Nuffnang

Advertlets

Pesanan AC

Segala kelemahan dalam Blog ini datangnya dari penulis sendiri, dan semua kesempurnaan datang dari Allah s.w.t.

Kepada sahabat-sahabat Blogger sila linkkan blog Assassin Cyber di bloglist anda dan AC akan linkkan blog anda di list kami.

Kepada anda yang ada artikl menarik dan ingin dikongsikan sila email ke:

E-mail: telebihsudah@gmail.com

FOLLOW JIKA BERANI

Klik Butang Like Di Bawah

TUKAR SIZE FONT

Change Text Size
+A +A +A +A +A

15 March, 2012

SENYUM KAMBING 5


SENYUM KAMBING 4


Apakah Pas Bersubahat Dan Rela Sekutunya Guna Bantuan Asing Demi Kuasa?


Apakah Pas yang merupakan ‘junior partner’ di dalam pakatan pembangkang turut bersubahat dan sanggup merelakan perbuatan sekutunya PKR yang didakwa menerima bantuan asing untuk menguasai negara ini.

Ini kerana Pas sehingga ke hari ini dilihat kaku dan tidak berani membuka mulut serta mengambil pendirian atau sebarang tindakan yang konkrit berhubung dakwaan yang melingkari sekutunya itu walaupun buktinya telah didedahkan satu persatu.

Perkara ini ditimbulkan oleh bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan, Lokman Noor Adam yang melihat Pas seolah-olah ada perjanjian sulit dengan PKR supaya perkara itu tidak menjadi duri dalam daging kepada hubungan mereka di dalam pakatan pembangkang.

“Andaian ini mungkin kita boleh lihat berasakan kepada akurnya kepimpinan Pas terhadap hasil perjumpaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung kenyataan Anwar di dalam Wall Street Journal baru-baru ini.

“Bukankah selepas pertemuan berkenaan, Pas sehingga ke hari ini masih senyap walapun pada mulanya Majlis Syura memberi kata dua kepada Anwar berhubung isu Israel. Inilah yang menjadi persoalan umum.

“Dan bagi saya jika Pas tidak berbuat sesuatu terhadap dakwaan yang melibatkan sekutunya itu, andaian saya dan tentunya juga andaian umum adalah Pas bersubahat dalam perkara berkenaan. Justeru rakyat perlu menolak mereka yang bersubahat demi kepentingan negara,” katanya.

Lokman yang juga Exco Pemuda UMNO seterusnya menambah Pas perlu berpijak di bumi nyata dan jangan sama sekali turut terheret dengan gaya permainan politik Anwar.

“Sebelum ini bukankah mereka mewar-warkan Anwar sebagai pemimpin yang dihormati di luar negara, namun hari ini setelah tercetusnya isu yang melibatkan Israel sepertimana kenyataan Ketua Umum PKR itu di dalam Wall Street journal, kewibawaaanya merundum.

“Hamas dah bersuara sebelum ini dan begitu juga dengan NGO’s Islam yang lain baik di Indonesia dan sebagainya. Jadi adalah lebih baik Pas jenguk-jenguklah sahabat mereka itu,” katanya.

Sebelum ini, Anwar didakwa menulis surat kepada sebuah organisasi yang mempunyai kaitan dengan sebuah agensi perisikan antarabangsa pada 2007 mendedahkan Ketua Pembangkang itu pernah meminta campur tangan asing untuk memberi tekanan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Surat berkenaan disiarkan menerusi AIDC di www.anwaraidc.com.

Semalam pula, Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed mendakwa PKR meminta bantuan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) asing yang ada kaitan dengan Yahudi untuk memenangi pilihan raya di negara ini. – MediaUMNO

Pas Kedah Gagal, Makin Keliru Dan Celaru


Pas telah terbukti gagal sebagai sebuah kerajaan dan mentadbir negeri apabila sanggup bersikap lepas tangan sehingga menyusahkan rakyat ekoran daripada pertelingkahan dalaman yang berlaku dalam parti tersebut, kata penganalisis politik tempatan Prof. Datuk Dr. Abdul Halim Sidek. 

Jelasnya, apabila pentadbiran kerajaan Pas di Kedah diletakkan di bawah seliaan Jawatankuasa Pemandu Pas Pusat yang dibentuk untuk mengawalselia kuasa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, maka terbukti bahawa ia berlawanan dengan konsep demokrasi dan tidak manyamai ritual pentadbiran yang sah. 

“Apabila ada orang lain yang lebih besar kuasanya daripada orang yang sepatutnya mengawal selia maka ia samalah seperti pemandu kereta yang duduk di depan manakala ‘bos’ duduk di kerusi belakang akan mengarahkan apa-apa yang perlu tanpa mahu bertanggungjawab apabila ada kesulitan atau kesilapan terjadi,” katanya. 

