Nuffnang

Advertlets

Pesanan AC

Segala kelemahan dalam Blog ini datangnya dari penulis sendiri, dan semua kesempurnaan datang dari Allah s.w.t.

Kepada sahabat-sahabat Blogger sila linkkan blog Assassin Cyber di bloglist anda dan AC akan linkkan blog anda di list kami.

Kepada anda yang ada artikl menarik dan ingin dikongsikan sila email ke:

E-mail: telebihsudah@gmail.com

FOLLOW JIKA BERANI

Klik Butang Like Di Bawah

TUKAR SIZE FONT

Change Text Size
+A +A +A +A +A

04 March, 2012

PAS DOAKAN KEHANCURAN UMNO @nikabdulaziz

Apa celop nie Tok Aziz. Ini kah ajaran PAS yang sebenar? UMNO itu Islam, tapi tergamak pemimpin tertinggi penganut PAS doakan agar Allah menghancurkan sesama Islam.

PKR dan DAP didoakan keselamatannya tetapi UMNO pula sebaliknya. 

Tahniah AC ucapkan kepada PAS. Bukankah ini adalah satu kesesatan yang terbukti.

Fikir-fikirkanlah...

ANWAR IBRAHIM LELAKI ANUGERAH TUHAN?

AIDC Reveal – Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mendakwa suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘Anugerah Tuhan’. Dari segi bakat kepimpinan, kebolehan berpidato hinggalah kepada naluri seks luar biasa, semuanya ‘Anugerah Tuhan’.

Mesej tersembunyi isterinya itu, ‘terimalah Anwar seadanya’, walaupun pernah didakwa di mahkamah berkenaan aktiviti seks luar biasanya, biseksual dan homoseksual, kerana semua itu adalah ‘Anugerah Tuhan’. Tidak dapat diubah lagi kerana itu sudah suratan takdir kepadanya.

Bakat Anwar Anugerah Tuhan

Dilahirkan pada 10 Ogos 1947 di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Stowell, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kemudian, beliau meneruskan pengajian persekolahan menengahnya di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dari tahun 1960 hingga 1966. Selepas itu pada tahun 1967, beliau melanjutkan pelajaran tinggi di Universiti Malaya dalam Pengajian Melayu (Sastera). Menamatkan pengajian di Universiti Malaya (UM) pada tahun 1971 setelah lima tahun menuntut di universiti itu.

Semasa di UM, aktif dalam Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Dari tahun 1968 menjadi Presiden PBMUM dan PKPIM, selepas itu menumpukan perhatiannya kepada PKPIM dari tahun 1968 hingga 1971.  

Selepas menamatkan pengajian di UM, beliau membuka sekolah swasta, Yayasan Anda di Bangunan Sri Pantai Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur (bersebelahan UM), di mana beliau menjadi pengetuanya. Semasa di Yayasan Anda, aktif dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan menjadi Presidennya dari tahun 1972-1982.

Tidak seperti diramalkan oleh Subki Latif dalam bukunya “Siapa Ganti Asri’ yang menggelarkan Anwar sebagai ‘Pemimpin al Khahfi’, bakal Presiden PAS menggantikan Datuk Mohd Asri Haji Muda, Anwar memilih UMNO sebagai flatform politiknya.

Menurut sumber, kemasukan Anwar ke dalam UMNO dicatur oleh mentornya, Dr Ismail Faruqi, pensyarah Universiti Temple, Amerika Syarikat.  

Di dalam UMNO, kenaikannya secara mendadak. Dari Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1982-83), Menteri Belia dan Sukan (1983-85), Menteri Pertanian (1985-86), Menteri Pendidikan (1986-1990), Menteri Kewangan (1990-1998) dan Timbalan Perdana Menteri (1993-1998).

Akhirnya dipecat daripada UMNO pada 2 September 1998, kerana salah guna kuasa dan mengamalkan seks luar biasa, biseksual dan homoseksual.

