Nuffnang

Advertlets

Pesanan AC

Segala kelemahan dalam Blog ini datangnya dari penulis sendiri, dan semua kesempurnaan datang dari Allah s.w.t.

Kepada sahabat-sahabat Blogger sila linkkan blog Assassin Cyber di bloglist anda dan AC akan linkkan blog anda di list kami.

Kepada anda yang ada artikl menarik dan ingin dikongsikan sila email ke:

E-mail: telebihsudah@gmail.com

FOLLOW JIKA BERANI

Klik Butang Like Di Bawah

TUKAR SIZE FONT

Change Text Size
+A +A +A +A +A

27 March, 2012

MAT SABU SAMBUT MAAL HIJRAH BERSAMA HIDANGAN ARAK?





Apa kaitan dengan Jamuan 10,000 Rakyat anjuran DAP yang telah diadakan di Pandamaran Klang dengan tarikh 27th November 2011 iaitu Awal Muharram(Maal Hijrah) dalam kalendar Islam.

Jangan biarkan diri anda dibelenggu persoalan. Biar persoalan anda dijawab di SINI.

Kadar caj air bidang kuasa kerajaan negeri


KUALA LUMPUR: Kadar caj air di Selangor ditentukan kerajaan negeri, bukan di bawah bidang kuasa Kerajaan Pusat, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Berikutan itu katanya, tidak timbul isu tarif air di Selangor akan naik jika kerajaan negeri memberi kelulusan kepada Kerajaan Pusat membina Loji Air Langat 2 (LAL 2). 

Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan negeri menghentikan tindakan mempolitikkan isu penstrukturan semula tarif air yang didakwa membebankan rakyat jika loji itu dibina.
“Jangan politikkan kadar tarif air, ia tidak ada kaitan dengan Kerajaan Pusat. Sebarang caj air ditentukan kerajaan negeri, bukan Kerajaan Pusat.

“Pulau Pinang mempunyai pengalaman dalam hal ini, dia sudah terima penstrukturan air dan hari ini kita boleh tanya dia siapa yang tentukan kadar air di Pulau Pinang, bukan saya atau Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), tapi beliau yang tentukan berapa banyak hendak caj rakyatnya.

“Saya tidak ada kuasa menentukan kadar harga, ia (penstrukturan kadar air) bukan lagi isu.

“Oleh itu, saya minta kerajaan negeri beri kelulusan segera kepada kami untuk laksana projek loji air ini demi kesejahteraan rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya,” katanya menjawab pertanyaan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) pada sesi menggulung Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong peringkat kementeriannya di Dewan Rakyat, semalam.  
Anwar sebelum itu mempertahankan tindakan Kerajaan Selangor melewat-lewatkan proses pembinaan LAL 2 kerana yakin pembinaannya akan membebankan rakyat dengan kadar caj air ditetapkan Kerajaan Pusat dijangka tinggi.

Mengulas lanjut, Fah Kui berkata, pihaknya tidak pernah menutup pintu rundingan dengan kerajaan negeri untuk sebarang usaha penstrukturan dan pembinaan loji itu, namun keputusan perlu disegerakan kerana membabitkan kepentingan rakyat.

Katanya, krisis air dijangka berlaku pada 2014 di tiga kawasan berkenaan jika tidak diatasi dengan segera.

“Demi kepentingan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, besar harapan saya supaya kerajaan negeri tidak menjadi isu penstrukturan semula tarif harga sebagai barang tawaran untuk melaksanakan projek ini,” katanya, semalam. - BH

Tempoh sah Baucar Buku 1Malaysia 30 April


PUTRAJAYA: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju melanjutkan tarikh tempoh sah penggunaan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) sehingga 30 April ini untuk dimanfaatkan lebih 30,000 pelajar baru kemasukan kedua ke institusi pengajian (IPT) di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata keputusan itu dibuat kerana pelajar yang baru mendaftar di IPT antara Januari hingga Mac mendakwa mereka mungkin tidak dapat menggunakan baucar berkenaan kerana tarikh lupusnya terlalu hampir iaitu Sabtu ini.