Jelas beliau yang juga pensyarah undang-undang di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), adalah sesuatu yang pelik apabila pentadbiran Pas di Kedah diletakkan dibawah seliaan jawatankuasa sedangkan pentadbiran parti yang sama di Kelantan tidak pernah dilakukan sedemikian. 

“Dari segi akauntibilitinya, siapa yang nak dipersalahkan sekiranya ada musibah sedangkan Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan Kedah tidak mempunyai kuasa manakala seliaan penuh diletakkan di bawah jawatankuasa yang tidak sah kerana tidak terkandung dalam undang-undang negeri. 

“Dalam pentadbiran negeri ada perundangannya sendiri tanpa melihat kepada parti mana yang memerintah kerana ia adalah kuasa penuh daripada Sultan Negeri Kedah sedangkan jawatankuasa terbabit ditubuhkan atas dasar parti yang tidak mendapat mandat untuk berbuat demikian,” katanya. 

Tambahnya lagi, sewajarnya kepentingan rakyat adalah keutamaan tanpa melihat kepada kecelaruan atau ‘puting beliung’ yang terjadi dalam parti.

“Ada satu suasana yang tidak sihat wujud dalam pentadbiran kerajaan Negeri Kedah apatah lagi, Menteri Besarnya sendiri tidak menaruh kepercayaan kepada Exco-exconya yang dilantik untuk menjadi pemangku beliau sekiranya bercuti,” katanya. 

Ujarnya, keresahan rakyat mula timbul kerana urusan pentadbiran perlu terus berjalan tanpa ‘bercuti’ sebagaimana pemimpinnya bagi memastikan kehidupan rakyat secara keseluruhannya terjamin. 

“Sebuah pentadbiran yang kemas akan ada ketua dan sekiranya seseorang pembesar /ketua negeri terbabit uzur atau bercuti akan ada surat pekeliling yang dikeluarkan bagi memaklumkan bahawa tugas beliau akan dipangku oleh orang tertentu yang akan bertanggungjawab untuk jalankan tugas demi rakyat. 

“Takkan nak tutup kerajaan negeri sampai satu bulan sekiranya Menteri Besarnya tidak hadir selama sebulan kerana rakyat di dalam negeri terbabit perlu meneruskan kehidupan tanpa melihat kepada mana-mana idealogi politik kerajaan yang mentadbir. 

“Di dalam Barisan Nasional (BN) tidak timbul permasalahan sedemikian malah ketika Perdana Menteri bertugas ke luar negara maka Timbalan beliau akan menggalas tugas bagi memastikan negara berada dalam keadaan yang tenteram dan sejahtera.” 

Dilaporkan, Menteri Besar Kedah, Azizan memberitahu bahawa beliau ingin bercuti, namun tidak bercadang untuk melantik pemangku semasa ketiadaannya kerana menganggap bahawa ia bukan sesuatu yang susah sebagaimana katanya, “cuti bukan payah apa pun, ambil beg beli tiket kapal terbang, pergilah… Cuti ada panjang, ada pendek. Takkan nak pergi tengok cucu baru pun nak suruh orang ambil alih.”

“Setiap Menteri Besar adalah CEO yang bertanggungjawab ke atas negerinya dan perlulah melantik seorang Exco bagi melaksanakan atau melancarkan perjalanan pentadbiran untuk tempoh beliau tidak bertugas.” – MediaUMNO

Pembangkang cuba pertahan Anwar


Ahli-ahli Parlimen pembangkang yang tertekan dengan isu kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pendirian beliau menyokong usaha melindungi keselamatan negara Israel menimbulkan kekecohan di Dewan Rakyat, hari ini.
 
Tindakan mereka yang dianggap cuba menegak benang basah itu tercetus apabila Menteri Luar, Datuk Anifah Aman yang menjawab soalan Datuk Juslie Ajirol (BN-Libaran) membacakan kenyataan Anwar berhubung perkara itu yang disiarkan dalam The Wall Street Journal, Januari lalu.

Suasana kecoh bermula apabila Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) bangun membantah tindakan Anifah yang disifatkannya tidak berasas.

Nurul Izzah mendakwa Anifah cuba mengelirukan dewan dan sengaja menggunakan ruang menjawab untuk melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap Anwar.

Bangun menyokong Nurul Izzah ialah Khalid Samad (Pas-Shah Alam); Azmin Ali (PKR-Gombak); Ahmad Kasim (PKR-Kuala Kedah) dan Yusmadi Yusuf (PKR-Balik Pulau) yang turut mendesak Anifah membaca keseluruhan kenyataan Anwar.

