Nuffnang

Advertlets

Pesanan AC

Segala kelemahan dalam Blog ini datangnya dari penulis sendiri, dan semua kesempurnaan datang dari Allah s.w.t.

Kepada sahabat-sahabat Blogger sila linkkan blog Assassin Cyber di bloglist anda dan AC akan linkkan blog anda di list kami.

Kepada anda yang ada artikl menarik dan ingin dikongsikan sila email ke:

E-mail: telebihsudah@gmail.com

FOLLOW JIKA BERANI

Klik Butang Like Di Bawah

TUKAR SIZE FONT

Change Text Size
+A +A +A +A +A

22 February, 2012

TUNTUTAN 22 PERKARA RAKYAT KELANTAN


KOTA BAHARU, 22 Feb -  Gerakan TUKAR, sebuah badan yang menggabungkan sekumpulan Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Kelantan pada Rabu menuntut kerajaan negeri pimpinan Pas supaya menunaikan 22 perkara yang dijanjikan kepada rakyat sebelum ini.

Pengerusi Gerakan TUKAR, Kamarudin Mohd Kasim, berkata 19 daripada 22 perkara yang dituntut itu adalah janji Pas yang terkandung dalam manifesto pilihan raya umum parti itu yang lepas manakala tiga lagi adalah berkaitan isu politik semasa.

“Kesemua tuntutan tersebut akan diserahkan kepada kerajaan negeri dalam masa terdekat ini dan jika masih gagal menunaikan janji, kami bersepakat memberi mandat kepada Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-13 nanti,” katanya pada sidang akhbar di sini, Rabu.


Kamarudin berkata penduduk Kelantan telah memberi tempoh 22 tahun kepada Pas untuk memerintah tetapi tidak ada perubahan besar dilakukan malah masalah asas pun masih tidak dapat diselesaikan.

Beliau berkata antara janji yang dituntut untuk ditunaikan ialah anak negeri Kelantan diberi keutamaan dalam pentadbiran kerajaan negeri dan semua wakil rakyat di negeri itu hendaklah daripada kalangan anak-anak tempatan manakala barisan kepimpinan kerajaan Pas dikehendaki mengiystiharkan harta.

Kerajaan negeri juga dituntut menyegerakan menguatkuasakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan yang sudah diluluskan, kerajaan negeri bersikap lebih bersih, adil dan amanah dan berhenti daripada menyalahkan pihak lain kerana kegagalan sendiri.

Kerajaan negeri juga dikehendaki segera menyediakan peluang pekerjaan khususnya kepada golongan belia yang menganggur selain menyegerakan pembayaran bantuan RM100 kepada seluruh warga emas di Kelantan bermula pada 1990 hingga sekarang, menyelesaikan segera masalah air yang berlarutan sejak sekian lama serta segera menghapuskan cukai pintu dan bayaran tempat letak kereta dan sewa tapak operasi kereta sewa di seluruh negeri.


Juga dituntut ialah pembinaan pelabuhan darat di Kuala Krai, penyelesaian masalah Ladang Rakyat dan menyegerakan saranan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengenai pembelaan terhadap nasib Orang Asli di Kelantan, menyediakan segera tapak rumah kepada golongan miskin di Bukit Tok Ali di Jeli, Pantai Mek Mas di Pengkalan Chepa, Alor Pulai dan Kampung Tok Ewel di Bachok dan kawasan lain untuk penempatan golongan miskin yang belum dilaksanakan.

Kamarudin meminta pemimpin kerajaan negeri supaya tidak lagi bersekongkol dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menolak sebarang kerjasama dengan DAP. - Umno Online

MAT SABU KECUT TELUR!


Mah-Sabu kantoi, kecut telur bila masalah yang ditimbulkannya kembali menghantui dirinya. 

Apa tidaknya, permohonan Mat Sabu untuk menggurkan kes fitnah mengenai isu komunis Bukit Kepong terhadapnya telah ditolak oleh mahkamah tinggi. Alasan yang diberikan oleh Mat Sabu adalah, mahkamah bukan tempat perdebatan sejarah.

