Nuffnang

Advertlets

Pesanan AC

Segala kelemahan dalam Blog ini datangnya dari penulis sendiri, dan semua kesempurnaan datang dari Allah s.w.t.

Kepada sahabat-sahabat Blogger sila linkkan blog Assassin Cyber di bloglist anda dan AC akan linkkan blog anda di list kami.

Kepada anda yang ada artikl menarik dan ingin dikongsikan sila email ke:

E-mail: telebihsudah@gmail.com

FOLLOW JIKA BERANI

Klik Butang Like Di Bawah

TUKAR SIZE FONT

Change Text Size
+A +A +A +A +A

16 March, 2012

Ummi saman Anwar, Wan Azizah, Karpal, Pas RM700 juta














Azmin rujuk pemimpin 'tersungkur' itu Dr. M



Utusan Malaysia, 4 Oktober 2010

KUALA LUMPUR 3 Okt. - Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali mengakui pemimpin yang dirujuk sebagai 'tersungkur' di Australia dalam satu ucapannya hari ini ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Malah, beliau dengan angkuhnya menyatakan, perkataan tersungkur itu langsung tidak kasar tetapi sebaliknya amat sesuai dirujuk kepada negarawan itu.

"Itu istilah yang agak lunak untuk kita dengar kerana kedegilan beliau bersekongkol dengan Perkasa (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia) yang memperjuangkan fahaman perkauman sempit.

"Dr. Mahathir sepatutnya sebagai bekas pemimpin harus mengambil tanggungjawab lebih besar kerana negara ini boleh maju apabila fahaman sempit ini dibuang," katanya.

Beliau ditemui selepas menyampaikan ucapan perasmian mesyuarat agung tahunan PKR Cabang Gombak di sini hari ini.

Terdahulu, dalam ucapannya, beliau berikrar akan melawan habis-habisan Perkasa dan individu berselindung di sebalik pertubuhan itu yang kini 'tersungkur' di Australia.

Sementara itu, ditanya adakah individu yang turut dikritik secara terbuka dalam ucapannya merujuk kepada Datuk Zaid Ibrahim, Azmin mengelak dengan menyatakan bahawa ia sekadar kenyataan umum.

KJ BALUN ANWAR ISU SOKONG ISRAEL


“I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.

HENTIKAN SEGERA PRO-YAHUDI DALAM PKR


Kementerian Dalam Negeri (KDN) didesak supaya bertindak tegas dan segera bagi menghentikan segala bentuk bantuan dan campur tangan kumpulan pro-Yahudi terhadap pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR).
 
Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir (gambar) berkata, adalah sesuatu yang malang apabila kementerian itu masih gagal menangani perkara itu sedangkan campur tangan kumpulan Yahudi dikesan sebelum 2004 lagi.

Menurut beliau, pihak berkuasa perlu mengambil iktibar daripada kemusnahan dan perang saudara di negara Arab akibat percaturan tangan-tangan ghaib Yahudi yang berselindung di sebalik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa.

"Campur tangan kumpulan pro-Yahudi dalam bentuk latihan, kewangan dan teknikal terutamanya dalam PKR bukan perkara baru. Ia telah berulang kali didedah dan diakui sendiri bekas-bekas pemimpin PKR sehingga mereka menang besar pada 2008.

"Soalnya kenapa sehingga sekarang tiada tindakan? Ini soal keselamatan negara, bukan soal perjudian politik. Kenapa kita harus takut untuk bertindak terhadap PKR dan kumpulan NGO asing ini? Jangan nanti apabila nasi sudah jadi bubur baru kita hendak menyesal.

"Jika wakil NGO ini masih berada dalam negara, usir mereka dengan segera. Sekat segala pengaliran wang dan bekukan mana-mana aset yang 'didermakan' kumpulan pro-Yahudi ini kepada PKR," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada 11 Mac lalu, bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman mendedahkan kemenangan besar pembangkang pada 2008 adalah hasil rancangan agensi perisikan antarabangsa yang berselindung di sebalik NGO antarabangsa selepas diminta oleh Anwar sendiri.

