Nuffnang

Advertlets

Pesanan AC

Segala kelemahan dalam Blog ini datangnya dari penulis sendiri, dan semua kesempurnaan datang dari Allah s.w.t.

Kepada sahabat-sahabat Blogger sila linkkan blog Assassin Cyber di bloglist anda dan AC akan linkkan blog anda di list kami.

Kepada anda yang ada artikl menarik dan ingin dikongsikan sila email ke:

E-mail: telebihsudah@gmail.com

FOLLOW JIKA BERANI

Klik Butang Like Di Bawah

TUKAR SIZE FONT

Change Text Size
+A +A +A +A +A

11 March, 2012

Melayu Ultra Kiasu Gadai Islam

Saya berkeyakinan bahawa orang Melayu yang menyertai parti ultra kiasu mempunyai hasrat untuk dipilih menjadi calon menjelang Pilihan Raya Umum 13, bukan kerana percaya kepada dasar parti tersebut. Almaklum sahajalah ultra kiasu sedang mencari calon-calon Melayu yang boleh diperalatkan dan ditonjolkan, bagi membuktikan bahawa mereka bukan lagi parti perkauman tetapi parti berbilang kaum. Perjuangan mereka bukan ‘Chinese first’, tetapi ‘Malaysian first’. Untuk memenuhi nafsu serakah mereka itu, maka muka-muka Melayupun dicari, terutama Melayu yang kontroversi dan mempunyai sedikit pengaruh. Malangnya, Melayu-Melayu ultra ini masih tidak sedar diri. Mementing kuasa daripada masa depan agama, bangsa dan negara. Cuba tanya parti ultra kiasu ini, apakah mereka sudah meninggalkan perjuangan Malaysian Malaysia ataupun Chinese first?

Justeru itulah, Melayu sepatutnya menjauhi parti perkauman ini yang boleh mengancam masa depan Islam, Melayu dan Raja. Orang Melayu tidak ada pilihan lain, melainkan sama ada memilih altenatif parti yang didominasi oleh umat Islam, antara PAS dan UMNO. Jika UMNO bukanlah pilihan, sekurang-kurang pilihlah PAS. Matlamat PAS jelas, walaupun dalam usaha mencapai matlamat itu masih samar, kerana terlalu banyak berpolitik dengan ultra kiasu sehingga tergadai prinsip. PKR tidak boleh diharapkan sangat, mereka ini orang yang kecewa dengan UMNO. Perangai dan perwatakan mereka tidak banyak beza.

Bekas wartawan Melayu yang baru menyertai parti ultra kiasu sejak 21 Januari lalu berhujah, sejak bersekongkol dengan parti itu, beliau dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Misalnya, solat berjemaah di masjid, menghadiri kenduri kahwin jiran dan berterusan memberi sedekah pada malam Jumaat selepas bacaan Yasin dengan menyediakan juadah untuk jemaah. Nampak sangat hujah beliau seperti budak tidak bersekolah, tidak mencerminkan kewartawannya. Ilmu Islamnya amat cetak. Islam baginya sekadar solat dan baca yasin. Sedangkan Islam itu adalah cara hidup.

Saya syorkan Melayu ultra kiasu ini menyertai PAS jika terlalu kecewa dengan UMNO. Paling tidak, akan meningkat juga ilmu pengetahuannya mengenai Islam. Maaf, saya tidak menyentuh UMNO sebab pada bekas wartawan ini, UMNO dilihat terlalu hodoh, walaupun sebelum itu, beliau sendiri bekerja mencari rezeki anak isteri di bawah akhbar yang didakwa milik UMNO itu. Apabila sudah kecewa dan bercerai, semuanya buruk. Inilah perangai segelintir Melayu yang amat saya bimbang. Bila bercerai talak tiga, segala pekung di dada dihemburkan, sedangkan Islam melarang melakukan sedemikian. Sehingga sampai ke peringkat yang buruknya orang Islam, yang baiknya ultra kiasu yang bukan Islam.

KRITIK BERASA DR. RIDHUAN TEE

Nampaknya pemimpin PAS pusat begitu gembira kerana dapat menyelesaikan krisis dalaman kepimpinan kerajaan negeri Kedah. Salah seorang Naib Presiden PAS menangis teresak-esak kerana keputusannya dikatakan telah diterima baik oleh Menteri Besar dan Exco yang terbabit. Jawatan Kuasa Pemandu turut ditubuhkan bagi memantau perjalanan pentadbiran dan pengurusan kerajaan negeri Kedah. Exco yang terbabit berkata mereka akur keputusan kepimpinan tertinggi parti dan bukannya keputusan MB Kedah.