Bermentorkan Ismail Faruqi

Semasa di kampus lagi, ketika aktif dalam PKPIM, Anwar sudah dikesan bakat kepimpinannya oleh agen-agen perisikan antarabangsa khususnya CIA. 

Pada tahun 1967, Anwar sudah mengenali Nurcholish Madjid (Cak Nur), ketika menghadiri latihan perkaderan anjuran Himpunan Mahasiswa Islam (HMI) di Penkalongan, Jawa Tengah, Indonesia. Ketika itu, Nurcholish, Pelopor Pluralisme Agama Indonesia adalah Presiden HMI.

HMI adalah pertubuhan yang meniru idea pembaharuan Islam Turki yang pernah dilakukan Rifaah Ath Tahtawi (1801-1873), di Turki yang menjadi perintis kepada kejatuhan kerajaan Khalifah Uthmaniah dan membangkitkan pemimpin Islam modenis dikenali sebagai Mustafa Kamal Ataturk.

Nurcholish adalah anak murid Fazlur Rahman dari Universiti Chicago, Amerika Syarikat yang membangunkan HMI dengan mempopularkan konsep sekularisasi dan pluralisme. Fazlur juga merupakan kawan rapat kepada Ismail Faruqi dari Universiti Temple, Amerika Syarikat.

Menurut Peter Dale Scott dalam laporannya “The United States and the Overthrow of Sukarno, 1965-1967″, HMI merupakan salah satu instrumen yang dibantu CIA untuk menumbangkan Sukarno. Ketika itu misi CIA adalah memerangi komunis (Cold War) dan Sukarno dilabel sebagai salah seorang tokoh pro-Komunis di Indonesia. Klik di sini 

Modus operandi CIA menumbangkan Sukarno, termasuk menaja persatuan pelajar termasuk HMI yang dianggap salah satu tenaga pendesak terpenting.

Di Malaysia pula, Anwar Ibrahim dijadikan ‘tool’ untuk melumpuhkan pengaruh pro-komunis di kampus yang dibayangi oleh Front Sosialis, pimpinan Kamaruzzaman Yacub dan Hishamuddin Rais. Klik di sini dan di sini

Anwar sendiri mengaku terlibat dalam rangkaian antarabangsa, sejak dari zaman pelajar, ketika diwawancara oleh Essop Pahad, editor The Thinker, sebuah majalah Afrika Selatan pada 6 Ogos 2009.

Anwar sendiri mengaku pernah menjadi Ahli Lembaga Ekskutif Pusat, WAY (World Assembly of Youth), sejak dari tahun 1970, ketika masih menuntut di UM. WAY merupakan organisasi belia tajaan CIA yang berpengakalan di Belgium.

Selepas meletakkan jawatan dalam WAY, beliau aktif pula dalam WAMY ( World Association of Muslim Youth) yang juga ditaja CIA melalui syarikat petroleum US-Arab bernama ARAMCO.

WAMY adalah sebuah Pertubuhan Belia Islam Sedunia, berpusat di Arab Saudi yang ditubuhkan pada tahun 1972. Badan ini dibangunkan oleh anak saudara Osama Ben Laden iaitu Abdullah ben Laden.

Tokoh-tokoh yang menonjol di dalam WAMY adalah Ahmad Totonji, Abdul Hamid Abu Sulaiman, Ismail Faruqi dan Jamal Berzinji yang kesemuanya warganegara Amerika Syarikat.

Kemudian Anwar bersama keempat tokoh tersebut menubuhkan sebuah NGO Islam bernama IIIT (International Institute of Islamic Thought), di Herdon, Virginia, Amerika Syarikat pada tahun 1981.Klik di sini.

Punca sebenar kematian Ismail Faruqi pada tahun 1986 cuba ditutup rapat oleh kawan-kawan rapatnya, termasuk Anwar Ibrahim dari Malaysia. Anwar yang ketika itu Menteri Pendidikan memindahkan tenaga-tenaga IIIT, terutamanya Abdul Hamid Abu Sulaiman dan Jamal Barzinji ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan menggunakan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menerbitkan buku-buku positif mengenai Ismail Faruqi.

