Nuffnang

Advertlets

Pesanan AC

Segala kelemahan dalam Blog ini datangnya dari penulis sendiri, dan semua kesempurnaan datang dari Allah s.w.t.

Kepada sahabat-sahabat Blogger sila linkkan blog Assassin Cyber di bloglist anda dan AC akan linkkan blog anda di list kami.

Kepada anda yang ada artikl menarik dan ingin dikongsikan sila email ke:

E-mail: telebihsudah@gmail.com

FOLLOW JIKA BERANI

Klik Butang Like Di Bawah

TUKAR SIZE FONT

Change Text Size
+A +A +A +A +A

26 February, 2012

HIMPUNAN HIJAU SATU DEMO-TOURISM


Assalamualaikum W.B.T dan Salam 1 Malaysia.

Himpunan Hijau telah selesai. Ada 3 perkara boleh dilihat jelas di sini. Pertama, proses dan amalan demokrasi sihat di negara ini. Sesiapa sahaja boleh bersuara dan berhimpun asal tidak melanggar undang-undang.

Kedua, pihak berkuasa terutama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) telah bertindak adil dan penuh profesional mempastikan perhimpunan berjalan lancar.

Ketiga, gerakan Anti Lynas yang berselindung di bawah nama Hijau Hijau nyata tidak laku (tak dapat sambutan). Rakyat tidak percaya dengan Pembangkang yang menabur kata-kata bohong pada setiap masa dan setiap tempat.

Kerajaan Negeri mengalu-alukan demontrasi secara aman ini kerana ia menjana kegiatan ekonomi khususnya untuk pengusaha dan peniaga di Kuantan.

Saya namakan ini Demo-Tourism. Demo-Tourism in patut diteruskan untuk kebaikan bersama.

Salam 1 Malaysia.

Yang benar,
Dato seri Adnan Yaakob
Menteri Besar Pahang.

Prinsip Hitler Ada Kaitan Dengan Islam

Artikel ini assassin salin daripada blog REZQUEEN HILL.

Oleh kerana artikel ini adalah satu kajian sejarah, tesis PhD saudara penulis maka assassin tidak akan membuat pengubah suaian dalam artikel ini. Ini kerana menokok tambah artikel ini akan menyebabkan mesej utama akan lari. Dan boleh menimbulkan kekeliruan.

Artikel ini akan menghuraikan tentang prinsip Adolf Hitler yang dikatakan ada hubung kait dengan Islam.

Assassin pernah terbaca satu kenyataan Hitler berkenaan kaum Yahudi.

"Aku tinggalkan sedikit kaum Yahudi untuk kamu, 
Agar kamu tahu siapa Yahudi sebenarnya"

Dua sebab mengapa dunia menghukum Adolf Hitler :


1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.


Beliau juga telah memberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua. Bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu menunggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau.
 


Hitler juga sering bertemu dengan para Ulama' dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir.


Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi.


Terdapat beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.

Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.
Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...
2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

"Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"


3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau. Minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas.
 
Links: http://riziqin.blogspot.com/2012/02/prinsip-hitler-ada-kaitan-dengan-islam.html

BELI UNDI RM52.7 JUTA?

Berita demam omega ini assassin salin dari blog Dato Zulkifli Noordin

Salam 2 all.

Alkisah tersebut cerita seorang Parasit melawat sebuah hospital mental. Dilihatnya seorang pesakit mental menghulurkan tali pancing dalam sebuah baldi yang kosong. Lalu Sang Parasit menyapa Sang Mentalis, “banyak dapat ikan hari ni yop!?”.

Sang Mentalis tersenyum sinis lalu mengherdik Sang Parasit dengan berkata, “mike giler ke yop, mana ada ikan dalam baldi kosong ni!!!”.

Pengundi Parlimen Kulim Bandar Baharu ada 52,127 orang. Untuk membayar tiap pengundi RM1,000-00 seorang, sekurang-kurangnya kena ada RM52,127,000-00! Bukan kecik anak tu yop, kena ada RM52 juta ringgit!

Itu pun ada parasit yang percaya fitnah konon teman membayar RM1,000-00 seorang kepada pengundi Parlimen Kulim Bandar Baharu untuk menang dalam PRU 12 pada 08 Mac 2008 dulu.

Yang kelakarnya, inilah parasitus yang menyatakan akan lebih percaya berita yang dema terima daripada syaitan daripada mempercayai berita dari Utusan atau TV3! Sampai dema buat kempen boikot dan bakar akhbar Utusan dan hemPAS peti TV!

Inilah parasitus yang mengangguk sakan kepada patwa yang kata VCD Datuk Eskay yang begitu terang dan jelas hanya sekadar “besi sejuk” dan tidak boleh jadi saksi! Videoklip yang punya terang macam tu dema tolak tak mau caya, takkan berita kat kertas dema nak caya yop?

Tapi rupanya dema ni pengamal politik dualam jugak! Bila semalam keluar berita konon teman bayar 52,127 pengundi Parlimen Kulim Bandar Baharu sebanyak RM1,000-00 seorang menjadikan jumlah RM52 juta semasa PRU 12 lepas, dengan segera para parasitus ini melalak dan berkokok sakan! Seolah-olah "besi sejuk" dah jadi bukti tanpa sebarang keraguan!