Tahu takut Mat Sabu nie. 

**************************************
GEORGETOWN - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu untuk mengetepikan kes fitnah mengenai isu komunis Bukit Kepong terhadapnya.

Beliau didakwa memfitnah anggota polis berkenaan dan keluarga mereka di Bukit Kepong, dalam satu ceramah di Tasek Gelugor Ogos tahun lepas.

Hakim Mohd Amin Firdaus Abdullah dalam membuat keputusan itu juga menolak permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan kes bicara itu sehingga rayuan dikemukakan di Mahkamah Rayuan. 

Hakim itu memerintahkan perbicaraan kes itu diteruskan di Mahkamah Sesyen, Butterworth. Mohamad Sabu, 57, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, memohon mengetepikan pertuduhan itu pada Januari lepas.

Pada 21 September tahun lepas, Mohamad Sabu dari Guar Petai, Tasek Gelugor, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Butterworth dan meminta dibicarakan.

Pertuduhan berkenaan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Beliau didakwa memfitnah anggota polis berkenaan dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950, dengan mengetahui bahawa tohmahan yang dibuat akan merosakkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka.

Mohamad Sabu didakwa melakukan kesalahan itu dalam ucapan kepada orang ramai pada 10 malam hingga 12 tengah malam 23 Ogos tahun lepas di hadapan Pusat Asuhan Tadika Islam Al-Fahmi, Markas Tarbiyah Pas, Padang Menora, Tasek Gelugor. - BERNAMA

DATUK SERI ANWAR, PALESTIN DAN ISRAEL

Pagi semalam, sekitar jam 9.30, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah datang menemui saya. Tujuannya adalah untuk menjelaskan maksud kenyataannya berhubung ‘keselamatan Israel’ yang disiarkan oleh Wall Street Journal pada Januari lalu.


Mungkin juga beliau datang setelah mengetahui keputusan Majlis Syura Ulamak PAS minggu lepas yang menggesa beliau menarik balik kenyataan dalam Wall Street Journal itu yang difahami sebagai menyokong Israel.


Majlis Syura Ulamak juga menggesa, sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka beliau dinasihatkan agar mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama.


Pada pertemuan itu saya ditemani oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Ia berlangsung dalam suasana harmoni. Datuk Seri Anwar telah menjelaskan kesemua isu yang telah berbangkit.


Memahami penjelasan Datuk Seri Anwar, di sini saya mengulangi pendirian PAS sebagaimana diputuskan oleh Majlis Syura Ulamak, iaitu PAS sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel. Maka PAS tetap istiqamah menyokong perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri. Terserahlah kepada Datuk Seri Anwar untuk menerima pendirian PAS ini.


Bagi saya, pendirian PAS adalah wajar kerana kewujudan negara haram Israel merupakan suatu kezaliman, tanpa peri kemanusiaan dan menafikan hak umat Islam, malah merampas hak seluruh rakyat Palestin. Tambahan pula, tindakan penguasa Israel yang tidak habis-habis menzalimi dan membunuh rakyat Palestine, termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua. Justeru, adalah haram menerima kewujudan negara Israel yang haram.


Pada saya, Datuk Seri Anwar memahami pendirian PAS yang tidak mengiktiraf negara Israel dan menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin. Oleh kerana itu tidak berbangkit PAS telah menggadai prinsip perjuangan tatkala bersama Pakatan Rakyat. Apa pun saya yakin, pihak Pakatan Rakyat tetap sepakat dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk membebaskan tanah airnya daripada cengkaman Israel yang zalim itu.


Justeru pada saya, adalah haram bersekongkol dengan pihak Israel dalam apa bentuk hubungan sekalipun.


Nik Abdul Aziz Nik Mat.
PNB Darby Park, Kuala Lumpur.
29 Rabi'ul Awal 1433 H | 22 Februari 2012.

