Nuffnang

Advertlets

Pesanan AC

Segala kelemahan dalam Blog ini datangnya dari penulis sendiri, dan semua kesempurnaan datang dari Allah s.w.t.

Kepada sahabat-sahabat Blogger sila linkkan blog Assassin Cyber di bloglist anda dan AC akan linkkan blog anda di list kami.

Kepada anda yang ada artikl menarik dan ingin dikongsikan sila email ke:

E-mail: telebihsudah@gmail.com

FOLLOW JIKA BERANI

Klik Butang Like Di Bawah

TUKAR SIZE FONT

Change Text Size
+A +A +A +A +A

23 February, 2012

Perubahan pilihan raya bergantung kepada tarikh PRU13

LONDON 23 Feb. - Sejauh mana perubahan dalam sistem pilihan raya di Malaysia yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) sebahagian besarnya bergantung kepada tarikh pilihan raya umum ke-13 akan diadakan.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata, sementara perubahan telah dan sedang dilaksanakan, sesetengahnya mungkin tidak boleh digunakan dalam pilihan raya akan datang.

"Jika kita ada setahun lagi (untuk pilihan raya umum akan datang) maka ia mungkin boleh dibuat,” katanya kepada wartawan Malaysia sebelum menghadiri majlis makan malam yang dihoskan Pesuruhjaya Tinggi Datuk Zakaria Sulong bagi delegasi PSC yang berada di sini bagi mengkaji proses daftar pemilih di Eropah.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali, yang merupakan anggota delegasi berkata, memandangkan tarikh pilihan raya umum ke-13 yang tidak menentu, adalah baik jika semua langkah-langkah pembaharuan diterima pakai terlebih dahulu sebelum tarikh pilihan raya diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan yang turut hadir berkata, memandangkan perubahan itu adalah penting, perkara yang lebih penting adalah bagi meningkatkan kepercayaan orang ramai mengenai sistem pilihan raya Malaysia. - BERNAMA

TERKINI : Adik Faris Telah Pergi Selamanya

"Salam Mazidul, Faris telah pergi buat selama-lamanya. Mohon maklumkan kepada semua, wang sumbangan telah mencukupi untuk menjelaskan bil hospital'

Itu pesanan ringkas dihantar kepada saya oleh ayah Faris pada jam 10.18 pagi tadi.

Takziah Sham, Zuraine dan ahli keluarga.

Ternyata Allah lebih sayangkan Faris Nur Daniel, di syurgalah tempat anak itu, InsyaAllah.

Mewakili keluarga Faris, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada setiap pembaca blog ini dan semua sudi menyumbang, membantu membiayai kos rawatan arwah sewaktu dirawat selama 23 hari.

Sumber : Mazidul
 

ISU ISRAEL HILANG DITELAN WAKTU? MANA MAJLIS SYURA ULAMA PAS?


Apa pendirian Majlis Syura Ulama PAS? Dimana kelantangan suara Majlis Syura Ulama PAS. Sehingga ke hari ini mereka masih mendiamkan diri tanpa sebarang kenyataan formal mahupun tidak formal dari majlis ini berhubung sokongan Anwar Ibrahim kepada keselamatan negara haram Israel.

Mungkinkah, Majlis Syura Ulama PAS ini merancang untuk berdiam diri dengan harapan masalah ini akan luput ditelan waktu? Siapa tahu. Asalkan namanya pembangkang, kebanyakan perkara yang salah akan dihalalkan. 

Mursyidul Am PAS Nik Aziz sendiri mengatakan, haram bersekongkol dengan penyokong Israel, apatah lagi dengan Israel itu sendiri.

Pada hemat assassin, ini hanya kenyataan untuk mengabui mata dan hati rakyat sahaja. Mengeluarkan kenyataan seolah-olah tidak akan menjalin dan menolak sebarang unsur Israel. Tapi sekarang, apa tindakan yang diambil? NIL!! tidak ada tindakan yang diambil. Jika benarlah haram menjalin hubungan dengan orang upahan Israel seperti Anwar Ibrahim, mengapa PAS masih berada dalam Pakatan Rakyat?

Bukankah PAS wajib keluar dari Pakatan Rakyat, dan haram untuk bekerjasama dengan Anwar Ibrahim.

Dalam hal ini, ternyata Majlis Syura Ulama PAS sedikitpun tidak menampakkan sebarang pengaruh. Pandai cakap saja, tindakan tiada!

