Nuffnang

Advertlets

Pesanan AC

Segala kelemahan dalam Blog ini datangnya dari penulis sendiri, dan semua kesempurnaan datang dari Allah s.w.t.

Kepada sahabat-sahabat Blogger sila linkkan blog Assassin Cyber di bloglist anda dan AC akan linkkan blog anda di list kami.

Kepada anda yang ada artikl menarik dan ingin dikongsikan sila email ke:

E-mail: telebihsudah@gmail.com

FOLLOW JIKA BERANI

Klik Butang Like Di Bawah

TUKAR SIZE FONT

Change Text Size
+A +A +A +A +A

03 March, 2012

TADIKA "PASTI" AJAR AGAMA ATAU AJAR NYANYI LAGU PAS?


Kejadian ini adalah kisah benar yang berlaku ke atas anak saudara AC sendiri. Abang ipar AC bekerja di Bachok, Kelantan.

Dua orang anak kembarnya yang berumur 5 tahun dihantar ke Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI). Mereka dihantar ke pusat asuhan ini bukan atas sebab yuran murah. Sebab yuran Tadika Pasti ini agak boleh tahan juga. 

Yuran pendaftaran lebih kurang dalam RM400 termasuk baju, baju sukan, buku teks dan ada bnyak lagi yang lain. RM400 ini tidak termasuk yuran bulanan.

Tapi yuran yang mahal bukanlah satu yang harus diberi kompromi jika melibatkan pendidikan anak-anak.

Apa yang ingin AC tekankan di sini adalah, kualiti dan pulangan ke atas bayaran yang boleh dikatakan agak mahal di Tadika PASTI. Sepengetahuan AC, PASTI ini adalah di bawah seliaan Parti PAS.

Selama setahun anak saudara AC bersekolah di tadika PASTI, AC mendapat tahu anak-anak ini sangat maju dalam bidang nyanyian. Setiap pagi sebelum memulakan kelas, kanak-kanak ini akan diajar menyanyi lagu PAS. 

Adakah, kanak-kanak ini dibayar semata-mata untuk belajar menghafal lagu PAS. Apabila anak ini disuruh membaca ABC dan mengira 123. MasyaAllah... tunggang tebalik bacaannya. Tapi bab nyanyi lagu PAS. Nyanyiannya cun-melecun. Nyanyi dari mula sampai habis.

Inilah sebenarnya cara PAS meracuni frikiran kanak-kanak. Dari seawal usia kanak-kanak lagi, mereka telah diasuh untuk mengenal PAS. Jika lagu PAS diajar di tadika ini, maka tidak mustahil jika kanak-kanak ini diajar untuk membenci UMNO/BN.

Setelah genap setahun belajar menyanyi lagu PAS di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), di Bachok, Kelantan, akhirnya ayah kepada kanak-kanak ini mengambil keputusan untuk menghantar anaknya ke Tadika KEMAS. Bukan apa, ayah kanak-kanak ini takut, bila dah nak masuk darjah 1 nanti, anaknya hanya tahu menyanyikan lagu PAS, sedangkan membaca dan mengira masih tunggang tebalik.

Pesanan AC kepada para ibubapa berhati-hatilah memilih tempat yang sesuai untuk anak-anak anda. Takut nanti anak-anak tuan puan hanya tahu menyanyi lagu PAS sahaja nanti.

MAHKAMAH LONDON JATUHKAN HUKUMAN SERANG DAN ROMPAK ASYRAF

Reece Donovan dan John Kafunda
Susulan kes yang dilaporkan terdahulu(tahun lalu) Tuesday, August 09, 2011 Video pelajar malaysia diserang dan rompak-rusuhan di London
 
Video yang diambil pada telefon mudah alih yang menunjukkan Asyraf Haziq Rosli diserang di Barking, Timur London pada 8 Ogos menimbulkan kemarahan dan menjadi ia satu imej yang buruk sebagai perusuh.

Juri mahkamah di London menyabitkan John Kafunda, 22, sebagai rompakan dan gangguan ganas. Kafunda dirakam kamera meletakkan tangannya pada bahu Asyraf dan berpura-pura untuk melindungi beliau. 

