Nuffnang

Advertlets

Pesanan AC

Segala kelemahan dalam Blog ini datangnya dari penulis sendiri, dan semua kesempurnaan datang dari Allah s.w.t.

Kepada sahabat-sahabat Blogger sila linkkan blog Assassin Cyber di bloglist anda dan AC akan linkkan blog anda di list kami.

Kepada anda yang ada artikl menarik dan ingin dikongsikan sila email ke:

E-mail: telebihsudah@gmail.com

FOLLOW JIKA BERANI

Klik Butang Like Di Bawah

TUKAR SIZE FONT

Change Text Size
+A +A +A +A +A

25 February, 2012

PELACUR MASUK PAS?

BERAPA harga atau upah  yang dibayar kepada ADUN-ADUN PAS di Kedah untuk memboikot majlis angkat sumpah Anggota Pentadbiran Kerajaan Kedah dan juga menghasut rakan-rakan yang lain untuk memaksa Azizan Razak melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah?

Kalau Anwar ataupun kumpulan Erdogan ataupun Anwarinas di sebalik kekalutan yang memungkinkan kerajaan PAS Kedah tumbang sebelum pilihanraya ,berapa banyakkah sumber kewangan yang diperuntukkan bagi menjayakan misi menyingkirkan seorang lagi pimpinan ulama untuk digantikan dengan pemimpin Islam yang liberal.

Hadi Awang dan Mustafa Ali telah pun lari keluar negara dan meninggalkan Azizan terkapai-kapai untukimenyelesaikan segala masalah yang ditimbulkan oleh golongan pimpinan yang berkiblatkan Erdogan ini malah seperti yang disebutkan sebelum ini dan juga dilaporkan oleh akhbar-akhbar tempatan, nama Mahfuz Omar kerap diperkatakan sebagai tangan ghaib yang sedang mencatur untuk menggulingkan Azizan bagi digantikan oleh Phahrolrazi yang dilihat begitu cenderung menyokong Islam Liberal yang dibawa oleh pakatan pembangkang ini.

Tidak mustahil Anwar menjadi punca kepada segala kekalutan ini sebagaimana beliau mencatur untuk menjadikan Peristiwa 16 September menjadi kenyataan,kalau tidak mampu ke Putrajaya pun sekutang-kurangnya Anwar telah berjaya mengkucar kacirkan seluruh pentadbiran PAS di Kedah dan Azizan jadi mangsa beliau yang keseterusnya.

Kita menjangkakan bagi mengabui mata rakyat dan menjadikan kumpulan mereka  dilihat sentiasa baik,kita percaya kemelut ini juga akan dipersalahkan ataupun diletakkan puncanya kepada UMNO.Mereka pasti akan menuding jari bahawa UMNOlah yang menjadi punca kelam kabut PAS Kedah ketika ini walaupun jelas tiga ataupun empat orang Exco yang bersekongkol itu adalah dari kalangan mereka sendiri yang menikam dari belakang.

Menyelak segala kejadian ini, pimpinan PAS negeri Kedah tidak jauh bezanya dengan pelacur yang memperdagangkan diri mereka untuk wang dan barangkali pelacur lebih mulia daripada tindakan beberapa exco PAS ini yang sanggup melacurkan perjuangan Islam mereka bagi mengejar upah atau habuan yang ditawarkan oleh pihak-pihak tertentu untuk mengkhinati prinsip perjuangan PAS selama ini.

Namun kita tidak hairan apabila PAS sendiri sudah hilang arahtujunya maka wakil-wakil rakyatnya mengambil peluang untuk memperdagangkan parti itu dan terbukti dengan hasil dagangan mereka, PAS Kedah dan juga PAS Pusat menjadi satu gerakan Islam yang cukup keji dan hina.

Kita yakin bahawa bukan sedikit wang digunakan untuk menyingkirkan Azizan Razak darim kerusi menteri Besar Kedah dan tidak salah kalau kita mengambil ingatn Tun M sebelum ini bahawa ada anasir luar yang turut campurtangan menyalurkan sumber kewangan bagi melengkapkan agenda peribadi mereka.

Maka dengan mempergunakan seorang dua pemimpin PAS,mereka ini menghasut pemimpin-pemimpin lain untuk bersama mencipta Islam Baru di negara ini yang menjulang segala kemungkaran.Sasaran pertama kumpulan ini adalah Kedah kerana mereka sedar dan seolah-olah yakin bahawa  Azizan razak tidak mampu menyerap tekanan yang berlaku ketika ini kalau mahu dibandingkan dengan Nik aziz di Kelantan.

Azizan dilihat oleh kumpulan ini sebagai pemimpin ataupun Menteri Besar yang cukup lemah malah alasan pentadbiran kuku besi yang dibawa oleh Azizan hanyalah sekadar alasan kerana  mereka harus bertindak `membakar’ sokongan kepada kepimpinan negeri kerana mereka telah menerima wang yang besar bagi tujuan ini.

