Nuffnang

Advertlets

Pesanan AC

Segala kelemahan dalam Blog ini datangnya dari penulis sendiri, dan semua kesempurnaan datang dari Allah s.w.t.

Kepada sahabat-sahabat Blogger sila linkkan blog Assassin Cyber di bloglist anda dan AC akan linkkan blog anda di list kami.

Kepada anda yang ada artikl menarik dan ingin dikongsikan sila email ke:

E-mail: telebihsudah@gmail.com

FOLLOW JIKA BERANI

Klik Butang Like Di Bawah

TUKAR SIZE FONT

Change Text Size
+A +A +A +A +A

05 March, 2012

MENDENGAR CD CERAMAH PAS SAHAJA AKAN MENJAMIN TUAN MASUK SYURGA


Beberapa pemimpin DAP terutama Teresa Kok dan seangkatan dengan telah mula rasa gelisah dengan penyebaran surat ini dan mendakwa Pas telah melanggar perjanjian sebagai rakan karib ahli pakatan rakyat.

Kerajaan DAP Pulau Pinang pernah melarang azan dialunkan oleh masjid pada setiap tiba waktu Subuh dan larangan itu masih berkuatkuasa sehingga kini. 


NIK AZIZ PUN PANDAI PUSING KENYATAAN SENDIRI

Menyingkap satu kenyataan audio yang telah di zahirkan oleh lidah Tuan Guru Haji  Nik Abdul Aziz bin Nik Mat  ketika dalam bulan Ogos 2009 yang di rakam oleh pemberita TV9 , maka tergerak hati ambo dan seluruh pancaindera ingin mengetahui akan kebenaran samada hal ini telah ditutup begitu sahaja ataupun tuan guru dalam proses menyaman semua  media yang melaporkan kenyataan bahawa Islam yang di bawa oleh UMNO adalah  Islam kacukan  atau Islam  Palestin . Kata tuan guru lagi Islam yang di bawa oleh UMNO ini tidak boleh di bawa ke akhirat , tidak boleh di bawa ke syurga tetapi hanya di muka pintu kubur sahaja.  Astaqfirullahhalazim.


Saksikan , dengar dengan teliti , buka minda , buka hati dan nilaikan dengan ilmiah dengan tahap rasional dan keimanan yang tertinggi kerana hal ni merupakan sikap dan akhlak seseorang yang pemimpin yang amat di segani dan di hormati oleh sekalian rakyat.

Berikut ambo catatkan apa yang telah di zahirkan oleh Tuan Guru nik Abdul Aziz Nik Mat untuk lebih mudah di fahami pendengar.

TIADA SEBAB LANGSUNG, ORANG ISLAM, TOLAK ISLAM.

ISLAM YANG DI BAWA OLEH UMNO NI, ISLAM KACUKAN,ISLAM PALESTIN

MACAM DUIT PALSU, UBAT PALSU, MAKANAN PALSU, ISLAM PALSU

ISLAM PALSU NI DI BAWA OLEH UMNO.

ISLAM NI TAK BOLEH DI BAWA KE AKHIRAT,

TAK BOLEH DI BAWA KE SYURGA,

DIA (ISLAM PALSU) BOLEH BAWA SETAKAT PINTU KUBUR 



Dengan rakaman audio dan video di atas jelas menunjukkan penafian semata dan ambo beranggapan bahawa hal yang demikian adalah satu penipuan. Apakah pandangan saudara Islam yang lain? Apakah klasifikasi pertuturan tuan guru ini, suatu yang benar atau satu penipuan?  
Sumber: http://amboorangkampung.blogspot.com/2012/03/ustaz-azhar-idrus-mengesahkan-nik-aziz.html?spref=fb


MESTI BACA!! HAPUSKAN KETUANAN MELAYU SUPAYA MELAYU LEBIH BERUSAHA

Dipanjangkan dari Kritis-online.com

AC melihat ada yang benar dan tidak dalam dalam artikel ini. Kebenarannya adalah, Orang Melayu ataupun pribumi bumi Malaysia ini kurang agresif dalam bidang persaingan. Lihat saja gap kemajuan antara masyarakat Cina dan orang Melayu di Malaysia sekarang ini.
Gap yang besar ini wujud disebabkan orang Melayu tidak mendapat atau tidak diletakkan tekanan ke atas mereka. Orang Melayu berada dalam zon selesa, mungkin zon yang terlalu selesa. Apa tidaknya, Melayu diberikan pelbagai keistimewaan. Dan perkara ini tidak AC nafikan.

