-Machang), Tian Chua (PKR-Batu) dan Yusmadi Yusuf (PKR-Balik Pulau) tampil mempertahankan Anwar.

Paling menarik tindakan Khalid Samad (Pas-Shah Alam), satu-satunya pemimpin Pas yang bermati-matian mempertahankan Anwar dengan berkata: "Jangan baca hanya satu ayat seperti Kota Belud, kamu tidak akan faham,"

"Jangan memfitnah Permatang Pauh, apa perasaan Ketua Pembangkang bila dilabel beliau sokong atau reda dengan pembunuhan rakyat Palestin oleh Israel? Kota Belud hanya tafsir ikut selera politik dia," katanya.

Terdahulu, Richard berkata, dakwaan Anwar kononnya beliau meletakkan syarat ketika mengeluarkan kenyataan itu hanya satu helah untuk mengaburi mata rakyat selepas dikritik hebat pelbagai pihak termasuk wakil Hamas.

Katanya, Anwar tidak meletakkan apa-apa syarat ketika menyatakan sokongan beliau terhadap segala usaha untuk menjamin keselamatan Israel sebaliknya, hanya berbuat demikian ketika ditanya mengenai hubungan diplomatik dengan Israel.

"Saya amat terkilan dengan cara Ketua Pembangkang memutar belit kenyataan beliau sendiri dalam WSJ, tiada syarat yang ditetapkan dalam menyokong keselamatan Israel, beliau hanya berbuat demikian dalam soal diplomatik," katanya.- Utusan

Kerajaan kaji lagu “Bawaku Pergi” sebelum buat keputusan


JELEBU 29 Mac – Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas penilai bagi menentukan kedudukan sama ada lagu “Bawaku Pergi” nyanyian pelawak dan pelakon terkenal, Zizan akan diharamkan atau sebaliknya.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, sebelum sesebuah lagu itu diputuskan untuk diharamkan, sebuah panel perlu diwujudkan bagi meneliti setiap aspek kandungan lagu tersebut.

“Kita teliti terlebih dahulu lagu itu dan jawatankuasa penilai juga sudah kita wujudkan, jadi beri kita sedikit masa untuk membuat penilaian sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Saya juga akan mengesyorkan kepada RTM khasnya bahagian muzik kementerian untuk memberi laporan bagaimana dan apakah pendirian masyarakat terhadap lagu ini dan apakah tindakan yang perlu diambil berhubung seni kata, lirik dan lenggok alunan lagu itu,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Majlis Tautan Kasih Sekalung Budi di Pejabat Penerangan Daerah Jelebu di sini hari ini.

Rais menegaskan, pihaknya tidak boleh membuat sebarang tindakan mahupun keputusan melulu sebelum penelitian dibuat terhadap lagu berkenaan. - UTUSAN

SPR harap negeri pembangkang adakan pilihan raya serentak

KUALA LUMPUR 29 Mac – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berharap negeri-negeri yang diperintah pembangkang akan turut mengadakan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) mereka serentak dengan Pilihan Raya Umum ke-13. 

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, langkah itu akan dapat menjimatkan kos dan tenaga kerja.

“Saya harap elok ia dibuat serentak supaya SPR tidak buat kerja ulang-ulang kerana ia akan memakan kos yang tinggi dan masa yang banyak,” katanya pada temubual “Program Inovasi Perkhidmatan Awam” di stesen radio KL.fm di Angkasapuri di sini, hari ini.

Semalam, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata pemimpin mereka masih gagal mencapai kata sepakat sama ada akan mengadakan pilihan raya DUN Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan serentak dengan kerajaan persekutuan. - BERNAMA

Adv

Nuffnang 2