Namun pihak polis Philadelphia dan FBI di Amerika Syarikat mengesahkan faktor sebenar kematian Ismail Faruqi berpunca dari aktiviti homoseksual.Klik di sini dan di sini

Aktiviti Homoseksual Anwar Anugerah Tuhan

Sekarang Anwar masih menghadapi pertuduhan di mahkamah ekoran aktiviti meliwatnya terhadap bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan. Kes yang bermula pada 7 Ogos 2008 di di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jalan Duta kemudian dipindah ke Mahkamah Tinggi pada tahun 2009, belum selesai hingga ke hari ini.

Namun dakwaan Anwar melakukan aktiviti homoseksual bukanlah perkara baru, kerana pada 8 Ogos 2000, Datuk Arifin Jaka, Hakim Mahkamah Tinggi telah memutuskan Anwar bersalah meliwat Azizan Abu Bakar dan dijatuhkan hukuman penjara sembilan tahun. Adik angkatnya, Sukma Darmawan yang didakwa sebagai rakan subahat turut didapati bersalah dan dihukum penjara enam tahun dan sebatan empat kali.

Mahkamah Persekutuan yang membebaskan Anwar dan Sukma pada 2 September 2004 sebulat suara mengesahkan mereka turut mempercayai kejadian liwat di antara Anwar, Sukma dan Azizan di Tivoli Villa benar-benar berlaku.

 
Mahkamah Persekutuan mengambil keputusan majoriti 2-1 membebaskan Anwar dan Sukma kerana alasan teknikal iaitu berkenaan faktor tarikh dan elemen suka sama suka.Klik di sini

Semasa dibicarakan di mahkamah, selain Sukma dan Azizan, beberapa nama lain turut disebut iaitu Dr Munawar Anees, Meor Abdul Razak, Ismail Harun dan Hairani Hj Nahfis.

Dr Munawar Aness, seorang rakyat Pakistan, warganegara Amerika Syarikat dilantik Anwar sebagai penulis ucapan yang dibayar gaji melalui Real Mild Sdn.Bhd sebanyak RM 60 000 setahun serta kemudahan kereta secara percuma.

Pada 19 September 1998, Dr Munawar A. Anees mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur melakukan aktiviti seks luar tabie bersama Anwar dan dihukum penjara enam bulan.  

Meskipun, Dr Munawar kemudiannya merayu untuk membuang frasa aktiviti homoseksual dengan Anwar di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan namun sehingga kini frasa itu masih kekal, kerana rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan juga gagal.

Selepas itu, Dr Munawar meninggalkan Malaysia dan bermastautin di Amerika Syarikat. Begitu juga dengan Sukma Darmawan yang turut meninggalkan negara ini dan kembali ke negara asalnya, Indonesia.

Seperti yang diakui oleh Anwar sendiri semasa diwawancara oleh wartawan dari CNN, Lorraine Hahn bahawa pembebasannya itu disebabkan oleh ‘kompromi politik’, kes-kes liwatnya membabitkan Meor Abdul Razak, Ismail Harun dan Hairani Hj Nahfis turut digugurkan selepas itu. Klik di sini

TARAK GUNA PUNYA HINDU!! OUCH!!!


“Kaum (India)..dibagi RM50 ribu pun…MIC pun yoo..yoo..Ayoo..anee..RM50 ribu (kecil sahaja)..pundek..poooci ..pooodah.

“Ada kuil Hindu kasi pecah..orang Hindu cakap banyak sikit..angkat lembu..lawan..Ini pun ada Hindu lagi pergi sokong dia..apa..tadak guna punya Hindu..ini macam”, kata Anwar dalam satu ceramah yang dipercayai di hadapan penyokong-penyokong kaum Cina

Rakaman yang bersumberkan dari media rakyat ini memaparkan kemarahan Anwar kepada kaum India kerana mula beralih sokongan dari menyokong Pakatan Rakyat kepada Barisan Nasional.