Manakala Reece Donovan, 24, telah dirakam pada kamera meyeluk beg pelajar perakaunan itu yang sedang keliru dan cedera.

Donovan telah disabitkan mencuri, keganasan dan juga kemudian merompak sebuah pasar raya. Bulan lepas seorang remaja telah disabitkan menyerang Asyraf berusia 20 tahun, yang mana rahangnya patah di dua tempat apabila beliau telah ditumbuk mukanya sebelum barangan telah diambil dari beg sandang beliau.

Beau Isagba , 17, pula telah didapati bersalah menyebabkan kecederaan pada badan dan rompakan, selepas dia mengaku mencuri basikal dari Asyraf.

Tindakan jenayah mereka ditonton seluruh dunia dalam rakaman yang diambil oleh penduduk tempatan dalam blok menara yang menghadap ke tempat kejadian. Rakaman itu beredar di Internet dan disiarkan di program berita di seluruh dunia. 

Kita Minta Maaf Atas Kesilapan Kita Dulu: Najib

BALING - Barisan Nasional (BN) akan memperbetulkan kesilapan-kesilapan lalu yang membawa kepada kehilangan banyak kerusi dan beberapa negeri termasuk Kedah dalam pilihan raya umum 2008, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, beliau memohon maaf bagi pihak BN atas kesilapan-kesilapan lalu tetapi berjanji akan membetulkannya dengan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, jika pengundi menolak perikatan itu seperti di Kedah, sedikit sebanyak adalah kerana ia telah membuat kesilapan.

"Pada saya kita jangan angkuh dan bongkak. Sebab kita mesti tunduk kepada kuasa rakyat dalam demokrasi berparlimen. Kalau rakyat tolak BN dulu mesti ada kesilapan kita. Kita minta maaf atas kesilapan kita dulu. Yang menang minta maaf yang kalah pun minta maaf," katanya pada Perjumpaan Bersama Rakyat di Padang Awam, Kuala Ketil, dekat sini hari ini.
Kenyataan itu mirip pendirian dilahirkan oleh Najib di Pelabuhan Klang ketika melancarkan jentera pilihan raya BN Selangor baru-baru dengan berkata, Pakatan Rakyat tidak perlu diberi "tempoh lanjutan" untuk terus memerintah Selangor yang menyaksikan banyak janjinya tidak tertunai malah membebankan rakyat dengan pelbagai masalah.
Perdana Menteri berkata, Selangor selama ini maju kerana dasar-dasar dan prasarana yang dilaksanakan kerajaan BN sebelum ini, dan pihak pembangkang tidak boleh mendapatkan pujian terhadap hasil titik peluh BN itu.
"Kita akui mungkin kita ada buat sedikit sebanyak kesilapan pada masa dulu sebab itu rakyat tidak menyokong kita. Tapi kita sudah insaf daripada kesilapan dulu dan kita mohon maaf kepada rakyat Selangor kalau ada apa-apa kesilapan.
"Dan kita berikrar daripada kesilapan itu, atas kesedaran itu, kita akan bangunkan satu kekuatan baru untuk mengubah landskap di Selangor supaya di bawah kepimpinan BN, kita akan menjurus kepada masa depan yang lebih baik lagi," katanya .
Selangor dan Kedah antara empat negeri tambahan dikuasai oleh pembangkang pada pilihan raya umum 2008. Dua negeri lain ialah Pulau Pinang dan Perak.
Perak telah diambil alih oleh BN pada awal 2009. Kelantan ditadbir oleh Pas sejak 1990.
Justeru kata Perdana Menteri, BN akan belajar dan bangkit semula daripada kesilapan itu.
"Daripada runtuhan BN di Kedah kita akan bangkit dan bina mahligai yang kukuh dan kuat. Itu azam kita. kita berazam bahawa kita sudah mempelajari daripada kesilapan kita. Kita beri perakuan, akujanji kepada rakyat bahawa akan datang kita akan laksanakan perkhidmatan yang cukup baik kepada rakyat.
"Yang dulu jadi sempadan jangan dibangkit-bangkit lagi...kita janjikan perubahan untuk rakyat Malaysia dan Kedah. Perjalanan sudah bermula," katanya dipetik Bernama.
Beliau berkata hanya BN sahaja yang dapat memberikan masa depan yang lebih baik kepada rakyat.
"Kita ada perancangan yang jelas, kita ada agenda yang tersusun rapi, kita ada peta jalan, kita ada fakta dan ada angka. Perangkaan yang cukup lengkap untuk memacu perubahan, membawa negara ke arah wawasan menobatkan negara sebagai negara maju berpendapatan tinggi. Ini bukan macam Buku Jingga," katanya.
Najib berkata kerajaan mahu memberi isyarat dan gambaran jelas bahawa kerajaan sudah hampir untuk melakukan transfomasi perubahan yang memberi banyak manfaat kepada rakyat.
Antara yang hadir sama pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

