KUALA LUMPUR 15 Jan. - "Jangan terlalu angkuh. Belajarlah daripada sejarah pada zaman Nabi Ibrahim. Reaksi Ummi Hafilda susulan kenyataan Anwar Ibrahim tempoh hari
"Raja Namrud yang angkuh mati hanya kerana gigitan seekor nyamuk. Jadi, jangan pandang remeh soal nyamuk kerana ia boleh menghancurkan."Demikian tegas Ummi Hafilda Ali berhubung kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menganggap cabarannya untuk berdebat tentang kebenaran kes salah laku seks dengan Ketua Pembangkang itu sebagai 'hanya soal nyamuk'.Ummi Hafilda dalam reaksi segeranya itu berkata, tidak mustahil 'seekor nyamuk ini' boleh menyebabkan karier politik Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu musnah.Malah tegasnya, beliau sudah bersedia untuk berhadapan dengan Anwar untuk berdebat mahupun di muka pengadilan.Justeru beliau menganggap kenyataan Anwar itu sebagai satu tindakan pengecut bagi mereka yang gerun untuk berhadapan dengan kebenaran."Nampak sangat dia gerun dengan saya. Nampak sangat dia tak berani. Kalau dia tak nak berdebat pun tak apa. Cuma, saya nak tengok sejauh mana dia menghadapi perkara ini sebab saya tidak cakap kosong. Saya ada bukti di tangan.