Sehubungan dengan itu satu laporan polis dibuat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kata-kata lucah yang menghina kaum India yang diucapkan oleh Ketua Pembangkang itu ketika kempen Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang pada 9 Oktober 2009.

Laporan polis tersebut dibuat oleh NGO, Alternative Action Team (AAT) dan Kelab Perpaduan Insan Selangor di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur, kelmarin.

“Dia (Anwar) kata pundek..pooci.. poodah…satu pemimpin yang ada segolongan yang mengagung-agungkan..mantan Timbalan Perdana Menteri..keluarkan satu ayat depan orang ramai.” kata B Kalaivanar jurucakap NGO yang turut menayangkan kepada wartawan rakaman ucapan Anwar tersebut.

“Tarak guna punya Hindu..dia menghina Hindu..lagi kata pundek..pooci..poodah..dua title ini awak taip dalam youtube, awak boleh download apa yang dia cakap.

“Ini bukan macam dia selalu kata orang fitnah..orang tuduh (dia)..Ini memang (dia)..dia memang pelakon handalan..Anwar ni memang canggih, dia berlakon”, katanya.

B Kalaivanar yang juga bekas aktivis PKR berkata Anwar sanggup memaki hamun dan mencarut kepada kaum India di Bagan Pinang kerana tahu kawasan itu kekurangan penduduk dari kaum tersebut.

“Dia tengok India kurang..dia makin hamun lah..”, katanya.

Ketika ditanya kenapakah baru sekarang laporan polis dibuat ke atas Anwar, sedangkan ucapan Ketua Umum PKR itu dibuat pada tahun 2009, Kalaivanar secara jujur menjawab, pihaknya baru menemui bukti rakaman video itu seminggu yang lepas.

“Dia dah muat dah lama dah dalam youtube..saya jumpa baru seminggu lalu..Ini sentimen dasyat..tak pernah dalam Malaysia ada seorang pemimpin atas pentas yang menghina ‘Hindu Pooodah’

“Ini pemimpin kah ?. Ini bukan teladan sebagai pemimpin”, katanya.- AIDC

PERTEMPURAN SENGIT DI PULAU PINANG

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Walaupun tidak dapat dinafikan Pulau Pinang merupakan medan tempur yang paling mencabar bagi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang, tetapi parti komponennya tidak pernah berputus asa untuk mengatur pelbagai langkah dan usaha untuk berkuasa semula di negeri itu.

Tanpa menghiraukan ramalan ramai penganalisis politik bahawa BN mempunyai harapan tipis untuk menawan kembali Pulau Mutiara berikutan sokongan bukan Melayu terhadap kerajaan negeri yang diterajui DAP ketika ini, para pekerja parti BN tetap bersemangat untuk memberi tentangan hebat pada pilihan raya umum akan datang.


"Pertarungan tidak pernah mudah, terutama apabila menentang penyandang. Menentang Lim Guan Eng juga bukan perkara mudah," kata Ketua Gerakan Pulau Pinang, yang juga pengerusi Jawatankuasa Kerja BN negeri Datuk Dr Teng Hock Nam dalam temubual dengan Bernama baru-baru ini.


Daripada 40 kerusi dewan undangan negeri Pulau Pinag yang ada sekarang, 27 menjadi milik pakatan DAP-PKR-PAS. Pada Pilihan Raya Umum lepas, DAP memenangi kesemua 19 kerusi yang ditandinginya, PKR sembilan daripada 16 kerusi, manakala PAS hanya memenangi satu daripada lima kerusi yang ditandinginya.


Pada pilihan raya umum yang menyaksikan pencapaian paling buruk bagi BN itu, parti gabungan berkenaan hanya memenangi dua daripada 13 kerusi parlimen dan 11 daripada 40 kerusi negeri.