Dua hari kemudian, Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed pula mendakwa mempunyai bukti PKR menjalin kerjasama dengan sebuah NGO antarabangsa iaitu Konrad Adeneur Foundation bagi memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Konrad adalah pertubuhan yang membantu golongan neo konservatif Yahudi melalui American Jewish Committee (AJC) dan dipercayai menerima dana daripada National Endownment for Democracy (NED) yang turut mempunyai kaitan dengan Anwar.-Utusan

Saya sedia dedah rahsia Anwar di mahkamah - Nallakaruppan


Utusan Malaysia 4 Januari 2011

KUALA LUMPUR 4 Jan. - Bekas rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk S. Nallakaruppan sedia mendedahkan segala rahsia Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ketika perbicaraan saman membabitkan mereka berdua di mahkamah.

Beliau berkata, sepanjang persahabatan mereka selama 30 tahun banyak rahsia Anwar yang cukup diketahuinya termasuk yang berbentuk peribadi.

"Mahkamah adalah landasan terbaik untuk saya mendedahkan segala perilaku dan rahsia Anwar. Sebab itu dalam perkara ini, saya tidak mahu bertindak terburu-buru.

"Saya juga tidak hairan Anwar saman saya sebanyak RM50 juta dan saya bersedia menghadapinya di mahkamah pada bila-bila masa," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau sedia mendedahkan rahsia Anwar sepanjang persahabatan mereka kira-kira tiga dekad yang lalu.

Nallakaruppan yang juga Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MUIP) berkata, sebagai warganegara yang sayangkan negaranya, beliau sedikitpun tidak gentar untuk berhadapan dengan cabaran Anwar dalam apa jua bentuk sekalipun.

Dalam pada itu beliau berkata, pendedahan Pengerusi DAP, Karpal Singh mengenai perilaku liwat Anwar di Dewan Rakyat pada tahun 1997 adalah benar.

"Inilah perjalanan hidup 'putar alam' yang sebelum ini pernah memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri yang akhirnya menjadi pelacur politik. Semuanya angkara nafsu kegiatan liwat seperti didakwa oleh Karpal pada tahun 1997," katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau sekali lagi menegaskan, Anwar tidak layak menjadi pemimpin mana-mana persatuan, kelab atau organisasi apatah lagi pemimpin negara.

"Ini kerana Anwar ada banyak rahsia peribadi yang kotor dan jijik. Bagi pihak yang ada bukti mengenai rahsia kotor Anwar, pihak ini akan terus mengugut Anwar dan menggunakan Anwar sebagai alat mencapai keuntungan politik.

"Saya juga yakin pada akhirnya iaitu selepas Anwar digunakan, beliau kemudian akan dibuang seperti sampah yang kotor dan jijik," katanya.


ANWAR TAKUT BERDEBAT DENGAN RPK


PETALING JAYA – Dulu kawan tetapi kini bermusuh?

Mungkin itulah senario yang boleh dilihat dalam hubungan antara dua individu ini…Raja Petra Kamarudin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Portal Free Malaysia Today (FMT) melaporkan, Raja Petra telah disingkirkan daripada menyertai sebuah forum atas permintaan Anwar.

Forum tersebut dijadualkan berlangsung Sabtu ini di Kent, United Kingdom.

Perbincangan itu pada asalnya melibatkan Raja Petra, Anwar dan pengasas WikiLeaks Julian Assange.

Anwar sepatutnya mengambil bahagian dalam forum itu yang akan dibuat melalui Skype. Perbincangan itu dirakamkan untuk WikiLeaks.

Kini forum itu hanya akan menyaksikan penyertaan dari Anwar dan Assange sahaja.