Nurul Izzah juga meminta Anifah dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen jika enggan menarik balik kenyataan itu.

Pertikaman lidah turut berlaku antara Ahli Parlimen pembangkang dan penyokong kerajaan, antaranya Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading); Datuk Bung Mukhtar Radin (BN-Kinabatangan) dan Datuk Lilah Yasin (BN-Jempol) berhubung isu tersebut yang berlarutan selama setengah jam dan akhirnya membuatkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar bertindak menyuraikan pertikaman itu.

Memberi reaksi terhadap permintaan Nurul Izzah itu, Wan Junaidi berkata: "Tak payah ajar saya tugas saya. Biar saya jalankan tugas saya. Jangan desak saya."

Sejurus dewan reda seketika, Wan Junaidi kemudiannya membenarkan Juslie untuk menyatakan soalan tambahan berhubung isu sama.

Menjawab soalan terbabit, Anifah berkata, selagi BN berkuasa, kerajaan tidak akan sekali-kali mengizinkan perbuatan terkutuk dan tidak berperikemanusiaan Israel ke atas rakyat Palestin.

"Kenapa Ketua Pembangkang pentingkan keselamatan Israel? Apa yang penting, bagi kita adalah keselamatan Palestin. Kita lebih pentingkan keselamatan Palestin," tegasnya.

Pengulangan Anifah terhadap kenyataan Anwar itu sekali lagi membuatkan dewan kembali kecoh membuatkan Wan Junaidi menamatkan persoalan mengenai Israel dengan memindah kepada soalan lisan seterusnya.

Sebelum itu ketika menjawab soalan asal Juslie, Menteri Luar menegaskan, Malaysia tidak pernah menjalin sebarang hubungan diplomatik dengan Israel dan dasar itu tidak pernah berubah sejak dahulu lagi.

Menurut beliau, Malaysia juga secara konsisten menyuarakan kebimbangan serta mengutuk keras dan mengecam tindakan Israel ke atas pencerobohan yang berterusan di wilayah yang diduduki rakyat Palestin, selain aktiviti penempatan haram di Tebing Barat.

Menurut beliau, dalam hubungan itu, Malaysia menyokong sepenuhnya segala usaha yang dijalankan oleh masyarakat antarabangsa dalam mencari penyelesaian yang adil serta berkekalan terhadap konflik Palestin-Israel dan ia termasuk komitmen negara terhadap penyelesaian dua negara bagi menamatkan konflik berkenaan.

"Saya juga ingin menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah sama sekali menyokong tindakan dan pendekatan Israel yang jelas melanggar perundangan antarabangsa dan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu terutama Resolusi 242, Resolusi 338, Resolusi 425 dan Resolusi 194.

"Sebagai negara yang prihatin dan bersimpati terhadap nasib malang rakyat Palestin, Malaysia telah dan akan terus memberi sokongan dari segi sosial, politik dan ekonomi kepada Palestin. Malaysia juga telah memberi latihan kepada Palestin di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) serta bantuan yang dihulurkan melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Malaysia berpendirian penyelesaian terbaik kepada konflik Palestin-Israel boleh dicapai melalui rundingan bagi memastikan keamanan, keselamatan dan kestabilan serantau yang berkekalan," katanya.-Utusan

Anwar terus berdolak-dalik


Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa sidang Dewan Rakyat semalam terus berdolak-dalik berhubung kenyataannya menyokong segala usaha bagi melindungi keselamatan negara Israel yang dibuat menerusi satu wawancara dengan The Wall Street Journal (WSJ) pada 26 Januari lalu. 

Berikut adalah kenyataan asal Ketua Pembangkang itu seperti yang disiarkan dalam wawancara WSJ itu:

"I support all efforts to protect the security of the state of Israel," although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.

Terjemahan: "Saya menyokong segala usaha bagi melindungi keselamatan negara Israel."

Namun beliau tidak mengesahkan akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Yahudi (Israel), satu langkah yang menurutnya tertakluk sama ada Israel akan menghormati aspirasi rakyat Palestin.

Sikap dolak-dalik Anwar itu terserlah apabila Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin ketika persidangan mendedahkan bahawa sokongan Ketua Pembangkang itu terhadap usaha melindungi keselamatan Israel adalah bersifat mutlak dan bukannya bersyarat.

Menurut Khairy, apa yang dinyatakan Anwar itu amat jelas kerana maksud contingent (syarat) oleh WSJ bukan merujuk kepada sokongannya melindungi keselamatan Israel sebaliknya merujuk kepada pertanyaan sama ada Anwar mahu mengiktiraf negara Israel atau tidak.