Secara tradisi, peruntukan kerusi BN di negeri itu dibuat berdasarkan formula Umno (15), Gerakan (13), MCA (10) dan MIC (2).


Teng berkata Gerakan Pulau Pinang telah membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang sejak tahun lepas lagi setelah memuktamadkan "senarai calonnya" pada Januari 2010 dan melantik 17 penyelaras kawasan pilihan rayanya -- termasuk 13 untuk kawasan negeri dan empat kawasan parlimen.


"Kebanyakan penyelaras ini telah melaksanakan kerja asas selama dua tahun. Daripada segi pemilihan calon, mereka terletak di barisan hadapan, melainkan ada alasan kukuh mereka tidak boleh diketengahkan nanti (sebagai calon)," kata Teng.


Beliau berkata sejak terlantiknya penyelaras berkenaan, parti itu sentiasa bergerak bersama-sama anggota peringkat akar umbi, termasuk dalam urusan pemberian BR1M baru-baru ini, untuk membantu mereka yang layak dan memerlukan bantuan itu, mengemukakan permohonan.


"Kami juga melaksanakan pelbagai usaha untuk memberi penjelasan tentang isu berkaitan dasar dan mendedahkan kelemahan kerajaan negeri.


"Bagi Gerakan, kami juga mengunjungi kedai kopi untuk mengumpul maklum balas, mengedarkan risalah kepada penduduk di Pulau Pinang dan untuk menangkis tuduhan liar Lim Guan Eng," katanya.


Oleh itu, kata Dr Teng, BN Pulau Pinang mempunyai peluang lebih cerah untuk memenangi lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum akan datang.


Ketua MIC Pulau Pinang Datuk PK Subbaiyah pula berkata parti itu sudah membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum, termasuk mengenal pasti calon berpotensi bagi dua kerusi -- kawasan dewan undangan negeri Prai dan Bagan Dalam.


Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan nama mereka kerana katanya keputusan muktamad mengenainya akan dibuat kempimpinan BN.


Pada pilihan raya umum lepas, DAP menawan dua kerusi itu daripada MIC dan kini kerusi Prai disandang Timbalan Ketua Menteri II P Ramasamy, manakala kerusi Bagan Dalam disandang A. Thanasekaran, juga daripada DAP. Ramasamy mengalahkan timbalan ketua MIC negeri L. Krishnan dengan 5,176 undi, manakala Thanasekaran mengatasi Subbaiyah dengan 3,053 undi.


Setiausaha Umno Pulau Pinang Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya pula berkata BN negeri itu telah memperhebatkan pelaksanaan program bersama rakyat, sebagai sebahagian daripada strateginya untuk merapatkan lagi hubungan dengan rakyat dan menawan hati mereka.


Ini termasuk kegiatan kemasyarakatan seperti tinjauan mesra dan mengadakan lebih banyak taklimat untuk kumpulan sasaran bagi menangkis isu serta hujah yang dibangkitkan pihak lawan.


"Kami juga mengedarkan risalah dan menganjurkan ceramah, sambil mengoptimumkan penggunaan blog serta sistem perkhidmatan pesanan ringkas untuk sampai kepada khalayak lebih ramai," katanya kepada Bernama.


Ketua Wanita MCA Pulau Pinang Tan Cheng Liang berkata walaupun menghadapi kesulitan dan kekangan, kebanyakan pemimpin MCA, termasuk mereka yang kalah pada pilihan raya lepas, terus mengendalikan pusat khidmat masing-masing untuk berkhidmat kepada rakyat.


"Macam pusat khidmat saya ni... (ia) dibuka enam hari seminggu dan semua petugasnya terdiri daripada sukarelawan, yang memberi khidmat dari tengah hari hingga malam. Semuanya kami gunakan wang sendiri kerana kami tidak mempunyai peruntukan untuk membayar gaji petugas tetap," katanya kepada Bernama.


