Lynas Corporation kecewa dengan keputusan Lim Guan Eng menolak pelawaan untuk bertemu dengan Pengerusi Eksekutif syarikat itu, Nick Curtis, semasa lawatan rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang itu ke Australia nanti.
Kenyataan Lynas Corporation hari ini bagaimanapun berkata tawaran berjumpa itu masih lagi terbuka.
Syarikat mengalu-alukan peluang membantu Lim memahami isu pelaburan Lynas Corporation dalam sebuah kilang di Gebeng, Kuantan, khusus berhubung dengan komen Lim mengenai impak sampingan daripada bahan radioaktif, kata kenyataan itu. - Bernama
P/s: LGE ternyata seorang bodoh sombong. Sah-sah LGE tak tahu-menahu pasal nuklear. Tapi bila Pengerusi Eksekutif Lynas Corporation nak terangkan secara lanjut dengan LGE, LGE tolak. DASAR manusia bodoh sombong. Rasanya, jika ada tawaran untuk pembukaan pusat hiburan 5 tingkat, LGE adalah orang pertama yang akan ambil bahagian.


