Nuffnang

Advertlets

Pesanan AC

Segala kelemahan dalam Blog ini datangnya dari penulis sendiri, dan semua kesempurnaan datang dari Allah s.w.t.

Kepada sahabat-sahabat Blogger sila linkkan blog Assassin Cyber di bloglist anda dan AC akan linkkan blog anda di list kami.

Kepada anda yang ada artikl menarik dan ingin dikongsikan sila email ke:

E-mail: telebihsudah@gmail.com

FOLLOW JIKA BERANI

Klik Butang Like Di Bawah

TUKAR SIZE FONT

Change Text Size
+A +A +A +A +A

22 March, 2012

PAS KELANTAN KHIANATI BANGSA SENDIRI

Rakyat Kelantan tidak dapat menerima tindakan kerajaan Pas negeri yang didakwa telah memajakkan tanah rizab Melayu kepada syarikat bukan bumiputera kerana menganggap perbuatan itu mengkhianati bangsa sendiri.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, rata-rata rakyat Kelantan yang ditemui menyifatkan, tindakan kerajaan Pas tersebut bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang melindungi hak-hak istimewa orang Melayu.

Seorang penjawat awam, Mohd. Rashidi Zakaria, 36, berkata, tindakan tersebut tidak boleh dimaafkan kerana ia melibatkan kepentingan kaum Melayu sendiri.

Selain mampu memberi kesan kepada nasib orang Melayu terutamanya golongan miskin, tindakan tersebut juga katanya, dilihat telah menutup ruang kepada pengusaha-pengusaha Melayu di Kelantan.

"Saya berharap kerajaan fikirkanlah nasib rakyat di negeri ini, janganlah asyik mengutamakan keuntungan semata-mata," katanya diminta mengulas laporan Utusan Malaysia mengenai tindakan kerajaan Pas Kelantan yang didakwa memajak tanah rizab Melayu kepada syarikat bukan bumiputera.

Pelbagai pihak menyifatkan tindakan kerajaan Pas Kelantan memajak tanah rizab Melayu kepada syarikat-syarikat bukan bumiputera dari luar Kelantan dan mengenepikan penduduk tempatan yang rata-ratanya miskin sebagai perbuatan zalim.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed pula menganggap sikap kerajaan negeri yang berbuat demikian jelas menganiaya rakyat.

Bagi seorang usahawan, Sharul Fadhel, 32, tindakan kerajaan Pas Kelantan itu akan memberi kesan buruk kepada kaum Melayu di negeri ini pada masa akan datang.

"Mungkin sekarang tidak menampakkan kesan, tetapi bayangkan 20 tahun ke depan, apa nasib akan diterima generasi akan datang terutamanya golongan miskin negeri ini.

"Pembangunan yang dilaksanakan syarikat bukan bumiputera ini pasti akan menenggelamkan golongan Melayu miskin selepas ini," dakwanya.

Mohd. Zaidan Abd. Rahim, 36, pula berpendapat, kerajaan Pas sepatutnya memelihara tanah rizab Melayu yang ada, bukannya memajakkan tanah-tanah berkenaan kepada pihak luar.

"Kita mahu tanah Melayu ini dimajukan oleh orang Melayu sendiri, jangan melibatkan syarikat luar. Pas selama ini sering melaungkan slogan kerajaan Islam dan kerajaan berkebajikan, namun tindakan yang dilakukan ini jelas mencerminkan siapa Pas sebenarnya," dakwa beliau.

Arif Hakimi Zulkifli, 32, pula berharap, kerajaan Pas Kelantan menarik balik tindakan yang dilakukan itu kerana ia akan hanya merugikan rakyat negeri ini.

"Sepatutnya, sebagai pemerintah keutamaan kepada rakyat mesti didahulukan," katanya.-Utusan

UNDI KAUM INDIA TIDAK DIPERLUKAN PKR

Dipanjangkan dari blog KedahKeKL

Mc baru dapat satu cerita mengenai seorang Ahli Parlimen PKR Merbok Kedah, Rashid Din yang mengeluarkan kenyataan menghina kaum India, bagi Mc kenyataan itu amatlah berani dan bersifat menghina. Berani kerana, mangkuk tu mengatakan bahawa PKR tidak memerlukan undi India untuk menang PRU ke 13 nanti. Menghina pulak, beliau seolah-olah memperkecilkan kewujudan kaum India bagaikan tidak mempergaruhi undi pada PRU ke 13 nanti.


Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut apabila beliau diminta untuk mengulas kenapa MPSP merobohkan sebuah kuil di kawasan Merbok, apakah beliau tidak takut kaum India akan memboikot undi kepada PKR jika Kuil mereka di robohkan.

Dengan angkuh dan sombong beliau berkata bahawa PKR Kedah tidak memerlukan sokongan kaum India untuk menang pada PRU ke 13 ini.



Malah beliau tidak takut untuk merobohkan Kuil India sekalipun mendapat bantahan dari penduduk India sekitar Merbok.


Nampaknya beliau sangat sombong dan tidak sensitif akan permasalahan kaum. Sifat berlagak dan angkuh begini harus di ajar pada PRU ke 13 kelak. .baca seterusnya
SINI.

ALOR SETAR, 22 Mac (Bernama) -- Anggota Parlimen Merbok Datuk Rashid Din daripada Parti Keadilan Rakyat hari ini diminta menjelaskan sama betul atau tidak beliau menghantar satu SMS menyatakan tidak memerlukan sokongan pengundi kaum India.

Pengerusi Barisan Nasional Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata sekiranya kenyataan itu tidak benar, Rashid harus tampil menafikannya.


Beliau berkata demikian pada satu sidang akhbar di sini bagi meminta Rashid menjelaskan mengenai SMS berkenaan yang didakwa dihantarnya kepada seorang pemimpin sebuah kuil di Sungai Petani.


Di KULIM, Pengerusi MIC Kedah S Ananthan berkata jika benar SMS datang daripada Rashid, ia membuktikan bahawa sokongan masyarakat India di Kedah kepada pakatan pembangkang sebenarnya tidak dihargai langsung.


Katanya beliau yakin 70 hingga 80 peratus daripada 21,000 pengundi kaum India di dua kawasan Dewan Undangan Negeri di Kedah iaitu Bukit Selambau dan Lunas kini menyokong Barisan Nasional hasil aktiviti turun padang oleh pemimpin BN.


Rashid tidak dapat dihubungi untuk memberi penjelasan.-- BERNAMA

KRISIS PAS KEDAH BELUM SELESAI #AzizanRazak


Mari layan komen depa dalam facebook;


Rupanya bangkai busuk yang dikatakan telah dicampak jauh ke dalam lahar gunung berapi oleh kepimpinan tertinggi PAS termasuk Nik Aziz masih berbau busuk. 

Bagaimana PAS nak memerintah jika krisis dalaman parti tidak mampu ditangani. Cuba tanya penduduk Baling, pemimpin mana yang selalu turun padang. Pemimpin mana yang sentiasa membantu penduduk Baling. Jawapan yang anda dapat pastinya Dato Azeez, dan bukannya wakil rakyat dari PAS. 

AC sendiri tidak kenal wakil rakyat dari PAS di Baling. Nak tanya Komando Perang Siber kot-kot KPS tahu.

KPS jangan marah ye. AC tahu KPS penyokong sepanjang hayat UMNO sama macam AC. AC cuma nak tanya saja.

AMOI SEKSI DALAM MASJID


Nik Aziz, Hadi Awang, Mat Sabu, Badrul Amin, Dr. Rani, dimanakah anda semua menghilang? Jika muslimat sepatutnya berpakaian menutup aurat ketika mana berada di dalam masjid, mengapa pula amoi ini dibenarkan memasuki tempat suci ini. Tergamak pula golongan munafiq membenarkan perkara seperti ini berlaku di dalam masjid. Tidak kiralah samada masjid ataupun surau, sama sahaja tempat orang beragama Islam beribadah. Tempat memuja kebesaran Allah s.w.t. 


Bagaimana pula dengan gambar ini? Adakah DAP ini sedang memberikan tazkirah? Gambar ini dipercayai diambil di salah sebuah masjid di negeri Selangor. Tahniah kepada Pakatan Rakyat.

APA USTAZ PAS NIE BUAT KAT TOKONG?


Apa hal pula ustad nie ada kat tokong. Berdoa sama-sama dengan sami buddha. AC kompius betul dengan mereka-mereka yang acap kali mengelarkan diri mereka ini benar lagi betul. 