Apa yang pasti bagi PAS sekarang ini adalah, mereka menyertai Pakatan Rakyat hanya semata-mata kerana kiblat mereka telah beralih ke putrajaya. Berkiblatkan Putrajaya!

Demi kepentingan politik, kesucian Islam digadaikan.

***********************************************************************************

KUALA LUMPUR 22 Feb. - Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim menggesa Majlis Syura Ulama Pas menjelaskan pendiriannya berhubung tindakan parti itu yang terus menyokong dan memberi kerjasama kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini kerana katanya, tindakan parti itu menyokong Anwar yang secara terang-terangan menyokong Israel, boleh dianggap sebagai bersubahat.

"Saya menggesa Majlis Syura Ulama Pas supaya menyatakan pendirian dalam hal ini kerana Anwar tidak melakukan dua perkara yang telah diputuskan oleh majlis tersebut untuk membuktikan bahawa beliau tidak menyokong Israel.

"Selain itu, saya juga mahu tahu pendirian majlis tersebut sama ada parti itu dianggap sebagai bersubahat kerana menyokong kenyataan Anwar seperti yang dikeluarkan dalam The Wall Street Journal (WSJ)," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Anwar yang tidak akan menyaman WSJ berhubung kenyataannya mengenai sokongan terhadap keselamatan Israel sebagaimana disiarkan pada 26 Januari lalu meskipun Majlis Syura Ulama Pas sebelum ini menggesa Ketua Pembangkang itu berbuat demikian jika kenyataannya diputar-belitkan oleh media berkenaan.

Sambil mendakwa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendengar dan memahami penjelasannya dalam pertemuan selama satu jam semalam, Anwar berkata, WSJ tidak melakukan kesalahan kerana ia turut menyiarkan kenyataannya mengenai syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh rejim zionis dalam memenuhi aspirasi rakyat Palestin.

Majlis Syura Ulama Pas sebelum ini sebulat suara memberi kata dua kepada Anwar supaya menarik balik kenyataan menyokong keselamatan Israel dan menyaman WSJ bagi membuktikan bahawa beliau tidak menyokong negara berkenaan.

Dalam pada itu, Razali turut mempertikaikan tindakan Anwar yang hanya memberi penjelasan kepada Nik Aziz sahaja.

Sedangkan, katanya, Anwar sepatutnya memberi penjelasan tersebut kepada Majlis Syura Ulama dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana ia membabitkan kepentingan ummah.

Sementara itu, berhubung dakwaan bahawa syarikat Malaysia mempunyai hubungan perdagangan dengan Israel, Razali menyifatkannya sebagai strategi pembangkang untuk mengelirukan rakyat. 

"Malaysia tidak ada hubungan diplomatik dan mengiktiraf negara tersebut apatah lagi mempertahankan keselamatan negara itu.

Ini merupakan perkara yang berbeza serta sengaja dibangkitkan untuk mengalih pandangan, mengelirukan dan bertujuan mendapatkan sokongan rakyat. Kita tidak perlu menyokong pihak yang melakukan kesalahan kerana kita mempunyai pilihan, menolak atau bersubahat," jelasnya.-UM

APA DI SEBALIK PERJUANGAN DAP & PKR

Abu Zain  - Allah s.w.t. masih cinta kepada umat Islam di Malaysia supaya sedar apa akan terjadi PADA masa  hadapan .

Jangan sibuk merebut kesenangan (keselesaan) hidup dalam POLITIK . Agama memperjuangkan nilai persatuan umat atas agama tauhid. Jihad untuk menegakkan institusi agama Islam. Iaitu Islam, bangsa dan raja. Para sahabat meninggalkan kampung dan harta untuk memperjuangkan NILAI agama.

Mengapa kita disibukkan dengan tuduhan rasuah, kroni, kezaliman, kebebasan dan lain (Isu fana atau sementara). Tuduhan TERSEBUT BOLEH DIKENAKAN KEPADA SESIAPA PUN sebarang individu atau parti.

Lihat apakah perjuangan NILAI dalam parti DAP 

1)      Perdana Menteri Malaysia hendaklah beragama Kristian menjelang 2021.

2)      Negara Malaysia menjadi negara REPUBLIK  seperti Singapura.

3)      Institusi Raja Melayu perlu di leyampkan

4)      Azan dan bacaan al-Quran mengguna pembesar suara di hentikan

5)      Dasar Ekonomi Baru dihentikan seperti di Pulau Pinang sekarang

6)      Parti politik yang memperjuangkan agama tidak dibenarkan.(DAP bukan parti memperjuangkan agama Kristian!)