Walaupun mendapat desakan pelbagai pihak yang mahu Anwar menarik balik kenyataannya itu selain meminta beliau menjelaskan mengenai apa yang diperkatakannya, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tetap berdegil untuk tidak berbuat demikian sambil memberi pelbagai alasan mengenainya.
Malah, Anwar tidak mahu menyaman WSJ berhubung penyiaran artikel itu serta enggan memohon maaf kepada umat Islam yang rata-rata terguris hati dengan kenyataan itu.

Anwar juga cuba mempertahankan tindakannya itu dengan pelbagai alasan termasuk mendakwa kerajaan Malaysia tidak konsisten dalam pendirian dan dasarnya berhubung Israel dan bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad turut menyokong Israel.

Ekoran itu, kerajaan Malaysia bertindak menyiarkan tiga pucuk surat oleh Dr. Mahathir kepada tiga bekas Perdana Menteri Israel yang menyangkal segala tohmahan Anwar dan pakatan pembangkang terhadap kerajaan.

Bukan itu sahaja, tindakan Anwar menjaja nama pertubuhan Hamas di Palestin dengan mendakwa bahawa pendirian pertubuhan itu selari dengan beliau memakan diri sendiri apabila Hamas tampil menafikan dakwaan Anwar itu.-Utusan

Kementerian Pelajaran Siasat Laporan Kaji Selidik Kecenderungan Politik Guru

Kementerian Pelajaran akan menjalankan siasatan berhubung laporan sebuah portal berita kononnya Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Tawau, Sabah sedang menjalankan kajian kecenderungan politik guru-guru di daerah itu.

Timbalan Menteri berkenaan Datuk Dr Wee Ka Siong berkata pihak kementerian telah mengarahkan Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abdul Ghafar Mahmud untuk menjalankan siasatan sebaik menerima aduan daripada anggota Parlimen Tawau Datuk Dr Chua Soon Bui.

"Ia memang mengejutkan saya bahawa PPD Tawau telah mengeluarkan kaji selidik sedemikian. Jika ia memang daripada kementerian kenapa hanya satu daerah sahaja," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen Khamis.

Wee mengulas laporan sebuah portal bahawa guru-guru di Tawau diminta melabelkan diri mereka sebagai putih jika menyokong kerajaan, hitam sekiranya memihak kepada pembangkang atau kelabu bagi mereka yang tidak pasti.

Borang kaji selidik yang sama juga dilapor telah diedar di sebuah sekolah rendah di ibu negara.
-- BERNAMA

PKR Dicabar Nafi Dakwaan Kerjasama Dengan Dua Badan Berkaitan Yahudi


Parti Keadilan Rakyat (PKR) dicabar supaya menafikan dakwaan kononnya wujud kerjasama mereka dengan dua badan asing berkaitan Yahudi bagi membentuk gerak kerja pilihan raya bagi menentang Barisan Nasional (BN).

Datuk Seri Zahrain Mohamrd Hashim (Bebas-Bayan Baru) memberitahu persidangan Dewan Rakyat hari ini bahawa beliau mempunyai bukti mengenai penglibatan pihak luar itu dalam politik tempatan, yang didakwanya mula berlaku sejak beberapa pilihan raya kecil sebelum ini dan pada pilihan raya negeri Sarawak tahun lepas.

"Kedua-dua badan yang nyata mempunyai hubungan yang begitu akrab dengan pelobi Yahudi antarabangsa berperanan menyediakan 'operating procedure' atau gerak kerja (bagi pembangkang) untuk menghadapi pilihan raya yang akan datang.

"Wakil beberapa NGO tempatan serta parti politik juga telah dilatih di negara luar mengenai cara-cara untuk menentang kerajaan. Salah satu latihan khusus mereka ialah bagaimana untuk menimbulkan kebencian rakyat terhadap kerajaan," katanya ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja pada persidangan Dewan Rakyat di sini.

Sebuah akhbar tempatan semalam melaporkan wujud kerjasama antara PKR dan dua buah badan asing yang mempunyai kaitan Yahudi, iaitu Konrad Adeneur Foundation (KAF) dan National Democratic Institute for International Affairs (NDI), yang didedahkan oleh BN Selangor.

Zahrain, yang juga bekas anggota PKR, berharap Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak mengambil mudah mengenai perkara itu.

Beliau mencadangkan agar satu badan khas diwujudkan bagi menyiasat penglibatan "orang asing" dalam politik tanah air.- BERNAMA

PKR PERAK BERI BANTUAN BERUPA KERTAS A4 KEPADA MANGSA BANJIR

Apa kah hal PKR Perak nie, orang tengah kelaparan di pusat pemindahan mangsa banjir depa bukannya beri makan tapi beri kertas A4 untuk mangsa banjir. 