"Kami terus memberi perkhidmatan kerana telah berbuat demikan sejak sekian lama. Oleh itu, kami harap, sekurang-kurangnya mereka mengambil kira perkara ini apabila tiba pilihan raya nanti. Saya tahu memang susah untuk menang banyak kerusi, tapi sekurang-kurngnya, mereka akan terus mempunyai MCA sebagai pembangkang dalam dewan undangn negeri. Kini, tak ada langsung kerana DAP menawan semuanya," kata beliau.


Beliau berkata sejak dua tahun lepas, orang ramai menyuarakan banyak isu melalui pusat khidmat MCA, tapi mereka hanya dapat membantu hingga ke tahap tertentu saja kerana sesetengah perkara terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.


"Kami cuba membantu sebanyak yang mungkin, tapi bukan semuanya boleh diselesaikan kerana ia memerlukan kuasa lain," kata beliau.-- BERNAMA

ASET KETENTERAAN TIDAK PERLU DIPOLITIKKAN

MELAKA, 4 Mac (Bernama) -- Ahli politik khususnya daripada parti pembangkang diingatkan agar tidak lagi mempolitikkan aset angkatan tentera sehingga boleh memudaratkan pertahanan negara.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ahli politik perlu tahu membezakan soal pertahanan negara dengan politik yang mempunyai garis pemisah antara kedua-duanya.


Beliau berkata pembangkang sebelum ini menjadikan beberapa aset pertahanan negara sebagai modal politik yang akhirnya terbukti tidak berasas.


"Dulu apabila kapal terbang tidak ada enjin mereka menyindir saya, jelas bukan Menteri Pertahanan atau Panglima Angkatan Tentera Udara ataupun pegawai (yang terlibat) tetapi ia dicuri seorang sahaja dan kita telah melakukan pendakwaan.


"Apabila kapal selam didakwa tidak boleh menyelam, kita bawa dia (Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng) menyelam," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan rasmi kapal selam SMD Ouessant Agosta daripada Kementerian Pertahanan kepada kerajaan negeri Melaka yang diwakili Ketua Menterinya Datuk Seri Mohd Ali Rustam di sini, hari ini.


Turut hadir Duta Perancis ke Malaysia Dorance Martine dan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.


Kapal selam berkenaan yang merupakan platform latihan bawah permukaan air bagi krew-krew pelatih TLDM sebelum mengoperasikan kapal selam konvensional sebenar kelas Perdana Menteri kini diabadikan sebagai muzium di kompleks Muzium Maritim, Klebang di sini.


Ahmad Zahid berkata pembangkang sepatutnya mendapatkan penjelasan terlebih dahulu daripada Kementerian Pertahanan berhubung sesuatu perkara agar ia dapat ditangani dengan baik.


"Dapatkan penjelasan dulu daripada kami (Kementerian Pertahanan), jangan jadikan ini (aset pertahanan) bahan ceramah yang boleh mengelirukan rakyat... saya fikir tidak satu negara pun yang mendedahkan apa saja aset negara atau strategi pertahanan negara, tetapi mereka (pembangkang) nak tahu semua sekali.


"Saya takut mereka menjadi ejen (pihak luar negara), kita tidak mahu jadi kurang pandai dalam menangani soal pertahanan," katanya.


Beliau berkata kesilapan sesuatu fakta bukan sahaja boleh mengelirukan rakyat malah boleh mengguris perasaan anggota profesional dalam angkatan tentera yang tidak terlibat dalam soal politik.-- BERNAMA

SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI SEORANG IBU

AC mengambil keputusan untuk tidak membuat sebarang ulasan kepada gambar di atas. Biarlah pembaca sekalian membuat ulasan sendiri. 

Dengan hanya melihat gambar ini, sudah cukup untuk menyampaikan mesej tersurat dan tersiratnya.

Adv

Nuffnang 2