Nuffnang

Advertlets

Pesanan AC

Segala kelemahan dalam Blog ini datangnya dari penulis sendiri, dan semua kesempurnaan datang dari Allah s.w.t.

Kepada sahabat-sahabat Blogger sila linkkan blog Assassin Cyber di bloglist anda dan AC akan linkkan blog anda di list kami.

Kepada anda yang ada artikl menarik dan ingin dikongsikan sila email ke:

E-mail: telebihsudah@gmail.com

FOLLOW JIKA BERANI

Klik Butang Like Di Bawah

TUKAR SIZE FONT

Change Text Size
+A +A +A +A +A

07 March, 2012

KOLEKSI SURAT ANWAR IBRAHIM KEPADA YAHUDI

Dalam pendedahan surat-surat Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Yahudi, berikut disertakan bukti surat kedua, ditulis kepada NED (National Endowment for Democracy), sebuah yayasan dana demokrasi, topeng CIA yang didalangi neocondi Amerika Syarikat (AS).

Surat bertarikh 18 Jun 2007 dan 29 Julai 2007 menggunakan kepala surat AIA yang ditandatangani oleh Anwar Ibrahim ditujukan kepada Carl Gershman, Presiden NED yang beralamat di 1025 F Street NW, Suite 800, Washington DC 20004.

AIA adalah singkatan kepada ‘Anwar Ibrahim & Associate’, sebuah syarikat milik Ketua Umum PKR itu yang berpengkalan di AS, beralamat 585 Grove Street, Suite 135, Herndon, Virginia, 20170.

Menurut rekod, syarikat itu ditubuhkan pada April 2005 dan berdaftar dengan Suruhanjaya Corporation Virginia, AS.


Kelantan Serahkan Migrasi Air Kepada Agensi Pusat

Sumber Imej: http://minda-hijrah.blogspot.com

Kerajaan Kelantan hari ini bersetuju melaksanakan migrasi air di bawah Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) bagi memudahkan kerajaan negeri pimpinan Pas mendapatkan kemudahan pinjaman atau projek yang berkaitan daripada kerajaan pusat.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Utiliti, Kerja Raya dan Alam Sekitar, Datuk Md Anizam Abdul Rahman berkata, keputusan itu tidak menjejaskan tanggungjawab Air Kelantan Sdn Berhad (AKSB) iaitu anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) sebagai badan pengendali urusan perkhidmatan bekalan air di negeri itu. 

Sebuah Jawatankuasa Khas Teknikal yang dipengerusikan oleh beliau sedang meneliti dan menghalusi terma-terma dan syarat sebelum ditandatangani perjanjian berkaitan.

"Kita menjangkakan jawatankuasa teknikal ini akan mengambil masa tiga bulan untuk menyelesaikan segala perjanjian berkaitan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan exco yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di sini hari ini. 

Md Anizam berkata, dengan keputusan yang dibuat di bawah Akta Industri Air Negara 2006 itu masalah bekalan air di Kelantan dijangka dapat diselesaikan pada tahun 2020.

Kini terdapat 197,000 pemegang akaun dengan AKSB yang menikmati kemudahan bekalan air di Kelantan.— BERNAMA

MENGUNDI ANWAR IBARAT MENEMPAH BILIK NERAKA


Dahulu PAS kata "Mengundi Anwar Ibarat Menempah Bilik Neraka". Sekarang ini bagaimana pula? Adakah kenyataan ini telah bertukar menjadi "Mengundi Anwar Ibarat Menempah Syurga?"

Mari baca kata dua Smart Generation berkaitan Anwar Ibrahim, dalam versi nogori

PUTERA HARRY TEWASKAN USAIN BOLT DALAM ACARA PECUT 100 METER

Osama Bin Laden WAS NOT buried at sea, but flown to the U.S.


  • Emails purported to be obtained by hacker group Anonymous dispute White House version of terror leader's final resting place
  • Believed to be part of 2.7million emails obtained from intelligence analysis group Stratfor and shared with WikiLeaks
  • Stratfor calls hackers 'thieves' and says some emails may have been forged or altered
  • Revelations come as FBI arrests key members of hacking group LulzSec, an offshoot of Anonymous

MAT SABU PUNCA KRISIS PAS KEDAH ?


Krisis dalaman pentadbiran PAS di Kedah dikatakan berpunca daripada usaha terdesak pihak tertentu untuk membawa Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu bertanding di negeri ini pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang sebelum ini tiada dalam percaturan politik Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Minat mendalam Mohamad atau Mat Sabu yang dikatakan rapat dengan kumpulan Anwarinas dalam PAS terhadap kerusi Parlimen Pendang sejak lebih setahun lalu, dikatakan punca utama kemelut itu, di samping percanggahan pendapat antara Azizan dengan beberapa EXCO kerajaan negeri. Ia juga berkait rapat dengan penubuhan Jawatankuasa Pemandu yang mungkin akan memainkan peranan utama selepas gagal menumbangkan Azizan sebagai Menteri Besar dan Pesuruhjaya PAS Kedah.