PANAS !!! GURU PAS DIPENJARA 12 TAHUN?

Artikel ini AC panjangkan dari blog sahabat seperjuangan Komando Perang Siber (KPS)

Akibat Terlalu Banyak Baca Harakah, Guru PAS Dipenjara 12 Tahun

Seorang guru pa...s dipenjara selama 12 tahun dan 2 sebatan kerana merogol seorang anak muridnya yang berusia 12 tahun, hakim mahkamah seksyen, zainal salleh menjatuhkan hukuman itu keatas tertuduh mohd saidi che tengah yang juga seorang guru yang juga ahli pas dan mengajar di sekolah sebuah sekolah rendah di tanah merah. di katakan kejadian itu berlaku ketika tertuduh mengajar kelas tuisyen kepada pelajar itu.


Tertuduh telah melakukan perbuatan terkutuk itu sebanyak dua kali, kali pertama dia membawa budak perempuan itu ke rumahnya dan kali kedua, dia membawa budak perempuan itu ke sebuah resort di pasir mas kelantan.


Tertuduh yang berpengalaman mengajar lebih 20 tahun bagaimanapun bernasib baik kerana hukuman penjara itu berjalan serentak bermula semalam.


Selain itu dia juga bernasib baik kerana mahkamah membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman dikemukakan peguamnya, aminuddin ahmad dan muhammad hasif hassan hingga rayuan dikemukakan di mahkamah tinggi. sumber media cyber.


Pada aku ini semua salah harakah dan harakah daily, kerana kedua-dua akhbar itu terlalu banyak mengiklankan ubat kuat, maka pembacanya pun turut la terpengaruh, macam mamat yang rogol budak umur 12 tahun tu, nak try dengan bini, bini dah tua, dah tak larat, nak cari pelacur takut dosa, nak kawin lain, tak mampu pasal dia bukan adun atau parlimen pas, nak tak nak cari lah budak umur 12 tahun yang tak tau apa-apa.Lihat seterusnya..

Oleh: Aminuddin Mohamad

MASALAH AIR, BUKAN ISU BESAR DI KELANTAN?

Prof Mohammad Agus
"Bukannya saya hendak katakan kerajaan Kelantan itu tidak ada kelemahan, kelemahan memang ada, misalnya dalam isu air. Memang airnya keluar perlahan, airnya kotor jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain, tetapi itu tidak menjadi isu besar bagi rakyat Kelantan." - Prof Mohammad Agus
Kepada pembaca yang berasal dari kelantan sila berikan pendapat anda. Adakah benar masalah air di Kelantan tidak menjadi isu besar di Kelantan.

Kesihatan Azean Irdawaty merosot


1 Mac - Aktres veteran Azean Irdawaty memohon kepada orang ramai agar dapat mengadakan solat hajat sebagai 'hadiah' bersempena hari ulang tahun kelahirannya yang ke-62 jatuh pada 27 Februari lalu. 

"Syukur Alhamdulillah, hari ini (Isnin) saya sudah 62 tahun. Saya nak minta 'hadiah' sempena hari lahir saya. Boleh tak panggil orang-orang masjid buat solat hajat minta saya sembuh," kata Azean atau mesra dengan panggilan Kak Yan dalam khidmat pesanan ringkas (SMS).