HAMAS TAK SETUJU......ZIONIS DAN PAK NUAR SETUJU






“Kami ulangi hari ini sokongan kami terhadap penubuhan negara Palestin di tanah yang dibebaskan mengikut persetujuan rakyat Palestin, tanpa mengiktiraf kewujudan Israel atau menyerahkan walau seinci tanah yang bersejarah ini. ”

Anwar Ibrahim dalam kenyataannya, berkata pemimpin hamas juga bersetuju dengan cadangan saya dalam "Two-state Solution". 


Tanah Palestin yang dirampas Israel

Benar ke Hamas setuju.? Baca seterusnya DI SINI.


Negara Arab Pertimbang Pindah Dana Ke Malaysia, Bukti Ekonomi Kukuh

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Negara-negara Arab kini meneliti untuk memindahkan dana mereka ke ekonomi yang lebih selamat seperti Malaysia berikutan krisis ekonomi di Eropah dan Amerika Syarikat, kata Setiausaha Agung Majlis Perpaduan Ekonomi Arab, Liga Arab, Mohammed Al-Rabea.

"Krisis ekonomi di Eropah dan Amerika Syarikat telah menjejaskan perolehan negara-negara Arab. Kami meninjau secara serius untuk mengalihkan dana ini kepada ekonomi yang selamat seperti di Malaysia," kata beliau kepada Bernama dalam temu bual di sini.

Majlis Perpaduan Ekonomi Arab berada di Malaysia untuk Forum Perniagaan Global Malaysia-Rakan Kongsi Strategik-Malaysia dan Dunia Arab yang diadakan di MATRADE.

Delegasi itu mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir semasa forum berkenaan.

Mohammed Al-Rabae berkata mereka telah bertukar-tukar pandangan mengenai potensi perniagaan untuk Malaysia dan negara-negara Arab.

"Kami telah bertukar-tukar pandangan dan berbincang dengan Majlis Perniagaan Arab-Malaysia dan Dewan Perniagaan Arab-Malaysia untuk memajukan perniagaan dan mewujudkan usaha sama dan hubungan erat.

"Saya juga telah memanjangkan jemputan kepada Datuk Mukhriz untuk melawat Kaherah," katanya, sambil menambah bahawa Malaysia masih belum meluaskan hubungan perniagaan dengan semua anggota Liga Arab.

Mohammed Al-Rabae berkata delegasi itu kagum dengan pembangunan pelancongan kesihatan di Malaysia dan akan melaksanakan satu model yang sama di negaranya.

Majlis Perpaduan Ekonomi Arab akan melawat KPJ Healthcare, penyedia penjagaan kesihatan terkemuka Malaysia Rabu untuk membincangkan potensi perkongsian dalam bidang penjagaan kesihatan.

Sementara itu, Presiden Dewan Perniagaan Arab-Malaysia Mohamad Radwan Alamis berkata beliau yakin jumlah perdagangan antara Malaysia dan negara Arab akan melebihi US$30 bilion pada 2015 daripada US$17.6 bilion dalam tempoh 10 tahun lepas.

"Jumlah US$30 bilion itu tidak jauh untuk dicapai. Kami menjangka lebih lagi.

"Terdapat peluang yang besar. Terdapat peluang pelaburan yang besar bagi ahli perniagaan Malaysia di negara-negara Arab, khususnya dalam sektor pembinaan dan infrastruktur," katanya. - BERNAMA

Nato, AS minta maaf bakar al-Quran


KABUL - Pasukan tentera Amerika Syarikat (AS) dan Nato mengambil tindakan segera untuk memohon maaf atas tindakan mereka membuang dan membakar beberapa naskhah al-Quran sementara beratus-ratus rakyat Afghanistan berhimpun di pekarangan pangkalan tentera udara Bagram dekat sini, hari ini.

Sementara butiran mengenai kejadian itu belum jelas, pegawai tertinggi tentera AS dan Nato di Afghanistan menawarkan permintaan maaf dan menjanjikan satu siasatan dalam usaha mengawal kemarahan.

AS menggerakkan serangan udara ke atas negara itu pada 2001 dan mengekalkan pasukan tenteranya selepas pemerintahan Taliban digulingkan.