7)      Bishop Kristian akan dinaikkan tarafnya ke taraf menteri.

Hampir semua perjuangan mereka tersebut di atas adalah bertentangan dengan perlembagaan Persekutuaan Malaysia dan sosial kontrak yang di buat antara bangsa Melayu , Cina dan India semasa membuat perlembagaan. Iaitu semua bangsa perlu menghormati institusi di Raja, Islam sebagai agama Persekutuan dan Dasar Ekonomi  Baru menaikkan taraf status ekonomi kaum Melayu. Atas  dasar kerajaan memberi peluang untuk perniagaan dibuka secara bebas bagi semua bangsa. Peluang telah dibuka dan semua bangsa khasnya bangsa Cina telah menjadi sangat maju di negeri ini. Negara telah mencapai kemajuan yang sangat cemerlang.

Kapal Singh dan rakannya dalam parti DAP telah pun berkata : ‘Atas mayat saya negara Islam tidak akan  wujud di Malaysia.’

Masalah  ‘negara Islam’  yang didondangkan oleh PAS seketika waktu perlu dibincangkan ditempat yang lain.

 Lihat pula  perjuangan PARTI KEADILAN RAKYAT (PKR)

Mereka memperjuangkan NILAI berikut:

1)      Agama Pluralisme dan hak asasi Manusia. Semuanya berdasarkan atas KESAMARATAAN iaitu equality dalam agama dan seks.

2)      Mereka menganjurkan kesamarataan seks. Bermakna peranan lelaki dan perempuan sama. Wanita sebagai ibu dalam keluarga AKAN menjadi idea lapuk.

3)      Baca seterusnya di SINI

BAKAL PENGAJAR & PEMIMPIN, PENCINTA KEAMANAN


TANJUNG MALIM 22 Feb. - Perasaan marah dan protes kepada kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat Palestine turut disuarakan oleh para pelajar Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).

Satu gerakan mengumpul tandatangan oleh pelajar-pelajar penyokong "We Love UPSI" telah dilancarkan oleh Timbalan Naib Canselor UPSI, Datuk Paduka Dr. Junaidi Abu Bakar di perkarangan UPSI hari ini.

Gerakan pelajar bertujuan menjalankan kempen menyedarkan masyarakat kampus seperti mengedarkan gambar-gambar dan menyampaikan pidato tentang kekejaman rejim Zionis terhadap Palestine.

Para pelajar juga mengutuk keras mana-mana pihak yang cuba melindungi dan menyokong perjuangan zionis. - UTUSAN

PAS SAYANG PAKATAN RAKYAT ATAU TAKUT ANWAR IBRAHIM?


KUALA LUMPUR 22 Feb. - Pas sepatutnya menolak kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat kerana pendirian Ketua Pembangkang itu jelas menyimpang daripada prinsip parti itu berhubung perjuangan rakyat Palestin dan rejim Tel Aviv, kata bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti itu berkata, kenyataan Anwar mengenai sokongan terhadap keselamatan Israel memaparkan perbezaan ketara berhubung soal prinsip antara Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Pas seharusnya membuat pendirian tegas menolak kepimpinan Anwar dan menolak Pakatan Rakyat. Malangnya, kita melihat ada pula sesetengah pimpinan Pas menyatakan bahawa dalam Pakatan Rakyat perlu ada perbezaan pandangan.

"Apakah ini perbezaan pandangan yang hendak dipertahankan oleh Pas? Ini bukan perbezaan pandangan biasa. Ini satu kesalahan yang amat berat, satu pelanggaran terhadap akidah Islamiah terhadap soal benteng iman seorang Islam bila mana menyatakan sokongan dalam bentuk apa pun kepada negara haram Israel,” katanya kepada Bernama hari ini.

Menurut Mohammad Fairus, perkembangan terbaru itu seharusnya telah membuka mata rakyat terhadap sifat kepimpinan Anwar, malah tambahnya, turut memberi kesan di kalangan banyak negara Islam.

Semalam, Anggota Parlimen Permatang Pauh itu berkata, Menteri Besar Kelantan Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memahami penjelasan beliau berhubung kenyataannya yang menyokong keselamatan Israel seperti yang dilaporkan The Wall Street Journal (WSJ).

Sebaliknya, hari ini Nik Aziz dalam kenyataannya berkata, Pas tetap tidak mengiktiraf “negara haram” Israel. - BERNAMA

Adv

Nuffnang 2