” Saya menerima panggilan telefon dari WikiLeaks yang memaklumkan Anwar tidak bersetuju dengan penyertaan saya.

” Jadi forum itu nanti hanya akan melibatkan Julian dan Anwar.

“Saya setuju Anwar dimasukkan tetapi beliau yang tidak setuju untuk saya berada di situ sekali,” kata Raja Petra pada FMT hari ini.

Sehubungan itu Raja Petra membidas Anwar yang disifatkannya takut untuk berhadapan dengannya dalam perbincangan berkenaan.

“Bagaimana Anwar hendak berdebat dengan Najib apabila beliau terlalu takut untuk berhadapan dengan saya? Beliau patut cuba berdebat dengan saya dulu sebelum menghadapi Najib.

“Nampaknya Anwar tidak boleh bertoleransi dan menghormati kebebasan media serta pendapat berbeza.

“Beliau hanya akan berurusan dengan orang yang menyokongnya dan setuju dengannya.

” Jika inilah Anwar sebagai ketua pembangkang, saya takut untuk berfikir bagaimana jikalau beliau ditakdirkan menjadi Perdana Menteri,” kata Raja Petra.

Anwar dan Assange tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen. (FMT)

AC: Tidak mengejutkan sebenarnya. Dengan RPK dan Ummi Hafilda pun takut nak berdebat, ada hati nak berdebat dengan DS Najib.

Sumber

'Ummi Hafilda berkata benar'

Utusan Malaysia 13 Disember 2010

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
metra.mohamed@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 12 Dis. - "Semua itu benar." Demikian tegas bekas rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk S. Nallakarupan yang mengakui kebenaran kenyataan Ummi Hafilda Ali berhubung apa yang dilaluinya pada 1997 dan 1998 yang membawa kepada pemecatan Anwar selaku Timbalan Perdana Menteri.

Menurut beliau, kenyataan Ummi Hafilda sememangnya tidak boleh disangkal kerana segala fakta yang diberikan bukannya suatu pembohongan atau konspirasi.

"Bagi saya, apa yang Ummi Hafilda katakan itu betul. Tidak boleh dinafikan lagi. Dia tahu segalanya termasuk abangnya, Azmin Ali yang kini Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Justeru, saya cabar 3A iaitu Anwar, Azizah (Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail) dan Azmin supaya menjawab kenyataan itu.

"Jangan jadi pengecut. Rakyat perlu tahu. Jangan berlakon lagi,'' katanya ketika dihubungiUtusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas temu bual eksklusif Mingguan Malaysia berhubung rayuan Ummi Hafilda terhadap Azmin termasuk Anwar dan Wan Azizah agar bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

MENGAPA ANWAR TAKUT BERDEBAT DENGAN UMMI HAFILDA?

UMMI Hafilda Ali menunjukkan antara dokumen yang akan dijadikan bukti dalam kes saman yang akan difailkan di mahkamah pada sidang akhbar di USJ, Subang Jaya, Selangor, semalam. – utusan/Abdul Razak Latif


KUALA LUMPUR 13 Jan. – Ummi Hafilda Ali mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat dengannya terlebih dahulu berhubung kebenaran kes salah laku seks beliau sebelum mencabar pihak lain.

Katanya, Anwar tidak perlu berdebat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tentang Pelan 100 Hari yang dicadangkan pakatan pembangkang kerana ia tidak memberi sebarang faedah.

“Saya cabar Anwar berdebat dengan saya. Saya juga cabar Azmin Ali untuk berdebat dengan saya sebelum berdebat dengan Perdana Menteri,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah penasihat undang-undang Ummi Hafilda, Mohd. Khairul Azam Abd. Aziz.