Sumber dalaman PAS memberitahu Berita Harian, jawatankuasa itu ditubuhkan bukan untuk memantau perjalanan pentadbiran Azizan pada peringkat negeri, sebaliknya lebih kepada isu parti PAS yang memerintah negeri.

Berikutan itu, Jawatankuasa Pemandu melalui proses dalaman boleh membantu menempatkan Mat Sabu di Kedah walaupun Azizan tidak bersetuju dengan idea berkenaan.

Beliau berkata, hubungan baik PAS Kawasan Kuala Kedah dengan Mat Sabu mungkin faktor utama membawa kepada usaha menjatuhkan Azizan dengan bersandarkan kepada percanggahan pendapat dalam soal pentadbiran sebagai isu utama.

PR Mati Akal: Sisa Kilang LYNAS Dihantar ke Luar Negara


Syarikat perlombongan nadir bumi Lynas (M) Sdn Bhd bersetuju untuk menghantar ke luar negara bahan buangan dari kilang memproses bahan itu yang terletak di Gebeng dekat sini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Lynas telah menghantar surat jaminan kepada kerajaan sebagai mematuhi sebahagian syarat yang dikenakan kepada syarikat itu ketika mereka menerima lesen beroperasi sementara dari Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) baru-baru ini.

"Walaupun kerajaan berpuashati bahawa tidak akan ada residue (bahan buangan) radioaktif yang dihasilkan oleh Lynas semasa operasi mereka, sebagai langkah tambahan setelah disyorkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), kerajaan mengarahkan Lynas memberikan jaminan dan merancang untuk menyedia kemudahan pelupusan tetap (PDF), jauh dari penempatan awam.

IBU RAKAM ANAK KENA ROGOL


SHAH ALAM - Seorang janda bukan sahaja bertindak keji membiarkan anaknya diratah teman lelakinya, malah tambah jijik dia tergamak merakam aksi rogol itu menggunakan telefon bimbit untuk kepuasan nafsu.

Nasib kanak-kanak berusia 11 tahun itu mendapat pembelaan apabila Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman penjara 21 tahun terhadap wanita itu kerana bersubahat dengan teman lelakinya merogol mangsa, tiga tahun lalu.


Hakim Latifah Mohd Tahar turut menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan 15 sebatan terhadap tertuduh Ma Kassim Sirat, 44.


Ma Kassim, pemandu teksi, mengaku bersalah atas tiga pertuduhan merogol mangsa di sebuah pangsapuri di Rawang pada 12 tengah malam, pertengahan Disember 2009 dan 30 Januari 2010, dan jam 10 malam, Mac 2010.


KANAK-KANAK HILANG / MISSING



Kanak-kanak berusia 5 tahun, Nurul Adhirah binti Abdullah, ini hilang dan dipercayai diculik pada 1hb Mac 2012 di bawah Blok A, Pangsapuri Sri Delima, Bandar Seri Alam, Masai, Johor Darul Takzim.

Sekiranya mempunyai sebarang maklumat mengenai kanak-kanak malang ini, hubungi Noor Rubeena Baharuddin ditalian 012-5997705 atau Hotline Kontinjen Johor ditalian 07-2254422. Semoga Allah memelihara anak ini dan mengembalikannya ke pangkuan keluarganya. Amin.

ANWAR IBRAHIM DAN AMERIKA SYARIKAT


AC merujuk kepada kenyataan Tun M dalam blognya yang menyebut:
Campurtangan Amerika Syarikat dalam gerakan untuk menjatuhkan Kerajaan negara-negara yang tidak sebulu dengannya amatlah jelas. Sudah tentu di Malaysia juga pembiayaan badan-badan NGO dilakukan untuk menjayakan "Regime Change" (Pertukaran Pemerintah).

Bahawa Amerika menyokong Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia adalah jelas dari laporan akhbar dan majalah mereka. Apa yang sedang dilakukan oleh Amerika Syarikat di Negara Arab sudah tentu dilakukan juga di Malaysia. NGO-NGO yang sedang menghasut dan memburukkan Kerajaan supaya Anwar Ibrahim dapat menjadi Perdana Menteri tentu sekali mendapat bantuan kewangan dan media Amerika. Mereka kononnya tidak puas hati dengan dasar Kerajaan berkenaan hak asasi manusia termasuk seksualiti bebas (menghalalkan zina, perkahwinan sejenis, menghapuskan institusi perkahwinan dan kekeluargaan dan liwat). Sebenarnya tujuan mereka ialah untuk menjayakan hasrat Amerika Syarikat untuk melakukan regime change supaya Malaysia menjadi alat Amerika Syarikat. Sudah tentu setelah Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia, tuntutan NGO-NGO berkenaan akan dihalalkan. Sebagai penyokong kuat Israel, Amerika Syarikat tetap akan memujuk Anwar supaya mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Yahudi itu.

Adv

Nuffnang 2