Nuffnang

Advertlets

Pesanan AC

Segala kelemahan dalam Blog ini datangnya dari penulis sendiri, dan semua kesempurnaan datang dari Allah s.w.t.

Kepada sahabat-sahabat Blogger sila linkkan blog Assassin Cyber di bloglist anda dan AC akan linkkan blog anda di list kami.

Kepada anda yang ada artikl menarik dan ingin dikongsikan sila email ke:

E-mail: telebihsudah@gmail.com

FOLLOW JIKA BERANI

Klik Butang Like Di Bawah

TUKAR SIZE FONT

Change Text Size
+A +A +A +A +A

19 March, 2012

ANWAR TAKUT DILONDEHKAN OLEH RPK



KUALA LUMPUR 18 Mac - Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak penyertaan pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin dalam satu forum yang membincangkan senario politik global di England hari ini, hanya menunjukkan beliau takut rahsianya didedahkan di pentas antarabangsa.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bimbang maklumat yang dimiliki Raja Petra boleh menyebabkan forum anjuran WikiLeaks tersebut tidak akan memihak kepada beliau.

"Memang itu perangai sebenar Anwar. Beliau suka mencari publisiti murahan dan hanya berminat dengan laporan media yang menyebelahi kepentingan peribadinya sahaja.

"Kita dapat melihat sendiri tuntutan kebebasan media yang dilaungkan Anwar selama ini hanyalah retorik untuk mencari sokongan semata-mata," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan portal berita Free Malaysia Today semalam, berhubung dakwaan Raja Petra bahawa penggugurannya daripada senarai ahli panel forum anjuran WikiLeaks di Kent, England dibuat atas permintaan Anwar.

Raja Petra turut menganggap Anwar sebagai pengecut kerana enggan bersemuka dengannya dan mendakwa Anwar mungkin mengambil tindakan itu sebab bimbang perbincangan pada forum berkenaan akan membangkitkan isu politik semasa di negara ini.

Difahamkan, Anwar dijadual menyertai forum tersebut menerusi komunikasi Skype bersama pengasas WikiLeaks, Julian Assange hari ini dan perbincangan itu akan dirakam untuk dokumentari laman web WikiLeaks.

Sementara itu, bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Zahid Md. Arip berkata, tindakan Anwar itu hanya menunjukkan beliau tidak mahu bersemuka dengan Raja Petra yang sering berbeza pendapat dengannya.

"Anwar menolak penyertaan Raja Petra dalam forum tersebut kerana tidak mahu segala pembohongan beliau didedahkan di peringkat antarabangsa," jelasnya.

Menurut Muhammad Zahid, permintaan yang dikemukakan Anwar terhadap WikiLeaks membuktikan beliau sebenarnya ingin mengawal hala tuju forum berkenaan dan isu-isu yang dibincangkan tanpa dibidas oleh Raja Petra.

Anwar tidak layak jadi pemimpin - Nallakarupan


KUALA LUMPUR 19 Mac - Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Datuk S. Nallakarupan yang pernah menjadi rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Isnin sekali lagi mendakwa bahawa pemimpin politik itu tidak layak untuk memimpin negara.

Bercakap pada sidang akhbar di sini, beliau menyatakan rasa terkilan mengapa pakatan pembangkang boleh menerima Anwar sebagai ketua pembangkang.

"Dia (Anwar) hanya pergi ke sana sini memberitahu (orang bahawa) Barisan Nasional (BN) dan UMNO tidak baik. Itu sahaja yang dia cakap.

"(Tetapi) Perdana Menteri sekarang sangat berani, sangat ikhlas dan beliau melakukan yang terbaik untuk rakyat. Kita perlu Perdana Menteri (yang sedemikian) untuk negara.

"Ini kali pertama beliau menghadapi pilihan raya umum selepas menjadi Perdana Menteri. Rakyat mesti memberi peluang kepada beliau," katanya. - BERNAMA

Polis Thailand selamatkan gadis Malaysia yang diculik


Seorang gadis berumur 14 tahun yang dilaporkan hilang baru-baru ini berjaya diselamatkan polis Thailand di sebuah stesen keretapi di Bangkok.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, pihak Kedutaan Malaysia di Bangkok telah berurusan dengan pihak berkuasa Thailand untuk penghantaran pulang gadis itu ke Malaysia.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Mohd Adnan berkata, gadis itu telah menelefon ibunya yang tinggal di Seksyen 18 di sini pada pukul 4.57 petang 12 Mac lepas dan ibunya kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 11 di sini mengenai panggilan itu pada hari yang sama.