"Saya memberi anda jaminan. Saya beri jaminan, ini bukan sesuatu yang disengajakan," kata Jeneral John Allen dalam satu kenyataan, demikian menurut portal Guardian dari UK, hari ini.

Beberapa naskhah al-Quran yang diambil dari penjara di pangkalan udara itu diserahkan untuk tujuan pembakaran lewat semalam.

Tindakan itu disedari oleh pekerja-pekerja Afghanistan, kata pegawai-pegawai negara itu dan Barat.

Membakar dokumen-dokumen buangan adalah satu perkara yang biasa disaksikan di pangkalan-pangkalan udara di Afghanistan.

Ketua polis, Bekzad berkata, beberapa naskhah al-Quran juga dibuang bersama banyak kertas yang sudah tidak digunakan lagi.

Seorang jurucakap bagi pasukan perikatan, Lef Kol Jimmie Cummings berkata, kitab suci itu telah tersilap dihantar, tetapi enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.

Ahmad Zaki Zahed, ketua majlis perbandaran Parwan berkata, sebanyak 17 naskhah al-Quran dapat diselamatkan.

Sesetengah mereka yang berhimpun di pekarangan pangkalan udara membawa senapang memburu yang lama, selain ada yang menggunakan lastik dan membaling batu ke arah pangkalan udara selama beberapa jam. Malah, mereka juga melaungkan slogan "jahanam Amerika".

Kumpulan yang hadir dianggarkan antara 2,000 dan 3,000 orang dan pihak polis diletakkan di sepanjang jalan menuju ke arah pangkalan udara itu, demikian menurut ketua polis wilayah Parwan, Jeneral Mohammad Akram Bekzad.

Tindakan merosakkan atau membakar kitab suci al-Quran satu isu yang sangat sensitif di Afghanistan dan kadangkala mencetuskan keganasan dan adakalanya  membawa kepada rusuhan maut pada masa-masa lalu.

Tindakan seorang pastor membawa al-Quran di AS tahun lalu turut mencetuskan kemarahan dan keganasan di Afghanistan.

Hasan Ali mahu dedah video pasangan akui murtad


SHAH ALAM -  Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) yang menjadikan Islam, Melayu dan Institusi Raja (IMR) sebagai teras perjuangannya akan mendedahkan satu rakaman video mengenai usaha memurtadkan orang Islam di Selangor.

Presidennya, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, rakaman video khasitu merupakan pengakuan sepasang suami isteri yang pernah dimurtadkan dan kini telah kembali kepada Islam.

"Kita ada satu video khas mengenai mereka yang telah dibaptis iaitu rakaman daripada sepasang suami isteri yang dimurtadkan.

"Unit Selamatkan Akidah juga membantu usaha menyelamatkan akidah mereka," katabeliau pada sidang media selepas pelancaran Jati di Shah Alam Convention Center (SACC) di sini, hari ini.

Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor ini pernah beberapa kali menekankan isu murtad khususnya yang wujud di negeri itu.

Perkara itu pernah dibangkitkan oleh Hasan ketika berucap pad aHimpunan Sejuta Umat (Himpun) pada Oktober lalu tanpa menyatakan angka sebenar umat Islam yang telah murtad.

Kenyataan itu membawa kepada desakan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada November lalu agar Kerajaan Negeri Selangor mengeluarkan senarai nama-nama individu Islam yang didakwa telah murtad dan menyertai agama lain.

Asri beranggapan tindakan Hasan mendedahkan sejumlah besar umat Islam di negeri tersebut telah murtad seolah-olah mengaibkan agama kerana tidak melampirkan senarai penama yang telah memeluk agama lain.

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu juga pernah mendakwa, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ada mengesan kegiatan di kalangan Kristian menggunakan alat-alat canggih seperti kitab Injil menggunakan kuasa solar untuk memurtadkan Muslim.

Dalam kenyataan bulan lalu, Hasan berkata, umat Islam yang dimurtadkan sendiri yang memberi maklumat berhubung wujudnya dakwaan mubaligh Kristian mendekati umat Islam melalui pemakaian jubah dan bersolat Zohor berjemaah sekali dengan mereka.