Menurut laporan mStar, Azean turut memberitahu bahawa kesihatannya semakin kritikal akibat penyakit 'Lymphedema' yang dihadapinya selepas menjalani pembedahan membuang 16 kelenjar selepas menderita barah payudara sebelum ini.


Malah Azean turun mengatakan bahawa badannya berasa panas, tulang belakang sakit dan kakinya turut kebas sehingga dia terpaksa memohon kepada orang ramai agar mendoakan kesejahteraan kesihatannya.

Sementara itu beberapa rakan seperjuangan Azean dikatakan sedang berusaha mengatur solat hajat di beberapa buah masjid bagi memenuhi permintaan seniwati itu. @yahoo_my

IKLAN PERFUME AXE LUNA MAYA DIHARAMKAN


Video Iklan Axe Terbaru Versi Indonesia - Axe kembali membuat video iklan yang bertema Bidadari, jika sebelumnya iklan Axe menggunakan iklan global, kini Axe mengeluarkan iklan terbaru dalam versi Indonesia. Ada empat artis cantik dalam video tersebut, yaitu Luna Maya, Uli Auliani, Marissa Nasution dan Chantal Della Concetta.

Masih mirip dengan iklan sebelumnya, Video iklan Axe menceritakan tentang Bidadari yang turun kebumi karena mencium aroma wangi Axe.

Dalam
Video Iklan Axe terbaru kali ini bercerita tentang seorang pria yang menggunakan parfum Axe sebelum beranjak tidur, Setelah beberapa saat, satu persatu bidadari datang menghampiri dan juga tampak menggoda pria tersebut.



29 Feb – Sebuah iklan penyembur badan lelaki yang dilakonkan oleh selebriti terkenal Indonesia, Luna Maya, Uli Auliani, Marissa Nasution dan Chantal Della Concetta mungkin berhadapan dengan pelarangan tayangan di kaca televisyen kerana aksi seksi yang ditampilkan.

Dipetik daripada detikHot, iklan berdurasi satu minit 19 saat yang hanya boleh ditonton di internet ini dikatakan mampu menimbulkan kontroversi sekiranya ia ditayangkan di televisyen. 

"Sememangnya iklan yang dibuat untuk internet kerana takut ia kelihatan sangat seksi," ujar Ocke yang merupakan 'lelaki bertuah' menggunakan penyembur badan tersebut. 

Dalam iklan itu, keempat-empat selebriti wanita itu menjelma sebagai 'malaikat' yang tergoda dengan haruman penyembur badan yang digunakan oleh seorang jejaka (Ocke). 

Ia dimulakan dengan Uli Auliani tampil dengan pakaian seksi dan mengenakan sayap menarik selimut dan merangkak ke tubuh badan Ocke, diikuti dengan Marissa yang turut tergoda. 

Selepas itu, Chantal muncul dengan membawa minum dan buah ceri. Ketiga-tiga 'malaikat' tersebut dilihat bergelak ketawa sambil berlawan bantal dan diperhatikan oleh jejaka itu. 

Klimaks iklan ini dapat disaksikan dengan kemunculan Luna Maya yang tampil seksi dan berambut pendek sambil memegang span penuh dengan buih sabun.

Noh Minta Kerajaan Selangor Dedah Sumber Simpanan Tunai PKPS

TANJONG KARANG, 2 Mac (Bernama) -- Menteri Pertanian Datuk Seri Noh Omar hari ini meminta kerajaan negeri Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat, yang kononnya telus dalam pengurusan, mendedahkan sumber kewangan yang diperolehi Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

Noh, yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, berkata ini kerana simpanan tunai itu didapati meningkat dari RM8.3 juta pada 2008 kepada RM114 juta tahun lepas.


Beliau mempersoalkan kenyataan negeri Selangor, menerusi laporan Selangor Kini terbitan hari ini, yang mendakwa kenaikan prestasi kewangan PKPS hasil kecekapan pengurusan kerajaan pembangkang itu.


Noh berkata beliau difahamkan hasil itu sebenarnya meningkat daripada penjualan tanah PKPS seluas 12,000 hektar di Sarawak kepada sebuah syarikat semasa pemerintahan BN, yang transaksi jual beli itu selesai pada 2010 dengan nilai RM97 juta.


