SURAT FMT: Dari Shen Yee Aun, melalui e-mel
FMT - Merujuk kepada laporan yang disiarkan oleh Malaysia Today baru-baru,
kita lihat bagaimana sekumpulan ahli PKR berbangsa India menyarankan
supaya Karpal Singh bersara kerana melihat kepada usia Karpal Singh yang
sudah tua.
Pertama , mereka tidak menghargai jasa dan perjuangan Karpal Singh
yang sudah lama berjuang untuk pembangkang selama berdekad-dekad
lamanya.
Kedua, mereka tidak menghormati golongan pemimpin veteran dalam Pakatan Rakyat.
Ketiga , kalau benar Karpal Singh sudah tua maka bukankah pemimpin
seperti Nik Aziz, Anwar, Lim Kit Siang dan banyak lagi pemimpin tua
dalam Pakatan Rakyat perlu berundur ?
Keadaan ini bertambah parah apabila ahli PKR cuba untuk memainkan isu
perkauman dalam isu persengketaan antara Karpal Singh dan Ramasamy.
Mereka memanggil sidang akhbar di Petaling Jaya dan cuba untuk memecahkan perpaduan dalam kalangan masyarakat India sendiri.
“He may be a ‘King’ to the Sikh community, but not to the Indian
community,” said Saminathan, no doubt referring to the Bollywood hit
film ‘Singh is King’ (2008), sebagaimana dilaporkan.
Pertama, bukankah selama ini Pakatan Rakyat menjerit kepimpinan tanpa
mengira bangsa?
Maknanya jika seseorang itu adalah pemimpin India maka
pemimpin tersebut adalah pemimpin kepada Melayu, Cina, India, Kadazan,
Bidayu dan pelbagai lagi bangsa di Malaysia. Namun mengapa dalam isu ini
wujud kenyataan seperti pemimpin Sikh bukan pemimpin kepada masyarakat
India di negara kita?
Kedua, apakah pada hari ini PKR cuba untuk membezakan status quo
sesama komuniti India sendiri?
Kenyataan ahli PKR jauh lebih racist
berbanding dengan Perkasa Ibrahim Ali kerana sekurang-kurangnya Ibrahim
Ali racist terhadap bangsa lain tetapi kenyataan ahli PKR racist dalam
komuniti mereka sendiri.
Ketiga , ahli-ahli PKR yang cuba untuk menghina masyarakat Sikh
dengan perlambangan Bollywood Singh is King perlu meminta maaf kepada
semua masyarakat Sikh di Malaysia.
Dalam isu ini juga apakah PKR cuba untuk menjadi Taiko dalam Pakatan
Rakyat sehinnga ahli mereka sendiri berani bersuara untuk menyuruh
Pengerusi DAP Malaysia untuk meletak jawatan?
Pertama, apakah pada hari ini Anwar Ibrahim ingin membalas dendam
terhadap Karpal Singh yang pernah suatu ketika dahulu pernah disuruh
oleh Karpal Singh untuk meletak jawatan sebagai pemimpin umum Pakatan
Rakyat kerana sudah menjadi liabiliti kepada Pakatan Rakyat sehingga
anak buahnya menyuruh Karpal Singh meletak jawatan atas alasan yang
sama?
Kedua, apakah pada hari ini PKR begitu berkuasa sehingga ahli mereka
begitu berani sehingga berani untuk campur tangan dalam urusan parti
DAP? Apakah pada hari PKR tidak menghormati kedaulatan parti DAP dalam
Pakatan Rakyat?
Ketiga , bukankah dalam isu ini kepimpinan tertinggi PKR perlu
mengambil tindakan disiplin terhadap ahli mereka yang bersikap kurang
ajar terhadap pemimpin tertinggi DAP? Bukankah ahli-ahli PKR yang begitu
biadap menentang seorang Pengerusi Parti DAP perlu meminta maaf
kepadanya?
Konklusinya, apakah benar pada hari ini Pakatan Rakyat merupakan
model perpaduan dan berbilang bangsa yang ideal apabila perkauman mereka
sehingga memecahbelahkan erti perpaduan dalam komuniti sendiri dalam
sesuatu masyarakat?