Nuffnang

Advertlets

Pesanan AC

Segala kelemahan dalam Blog ini datangnya dari penulis sendiri, dan semua kesempurnaan datang dari Allah s.w.t.

Kepada sahabat-sahabat Blogger sila linkkan blog Assassin Cyber di bloglist anda dan AC akan linkkan blog anda di list kami.

Kepada anda yang ada artikl menarik dan ingin dikongsikan sila email ke:

E-mail: telebihsudah@gmail.com

FOLLOW JIKA BERANI

Klik Butang Like Di Bawah

TUKAR SIZE FONT

Change Text Size
+A +A +A +A +A

12 March, 2012

MR. UNIVERSE MALAYSIA AKHIRI ZAMAN BUJANG


KOTA BHARU 12 Mac — Dengan sekali lafaz, bekas juara bina badan Asia sebanyak enam kali, Datuk Malek Noor hari ini menamatkan zaman bujangnya dengan memilih seorang pakar kanak-kanak Hospital Pakar Perdana di sini sebagai teman hidupnya.

Malek atau nama sebenarnya Abdul Malek Mohamed Noor, 56, dan Dr. Wan Asma Wan Ismail, 52, yang memakai pakaian sedondon berwarna putih gading diijabkabulkan oleh bapa pengantin perempuan Wan Ismail Wan Ahmad, 87, di sebuah kondominium di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) di sini pada kira-kira pukul 11 pagi.

Pengantin wanita menerima senaskah al-Quran sebagai mas kahwin dan lima dulang hantaran daripada pihak lelaki dan dibalas sembilan dulang hantaran oleh pengantin perempuan.

Dr. Wan Asma seorang ibu tunggal mempunyai tujuh orang anak berusia antara 30 hingga 11 tahun serta empat cucu, manakala Malek mempunyai seorang anak angkat Nik Nuramalin Aisyah Nik Mahmud yang kini berusia 2 tahun.

Ketika ditemui pemberita beliau berkata, beliau tidak memerlukan wang hantaran kerana segala kelengkapan sudah beliau miliki kerana apa yang penting perkahwinan mereka berdua kekal bahagia sehingga ke akhir hayat..- BERNAMA

MAYAT RENTUNG SAH MAYAT ADIK NURUL NADIRAH


JOHOR BAHARU, 12 Mac (Bernama) -- Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Roslan Zainuddin Isnin mengesahkan mayat rentung ditemui di Nusa Damai, dekat Seri Alam pada 8 Mac lalu sebagai kanak-kanak malang yang dilaporkan hilang sebelum ini iaitu Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau lebih dikenali sebagai Dirang.

Beliau berkata, hasil ujian yang dikeluarkan oleh Jabatan Kimia hari ini mengesahkan perkara itu berdasarkan hasil ujian DNA yang dijalankan terhadap mayat terbabit.


"Berdasarkan pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian, kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA yang kemudiannya dihantar ke makmal dan sepadan dengan DNA ibunya," katanya kepada pemberita di sini Isnin.
- BERNAMA

HUKUM HUDUD: ADAKAH UMNO PENGHALANGNYA?


AC merujuk kepada sebuah artikel yang disiarkan di akhbar Harakah Daily bertarikh 13 Oct 2011, yang bertajuk "Hudud: Hanya Muslim jahat perlu takut". Artikel ini telah ditulis oleh Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Labuan

Antara kandungan artikel ini menyebut seperti di bawah:
Cuma kadangkala timbul persoalan terutama kepada yang mengaku beragama Islam, kenapakah sukar untuk mengakui, redha, menggunapakai serta menjadi duta Islam menerangkan keindahan hukum Islam kepada masyarakat keseluruhannya? Kebiasaannya mereka yang menentang hukum Islam yang dilihat agak tegas tetapi penuh keindahan ini, samada jahil , atau kerana mereka sendiri terlibat melakukan jenayah seperti yang terkandung di dalam hukum Islam itu? Tak pasti, hanya Allah saja mengetahuinya. Maka, mungkin boleh disimpulkan Hudud digeruni oleh Muslim yang bersalah sahaja, yang tidak melakukan jenayah tak perlu takut.