"Adakah dengan mendapat hasil jualan tanah boleh dikatakan kerajaan Selangor sebuah kerajaan yang cekap?," katanya.


Terdahulu, beliau merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Tiram Jaya di sini.-- BERNAMA

Sultan Brunei Tiba Di Sandakan Untuk Lawatan Dua Hari


SANDAKAN, 3 Mac (Bernama) -- Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah tiba di sini hari ini, untuk lawatan kerja selama dua hari ke daerah ini.

Ketibaan baginda bersama 17 anggota rombongan di Lapangan Terbang Sandakan dengan pesawat khas pada pukul 9.25 pagi disambut oleh Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman serta beberapa menteri kabinet serta pembantu menteri.


Hari ini, baginda dijadualkan melawat Pusat Penemuan Hutan Hujan di Sepilok dan pada sebelah petang berangkat menyertai perlawanan persahabatan badminton di Dewan Masyarakat Sandakan.


Pada sebelah malam, baginda dijadual berangkat ke majlis santapan bersama masyarakat Sandakan di Dewan Serba guna Libaran, sebelum berangkat melancarkan Festival Sandakan di Padang Bandaran.


Baginda dijadual berangkat pulang ke Brunei pagi esok.-- BERNAMA

PAS top guns for crisis talks


PETALING JAYA, Malaysia - The top PAS leadership will converge in Alor Setar tonight for an urgent meeting aimed at defusing the party crisis in Kedah, which is threatening the survival of the Pakatan Rakyat state government.

The Kedah meeting is seen as a last-ditch effort by the top leaders to save the PAS-led administration, which has been badly shaken by the ongoing feud between Mentri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak and former state exco member Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi.

In the latest twist, Phahrolrazi, the Kuala Kedah PAS division chief, was slapped with a gag order and told not to issue any more statements for now.

PAS secretary-general Datuk Mustafa Ali confirmed that Azizan and Phahrolrazi have agreed to attend the meeting to give their version of things.

Mustafa said members of the Kedah liaison committee as well as PAS assemblymen and MPs from the state have been asked to attend the meeting, which will be chaired by party president Datuk Seri Hadi Awang.

It is understood that the meeting was called after a stormy central committee session in Kuala Lumpur on Thursday that ended at 1am without finding a way out of the crisis.

The Kedah crisis was the main topic and party sources said there was heated argument between proponents of both sides.

Supporters of Phahrolrazi made a strong case on his behalf and related how Azizan had failed in his duties as Mentri Besar.

PAS vice-president Salahuddin Ayub said the central leadership decided to take a leading role in the conflict because it was no longer just a Kedah issue.

"Our mission is to save the Kedah government," said Salahuddin, who had led a three-man mediation team to Kedah on Tuesday to speak to the parties concerned.

A PAS official said the situation in Kedah was now like "a kapal pecah" (shipwreck) that the party leaders were trying to salvage.

Phahrolrazi and another former exco member, Dr Ismail Salleh, escalated the feud when they refused to be reappointed to the state exco.

This was despite instructions from the central committee urging them to rejoin the state exco for the sake of the party.

Azizan offered an olive branch to the pair, saying he was prepared to accept them but Phahrolrazi fuelled the conflict by setting conditions for his return.

Then, a few days ago, Phahrolrazi issued an ultimatum to Datuk Amiruddin Hamzah, who is his deputy in the division, to choose between Azizan or the division.

He said Amiruddin would be isolated in the division unless he quit the state exco. Amiruddin's stand is that he is merely following orders from the central committee.

The current crisis began as what PAS officials described as a perang peribadi (personality clash) between Azizan and Phahrolrazi but developed into a power struggle after the latter tried to take over when the Mentri Besar suffered a heart attack in September last year. The attempt failed and their relationship went downhill from there.

It is also learnt that the Kedah Dewan Ulama, which sided with Phahrolrazi, had sought a meeting with Hadi last week, asking him to replace Azizan as Mentri Besar. They were upset when Hadi told them that he could not do that because the general election was too near. - AsiaOne

Abdul Rahman Hilang Jawatan Dalam Umno


KOTA BAHARU, 2 Mac (Bernama) -- Anggota Parlimen Sabak Bernam Datuk Abdul Rahman Bakri yang didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam atas tuduhan rasuah empat tahun lepas akan hilang jawatan yang disandangnya dalam Umno.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Abdul Rahman bagaimanapun masih belum hilang kelayakan sebagai anggota Parlimen kerana kes itu masih dalam proses rayuan.