Baca artikel dibawah: 

YB Tai Sing Ng
ISNIN, 12 MAC 2012

Apa kejadahnya..!!! PKR Kuala Sepetang bagi kertas A4 pada mangsa banjir..!!!????
Tak fahamlah aku..!!!

Tapi lain hal pula dengan PKR Kuala Sepetang….Pelik  punya kerja pada pendapat penulis Orang ni. Dalam kesibukan anggota Unit Amal PAS Bukit Gantang  menghulurkan  bantuan makanan kepada mangsa  banjir..ahli-ahli PKR yang penulis pun tak tahu apa jenis  penugasan mereka telah turut serta sibuk..mereka (PKR) bukan sibuk hulur bantuan tapi sibuk  menghulurkan kertas-kertas A4  berupa risalah yang dicetak diatasnya mengenai  isu-isu  kenaikan harga barang dan sebagainya…- Cis..!! bodoh punya kerja..!!!


Seorang mangsa banjir  menemui penulis  berkata pihak PKR Kuala Sepetang macam tidak peka langsung serta tidak prihatin dengan keperitan mangsa banjir. ”Kami mahu bantuan segera dalam masaalah banjir…bukan masanya nak  berfikir masaalah isu kenaikan harga barang, mereka (PKR) teramat salah tempat untuk itu”- kata seorang penduduk.

Penulis Orang ni  pun hairan dan pelik dengan apa yang berlaku. Tidak terfikirkah PKR Kuala Sepetang dengan situasi  banjir..?? YB  Tai Sing Ng  janganlah seperti menangguk didalam air banjir (gambar kiri),  Semasa  banjir  berlaku mangsa-mangsa mahukan usaha seperti menyelamat kan mangsa terperangkap,penempatan mangsa banjir,lokasi atau bilik gerakan banjir untuk petugas,kain selimut,tikar,makanan,minum dan sebagainya….bukan mangsa banjir nak baca risalah berunsur politik masa tu…tiada masa pada mangsa banjir nak serabutkan fikiran dengan nak baca risalah dan tiada masa nak main politik sedemikina masa  bencana.  Kalau PKR Kuala Sepetang  nak cari publisiti politik pun  dalam waktu bencana banjir….janganlah tujuk-kan kebodohan diri.

Dimaklumkan juga  bahawa  anggota dari Unit Amal PAS Bukit Gantang pun terkilan dan terkejut dengan kejadian tersebut. Apa tidaknya… semasa anggota Unit Amal sibuk agihkan makanan  kepada mangsa…anggota PKR Kuala Sepetang pun sibuk juga dengan edarkan risalah. Kalau tolong sama dalam misi bantuan tu tak apa la.. Sehinggakan  anggota Unit Amal ada yang disindir oleh mangsa banjir dengan berseloroh berkata  “ datang ni  nak bagi risalah ke…? kami tak makan kertas  dan risalah tu nak buat selimut pun tak boleh” 

PKR Kuala Sepetang teramat -amat-amat -amat-amat-amat -amat-amat perlu baiki gerakerja dalam apa saja tindakan. YB ADUN Kuala Sepetang ( PKR ) wajar ubah pendekatan…sebelum rakyat ubah pendirian....PRU pun dah dekat, jangan sibuk melobi kerusi PKR di Perak..tapi sibuklah dengan tugas yang diamanahkan didalam kesuntukan masa ini .

Dicatat oleh Orang ni di 7:15 PTG

Baca selanjutnya disini: http://angkatanpemikir.blogspot.com/2012/03/panasbantuan-pkr-kepada-mangsa-banjir.html

JAWAPAN TUN MAHATHIR KEPADA NIK AZIZ

Kredit gambar kepada Gerakan Anti PKR

SESSI KAUNSELING BERSAMA USTAZ BADRUL AMIN


Sesi kaunseling ini akan diadakan setiap hari, jam 3 pagi. Terbaik punya kaunseling.

SENYUM KAMBING 3


PROGRAM CUCIGALI SUNGAI DAN PEMINDAHAN BAHAN BATUAN DI HULU SELANGOR

Pada pendapat anda sebagai pembaca, gambar di bawah ini menunjukkan aktiviti cucigali atau curigali?







SENYUM KAMBING 2


SENYUM KAMBING 1


Real-time radiation readings

(New Straits Times)- Residents here can find out realtime readings of the radiation level by checking the airborne monitoring system (AMS) placed at the district police station here.

The RM1.4 million AMS was installed early this year to gauge the radiation level in the town area.
A Lynas Malaysia Sdn Bhd spokesman said another system was installed at the Atomic Energy Licensing Board (AELB) office at the compound of the Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) in Gebeng last year.