Ummi Hafilda yang pernah menjadi saksi penting kes liwat Anwar pada 1998 turut mencabar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dan Azmin melakukan sumpah laknat bagi membuktikan mereka tidak terbabit dalam segala kes salah laku seks yang didedahkannya ketika itu

“Saya juga mencabar Anwar masuk ke mana-mana masjid bagi membuat sumpah laknat untuk menafikan segala dakwaan yang dikemukakan saya sebelum ini jika betul dia tidak terbabit dengan perbuatan itu,” katanya.

Ummi Hafilda juga dalam pada itu bersumpah dia tidak pernah menerima sebarang bayaran atau upah daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad atau kerajaan ekoran pendedahan tentang salah laku Anwar ketika itu.

PENYENARAIAN FELDA GLOBAL LANGKAH YANG RELEVEN


Penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings Bhd di Pasaran Utama Bursa Malaysia adalah langkah yang relevan untuk ia kekal kompetitif di peringkat tempatan dan antarabangsa, kata ahli panel Gabungan Pemikir Profesional Felda (GAPROF), Datuk Khairil Anuar Aziz.

"Penyenaraian itu hanya satu proses Tawaran Awam Permulaan (IPO) biasa yang boleh menjana pembiayaan tinggi bagi syarikat. Populasi Felda meningkat setiap tahun dan justeru itu, pembiayaan tinggi diperlukan untuk menguruskan aktiviti," katanya pada sidang akhbar di sini, Jumaat.

Beliau juga berkata manfaat yang akan diterima oleh komuniti Felda tidak akan disentuh dan tidak seinci pun tanah mereka dimasukkan dalam penyenaraian.

Sementara itu, presiden Alumni Asrama Felda Malaysia (AAFM) Abdul Malek Jalil berkata penyenaraian itu akan membantu generasi Felda untuk mendapat tempat dalam syarikat di bawah FELDA Global Ventures.

"Penyenaraian konglomerat ini perlu dilakukan dengan segera untuk mengambil kesempatan daripada harga tinggi global minyak sawit," kata Abdul Malek.--BERNAMA


p/s: Penyeneraian FELDA Global Ventures Holdings Bhd ini sama seperti penyenaraian Sime Darby Plantation di Bursa Malaysia. Dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan, penyenaraian ini akan merugikan warga Felda terutamanya peneroka Felda adalah karut sama sekali.

Ini kerana penyenaraian ini hanya melibatkan tanah milik Felda dan bukannya tanah peneroka. Setakat hari ini, kita masih belum digemparkan dengan berita bahawa Sime Darby Plantation terpaksa menjualkan sejumlah besar tanah miliknya kerana mengalami kerugian akibat penyenaraian dalam Pasaran Utama Bursa Malaysia.

ANWAR IBRAHIM AJAK TUN MAHATHIR LEPAK UPTOWN


MAS, AirAsia, Khazanah perlu selesaikan isu saham


Keputusan sama ada pertukaran saham antara Malaysian Airline System Bhd. (MAS) dan AirAsia Bhd. (AirAsia) akan diteruskan atau dibatalkan perlu dibuat oleh kedua-dua syarikat penerbangan itu dan Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah).

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, setakat ini, pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat mengenai perkara tersebut.

"Saya belum ada maklumat. Perkara tersebut perlu dibuat oleh kedua-dua syarikat terlibat bersama Khazanah.

"Jadi saya tidak boleh memberi sebarang komen pada masa sekarang. Pada masa ini, urusniaga (pertukaran saham) macam biasa," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Kargo Antarabangsa Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) 2012, di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya yang ditemui pada majlis tersebut enggan mengulas mengenai perkara itu.

Pada Isnin lalu, Utusan Malaysia melaporkan terdapat kemungkinan pertukaran saham antara kedua-dua syarikat penerbangan tempatan itu akan dibatalkan ataupun distruktur semula kerana ia dilihat tidak memberi sebarang faedah dan kelebihan kepada MAS.

Cukai prabayar mulai Julai?


Kerajaan dijangka membuat keputusan untuk membenarkan syarikat telekomunikasi (telko) tempatan mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus terhadap pengguna prabayar, berkuatkuasa pada 1 Julai depan.
 
