Nuffnang

Advertlets

Pesanan AC

Segala kelemahan dalam Blog ini datangnya dari penulis sendiri, dan semua kesempurnaan datang dari Allah s.w.t.

Kepada sahabat-sahabat Blogger sila linkkan blog Assassin Cyber di bloglist anda dan AC akan linkkan blog anda di list kami.

Kepada anda yang ada artikl menarik dan ingin dikongsikan sila email ke:

E-mail: telebihsudah@gmail.com

FOLLOW JIKA BERANI

Klik Butang Like Di Bawah

TUKAR SIZE FONT

Change Text Size
+A +A +A +A +A

27 February, 2012

Hasan Ali tunjuk bukti kes murtad

KEMAMAN – Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali mendedahkan video pengakuan orang Islam yang telah dimurtadkan sebagai bukti terdapat ratusan umat Islam di Selangor yang telah menukar agama setakat ini.

Menurut Hasan, bukti itu kukuh kerana benar-benar wujud proses memurtadkan orang Melayu beragama Islam di Selangor.

“Murtad adalah fenomena yang melanda orang Melayu di Selangor. Berlakunya kes umat Islam Melayu yang masuk Kristian secara beramai-ramai yang jumlahnya adalah beratus-ratus.

“Sebab itu jugalah, saya wujudkan Unit Selamatkan Akidah (USA) yang ketika ini terdapat seramai 56 orang di bawahnya, yang sedang dibantu untuk mengembalikan semula akidah mereka,” katanya berucap pada program Himpunan Sejuta Umat (Himpun) Selamatkan Akidah di Kemaman.

Menurutnya, mereka yang berada di bawah USA mengakui sendiri telah dibaptis sekali gus mengugurkan kalimah suci ‘Syahadah’ dan meminum air suci.

Hasan berkata, perbuatan memesongkan akidah umat Islam itu dilakukan secara terancang kerana mubaligh Kristian yang didatangkan dari negara seperti Norway, Sweden, Kanada dan Korea Selatan ke negara ini bukan calang-calang dan termasuk mereka yang mempunyai pendidikan peringkat doktor falsafah.

“Dan, bagaimana Menteri Besar Selangor, boleh menafikan perkara ini (fenomena memurtadkan umat Islam) sedangkan Sultan Selangor sendiri baru-baru ini bertitah, yang antaranya pada pemahaman saya bermaksud memang wujud fenomena memurtadkan umat Islam dan baginda melahirkan rasa sedih terhadap perkara itu. Sehinggalah dua hari lalu dalam akhbar Sinar Harian beliau (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) cabar agar saya kemukakan bukti.

"Jadi dalam program Himpun di Kuala Terengganu pagi tadi telah ditunjukkan bukti iaitu menerusi tayangan video pengakuan mereka yang telah dimurtadkan. Ini adalah buktinya,” katanya yang terdahulu turut menyampaikan ceramah pada sama di Kuala Terengganu pagi kelmarin.

Menurut Hasan, beliau mengambil langkah tersebut bagi menangkis tuduhan Abdul Khalid menyifatkannya cuba menimbulkan kekacauan dan keraguan kepada rakyat kerana terlalu beria-ia untuk menghapuskan gejala murtad.

Rabu lalu, Abdul Khalid meminta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menjalankan siasatan mengenai dakwaan wujudnya usaha memurtadkan umat Islam di negeri itu. - Sinar

Adv

Nuffnang 2