Mohd Adnan berkata, dalam panggilan telefon itu gadis berkenaan memberitahu ibunya bahawa dia dan beberapa orang warga Myanmar itu telah diculik oleh sekumpulan orang, lalu dibawa ke Thailand.

"Bagaimanapun, mereka berjaya meloloskan diri dan diselamatkan polis Thailand pada 11 Mac di Stesen Keretapi Hua Lampong, Bangkok,” katanya.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 366 Kanun Keseksaan iaitu menculik untuk tujuan pelacuran atau melakukan persetubuhan luar nikah, katanya.

Mohd Adnan berkata, kejayaan itu adalah hasil kerjasama erat antara pihak berkuasa Thailand dengan pihak Kedutaan Malaysia di negara itu. — BERNAMA

PAS Parti Tidak Konsisten, Melencong Dari Prinsip Perjuangan Islam


Pas adalah parti yang tidak konsisten dalam perjuangan menegakkan Islam dan terbaru ia melencong daripada prinsipnya apabila menyokong umat Islam boleh bekerjasama dan menjalin hubungan dengan Yahudi.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata pendirian Pas mengenai perkara itu yang dinyatakan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dua malam lepas membuktikan Pas parti tidak berprinsip.

"Pas begitu keras mengkritik Umno apabila dikaitkan mempunyai hubungan dengan Israel tetapi kini jelas kenyataan Abdul Hadi membuktikan parti itu tidak selari dengan perjuangan Islam mereka.

"Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat pernah kata tidak boleh berdagang atau bekerjasama dengan Yahudi tetapi kini Abdul Hadi pula kata sebaliknya," kata Mohd Shafie pada sidang media sempena program Mesra Rakyat Bersama Menteri di Pekan Ayer Hitam, Jerlun, kira-kira 25 kilometer dari sini, hari ini.

Turut hadir pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah dan timbalannya Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir yang juga Anggota Parlimen Jerlun.

Dalam sesi soal jawab pada Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin anjuran Dewan Muslimat Pas Pusat di Shah Alam dua malam lepas, Abdul Hadi memberi alasan kerjasama itu dibolehkan dengan Yahudi yang tidak berpegang kepada ideologi Zionis.
PAS tidak menjalankan Hukum Hudud kerana dihalang DAP &  PKR
Mohd Shafie berkata perjuangan parti itu dalam soal kemanusiaan seperti isu Palestin dan pelaksanaan hukum hudud juga tidak jelas.

"Pas sebenarnya bukan hendak memperjuangkan Islam tetapi mempergunakan Islam untuk mencapai matlamat politik," katanya yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Mengenai kemelut Pas Kedah, beliau berkata Umno tidak campur tangan urusan pentadbiran kerajaan negeri namun menganggap penubuhan Jawankuasa Pemandu oleh Pas Pusat untuk memantau dan menasihat kerajaan negeri hanya melambatkan proses membuat keputusan dan mengurangkan kuasa Menteri Besar.

"Perkara seumpama ini (lantik Jawatankuasa Pemandu) tidak pernah dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN)....inilah yang berlaku apabila tidak cukup pengalaman mentadbir negeri," katanya.

Jawatankuasa Pemandu itu ditubuhkan berikutan kemelut Exco kanan, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh menolak dilantik semula sebagai Exco.

Sebelum itu, Mohd Shafie bersama Ahmad Bashah, Mukhriz serta setiausaha Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Othman Abdul Aziz bersarapan pagi bersama orang ramai di Pekan Kerpan dan selepas membuat tinjauan mesra di Pasar Kerpan.-- BERNAMA

MENGAPA ANWAR DIPECAT JAWATAN TIMBALAN PERDANA MENTERI

Assalamualaikum w.b.t,

Sebelum AC meneruskan artikel ini, AC dengan penuh rendah diri mohon keizinan kepada insan Srikandi7. Beliau adalah pemegang watak terpenting dalam kes pendedahan salahlaku Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada tahun 1997. Beliau adalah insan yang bertanggungjawab dalam mendedahkan dokumen setebal 19 mukasurat itu. Insan Srikandi yang dimaksudkan adalah Ummi Hafilda binti Ali.