Lalakan dan kokokan para parasitus ini sudah pasti membuatkan Sang Mentalis tersenyum sinis yop! Dah 4 tahun berlalu baru nak sebar fitnah yop..isyk..isyk!!

Soalan yang para parasitus patut tanya ialah, mana datang dan mana dia duit RM52 juta tu? Teman pun tak pernah nampak! Kalau betul ada, nak juga teman tanya para parasitus ni dimana duit tu! Nak juga teman tengok besar mana lori yang bawak duit berguni-guni banyaknya tu!

Dan teman nak tau juga datang mana duit RM52 juta tu. Nak juga teman tanya Wan Azizah atau Anwar atau sapa-sapa dalam PKR kalau-kalau dema ada dengar cerita sapa yang bayar RM52 juta tu? Kalau ada, teman nak tau juga dari mana datangnya duit RM52 juta tu. Jangan duit tu datang dibawa dengan kapal Israel yang berlabuh kat Pelabuhan Kelang udah yop, naya teman!

Takkan Wan Azizah atau parti dia yang keluar duit RM52 juta tu yop. Kalau dema sanggup melabur RM52 juta untuk menangkan teman, takkan dema pecat teman pulak yop! Tak masuk akal! Kompius Sang Mentalis dibuatnya nanti!

Takkan parti Wan Azizah yang bayar RM52 juta tu. Sebab kalau betul, tentu dema bayar juga pengundi di kawasan Parlimen yang lain. Ada 222 kerusi Parlimen yop. Takkan parti Wan Azizah sanggup bayar RM52 juta kali 222 kerusi Parlimen = RM11,544,000,000-00!!!

Mak datok, RM11.5 billion ringgit. Boleh bina sebijik lagi Menara Kembar Petronas KLCC tu yop! Boleh bina sebijik lagi Putrajaya! Tak payah dema letih-letih nak rebut Putrajaya kalau macam tu yop!

Tapi yang nyata, pengundi di Kulim Bandar Baharu tentu tersenyum sinis. Sebab dema pun tak pernah terima duit RM1,000-00 seorang, apatah lagi nak tengok lori membawa berguni-guni duit berjumlah RM52 juta tu.

Dan yang jelas, pengundi Kulim Bandar Baharu pasti berasa sangat terhina dengan fitnah mereka dibayar untuk mengundi teman. Kerana dema tahu dema mengundi dan memenangkan teman bukan pasal duit, tetapi kerana prinsip perjuangan. Dan mereka tau mereka tidak menerima atau mengambil sesen pun daripada teman!

Jadi kepada para parasit yang tengah galak melalak tu, tolong berikan senarai nama dan nombor kad pengenalan serta nombor telefon para penerima RM1,000-00 tu yop sebab teman nak tanya cukop ke tak cukop RM52 juta tu!!

Oh ya, jangan lupa bagi nama drebar lori yang bawak duit RM52 juta tu yop, sebab teman nak tau dia hantar kemana duit tu ;)

Tapi bak kata Sang Mentalis tadi, buat penat je melayan orang yang buat keje giler khinzir ni yop! Sebab khinzir giler pun tak buat keje macam tu yop!

Mike fenin yop? Mike kompius? Jangan mike tanya "mana RM52.7 juta tu yop?". Takut nanti Sang Mentalis herdik kata "mike giler ke, mana ada lori bawak RM52.7 tu yop!!!". 
Adios amigos, grasias monsieur!

Wallahua’lam & wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Ahad
04 Rabi’ul Akhir 1433
26 Feb 2012

Likks: http://zul4kulim.blogspot.com/2012/02/undi-rm527-juta-rm115-billion.html

GAMBAR CHINA DOLL YANG DIBALUN ANWAR.

Masalah disiplin dikalangan pemimpin Pakatan Rakyat memang berada pada tahap yang ter-amat teruk. Apa tidaknya, Selepas Anwar Ibrahim dengan China Doll dan Siam Doll.

Kini orang kesayangannya kerana memberi gelaran bahawa Anwar Ibrahim adalah Imam Mahadi, Ustaz Badrul Amin pula ditangkap khalwat dengan bini orang.

Sudah menjadi satu budaya biasa dalam Pakatan Rakyat terutamanya PKR. Anwar Ibrahim kata, tidak salah meliwat jika dilakukan di temat tertutup dan atas dasar suka sama suka.

Dalam kes khalwat Ustaz Badul Amin ini pun sama juga kata Anwar Ibrahim. Tidak salah bersekedudukan dengan bini orang di tempat tertutup..baca SINI

Istimewa untuk Ustaz Badrol Amin terimalah lagu Pukul 3 Pagi Dari Allayarham Tan Sri P. Ramlee.

Layan: harap Ustaz Badrol terhibur

Ok lah, berbalik kepada tajuk artikel ini. Ini dia dipertontonkan gambar China Doll yang dibalun Anwar Ibrahim.