Tetapi dalam, usaha kerajaan menyediakan dan mempertahankan keistimewaan Orang Melayu, sedangkan Melayu itu sendiri tidak berusaha dan tidak berani menyahut cabaran. Keistimewaan ini hanya tertulis pada halaman helaian kertas tetapi hanya segelintir sahaja yang bangkit dan menggunakannya dengan cara yang betul.

Masalah Melayu dapat dilihat dari semua segi. Susah nak diungkapkan, pendek kata Melayu ini kurang daya saing dan mempunyai mentaliti yang telah disetkan dalam zon selamat. Jika dibandingkan dengan masyarakat Cina dan Melayu di Malaysia. Sejarah, menunjukkan Melayu adalah penduduk asal Tanah Melayu. 

Masyarakat Cina yang ada di Malaysia pada ketika ini adalah pendatang dari China yang tiba di Malaysia sekitar abad ke-15 hingga pertengahan abad ke-20 yang mana terdapat 2 gelombang penghijrahan Orang Cina di Malaysia.

Gelombang pertama datang pada abad kelima belas semasa Puteri Hang Li Poh dikahwinkan kepada Sultan Melaka , membawa bersama golongan bangsawan ,pengikut-pengikut ,dan hamba dari negara China.Kebanyakan daripada mereka berketurunan Fujian. Rombongan tersebut membawa masuk orang Cina yang kemudiannya berkahwin dengan penduduk tempatan membentuk masyarakat Peranakan.Makam mereka boleh didapati di Bukit Cina kini.

Gelombang ke 2, pada abad ke 19 dan ke 20, orang Cina berhijrah secara beramai-ramai ke Malaya. Mereka dari selatan China terutamanya dari daerah Fujian, Guangdong, Guangxi ,dan Hainan. Mereka membentuk penempatan di Perak dan Selangor terutamanya di lombong-lombong bijih timah untuk bekerja sebagai buruh lombong dengan sokongan British . Selain itu ,mereka juga menetap di Negeri-Negeri Selat.
 
Mereka ini adalah golongan yang ditindas pada ketika itu, kerana status mereka sebagai pendatang dan pelarian. Tetapi selepas beberapa dekad dan abad berlalu, Orang Cina yang dahulunya kini dilihat jauh lebih maju berbanding Orang Melayu. Lihat sahaja, kedudukan orang terkaya di Malaysia, hampir semua dimonopoli oleh Orang Cina. Kemajuan yang Orang Cina ini capai adalah kerana adanya tekanan dalam hidup mereka pada masa itu.

Bukannya tidak ada usaha dari pihak kerajaan untuk membantu Orang Melayu. Bantuan terlalu banyak, tetapi naluri Melayu itu lebih suka berada di zon selesa. Melayu juga terkenal dengan Perasaan Hasad Dengki (PHD). Bila melihat orang lain berada di atas, maka perasaan dengki mula bekerja dan hanya akan berhenti setelah orang yang didengki itu jatuh.
Walaubagaimanapun, AC tetap berpendapat Ketuanan Melayu tidak seharusnya dimansuhkan kerana itu adalah hak Orang Melayu yang tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Apa yang paling penting dalam hal ini adalah daya saing dan mentaliti untuk maju harus ada di kalangan Orang Melayu.

Baca artikel menarik di bawah;
 
Akhbar: Nanyang Siangpau
Ruangan: Opinion Yuanlun m/s A16
Tarikh: 22 Disember 2011 (Khamis)

Tajuk:

“Jika Tiada Keperluan Tidak Perlu Ubah”
Ditulis oleh: Loh Hon Chew (pengkritik semasa)

Bekas Canselor Universiti Malaya (UM) Ungku Aziz telah mencadangkan kita supaya menghantar anak-anak Melayu belajar ke negera China, supaya mereka dapat pelajari budaya-budaya China dan mempunyai semangat bersaing yang mantap; Ungku Aziz berkata, dunia sentiasa berubah, kenapa kita sendiri tidak mahu berubah, Ungku berkata belajar di negera China boleh membawa perubahan kepada orang-orang Melayu.

Apa maksud sebenar oleh Ungku Aziz ialah mahu orang melayu “berubah”, barulah orang-orang Melayu dihormati di mata masyarakat dunia.

Tetapi selepas memahami budaya China adakah boleh membawa perubahan? Susah untuk ditafsirkan, yang sepatutnya lebih penting dari itu ialah orang-orang Melayu sepatutnya memahami orang-orang Cina di Malaysia ini terlebih dahulu, bermakna mengenali budaya orang-orang (di negara) China sama keadaannya untuk mengenali budaya orang-orang Cina di Malaysia.