Memang sukar untuk mereka yang tidak memahami untuk mudah menerima sesuatu yang di luar lingkungan pemahaman mereka. Apatah lagi jika majoriti menganggap “adil” dalam erti kata samarata. Timbulnya persoalan (kadangkala dari mulut celupar pemimpin mengaku Islam) berkenaan tidak adilnya jika berzina, yang non muslim hanya membayar denda sedangkan yang muslim disebat 100 kali sebatan di khalayak ramai (bagi yang belum berkahwin), dan rejam sampai mati bagi yang sudah berkahwin. Tidak pasti persoalan itu timbul kerana kejahilannya, atau supaya masyarakat umum memandang serong terhadap usaha PAS mendaulatkan hukum Islam. Mufti-mufti, ulama’ samada dalam UMNO atau non partisan mendiamkan diri, tidaklah diketahui samada mereka takut bersuara kerana jawatan, atau memang kenyataan begitu tidak sesat dan menyesatkan orang lain.

Tidaklah juga janggal jika non muslim dalam MCA, DAP, PKR, MIC, PBS, SNAP atau mana-mana parti atau individu menyanggah hasrat PAS mengangkat hudud untuk dilaksanakan. Bukankah adil mereka mempersoalkan atau menyanggah kerana ianya bukan aspirasi, bahkan bukan termaktub di dalam agama mereka?  Adil bagi mereka mempersoalkan mahupun menyanggah, tetapi zalim bagi yang mengaku beragama Islam bersikap sama.

Namun, jika ahli UMNO sendiri menyanggah dan cuba mengelirukan dengan memberikan gambaran negatif, sedangkan non muslim dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) boleh menyokong bahkan sedia memberi penerangan kepada rakan-rakan non muslim, mungkin UMNO boleh berkursus atau mengambil subjek Perundangan Islam dari mereka (sekadar sindiran).

Jikalah ada yang berkata, kita kena ambil masa supaya “semua” rakyat tahu apa itu HUDUD barulah boleh dilaksanakan. Baik, cuba kita survey “semua”  rakyat di Malaysia, adakah mereka tahu kandungan undang-undang sedia ada? Adakah mereka tahu undang-undang terkini yang digubal? Adakah mereka tahu hak mereka jika ditahan dan disoal siasat penguatkuasa? Adakah mereka tahu hak mereka apabila dibicara di mahkamah? Pastinya ramai yang berkata, “Entah”. Tiada pula yang mengatakan undang-undang sedia ada samada undang-undang sivil mahupun syariah perlu dihentikan sementara dan dilaksanakan semula apabila “semua” rakyat mengetahui kandungannya dan hak mereka.
UMNO seringkali sahaja dipersalahkan dalam setiap masalah yang ditimbulkan sendiri oleh PAS dan kroni-kroninya.

Apa yang ingin AC persoalkan disini adalah, mengapa PAS tidak pernah mempersoalkan pendirian Anwar Ibrahim berkaitan hukum hudud. Adakah dengan hanya mendengar kenyataan dan ucapan Anwar Ibrahim di dalam negara, yang kononnya dia menyokong hukum hudud dilaksanakan di Malaysia sudah memadai bagi PAS, tanpa mengambil kira kenyataan Anwar Ibrahim ketika berada di luar negara.

video

Malahan, dalam isu Kartika dikenakan hukuman 6 kali sebatan kerana kesalahanya meminum arak di depan orang ramai, Anwar Ibrahim turut mempersoalkan kesesuaian dan kerasionalan hukuman sebat kepada seorang pesalah. Sedangkan, dalam Islam kesalahan meminum arak ini adalah termasuk dalam hukum hudud. Jika Anwar Ibrahim mempersoalkan hukuman sebat ini, maka samalah dengan menolak perlaksanaan hukum hudud. Tetapi, kes ini sedikitpun tidak pernah mendapat perhatian atau kritikan daripada PAS, malahan masih menyalahkan UMNO.

Adv

Nuffnang 2