Nuffnang

Advertlets

Pesanan AC

Segala kelemahan dalam Blog ini datangnya dari penulis sendiri, dan semua kesempurnaan datang dari Allah s.w.t.

Kepada sahabat-sahabat Blogger sila linkkan blog Assassin Cyber di bloglist anda dan AC akan linkkan blog anda di list kami.

Kepada anda yang ada artikl menarik dan ingin dikongsikan sila email ke:

E-mail: telebihsudah@gmail.com

FOLLOW JIKA BERANI

Klik Butang Like Di Bawah

TUKAR SIZE FONT

Change Text Size
+A +A +A +A +A

24 February, 2012

BAI'AH MAINAN POLITIK PAS.

Apakah bersekongkol dengan anti Islam, dan pejuang keselamatan negara haram Israel tidak akan jatuh Bai'ah? 

Dalam hal agama kononnya PAS adalah no.1. Pas yang terbaik. Pas yang serba lengkap dengan pengetahuan agama. Pendek kata PAS adalah kesempurnaan pada Islam. Yolah tu, sempurna la sangat.

Pada hemat assassin, Islam yang kononnya diperjuangkan PAS hanya pada luarannya sahaja. Seperti para pemimpinnya yang hanya berselindung disebalik jubah, dan serban sahaja. 

Setiap masa, hampir setiap saat PAS mengatakan Islam adalah teras perjuangan sebenar mereka. Tetapi apabila timbul isu yang melibatkan agama. Mulut-mulut yang sebelum ini tak henti-henti bercakap tiba-tiba sahaja terkunci dan diam seribu bahasa.

Macam kena gam gajah. Tak boleh buka langsung. Orang bukan beragama Islam mempermainkan ayat Al-Quran dalam ceramah anjuran PAS. PAS buat tidak tahu. Semua itu dihalalkan oleh PAS. 

Ustaz penganut PAS menganggap Nik Aziz sebagai Nabi. PAS buat tidak tahu. Apa yang PAS lakukan adalah, tutup kes dan rehatkan Ustaz tersebut dari memberi ceramah umum. Rehat sebentar, dua tiga bulan lagi muncul la Ustaz tu.

Baca berita di bawah:

************************************************

KUALA LUMPUR 23 Feb. - Bai'ah merupakan istilah syarak yang tidak sepatutnya digunakan dengan sewenang-wenangnya oleh mana-mana parti politik termasuk Pas.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, istilah ikrar, perjanjian atau akujanji adalah lebih tepat untuk digunakan dalam konteks politik kerana tidak dibenarkan berbai'ah dalam perkara-perkara yang melanggar syariat.

Lebih-lebih lagi katanya, bai'ah yang diwajibkan oleh Pas untuk setiap calon parti itu yang bertanding dalam pilihan raya seperti dinyatakan oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kelmarin adalah terlalu radikal.

"Bai'ah yang diperkenalkan Pas itu terlalu radikal sehingga dikatakan boleh mendatangkan kecelakaan dunia dan akhirat kepada sesiapa yang melanggarnya.

"Saya cabar pemimpin-pemimpin Pas kemukakan dalil-dalil yang bersandarkan kepada al-Quran dan sunah bagi mewajarkan bai'ah tersebut," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Hadi bahawa setiap calon parti berkenaan yang bertanding dalam pilihan raya diwajibkan berbai'ah bagi menentukan mereka tidak menyeleweng dari dasar Islam, cara dan matlamatnya.

Dalam perkembangan sama, Fathul Bari menambah, pemimpin Pas tidak layak menerima bai'ah daripada ahli-ahli parti berkenaan kerana mereka bukan pemerintah yang dikategorikan sebagai amirul mukminin.
Katanya, pemimpin Pas dipilih menerusi kaedah politik yang tidak berpandukan kepada sistem 'khilafah Islamiyyah'.

Menurut beliau, seseorang khalifah yang dilantik menerusi sistem berkenaan hanya layak digelar amirul mukminin apabila umat Islam di seluruh dunia bernaung di bawah pemerintahannya.

"Pengertian bai'ah mengikut Ahlussunnah Wal Jamaah adalah memberi satu akujanji kepada pemimpin dalam kalangan mukmin yang dilantik menerusi sistem 'khilafah Islamiyyah' dan berikrar tidak akan melanggar perintahnya.

"Masalahnya, pemimpin Pas bukan amirul mukminin. Parti itu tidak boleh menamakan akujanji taat setia calon pilihan raya kepada parti sebagai bai'ah," katanya.

Dalam pada itu, Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria berkata, konsep bai'ah tidak boleh digunakan untuk memastikan kesetiaan kepada pemimpin parti atau dasar perjuangan politik.

Jelas beliau, bai'ah yang diperkenalkan Pas tidak boleh diamalkan lebih-lebih lagi dalam keadaan parti berkenaan secara terang-terangan bersekongkol dengan parti-parti yang memperjuangkan ideologi sekularisme, liberalisme dan pluralisme.

"Apa yang Abdul Hadi kata itu tak tepat. Jangan guna istilah-istilah syarak untuk tujuan politik kerana ia akan mengelirukan umat Islam," katanya. UM

LEMBU PUNYA SUSU SAPI DAPAT NAMA.

PULAU PINANG 23 Feb. – Ketua Menteri, Lim Guan Eng tidak layak untuk mengakui kejayaan negeri ini mencapai pelaburan tertinggi dalam sektor pembuatan pada tahun lalu disebabkan pentadbiran pembangkang.

Ini kerana kejayaan tersebut sebenarnya mampu dicapai hasil usaha keras kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu yang berjaya meyakinkan pelabur.

Pengerusi Biro Ekonomi Pemuda UMNO negeri, Aziaan Ariffin berkata, kerajaan BN telah menyediakan pelbagai kemudahan asas untuk menarik minat pelabur ke Pulau Pinang.

Antaranya, jelas beliau, lapangan terbang, pelabuhan, zon perdagangan bebas, jambatan dan rangkaian lebuh raya yang baik.

“Dia (Guan Eng) tidak sepatutnya sombong. Kejayaan Pulau Pinang hari ini bukan 100 peratus usaha dia.
“Kerajaan DAP Pulau Pinang pun tidak buat penambahbaikan, tidak mengubah dasar tapi hanya meneruskan polisi serta usaha BN dulu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Guan Eng dalam ucapan sempena majlis makan malam anjuran DAP di Petaling Jaya semalam mendakwa kejayaan Pulau Pinang dan Selangor sebagai destinasi pelaburan sektor pembuatan terunggul pada tahun lalu membuktikan pembangkang mampu mentadbir dengan bersih dan cekap.

Pulau Pinang mencatat jumlah pelaburan sebanyak RM9.1 bilion manakala Selangor RM8.7 bilion.
Aziaan memberitahu, segala kemudahan yang disediakan oleh kerajaan BN sebenarnya untuk semua rakyat di negeri ini tanpa mengira fahaman politik.

“Kalau nak tunggu dia (Guan Eng) buat, berpuluh tahun lagi pun belum tentu siap,” ujarnya. UM

Backlinks

Dapatkan backlink percuma untuk laman web dan blog anda disini.

Langkah-Langkah Untuk Mendapat Backlink :

1. Salin kod html dibawah.
2. Tampal kod html tersebut di mana-mana ruangan blog anda.
3. Untuk mula menjana "backlink" anda hanya perlu klik banner tadi.


Salin kod html dibawah dan tampal di blog anda:

Adv

Nuffnang 2