"Seperti mana kita tahu ada kes yang mana Mahkamah Rayuan telah membebaskan (tertuduh)...jadi kita tak boleh andaikan apa yang akan berlaku nanti.


"Jadi setakat ini (Abdul Rahman) masih kekal sebagai anggota Parlimen sampai pilihan raya, selepas itu kita lihatlah bagaimana," katanya pada sidang media di sini, Jumaat.


Najib ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Majlis Ramah Mesra bersama profesional Kelantan sempena lawatan seharinya ke Kelantan hari ini.


Abdul Rahman merupakan Ketua Bahagian Umno Sabak Bernam.


Semalam Mahkamah Sesyen Shah Alam menjatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda RM400,000 setelah memutuskan Abdul Rahman didapati bersalah atas lapan tuduhan membuat tuntutan palsu melibatkan RM80,000 ketika menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, empat tahun lepas.


Hakim Azhaniz Teh Azman Teh menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM50,000 atau penjara setahun jika Abdul Rahman gagal membayar denda bagi setiap pertuduhan yang dihadapinya mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama.


Hakim bagaimanapun membenarkan pelaksanaan hukuman penjara dan denda itu ditangguhkan sehingga rayuan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.-- BERNAMA

**********************************************

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Sabak Bernam, Abdul Rahman Bakri didapati bersalah atas lapan tuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM80,000 empat tahun lalu, iaitu ketika masih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Air Tawar.

Hakim Mahkamah Sesyen Azhanis Teh Azman Teh memutuskan demikian selepas meneliti dan membuat penilaian maksimum ke atas kesemua saksi pembelaan dan hujahan kedua belah pihak yang membuktikan kes tanpa keraguan munasabah.

Bagaimanapun, beliau menangguhkan hukuman sehingga esok bagi mendengar rayuan kedua-dua tertuduh.

Abdul Rahman dari Barisan Nasional merupakan Adun Ayer Tawar sebelum menang kerusi Parlimen Sabak Bernam pada pilihan raya umum 2008.

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Daerah Sabak Bernam pada 21 Januari hingga 12 Februari 2008 dan didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Mengikut pertuduhan, Abdul Rahman, 47, didakwa menggunakan dokumen peruntukan palsu iaitu Surat Adun mengandungi butiran bagi tuntutan program dan aktiviti yang tidak pernah dijalankan.

Antara tuntutan yang dibuat menggunakan butiran palsu ialah membeli hadiah dan cenderamata serta penganjuran jamuan Program Motivasi Pelajar Sijil Pelajaran Malaysia, Penilaian Menengah Rendah, Ujian Penilaian Sekolah Rendah di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Ayer Tawar.

Beliau turut didakwa membuat tuntutan menggunakan butiran palsu mengenai, Program Forum Perdana Peringkat Mukim Bagan Nakhoda Omar, program mesra rakyat dan Hari Keluarga Guru-guru Kemas, Program Mesra Rakyat dan Hari Keluarga KRT, Program Mesra Rakyat dan sambutan Maulud Nabi di kerusi DUn diwakili beliau.

Abdul Rahman didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 bagi setiap pertuduhan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan atau mana-mana yang lebih tinggi.

Sementara itu, pembantunya, Rosli Busro, 44, yang dituduh bersubahat dengan Abdul Rahman turut didapati bersalah atas kesemua pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan dibaca bersama Seksyen 20(1)(c) akta yang sama.

Sepanjang kes perbicaraan berlangsung, seramai 39 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan telah dipanggil memberi keterangan.

Mereka adalah antara lima orang yang diheret ke mahkamah oleh SPRM yang melancarkan pendakwaan besar-besaran terhadap ahli politik dan pembantu mereka di Selangor berhubung kesalahan rasuah pada 2009.- S

Adv

Nuffnang 2