Secara professional, PAS Pusat sepatutnya menyerahkan budi bicara Menteri Besar (MB) dan kabinetnya untuk menyelesaikan segala masalah yang berlaku, supaya tidak timbul isu parti menguasai kerajaan. Amalan ini jarang sekali berlaku. Lagi pula, wakil rakyat PAS bukan calang-calang orang, majoriti bergelar ustaz. Jika tidak ustazpun, mereka adalah protaz (professional ustaz).

Boleh dikatakan kebanyakan orang PAS ‘alim-alim’ belaka. Berkonfrantasi secara terbuka, bukanlah budaya politik PAS. Biasanya, jika mengikut amalan PAS sebelum ini, mereka akan meminta petunjuk daripada Allah SWT dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Apatah lagi masalah yang dihadapi hanyalah krisis dalaman parti. Namun demikian, keadaan berlaku sebaliknya. Mungkinkah wakil rakyat ini terlalu mengejar dunia sehingga mereka lupa mendapatkan petunjuk seperti yang biasa dilakukan sebelum ini? Mungkinkah juga mereka sudah lupa untuk bangun solat malam? Apakah mereka sudah lupa amalan tok guru?

Selaku pengkaji ilmu politik dan kerajaan, ingin saya jelaskan bahawa kerajaan dan parti politik adalah dua institusi berbeza. Parti politik tidak boleh menjadi kerajaan. Parti politik adalah parti politik, ia tidak berdaulat. Kerajaan telah wujud sebelum wujudnya parti politik dan ianya berdaulat. Kerajaan sudah wujud apabila sebuah negara berdaulat terbentuk. Barisan Nasional (BN), UMNO, PKR, PAS dan DAP, bukannya kerajaan. Mereka hanyalah ruling party atau parti yang menguasai atau menjalankan urusan kerajaan. Justeru, adalah salah jika kita katakan, “Ini projek kerajaan BN, kerajaan PR, kerajaan PAS atau kerajaan DAP”. Pada hemat saya, lebih molek jika ditulis atau disebut “Ini adalah projek kerajaan pilihan rakyat”.

Parti Angguk Saja (PAS) Diam Seribu Bahasa





Mungkin kalangan anjing-anjing kurap PR akan spin mengatakan ianya berlaku semasa 

pentadbiran kerajaan BN lagi... Ha ha ha ha ha, wujud lagi ke kerajaan BN di Pulau Pinang 

pada tahun 2011? Tahun 2011 tu bai... bukan 2001... Apapun, aku pasti ostad-ostad PAS 

takkan bersuara malah berdecit sekalipun untuk menegur Khalifah Umar Lim Guang Eng ni... 

Kat Kedah pun Ostad Jijan terketar lutut menyembah DAP... Itu baru je DAP beri kata dua... 

Ha ha ha ha... Mungkin sepanjang bulan Ramadhan ni akan lebih banyak aktiviti sebegini di 

Pulau Pinang dan Kedah...

 

Kalau nak tengok aksi2 amoi2 penang dan mungkin dikalangan penonton tersebut terdapat 

ostad2 PAS yang asyik dengan keghairahan amoi2 tu ....... layari link ini .... sini


Mari baca artikel penuh di sini:
http://matkilaupenang.blogspot.com/2012/03/bila-rakan-mereka-anjurkan-pesta.html?utm_source=BP_recent

Azizan Bertindak Betul Utamakan Undang-undang


SUNGAI PETANI, 10 Mac (Bernama) -- Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak bertindak betul apabila meletakkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri sebagai keutamaan dalam menghadapi krisis kepimpinan dengan dua Exconya, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Katanya dalam menghadapi tekanan sehingga membawa campur tangan Pas Pusat dan penubuhan Jawatankuasa Pemandu bagi memantau pentadbiran negeri, ketegasan Azizan menangani krisis membuktikan beliau tetap mengutamakan undang-undang tubuh dan pandangan rakyat Kedah meskipun 'disepit' oleh kuasa luar.


"Ketegasan Menteri Besar Kedah ini harus dipuji kerana beliau tidak mahu pihak luar campur tangan dalam urus tadbir negeri," kata Rais selepas merasmikan program Komuniti 1Malaysia Merakyatkan Seni dan Budaya (PMS) di sini Sabtu.


"Sikapnya menunjukkan beliau Menteri Besar yang memahami undang-undang walaupun di belakang, kiri dan kanannya masih ada belas kasihan terhadap rakyat," ulas Rais mengenai tindakan Azizan semalam yang memberi 'pukulan balas' terhadap kelompok yang berusaha melemahkan kepimpinannya dengan menegaskan beliau hanya berpegang kepada peraturan yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah untuk mengurus tadbir kerajaan negeri.


Rais juga berpendapat Azizan telah berjaya melaksanakan tugasnya menyebabkan sikapnya tidak disenangi oleh pemimpin pakatan pembangkang sendiri.-- BERNAMA

Adv

Nuffnang 2