He said this was to allow the public to understand and to compare the readings which showed that it was well below the safe  limit of 1millisievert (mSv) per annum  for humans.

(1 millisievert is equivalent to 0.001 Sv, while a microsievert is equal 0.000001 Sv.)

Although the rare earth processing plant in Gebeng has yet to operate and none of the raw material has been brought here, he said the system would allow the public to understand and compare the readings which used the Sv (sievert) symbol for dose equivalent radiation.

Sievert evaluates the biological effects of ionising radiation as opposed to just the absorbed dose of radiation energy.

He said the dose rate in Gebeng and Kuantan was recorded at 0.17 microSv per hour while the background reading in Malaysia in 2000 was recorded at 0.051 microSv per hour.

He said AELB conducted daily monitoring of background radiation levels at 30 locations around Gebeng and the Lynas site.

The data is published on its website at http://www.aelb.gov.my/ aelb/malay/teks/lynas_datamonitor.asp.
Residents here, like general worker Zahari Azlan Salim, 20, of Kampung Kempadang, said they were not aware of the monitor.

"It is good to have it so that people can be reassured."

PM BELANJA RM80000 SAMBUT HARI JADI?


PKR telah membuat dakwaan terbaru bahawa Pejabat Perdana Menteri (PMO) telah dibilkan bagi urusan peribadi Datuk Seri Najib Razak, kali ini melibatkan RM79,053 untuk majlis sambutan hari jadi beliau.

Bercakap dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menunjukkan tempahan majlis bankuet dari Hotel Shangri-La kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Menurut dokumen itu, majlis tersebut diadakan untuk 100 orang pada 24 Julai tahun lepas di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana, Putrajaya.

Di majlis itu, kata Rafizi, 47 hidangan antarabangsa disajikan, termasuk daging panggang yang diimport dari New Zealand, makanan Jepun dan makanan Barat. - PenipuKini

p/s: Si Rafizi masih tak serik-serik lagi. Hari tu Rafizi dah kantoi dengan isu fitnah NFC yang dimainkannya, kali ini selepas isu fitnah majlis pertunangan anak DS Najib kini Rafizi dengan thomahan cetek yang mendakwa kononnya PM menggunakan Pejabat Perdana Menteri telah dibilkan dengan urusan peribadi DS Najib.

DENGAN GAJI RM22800 NAJIB TIDAK MAMPU BERBELANJA BESAR?


KUALA LUMPUR (Malaysiaaktif) – Pejabat Perdana Menteri telah menafikan bil bagi majlis pertunangan anak perempuan Datuk Seri Najib Tun Razak yang diadakan di Hotel Shangri-La di Kuala Lumpur dan bagi mengadakan majlis sambutan hari jadi beliau dibiayai menggunakan wang kerajaan.

Kita perlu terima penafian tersebut, selain jika terdapat bukti kukuh mensahihkan dakwaan pengarah strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli itu.

Bagi invois dan bil untuk sesuatu majlis diajukan kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO) bukan sesuatu yang ganjil atau menghairankan. Yang penting dari mana atau dari siapa pembayaran dibuat.

Dalam isu ini, payah diterima dakwaan Rafizi kerana tidak mungkin Najib sanggup berbuat demikian setelah bersusah payah membuktikan kepada rakyat betapa di bawah pentadbiran beliau segala-galanya perlu berintegriti.

Namun demikian, sepertimana agenda pembangkang untuk mengasak kerajaan diatur secara berkala, isu-isu sebegini menjadi santapan enak untuk mengenyangkan hati dan minda mereka yang begitu mudah mempercayai sesuatu tanpa menghalusi keadaan.

Bagi individu-individu tertentu dalam pembangkang, apa yang perlu dirisaukan jika melempar tohmahan atau fitnah?

Mungkin pada mereka peribahasa ‘alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan’ boleh diambil pakai. Ini kerana ramai daripada mereka pun hanya menunggu hari sebelum diheret ke mahkamah untuk diadili bersabit pelbagai fitnah.

Dakwaan kononnya sukar dipercayai dengan gaji sekitar RM22,800 sebulan, Najib mampu berbelanja begitu besar untuk majlis-majlis peribadi, satu pandangan cetek.

Mereka yang tergolong dalam generasi lebih dewasa daripada Rafizi yang baru ‘setahun jagung’ mengenali dunia, maklum betapa Najib dan keluarganya berkemampuan. Lihat saja pada salasilah generasi kekeluargaan beliau untuk mengetahui lebih lanjut.

Dan jika ingin dipertikaikan juga, tiada kesalahan bagi seseorang seperti Najib mewarisi harta keluarga turun temurun. Bukannya salah untuk menjadi orang kaya, bukan begitu?