Mengikut sumber yang dipetik oleh Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research, difahamkan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan memo kepada semua syarikat telekomunikasi supaya bersedia secara teknikal terhadap pelaksanaannya.

Menurut HLIB Research, dengan pelaksanaan itu, pendapatan syarikat telekomunikasi dijangka meningkat berbanding sebelum ini di mana mereka terpaksa menyerap cukai perkhidmatan itu berbanding dikenakan kepada pengguna. -Utusan

PEMIMPIN PEMBANGKANG CURI PERIUK BERISI NASI


GEORGETWOWN: “Saya dan isteri terpaksa menanggung malu kepada rombongan pengantin perempuan yang tiba dari Terengganu, penduduk kampung serta jemputan,” kata Md Saad Hasan, 68, mengulas tindakan seorang lelaki yang dikatakan pemimpin parti pembangkang, melarikan satu periuk nasi majlis kenduri kahwin dua anak lelakinya di Kampung Pulau Betong, di sini, 4 Mac lalu.

Menurutnya, hingga kini penduduk kampung masih bercakap mengenai kegagalannya menyediakan sajian istimewa iaitu nasi hujan panas yang sepatutnya dihidangkan untuk rombongan keluarga pengantin perempuan yang tiba dengan sebuah bas.

Md Saad berkata, dia kesal dan kecewa dengan tindakan pemimpin parti pembangkang Kampung Terang yang sanggup melarikan periuk nasi ketika majlis kenduri itu tanpa berjumpa dengannya terlebih dulu.

“Saya difahamkan, mereka mengambil nasi terbabit untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang untuk satu program anjuran kerajaan negeri di kampung ini.

“Mereka melarikan periuk berisi nasi itu menggunakan sebuah lori yang siap menunggu,” katanya yang ditemui di sini, semalam.

Warga emas itu berkata, ketika itu dia bersama isteri dan ahli keluarga lain sibuk melayan tetamu apabila dimaklumkan tukang masak bahawa satu periuk nasi dilarikan lelaki berkenaan.

“Keadaan menjadi kelam kabut dan saya serta isteri bergegas ke dapur. Keadaan menjadi kecoh kerana tiada nasi boleh diganti untuk dihidangkan kepada tetamu.

“Ketika itu juga rombongan keluarga pengantin perempuan terdiri daripada 50 orang tiba dengan sebuah bas dan saya kecewa apabila mereka terpaksa pulang dalam keadaan lapar,” katanya.

“Sikap pemimpin parti itu menunjukkan dia hanya mementingkan diri tanpa memikirkan perasaan orang lain menyebabkan majlis kenduri yang dirancang dengan baik menjadi kelam kabut,” katanya.

Menurutnya, dia kemudian bertemu dengan pemimpin berkenaan untuk meminta kepastian berhubung tindakannya melarikan periuk nasi itu.

“Ketika bertemu dengannya, dia meminta maaf dan mengakui kesalahannya kerana mendakwa nasi yang dimasak di lokasi mereka melakukan program ketika itu mentah, biarpun sudah dua kali masak.

"Dia mendakwa terpaksa mengambil nasi di rumah saya untuk memastikan program yang dilaksanakan berjalan lancar,” katanya. Md Saad yang tidak berpuas hati dan rasa dirinya dimalukan pemimpin berkenaan membuat laporan di Balai Polis Balik Pulau, kelmarin.-HM 

Mari baca selanjutnya di SINI

DEWAN KECOH ISU TOMYAM

TAJUDDIN (kiri) bersama Salahuddin keluar dari Dewan Negara sambil berpelukan dan berpegangan tangan walaupun bertengkar sehingga menyebabkan persidangan ditangguhkan beberapa ketika.