“Saya ingin menegaskan hanya pelajar mendaftar sebelum 31 Mac layak mendapat kemudahan BB1M. Mereka yang mendaftarkan selepas tarikh itu tidak layak menerima BB1M.
“Berdasarkan rekod kementerian, 1.27 juta pelajar sudah menerima 5.1 juta BB1M yang dianggar bernilai RM255 juta, termasuk mereka yang mendaftar sejak Januari lalu hingga sekarang.

“Daripada 5.1 juta baucar BB1M yang diagihkan, hanya kira-kira 50 peratus sudah diterima balik oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) daripada kedai buku untuk ditukarkan dengan wang tunai,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penghargaan Kursi Pengajian Melayu di Luar Negara di sini, semalam.






Pada majlis itu, Mohamed Khaled turut menyerahkan watikah pelantikan pemegang Kursi Pengajian Melayu di Beijing Foreign Studies University (BFSU), China, kepada Prof Dr Mohd Taib Dora.

Katanya, BB1M selebihnya mungkin masih berada di tangan pelajar atau kedai buku yang belum menunaikannya dan beliau meminta kerjasama 292 kedai buku di seluruh negara yang menyertai program itu supaya menerima baucar berkenaan walaupun tarikh lupus yang dicetak padanya ialah 31 Mac ini. 

KPT juga akan mengeluarkan notis menerusi akhbar utama bagi memaklumkan kepada pemilik kedai buku dan pelajar IPT bahawa tarikh tempoh sah BB1M kini dilanjutkan sehingga 30 April ini.

Terdahulu, Mohamed Khaled mengumumkan kementeriannya bercadang menubuhkan dua lagi Kursi Pengajian Melayu iaitu di Jerman dan Jepun tidak lama lagi.

Katanya, Goethe-University of Frankfurt di Jerman turut menyatakan minat untuk mengembangkan Pengajian Melayu di universiti berkenaan.

Katanya, penubuhan kursi berkenaan dicadangkan kerana Frankfurt adalah pusat perbankan serantau di Eropah, sekali gus menjadi langkah strategik bagi mempromosikan Malaysia sebagai pelopor bidang pengajian perbankan Islam pada peringkat global. - BH

Abdul Kadir Sheikh Fadzir Sudah Datang


Bekas anggota Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang bertindak keluar dari parti itu minggu lepas, hari ini mengumumkan akan kembali aktif dalam arena politik dengan meneruskan perjuangan pemimpin Umno terdahulu.

Bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan itu berkata, fokus utama beliau kini adalah untuk meneruskan perjuangan Umno berdasarkan "nilai perjuangan yang diasaskan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu", ke tempat yang lebih sesuai.

"Kita ada Amanah (Angkatan Amanah Merdeka), yang kita tubuhkan sebab hendak membawa perjuangan yang dimulakan oleh pengasas dan pemimpin Umno dan negara sebelum ini.

"Saya juga boleh meneruskan perjuangan dengan menyertai NGO-NGO jika ada yang menjemput untuk memberi ceramah atas isu nasional. Apabila sudah berhenti (dari Umno) saya bebas sikit, saya hanya terima jemputan NGO," katanya kepada pemberita di pejabatnya, di Seri Kembangan, di sini.

-- BERNAMA

PRESIDEN PMI UTM SUDAH NAIK MINYAK

Susulan pengakuan bekas pemimpin PRO Mahasiswa, saudara Khairul Nizam. Beliau kini diserang bertubi-tubi oleh sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan pendedahan itu. Klik SINI dan SINI. Blogger Suara Mahasiswa Selatan ada info menarik untuk dikongsikan. Klik SINI

Saudara Khairul Nizam Bin Md Husin  merupakan Timbalan Presidan Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM bagi tahun 2010/2011 dan juga merupakan BEKAS PRESIDEN PERSATUAN MAHASISWA ISLAM (PMI) semasa menuntut di UTM KL . Ini merupakan pengakuan sebenar dari saudara Khairul Nizam mengenai perjuangan Pro Mahasiswa yang ternyata merupakan perjuangan untuk kepentingan bukan perjuangan untuk memperjuangkan Mahasiswa.