Beliau berkata, maklumat itu diperoleh dalam sesi pendengaran bawah Unit Selamatkan Akidah yang ditubuhnya sewaktu masih bertugas sebagai exco hal ehwal Islam.

Unit itu kini diuruskannya walaupun selepas dipecat dari jawatan itu.
Pas telah Hasan pada awal bulan lalu.

Sementara itu, ketika berucap pada majlis pelancaran badan itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, usaha memperjuangkan bangsa dan negara merupakan satu jihad dan sebagai rakyat, menjadi kewajipan untuk mempertahankannya.

"Melayu dan raja tidak dapat dipisahkan. Jika kuasa raja ditarik, maka Melayu akan hilang di negara ini.

"Ada orang cakap, bila berkata mengenai Melayu, kita ialah seorang nasionalis... kita pertahankan bangsa kita, bukan taksub, dan wajib bagi kita untuk mempertahankan negara ini kerana ia memang milik orang Melayu," katanya.

Selain itu, sambil menahan sebak, Harussani berkata, "kedaulatan agama, bangsa dan raja perlu dikembalikan di negara kita sendiri agar tidak dihina dan pijak. Jangan sampai kita dipijak di negara sendiri," katanya.

Sehubungan itu, katanya, menjadi kewajipan bagi setiap orang Islam untuk berjihad bagi mempertahankan agama ALLAH dan negara daripada sebarang serangan, ejekan atau hinaan.

Antara yang hadir  ialah Pengasas Waris Malaya, Senator Ezam Mohd Nor. -Sinar

ANWAR JADI TALI BARUT PRESIDEN BUSH

Pada 1 Disember 2006, Condoleeza Rice, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) menyeru kepada semua reformis di dalam dan luar negara bersama-samanya membina satu institusi yang berkesan untuk negara demokratik.

Rice menyatakan perbincangan tentang reformasi di konteks serantau (Timur Tengah dan Afrika Utara) dan penyelesaian konflik Israel-Palestin merupakan agenda terpenting kepada dirinya dan Presiden Bush.

Di samping itu, Rice turut menyebut nama bekas Hakim Mahkamah Agung, Sandra Day O’Conor dan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim sebagai tokoh penting dalam FFF yang akan bekerjasama dengan reformasi-reformasi di kawasan rantau untuk menjayakan agenda pembaharuan.

Catatan matlamat dan hala tuju FFF seperti di atas merupakan salah satu daripada 267 dokumen-dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara AS kepada Government Accountability Project (GAP), yang bertanggungjawab menjaga akauntabiliti pentadbiran kerajaan di AS.

Shelley Walden, pegawai antarabangsa GAP menggunakan saluran Akta Kebebasan Maklumat AS (U.S. Freedom of Information Act – FOIA) dan dia mengambil masa hampir tiga bulan untuk mendapatkan dokumen-dokumen serta menulis laporan tentang badan FFF yang ditaja oleh Jabatan Negara AS itu.

Dokumen-dokumen tentang FFF boleh dilihat di sini

Tentang FFF, baca selanjutnya, artikel bertajuk, “Bukti Sokong Israel : FFF – Anwar Jadi Tali Barut Presiden Bush

Annapolis Summit 2007

Sebagai mengotakan janji di atas, Rice kemudiannya telah mengendalikan satu persidangan yang dinamakan ‘Annapolis Summit atau Annapolis Conference‘ untuk menyelesaikan konflik Israel dan Palestin.

Persidangan Annapolis itu diadakan pada 27 November 2007, di Akademi Tentera Laut, Annapolis, Maryland, AS yang dipengerusikan oleh Presiden AS, George W. Bush.

Israel diwakili Perdana Menterinya, Ehud Olmert manakala Palestin pula diwakili Presidennya, Mahmoud Abbas.

Menariknya, laman presstv.ir lapor Presiden Abbas adalah proksi AS yang melakukan coup d’etat (rampasan kuasa) apabila Ismail Haniya dari Hamas menang pilihanraya Palestin. Baca seterusnya DI SINI.

Adv

Nuffnang 2