Pembangkang putar belit kritikan pembangunan ekonomi Kelantan

AHLI Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman menjadi mangsa kecaman bertubi-tubi daripada pembangkang, semata-mata kerana tomyam. 

Keadaan bertukar menjadi kecoh apabila Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) bangun menuduh Tajuddin menghina penduduk Kelantan. Keadaan memuncak sehingga Tajuddin mencabar Salahuddin mengulangi kenyataannya di luar dewan terutama selepas wakil PAS itu menyentuh isu peribadi wakil Pasir Salak. 

“Saya kata kerajaan PAS gagal wujud peluang ekonomi kepada rakyat Kelantan, bukan hina penjual tomyam Kelantan... Mereka terpaksa keluar negeri untuk jual tomyam,” kata Tajuddin berulang kali.

Tajuddin ketika itu sedang membahaskan Titah Diraja mendakwa pemimpin pembangkang itu sengaja memutar-belit fakta, selain cuba menyentuh hal peribadinya.

“Jangan nak belit-belit. Saya tak hina penjual tomyam, tetapi kerajaan PAS gagal (sediakan peluang pekerjaan). Kita nak menuju kepada pembangunan ekonomi kita. Kita dah buat. Pembangkang kata boleh buat lebih baik. Tapi mana?

“Apa yang kerajaan Kelantan dah buat selepas 22 tahun memerintah. Mana rancangan tanah seperti FELDA,” katanya.
Salahuddin kemudian berulang kali meminta Tajuddin menarik balik kenyataan itu.

“Jangan hina orang Melayu berniaga tomyam. Harta dia halal. Jangan hina orang Kelantan,” katanya. -BH

p/s: Jika dilihat, ada benarnya dakwaan Datuk Tajuddin Abdul Rahman ini. Kerajaan PAS kelantan ternyata gagal dalam mewujudkan peluang ekonomi yang lebih baik kepada rakyat Kelantan. Kenyataan ini bukan untuk menghina penjual tomyam (orang Kelantan berniaga tomyam), tetapi ini adalah kenyataan yang tidak boleh disangkal oleh PAS. Ramai rakyat Kelantan yang keluar untuk mencuba nasib di negeri orang.

Ternyata percubaan mereka itu membuahkan hasil, di mana hasil yang mereka dapat di negeri orang itu belum tentu dapat dikecapi di negeri sendiri. Pergi saja mana-mana restoran makanan laut, kebanyakan pengusahanya adalah rakyat Kelantan. 

Satu yang buat AC respect dengan orang Kelantan adalah, mereka berani dan tidak takut dengan kegagalan.

Sasaran RM113 Bilion Pelaburan Swasta Tahun Ini Boleh Dicapai: Tok Pa


Pelaburan swasta sebanyak RM113 bilion yang disasarkan tahun ini boleh dicapai memandangkan jumlah itu ditetapkan selepas mengambil kira senario global.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata sasaran itu boleh diperoleh berdasarkan projek-projek baru yang diluluskan di bawah Projek Permulaan (EPP) dan perkembangan yang baik setakat ini di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP).

"Tahun lepas, pelaburan swasta berjumlah RM94 bilion. Di bawah Rancangan Malaysia Ke-10, sasaran bagi pelaburan swasta ialah RM115 bilion setahun," kata beliau kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Pelaburan di sini hari ini.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala berkata tiada pelabur yang menyatakan yang mereka akan membatalkan projek mereka berdasarkan kepada apa yang berlaku di peringkat global.

"Memandangkan ekonomi didorong sebahagian besarnya oleh permintaan domestik, ia kurang terdedah kepada situasi ekonomi global," kata Idris kepada pemberita selepas mesyuarat itu.- BERNAMA

GAMBAR SANA SINI

Kanak-kanak malang.


Pekai tudung tapi seksa.


Seorang ibu mengandung warga Palestin ditembak oleh tentera Israel. Anak dalam kandungan turut terkena peluru.

Adv

Nuffnang 2