Oleh kerana kelaziman berbahasa sejak beratus-ratus tahun di negara ini, orang-orang Cina memahami bahasa Melayu, sebaliknya orang-orang Melayu tidak tahu bahasa orang-orang Cina, oleh kerana pendidikan serba moden hari ini, orang-orang Cina lebih memahami orang-orang Melayu, sebaliknya orang-orang Melayu tidak memahami orang-orang Cina, ditambah pula dengan pembohongan dan dakyah oleh ahli-ahli politik yang berkepentingan, menyebabkan ramai dari kalangan orang-orang Melayu anggap orang-orang Cina sebagai kaum yang suka menipu, sehingga kemunduran kaum Melayu itu sendiri menuduh orang-orang Cina suka memeras ugut dan membuli orang-orang Melayu, sebenarnya ini semuanya ungkapan-ungkapan yang dimainkan oleh ahli-ahli politik, sejak zaman kemerdekaan, salah faham orang-orang Melayu terhadap orang-orang Cina lebih banyak daripada orang-orang Melayu yang memahami orang-orang Cina, kerana orang-orang Melayu tidak dapat melalui bahasa dan karakter Cina untuk memahami orang-orang Cina.

Lagi satu salah tanggapan orang-orang Melayu terhadap orang-orang Cina ialah mereka sangka semua orang-orang Cina pandai berniaga, sebenarnya mereka sendiri tidak tahu bahawa orang-orang Cina amat bencikan peniaga-peniaga, dan orang Cina juga tidak mahir dalam urus niaga, orang-orang Cina berniaga kerana terpaksa dan dipaksa kerana tiada pilihan lain yang dapat dilalui, jika tidak seumur hiduplah bekerja di bawah orang lain.

Peluang Pekerjaan Untuk Orang Melayu Amat Luas

Orang-orang Indonesia yang menjadi buruh kasar buat seketika di negara kita, selepas itu mereka menjadi kontraktor, ada yang menjadi peniaga warung dan restoran. Sedangkan orang-orang Bangladesh boleh menjadi peniaga kecil-kecilan di negara kita, buka kedai mamak, apa yang mereka lalui seperti apa yang dilalui oleh orang-orang Cina semasa kemasukan orang-orang Cina ke bumi ini pada zaman dahulu, hanya zamannya sahaja yang berbeza tetapi perjalanannya sama, kerana mempunyai sebab-sebab yang sama, itu semua kerana terpaksa dan kerana untuk hidup, ia bukan sesuatu cerita yang sengaja diada-adakan.

Cadangan Ungku Aziz mahu menghantar anak-anak Melayu belajar ke negeri China, sudah tentu langkah pertama mereka perlu menguasai bahasa Cina, dengan itu ia amat membantu untuk orang-orang Melayu memahami orang-orang Cina, ia lebih dapat banyak manfaatnya daripada pergi belajar ke negera China.

Sebaliknya jika hantar anak-anak Melayu belajar ke negera China, adakah dikatakan boleh membawa “perubahan” kepada orang-orang Melayu? itu tidak semestinya boleh berlaku. Yang pertama keadaan orang-orang Melayu tidak seperti keadaan orang-orang di negera China yang terdesak dan terpaksa membuat perubahan untuk hidup, sebaliknya orang-orang Melayu tiada kesulitan yang mendesak, kerana orang-orang Melayu punyai peluang yang sangat luas.

Sebab itu orang-orang Melayu tidak ada keperluan dan desakan untuk berubah, sebaliknya mereka akan terasa risiko yang mereka ambil lebih tinggi jika ke negera China, sebaliknya akan merosakan keadaan yang lebih buruk lagi. Memang mereka melihat orang negera China telah berubah, orang Jepun telah berubah, orang Korea telah berubah, dan mereka semua telah berubah dengan begitu baik, sekarang ini orang-orang Melayu tidak perlu buat perubahan kerana kehidupan mereka sudah begitu baik, mereka tidak perlu ambil risiko yang mungkin menjadikan keadaan itu lebih bahaya dan lebih teruk lagi.

Tidak Perlu Ubah Keutamaan Kedudukan Orang-Orang Melayu

Walaupun orang-orang Melayu ingin berubah, berdasarkan pandangan politik oleh pihak kerajaan, mereka tidak akan izinkan orang Melayu berubah iaitu jangan “Buat Sibuk”, pihak kerajaan tidak akan berani menanggung risiko itu, jika mahu orang-orang Melayu berubah seperti orang-orang di (negara) China, orang-orang di Jepun yang meletakkan diri mereka terbuka dengan alam persaingan yang adil, sebenarnya ketahanan orang-orang Melayu dalam persaingan lebih hebat dari itu, hanya lepaskan sahaja orang-orang Melayu suruh mereka bersaing dengan adil, tetapi pihak kerajaan pula tidak berani melepaskan kedudukan dan keutamaan mereka yang akan mengambil risiko yang terlalu besar dalam politik.