Pada peringkat ini yang perlu dijadikan fokus ialah situasi ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kita ingin bertanya, dari mana beliau mendapat wang begitu banyak untuk menampung aktiviti yang jika dihitung, berjumlah puluhan atau ratusan juta, walhal kita masih ingat imej beliau sebagai aktivis pelajar dengan berbaju Melayu dan bercapal sewaktu menguruskan Yayasan Anda.

Dari mana datangnya wang puluhan juta yang kita maklum dalam penguasaan beliau? Renungkan ini semua.

Dalam pada itu, bandingkan kedudukannya dengan kedudukan keluarga Najib sendiri?

Di sini apa yang perlu dihalusi bukan soal pegangan feudal atau sebagainya, tetapi kenyataan. Apakah salahnya apabila sebuah keluarga turun temurun dilimpahi rezeki yang bukan dikumpulkan secara sekelip mata?

Yang seorang lagi itu pula, ‘rezeki’ terus menjulang apabila menjadi Timbalan Perdana Menteri…

Itulah yang amat perlu disiasat dan direnungi rakyat.

PENDEDAHAN RAFIZI MAKAN DIRI SENDIRI

 
PETALING JAYA -- Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli berkata, Farmhouse Supermarket Pte Ltd yang didakwanya mempunyai kaintan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan beroperasi di Rochester Mall dan bukannya kompleks membeli belah Star Vista seperti yang didedahkannya pada Selasa.

MStar melaporkan Mohd Rafizi turut memohon maaf secara terbuka kepada pihak pemaju kompleks membeli belah Star Vista iaitu Capital Mall terhadap kesilapan dakwaannya itu.

"Saya dimaklumkan mengenai penafian oleh CapitalMall bahawa kompleks membeli belah Star Vista yang sedang dimajukan tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Farmhouse Supermarket Pte Ltd yang dimiliki keluarga Datuk Seri Shahrizat.

"Saya memandang berat kesilapan ini dan semakan pada pagi ini mendapati bahawa Farmhouse Supermarket akan beroperasi di Rochester Mall bersebelahan dengan Star Vista.

"Saya memohon maaf secara terbuka kepada CapitalMall atas kesilapan fakta yang berlaku, walaupun ia tidak memadamkan pelbagai persoalan yang timbul mengenai pembabitan PFN di dalam operasi pasaraya mewah di Singapura," katanya menerusi satu kenyataan di sini, Rabu.

Pada Selasa, Mohd Rafizi membuat pendedahan terbaru mengenai dakwaan penyalahgunaan dana berjumlah RM250 juta oleh Perbadanan Fidlot Nasional (PFN) bagi tujuan perniagaan pasaraya mewah di Singapura.

Menurut beliau lagi, berdasarkan semakan di laman web rasmi Rochester Mall mengesahkan bahawa Farmhouse Supermarket adalah penyewa terbesar di tingkat dua pusat membeli belah berkenaan.

"Saya juga berpendapat oleh kerana lokasi Rochester Mall adalah bersebelahan dengan Star Vista, anggaran sewa seperti yang didasarkan kepada laporan Competition Commission of Singapore tidaklah banyak berbeza.

"Oleh yang demikian, saya percaya selain dari kesilapan alamat sebenar kompleks seperti yang saya sebutkan, keseluruhan pendedahan yang dibuat semalam adalah tepat," katanya.-Sumber

WATAK BIJAK TAPI BENGAP:ANWAR PATUT PECAT RAFIZI


SIDANG media oleh Rafizi Ramli, Pengarah Strategik PKR semalam (9 Mac, 2012), kononnya untuk mendedahkan ‘bukti kukuh’ mengenai dokumen yang mengesahkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak  menggunakan wang rakyat untuk membiayai majlis pertunangan anak perempuannya pada Jun 2011, rupanya berakhir dengan bencana. 

Penulis tersentak bila dimaklumkan bahawa dokumen yang ditunjukkan dan diedarkan kepada media semalam sebenarnya hanyalah SEBUTHARGA oleh pihak hotel Shangri La untuk penganjuran majlis tersebut, bukan dokumen pembayaran oleh pihak kerajaan kepada hotel tersebut bagi membiayai majlis itu.

Dokumen tersebut boleh dirujuk disini.

Sebutharga, dalam apa keadaan sekalipun tidak membayangkan kos sebenar penganjuran sesuatu Majlis.  Kos sebenar dicatat dalam tuntutan bil kepada pelanggan.