"saya sendiri memimpin gerakan di bawah Persatuan Mahasiswa Islam ,yang mana kita semua tahu PMI ini menggerakkan satu gerakan yang mana berada di bawah PMI itu sendiri"
"dan saya tertarik untuk beritahu bahawa landasan perjuangan saya bersama dengan PMI adalah satu landasan perjuangan yang saya kira saya seolah dipergunakan"
"hanya untuk memperjuangkan individu dan kepentingan bukan hanya kepentingan secara bersama "


Baca seterusnya di SINI

UNSUR LIBERALISME DAN PLURALISME DALAM PAS


Dalam post AC yang lepas yang bertajuk, Apa Ustaz PAS nie Buat Kat Tokong?, AC telah menyertakan sekeping gambar seperti gambar di atas. Post lepas tidak disertakan dengan huraian. Dalam post kali ini, yang merupakan kesinambungan kepada post lepas, AC akan menyertakan huraian yang AC dapatkan dari laman blog Sanggah Tok Janggut.


UNSUR-unsur liberalisme dan pluralisme dalam PAS semakin ketara kebelakangan ini. PAS bagaikan dilanda ombak tsunami yang tidak dapat dihalang oleh mana-mana elemen Islam konservatif sekalipun. Sebaliknya, PAS berbangga dengan perubahan yang mereka sedang lakukan sekarang, dengan memberi alasan kononnya ia adalah tindakan perlu demi menunjukkan yang Islam itu maju dan Islam itu tidak menyusahkan.
Bagaimanapun, kefahaman dan amalan yang ditunjukkan oleh para pemimpin PAS, adakalanya banyak menyentuh akidah dan tidak sekadar bersifat hubungan sesama manusia sahaja. Namun PAS tidak menghiraukan kepentingan akidah sebaliknya yang dipentingkan adalah pengaruh serta undi yang bakal diperolehi dari kaum bukan Islam.
Itulah yang berlaku apabila Timbalan Yang Dipertua PAS Kuala Lumpur merangkap Pengerusi Pertubuhan Pertahankan Tanah Warisan Kita, Ishak Surin, 75, menunjukkan perangai talam dua mukanya terhadap umat Islam. ‘Ajaran’ yang ditunjukkan oleh Ishak Surin nyata merupakan satu bidaah besar yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pemimpin muktabar Islam, baik dari zaman Nabi s.a.w sehinggalah ke mutakhir ini, kecuali yang melibatkan golongan yang menyokong liberalisme, pluralisme dan moderat keterlaluan.
Ishak Surin telah mengetuai rombongan dua buah bas sekolah yang bernombor pendaftaran  WDD 5358 dan NAD 2317 dalam Jelajah Warisan yang bermula dari jam 8:00 pagi di Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur-Jalan Sultan, Kuala Lumpur-Kampung Bandar Dalam, Sentul, dan berakhir di Ampang.Kesemua ahli-ahli rombongan adalah ahli-ahli dan penyokong PAS, DAP dan PKR.
Tindakan Ishak Surin yang kemudian membaca dan mengaminkan doa agar Tanah Warisan Bangsa termasuklah Tokong Mee Thor Gan di Ampang, dilihat sudah amat keterlaluan.
Memang benar, tidak salah berdoa di dalam tokong, bahkan di mana-mana termasuklah di dalam tandas dan bilik air apatah di kandang babi. Tetapi berdoa di dalam Islam, mempunyai tatacara dan disiplin yang sangat tersendiri, sekaligus menunjukkan betapa hambanya mereka yang memohon munajat serta berdoa kepada Khaliq yang Maha Mengetahui. Permohonan munajat atau doa seringkali disunatkan dengan cara-cara atau kaedah yang lebih bersopan kerana doa tersebut diharap dapat dikabulkan oleh Allah Taala.
Kalau Syaidina Umar Al-Khattab r.a sendiri pun bersolat di luar sebuah gereja di Baitulmaqdis ketika Khalifah Ar-Rasyidin kedua itu melawat Tanah Haram itu biarpun Al Quran membenarkan sembelihan dan perkahwinan dengan wanita-wanita Ahli Kitab, atas dasar apa pula alasan yang bakal diberikan oleh Ishak Surin ketika dia berdoa dan mengaminkan doa di dalam sebuah tokong yang terang-terang menyengutukan Allah Taala dengan pelbagai patung dewa?
Manhaj manakah yang dituruti oleh Ishak Surin dan PAS?

Sumber

Adv

Nuffnang 2