Atas usaha yang tidak ternilai oleh beliau ini, maka tembelang Anwar Ibrahim yang tiada siapa tahu pada masa itu telah terlondeh. Semua artikel ini AC dapatkan dan salin terus dari blog Ummi Hafilda, http://srikandi7.blogspot.com. AC tidak berniat untuk mendapat kredit daripada blog ini, hanya sekadar menyebarkan apa yang sebenarnya telah berlaku pada ketika itu. AC yakin masih ramai dikalangan pembaca malah generasi kini yang menjadi penyokong Anwar Ibrahim sedangkan mereka tidak mengetahui cerita sebenar di sebalik pemecatan Anwar Ibrahim pada ketika itu.


PERJUANGAN MENENTANG KEMUNGKARAN INSAN MUNAFIK DAN PENGORBANAN SRI KANDI 


Segalanya telah tersurat dan tersirat. Tiada siapa menyangka surat yang di tulis oleh seorang gadis biasa berusia 28 tahun ketika itu mengenai Perihal Salahlaku Timbalan Perdana Menteri setebal 19mukasurat bertarikh 5 hb Ogos 1997 akhirnya telah mengundang satu ledakan Hiroshima yang tiada siapa dapat menduganya yang akhirnya telah membawa kepada satu perubahan besar kepada senario politik tanahair negara.Itulah takdir namanya. Kun Fa Ya Kun apabila Allah mengatakan jadi maka jadilah ia tanpa siapa dapat menghalangnya

Bersumpah Lakhnat
Apakah mungkin seorang gadis biasa yang tidak memegang sebarang jawatan dalam tampuk kepimpinan mahupun parti apatah lagi bukannya datang dari keluarga yang berpengaruh mampu mengoncang kedudukan seorang TPM yang begitu terkenal bukan sahaja di Malaysia bahkan di persada dunia .

Namun ketajaman mata penanya dan fakta fakta serta bukti bukti yang dilampirkan telah mengundang satu suasana paling kontroversi pernah berlaku di dalam negara mahupun kepada penulis surat keramat itu.

Demonstrasi di sana sini,rakyat yang hilang hala tuju dek kerana propaganda insan munafik menjadi ganas , keadaan tidak terkawal , negara berada diambang kehancuran apatah lagi dengan kemelut ekonomi yang begitu meruncing dan desakan serta tekanan dari Amerika menambahkan lagi keadaan huru hara ketika itu. Index saham jatuh keparas terendah 200 index berbanding sebelumnya iaitu 1400index. Tidak pernah berlaku di dalam sejarah 150syarikat yang tersenarai di papan kedua bursa saham akhirnya gulung tikar. Kadar peratusan pinjaman rumah dan kereta mencecah belasan peratus.

Mujurlah ayahanda Mahathir mengambil pelbagai tindakan drastik bagi menyelamatkan keadaan diantaranya dengan perlantikan Tun Daim sebagai Menteri Kewangan bagi menstabilkan keadaan dimana dalam tempoh 6 bulan sahaja index kembali pulih ke paras 600 index dan seterusnya mengheret si pengkhianat kemuka pengadilan dan akhirnya si pengkhianat terhumban 6 tahun ke dalam penjara. Itu adalah sebahagian rentetan peristiwa bersejarah yang sukar di lupa oleh rakyat yang hidup di zaman tersebut apatah lagi kepada penulis pena perihal salahlaku TPM ketika itu, kerana terlalu banyak pengalaman yang begitu pahit , sedih dan ngeri yang harus di tanggung bersendirian demi sebuah perjuangan dan kasihnya sri kandi kepada agama, bangsa dan negara.
Dipendekkan cerita hikayat Al Anwar Al Sheikh Al Karut sesungguhnya si penulis surat keramat tersebut telah mengalami pelbagai trauma , kepayahan, kepedihan yang tidak mampu ditanggung oleh mana mana gadis sebaya dengannya ketika itu mahupun belia ataupun di kalangan orang politik sendiri.Inilah yang dinamakan Perjuangan Sri Kandi demi agama, bangsa dan negara yang tercinta. Tapi siapalah tahu apa yang dialami oleh sri kandi dalam menegakkan kebenaran dan jihad yang agung ini demi kepentingan ummah. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul sedangkan ramai di atas sana yang memegang pelbagai jawatan raksasa hanya tahu mendabik dada seolah olah lembu punya susu sapi mendapat nama .

Adv

Nuffnang 2