Logiknya juga, dalam apa-apa kes sedemikian, untuk membuktikan bahawa wang kerajaan Malaysia digunakan untuk membiayai majlis seperti ini, dokumen biasa dalam urusan pembelian oleh kerajaan seperti LOA dan sebagainya perlulah ditunjukan, yang mana gagal dilakukan Rafizi.

Dalam hal ini kita perlu bercakap yang benar walaupun pahit, bak kata ramai, matlamat tidak menghalalkan cara.

Bagi seorang terpelajar dan cemerlang dalam bidang pendidikan sepertinya, kesilapan mudah seperti ini amatlah dikesali.  Mengejutkan, ini bukanlah kesilapan pertama Rafizi, sebelum ini pun beliau terperangkap dengan pelbagai pendedahan tidak menjadi yang akhirnya hanya memalukan PKR dan Pakatan Rakyat.

Sebagai contoh dalam soal NFC.  Sehingga sekarang, Rafizi masih gagal membuktikan bahawa Datuk Seri Shahrizat Jalil terlibat dalam soal penyelewengan dana berjumlah RM 250 juta itu.  Yang terdedah setakat ini ialah penyelewengan yang mungkin dilakukan Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail iaitu suami Shahrizat.

Tapi suami Shahrizat tidak terlibat dalam politik manakala Shahrizat tidak terlibat langsung dalam perniagaan suaminya.  Itu belum lagi disebutkan bagaimana Ketua Pengarah Audit Negara, Tan Sri Ambrin yang mengesahkan disini, bahawa Laporan Audit Negara 2010 tidak langsung menyatakan wujudnya penyelewengan dalam projek NFC seperti mana didakwa Rafizi!!

Hal yang sama juga menyebabkan Rafizi diarahkan PKR untuk pergi ke London bagi menenangkan seketika keadaan.

Ketika di London, Rafizi sempat mengadakan sesi debat dengan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin.  Walaupun banyak pihak dalam Pakatan Rakyat menyangka Rafizi ‘menang’ dalam debat tersebut tapi jika diteliti keseluruhan sesi debat disini, Rafizi sebenarnya jauh ketinggalan jika nak dibandingkan dengan Khairy.

Malah pada satu ketika, Rafizi secara terbuka mengakui Khairy adalah lebih hebat darinya!!

Semua ini membayangkan kegagalan Rafizi ssebagai ahli politik yang sedang mencipta nama di persada politik negara.  Penulis tidak rasa Rafizi mampu maju jauh ke depan jika berterusan mempamerkan kebodohan seperti ini.  Bukan setakat itu, penulis dan ramai lagi rakan dalam Pakatan Rakyat sudah mula melihat Rafizi sebagai liabiliti kepada PKR.

Kita perlukan seorang pemimpin yang bersih untuk ditonjolkan dalam pilihanraya umum akan datang, bukan yang sedia terpalit dengan pelbagai kegagalan seperti Rafizi.  Jawatan Pengarah Strategik PKR itu sendiri telah menunjukkan kepentingannya kepada parti.

Tidak boleh ada sebarang kegagalan atau penjawatnya perlu ditukar kepada yang lebih layak.

Jelasnya, banyak yang perlu diperbetulkan oleh Rafizi sebelum boleh mendakwa dirinya hebat.  Setakat yang ternampak, tidak ada apa yang boleh dibanggakan sangat.-Sumber

Rafizi Beli Invois Majlis Pertunangan Anak DS Najib Dengan Puluhan Ribu Ringgit?


Cubaan kali ini oleh pakar pengarah strategi PKR untuk mengaibkan Perdana Menteri pula dalam kes penyelewengan seperti mana madus operandi sama digunakan untuk menyerang Ds Sharizat Jalil akan memakan dirinya sendiri.

Sehingga kini dokumen pembayaran atau invoice yang didakwa menggunakan wang kerajaan untuk majlis pertunangan itu gagal dikemukakan secara sah. Terkini rupanya rafizi mendapatkan maklumat tentang invoice tersebut dari seorang bekas pekerja hotel Shangri-la. Dengar khabar, Rafizi membayar sejumlah wang berpuluh ribu ringgit kepada gadis itu untuk mengambil invoice pembayaran sehingga salinan itu gagal dikesan oleh pihak pengurusan dan kewangan hotel.

Bagaimana pun identiti gadis yang merupakan bekas pekerja Hotel Shangri-la telah penulis kenal pasti. Jika Rafizi gagal mengemukakan bukti dokumen kos pertunangan itu adalah duit kerajaan,bagaimana beliau berkuasa menyimpan invoice itu tanpa pihak hotel ketahui serta boleh berada ditangannya, penulis tidak beragak-agak untuk mendedahkan siapa gadis yang menyalurkan maklumat kepadanya.

Mari baca selanjutnya di SINI

Adv

Nuffnang 2