Bagi anda adakah ini sesuatu yang dibolehkan dalam agama Islam? AC tak dapat memberikan jawapan kerana AC bukan alim ulama dalam agama. Jika ditanya Nik Aziz dan Hadi Awang mereka pasti akan kata, ini tidak menjadi kesalahan dalam agama Islam. Islam membenarkannya.

Ada mata lihat, ada mulut cakap, ada otak pakai. Lu pikir la sendiri!!

UNDILAH PAS, SETIAP UNDI MENJANJIKAN SYURGA!!!??


"UNDI PAS MASUK SYURGA"

"SETIAP UNDI MENJANJIKAN SYURGA"


Assassin Cyber - Moto yang sangat menarik bagi mereka yang tak pernah sujud kepada Allah. Jika ada diantara anda yang inginkan jaminan masuk syurga serta merta maka undilah parti PAS. Dalam erti kata lain, walau jahil macamana pun seseorang itu, asalkan mengundi PAS maka jaminan masuk syurga itu pasti. 

Andaikan seorang itu beragama Hindu, Buddha, Kristian (maaf cakap, hanya perumpamaan) jika individu yang berlainan kepercayaan ini mengundi PAS dalam pilihanraya maka syurga lah tempatnya. Jika anda berfikiran, "mana mungkin orang bukan beragama Islam mengundi PAS". Tidak kah kau ingat, terlupakah kau bahawa PAS kini telah melacurkan partinya dalam Pakatan Rakyat?

Pakatan Rakyat dianggotai oleh PKR, DAP, & PAS. Contoh mudah adalah ketika pilihan raya kecil N.27 DUN Merlimau. Calon yang diletakkan adalah calon dari PAS, Yuhaizad Abdullah. Seramai 10,679 pengundi berdaftar membabitkan 6,850 pengundi Melayu; Cina (2,225); India (1,567) dan lain-lain (37) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau. 

Kaum Cina majoriti beragama Buddha, dan kaum India majoroti beragama Hindu. Adakah dengan mengundi PAS maka tempat untuk mereka ini telah dijanjikan di syurga? Tepuk dada tanyalah iman.

Bagaimana pula dengan seorang yang beragama Islam?. Bukanlah menjadi satu kebangaan jika hanya beragama Islam, sedangkan amalnya bukan mencerminkan seorang Islam.  



Bagaimana pula jika seorang Islam yang mengundi PAS itu menjadikan perbuatan, tibai bini orang, fitnah, rogol, bunuh, rompak dan sebagainya sebagai satu kebiasaan. Adakah tempatnya juga dijanjikan di syurga asalkan parti yang diundi adalah PAS?

Jika ada dikalangan penganut PAS berpendapat bahawa hanya orang alim-alim sahaja yang boleh menguindi PAS, bagaimana pula dengan kenyataan Nik Aziz "Jika syaitan nak tolong PAS, syaitan pun saya boleh terima.


"Syaitan boleh tolong PAS rupanya"


Ternyata Nik Aziz bukannya omong kosong dengan kenyataan itu. Jika dahulu pendirian PAS adalah tidak mahu menjalin kerjasama dengan orang bukan Islam sepertimana dinyatakan Abdul Hadi Awang dahulu.
Itu semua hanyalah sejarah, yang mungkin sejarah ini telah dihapuskan dalam kitab PAS. Lihat saja apa yang telah dilakukan oleh PAS sekarang ini. Bersekongkol dengan DAP dan PKR.

Mendewakan Anwar Ibrahim, yang jijik dek masalah moralnya. Dahulunya, pemimpin PAS mengecam Anwar Ibrahim kerana masalah moral yang melampau. Tetapi sekarang ini, semua masalah moral Anwar Ibrahim seolah-olah dihalalkan oleh PAS. 


Apa yang pastinya sekarang ini adalah, perjuangan PAS bukannya berlandaskan Islam. Adakah DAP itu orang Islam? Mungkin pada pandangan PAS, DAP itu lebih Islamik berbanding PAS itu sendiri kerana, sumber rujukan PAS pada masa kini adalah DAP.

Bagi mereka yang boleh berfikir secara waras, pastinya akan menolak DAP, PKR & PAS. Pendek kata tolak Pakatan Rakyat, atau dengan lebih senang lagi TOLAK ANWAR IBRAHIM.

Fikir fikirkan..

Adv

Nuffnang 2