Anwar Ibrahim sedang senyum galak ketika ini kerana usahanya dilihat semakin berjaya.Kumpulan yang sedang menunggu laba hasil dari pengkhiantan terhadap parti mereka sudah mula membilang nasib baikl mereka kerana memperolehi upah yang cukup tinggi.PAS sudah jadi kandang menghimpunkan pelacur-pelacur seluruh negara.

MAI SAT, ADA CERITA BAIK PUNYA.


Nak tahu cerita panas tentang Ustaz yang kena tangkap basah dengan isteri orang? Klik SINI

Dengar kata, PKR sampai seekarang masih lagi mengambil langkah selamat dengan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan kes khalwat Ustaz Badrul Amin Baharom. Dengan isteri orang pula tu.

Tetapi, tindakan berdiam diri PKR terutamanya orang yang digelar oleh Dr Badrul Amin Baharom sebagai Imam Mahadi tentunya memberi petunjuk bahawa kes khalwat ini adalah benar.

Kih..kih..kih.. Badrul..Badrul.. jangan meludah ke udara. Kan muka sendiri yang dah kena. Iblis berselindung disebalik jubah dan kopiah.

Cerita kes sebenar KLIK SINI

RUMAH RAKYAT 1 MALAYSIA, BERITA BAIK UNTUK RAKYAT.


MELAKA 24 Feb. - Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus membela nasib golongan berpendapatan rendah dengan memastikan mereka mampu memiliki rumah menerusi dasar dan inisiatif yang dilaksanakan untuk tempoh lima tahun lagi, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri menegaskan, tiada kumpulan yang akan dipinggirkan dan kerajaan akan memastikan rakyat sentiasa mendapat manfaat melalui dasar yang memberi peluang kepada mereka memiliki atau menyewa rumah yang dibina oleh sektor awam dan swasta.

''Kerajaan berasa denyut nadi rakyat yang mahu memiliki rumah sendiri. Ini cita-cita yang semua orang mahu, tak kira siapa, mereka mahu suatu hari nanti dapat memiliki sebuah kediaman yang selesa.

''Inilah salah satu keutamaan di bawah kerajaan BN dan kita akan terus membina sebanyak rumah untuk rakyat miliki.

''Sebab itulah Dasar Perumahan Negara yang dilancarkan tahun lalu bertujuan memperkasakan lagi projek-projek perumahan awam dan swasta terutama sekali rumah yang mampu dimiliki oleh rakyat," katanya ketika berucap pada majlis Penyerahan Surat Tawaran kepada 336 pembeli Pangsapuri Rakyat Sungai Putat, Batu Berendam di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung; Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Md. Yunos Husin.

Pada majlis itu juga, beliau mengumumkan harga pangsapuri tersebut yang dijual RM35,000 seunit berbanding harga kos sebenarnya bernilai RM148,000 seunit.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, sepanjang tempoh 2006 hingga 2010, sejumlah 110,000 unit perumahan awam mampu milik telah dapat dibina oleh kerajaan.

''Kita tambah lagi dengan Skim Rumah Pertamaku dengan setiap individu berusia 35 tahun ke bawah boleh mendapat pinjaman 100 peratus daripada institusi kewangan tanpa perlu wang pendahuluan," katanya.

Justeru, kata Najib, kerajaan dalam proses mempergiatkan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Rumah Mesra Rakyat (RMR) yang dibangunkan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) untuk diberikan kepada golongan sederhana dan berpendapatan rendah agar mereka memiliki rumah kediaman sendiri.

Menurutnya, kerajaan juga menyediakan subsidi sebagai sumbangan kepada rakyat supaya rumah yang ditawarkan oleh kerajaan adalah rendah berbanding harga pasaran sebenarnya.

Beliau berkata, sehingga 31 Disember tahun lalu, kerajaan telah menyiapkan sebanyak 65,246 buah rumah di seluruh negara dan sebagai tambahan, sebanyak 38,942 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) akan dibina bagi tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Mengenai projek terbengkalai pula, katanya, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM63 juta bagi memulihkan 1,270 unit rumah terbengkalai di seluruh negara.

Katanya, sehingga 31 Disember tahun lalu, kerajaan dengan kerjasama semua pihak telah berjaya memulihkan sebanyak 83 projek daripada jumlah 167 projek perumahan yang diisytiharkan terbengkalai sejak 2009.

''Dengan pemulihan projek ini, seramai 9,278 pembeli telah mendapat manfaat," katanya. Utusan

ANWAR IBRAHIM KERJA KERAS JATUHKAN AZIZAN?