Ini Dia China Doll Yang Dimaksudkan : Sumber Imej KL BOYZ Channel

USTAZ BADRUL TIDAK BERSALAH, DIA LAKUKAN DI TEMPAT TERTUTUP.

Jika Anwar Ibrahim berpendapat bahawa Homoseksual tidak patut dihukum kecuali jika mereka melakukannya di khalayak ramai, apalah sangat kes Ustaz PKR Badrul Amin ini.

Ustaz mulut celupar itu tidak melakukannya di khalayak ramai. BACA SINI

Yang memualkan ialah kenyataan Anwar Ibrahim tentang kes khalwat Ketua Penerangan Pakatan Rakyat Selangor tersebut :


Badrul Amin tidak salah kerana beliau mahu menyelamatkan wanita itu dengan memberi tazkirah", kata Anwar Ibrahim sewaktu diakhir ceramahnya di Kuantan.

Kata Anwar lagi, "Ini semua permainan kotor UMNO yang cuba memerangkap Badrul Amin dalam kes khalwat supaya menjadikan PKR tidak diterima oleh rakyat."

Apabila saya menerima SMS bahawa Badrul Amin ditangkap pukul 3 pagi dalam bilik hotel, saya sudah menjangka ini semua taktik kotor UMNO yang tidak senang dengan kejayaan parti PKR.

Walaupun kes ini sedikit sebanyak memberi kesan langsung kepada parti tetapi persahabatan antara kami semakin kukuh....SUNGAI RAPAT ONLINE
Baca selanjutnya DI SINI

20 TAHUN MASALAH AIR KELANTAN TAK HABIS-HABIS


  • Kesabaran rakyat Kelantan selama dua dekad terpaksa menggunakan air kotor untuk kegunaan harian semakin terhakis apabila lebih 3,000 orang berhimpun secara aman di Lembah Sireh, Kota Bharu, semalam.
  •  
  • Perhimpunan anjuran Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) itu diadakan bagi mendesak Kerajaan Pas Kelantan menyerahkan pengurusan air kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dalam tempoh sebulan.
  •  
  • Menurut MTRK, satu perhimpunan besar-besaran membabitkan 10,000 orang akan diadakan di hadapan pejabat Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat jika pengurusan air tidak diserahkan kepada SPAN.

  • KOTA BHARU 25 Feb. - Rakyat Kelantan selama dua dekad terpaksa menggunakan air kotor untuk kegunaan harian, hilang sabar apabila lebih 3,000 orang berhimpun secara aman di Lembah Sireh di sini hari ini bagi mendesak kerajaan Pas menyerahkan pengurusan air kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

    Perhimpunan anjuran Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) itu mendesak Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyerahkan masalah air kepada SPAN dalam tempoh sebulan, jika tidak satu perhimpunan besar-besaran membabitkan 10,000 orang akan diadakan di hadapan pejabat beliau di Kota Darulnaim di sini.

    Presiden MTRK, Azmi Ali berkata, satu memorandum dihantar kepada Nik Aziz bagi tujuan sama pada 4 November tahun lalu, bagaimanapun ia tidak diendahkan langsung yang membuktikan kerajaan negeri tidak serius dalam menangani masalah tersebut.

    "Dulu kita datang ke pejabat beliau bersama kira-kira 500 orang menghantar memorandum, tetapi tidak dilayan kerana pemimpin Kelantan menganggap MTRK hanyalah sebuah pertubuhan kecil yang tidak perlu dipandang.

    "Jadi hari ini sudah terbukti rakyat Kelantan menyambut baik dan menyokong MTRK yang bukan parti politik tetapi hanya mendesak kerajaan negeri agar menyelesaikan masalah air yang sudah berlarutan bertahun lamanya," katanya pada sidang akhbar selepas perhimpunan itu.

    Pada perhimpunan yang bermula pukul 10 pagi itu, MTRK turut melancarkan kempen mengumpul sejuta tandatangan sebagai sokongan rakyat untuk mendesak kerajaan negeri menyegerakan penyerahan pengurusan air itu kepada SPAN.

    Utusan Malaysia tahun lalu menyiarkan laporan khas empat siri mengenai kualiti rendah bekalan air bersih di Kelantan akibat kegagalan pengurusan kerajaan negeri dan Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB).

    Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ainizam Md. Abd. Rahman sebelum ini pernah menyatakan masalah air yang berlaku hanya mampu diselesaikan pada tahun 2027.

    Mengulas lanjut, Azmi berkata, ini adalah masanya rakyat perlu menukar dan menumbangkan Kerajaan Pas Kelantan kerana sudah terbukti mereka gagal dalam banyak perkara meskipun ia sangat penting.

    "Kita sudah ditipu dengan pelbagai janji dan slogan. Mereka berkata membangun bersama Islam, negara berkebajikan, kebajikan apakah yang diberi kepada rakyat Kelantan sekarang?

    "Mereka harus ingat pada 1978 Pas pernah tumbang disebabkan isu balak, jadi sekarang kita beri amaran masalah air ini perlu diselesaikan jika tidak perkara sama akan berulang," katanya. - UM

    Adv

    Nuffnang 2