Sebab itu genersi muda mudi Melayu mempertikaikan kenapa kerajaan tidak membantu orang-orang bukan Melayu, inilah satu perubahan dari orang-orang Melayu sekarang ini, tetapi sebaliknya pemimpin-pemimpin politik anggap ia satu isu yang merbahaya, mereka cuba menggunakan bahan buku sejarah untuk perbetulkan minda dan pandangan golongan generasi muda Melayu.

Pada masa sama sekarang ini pihak kerajaan cuba buat perubahan, buat perubahan semata-mata mahukan perubahan, semua sektor telah kelihatan diubah, tidak boleh lagi berdiam diri, tetapi dalam perubahan yang dibuat itu pihak kerajaan sering mengingatkan, keutamaan orang-orang Melayu tidak boleh diubah sama sekali.

Apa yang Ungku Aziz mahukan orang-orang Melayu berubah, bukan semudah itu apa yang dia maksudkan.

- terjemahan: AS/ LNA/ Q -

NENEK 95 TAHUN MATI HIDUP SEMULA


Seorang wanita China berusia 95 tahun yang disangka sudah mati mengejutkan jirannya apabila dia bangun semula enam hari selepas dia dimasukkan ke dalam keranda.

Li Xiufeng ditemui tidak bergerak dan tidak bernafas oleh seorang jiran dua minggu selepas dia jatuh dan mengalami kecederaan di kepala di kediamannya di Beiliu, wilayah Guangxi. Apabila jiran yang menemuinya itu tidak dapat menyedarkan wanita itu, mereka menyangka dia sudah meninggal dunia.

Dia diletakkan di dalam keranda tanpa dikunci yang disimpan di kediamannya mengikut tradisi Cina, menanti saudara-mara dan teman rapat untuk memberi penghormatan terakhir.

Namun, sehari sebelum pengebumian, jiran mendapati keranda itu kosong dan kemudiannya menjumpai wanita itu memasak di dapur.

Seorang jiran, Chen Qingwang, 60, yang mula-mula menemui Xiufeng berkata: “Dia tidak bangun, jadi saya datang untuk membangunkannya.

“Walau betapa kuat saya menggerakkan tubuh dan memanggil namanya, dia tidak memberi sebarang reaksi. “Saya dapat rasakan ada yang tak kena, jadi saya periksa nafasnya dan mendapati dia sudah tiada, tetapi tubuhnya ketika itu tidak sejuk. Disebabkan Xiufeng tinggal bersendirian, Qingwang dan anak lelakinya membuat persediaan untuk upacara pengebumiannya.


Pada hari upacara pengebumiannya, anak lelaki Qingwang tiba di rumah Xiufeng dan mendapati mayatnya sudah hilang sebelum menemui dia sedang memasak. Wanita itu dilapor memberitahu penduduk kampung: “Saya tidur begitu lama. Selepas bangun, saya terasa begitu lapar dan mahu memasak sesuatu.

“Saya tolak penutup keranda itu. Saya mengambil masa begitu lama untuk berbuat demikian sebelum dapat keluar dari keranda itu.” Sumber

GADIS MELAYU SAMBUT HARIJADI DENGAN ARAK

Difahamkan gambar ini memaparkan seorang gadis Melayu dengan sebotol arak jenama terkenal Jack Daniel (betulkan jika silap).

Gadis ini dipercayai baru berusia 17 tahun, tidak diketahui asal usul dan agamanya. Apa yang jelas dia berbangsa Melayu dan kelihatan bangga apabila menyambut hari jadinya dengan cara mabuk bersama rakan-rakan lelaki di salah sebuah hotel.

Tambah memeranjatkan, dia tidak tahu bahawa arak itu ibu segala maksiat, sambil mendakwa dirinya hanya mabuk tanpa melakukan sebarang maksiat. Berderau jantung melihatkan sampai begini sekali keruntuhan akhlak remaja hari ini.
Bila AC lihat gambar ini, teringat pula kata-kata Anwar Ibrahim  " Melayu tidak semestinya Islam..."

Ada kemungkinan remaja perempuan ini sedang menyahut kata-kata Anwar Ibrahim. Siapa tahu.

Adv

Nuffnang 2