KUALA LUMPUR 24 Feb. – Tekanan politik yang terpaksa dihadapi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sehingga menyaksikan ‘pemberontakan’ empat Exco kanan Pas didakwa berpunca daripada tangan ghaib Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dakwaan itu dibuat bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin kerana katanya, Anwar tidak menyukai mana-mana pemimpin ulama dalam Pas yang tegas mempertahankan kedudukan Melayu dan Islam kerana mahu prinsip itu diliberalkan.

Menurut Mohammad Fairus, bibit-bibit usaha bagi menjatuhkan Azizan bermula apabila Anwar secara terbuka dalam satu mesyuarat pakatan pembangkang tidak bersetuju dengan dasar menaikkan peratus pemilikan bumiputra untuk tanah rizab Melayu kepada 50 peratus.

“Saya sendiri (selaku Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang pada masa itu) berada dalam mesyuarat dan Anwar tidak setuju dengan dasar 50 peratus pemilikan bumiputera untuk tanah rizab Melayu. Anwar mahu dasar tersebut diliberalisasikan seperti sedia kala.

“Namun Azizan tidak berganjak dengan pendiriannya kerana beliau memang dikenali sebagai pemimpin ulama Pas yang berjiwa Melayu dan sejak detik itu, Anwar melalui golongan ‘Anwarinas’ dalam parti Pas merancang untuk menjatuhkan Azizan.

“Sebab itu sehingga hari ini kita tidak mendengar seorang pun golongan ‘Anwarinas’ dalam Pas mempertahankan Azizan. Mana suara Datuk Mahfuz Omar? Mana suara Mohamad Sabu dan naib-naib presiden Pas lain,” dakwanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau mengulas krisis kepimpinan terbaru dalam Kerajaan Pas Kedah yang menyaksikan ‘pemberontakan’ empat Exco kanan dari parti Pas selepas pelbagai tekanan sebelum ini bagi memaksa Azizan melepaskan jawatan selaku Menteri Besar Kedah gagal.

Azizan sebelum ini dikecam hebat oleh pemimpin pakatan sendiri apabila beliau mempertahankan tindakan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) Kedah, menggantung pelajar selain keberaniannya menyanggah isi kandungan Buku Jingga pakatan pembangkang, apabila berkata ia bukan al-Quran.

Mengulas lanjut, Mohammad Fairus mendakwa, perkembangan terbaru yang menimpa Azizan juga membuktikan Anwar mengamalkan politik kuku besi dan beliau akan melakukan apa sahaja bagi menjatuhkan pihak yang menyanggahnya daripada menjadi Perdana Menteri.

Dalam pada itu, bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ruslan Kasim berkata, Azizan kini mangsa seterusnya kerakusan politik Anwar selepas Datuk Dr. Hasan Ali berjaya ditendang keluar daripada Kerajaan Negeri Selangor kerana lantang mempertahankan Islam.

Katanya, usaha Anwar untuk menyingkir golongan ulama dalam Pas bertambah mudah kerana parti tersebut kini dikuasai lebih 70 peratus golongan pro kepada ketua pembangkang itu dan mereka tidak teragak-agak untuk ‘menikam’ rakan sendiri jika matlamat ke Putrajaya cuba dihalang.

“Siapa yang menjadi pencatur kepada tangan-tangan ghaib bagi menyingkir pemimpin ulama dalam Pas cukup jelas. Selepas Hasan Ali kini Azizan pula, apakah semua ini sekadar kebetulan? Ini semua perancangan matlamat menghalalkan cara oleh Anwar,” katanya.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain pula tidak menolak kemungkinan tangan-tangan ghaib yang cuba membunuh karier politik Azizan berasal dari Anwar.

Katanya, ini kerana PKR sendiri bercita-cita besar untuk menonjolkan pengaruh parti itu di Kedah dengan cara menukar warna kepimpinan Pas di negeri jelapang padi itu agar seiring dengan dasar dan kehendak Anwar. Utusan

USTAZ GEMPAQ TERKOPAQ KHALWAT DENGAN BINI ORANG?


Terkini maklumat yang diterima mengatakan pasangan khalwat Badrol Amin adalah wanita bernama Zitawani yang bertugas sebagai juruteknik di Kolej Komuniti Rompin yang mana masih berstatus isteri orang.

Suami wanita tersebut bernama Fazli Pungut.

Berita terdahulu, Ustaz Badrul Amin Bahrum ditangkap khalwat di Pahang oleh Jabatan Agama Islam Pahang.

Badrul Amin yang terkenal dengan ceramah mencarut,maki hamun dan fitnah ini di tangkap bersama pasangannya disebuah bilik semasa retreat parti.

Sekarang ini dikatakan sedang kecoh dikalangan ahli PKR Pahang,mereka cuba menutup kes khalwat bersama isteri orang ini tetapi berjaya didedahkan. Poitik Harian

Ceramah Ustaz Badrul Amin : Anwar Ibrahim, Imam Mahdi

Ceramah Gempaq Bapa Setan

Adv

Nuffnang 2