SANDAKAN: Dua pemimpin kanan Umno Libaran
mengingatkan rakyat bahawa pembangunan negeri yang sedang rancak akan
terbantut jika pembangkang memerintah negeri ini.
Nasihat itu diberikan oleh Ahli Parlimen Libaran, Datuk Juslie Ajirol dan Wakil Rakyat Gum-Gum, Datuk Zakaria Hj Mohd Edris.
Peringatan itu dilontarkan keduanya dalam ucapan masing-masing di
hadapan 1365 penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia Fasa 3 (BR1M) peringkat
kawasan Dewan Undangan Negeri Gum-Gum kelmarin yang diadakan di dewan
Seri Libaran Batu 7.
Dalam ucapannya Zakaria menegaskan program pembangunan yang
sedangkan dilaksanakan kerajaan negeri telah menampakkan impak kepada
kesejahteraan rakyat termasuk telah berjaya mengurangkan kadar
kemiskinan tegar di negeri in.
Malah melalui hala tuju pembangunan yang disusun Ketua Menteri,
Datuk Musa Aman, pembangunan infrastruktur asas telah dinikmati penduduk
di kawasan luar bandar.
“Melalui hala tuju yang diumumkan ketua menteri beberapa tahun lalu
yang turut dijana dengan dana besar kerajaan persekutuan negeri ini
terus membangun.
“Program pembangunan Koridor Sabah sudah mula dapat dilihat rakyat
yang membuka banyak ruang ekonomi baru kepada rakyat negeri ini.
“Kerajaan telah melaksanakan pembinaan bekalan elektrik luar bandar,
pembinaan jalan-jalan baharu yang berkualiti telah menyumbang kepada
peningkatan taraf hidup rakyat,” katanya.
Malah dengan inisiatif kepimpinan peringkat negeri, kerajaan Barisan
Nasional telah mengujudkan banyak Mini Estet Sejahtera (Mesej) yang
menyumbang kepada kejayaan mengurangkan Ketua Isi Rumah Miskin Tekar
(KIRMT) di negeri ini.
Menurut Presiden Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (MHEANS) itu
lagi kesungguhan Kerajaan BN membela rakyat amat jelas dengan dasar
baharu kerajaan yang dilaksanakan melalui Transformasi Kerajaan yang
giat dilaksanakan.
“Melalui Transformasi yang dibawah Perdana Menteri Datuk Seri Mohd
Najib, melalui pemerkasaan tujuh keberhasilan Utama Negara (7NKRA)
rakyat sudah menerima hasilnya.
“Antara pemerkasaan
NKRA ialah menangani beban rakyat akibat kenaikan sara hidup yang semakin tinggi,” katanya.
Bagi mengurangkan beban rakyat Kerajaan BN telah memberikan bantuan
RM100 kepada murid sekolah rendah dan
RM200 berbentuk baucar pembelian buku kepada pelajar sekolah menengah dan
IPT malah tambahnya yuran sekolah juga dihapuskan.
Program bantuan kerajaan menurut Zakaria yang juga naib Ketua Umno
Libaran ditambah dengan mengekalkan subsidi terhadap beberapa barang
kawalan dan yang hangat diperkatakan ketika ini ialah
BR1M.
Dalam pada itu, melalui perlaksanaan Rancangan Malaysia Kesepuluh
(RMK10) Kerajaan BN juga telah menyediakan peruntukan yang besar dalam
menyediakan Program Bantuan Rumah (PBR) kepada mereka yang tidak
mempunyai rumah sama ada di bandar mahupun di luar bandar.
“Di Libaran Sahaja Kerajaan telah membina 2,000 unit rumah di projek
Program perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) 500 unit di Taman Nurni,
500 unit di Taman Gum-Gum Jaya dan 1000 unit di Sungai Manila, ini
membuktikan kerajaan BN adalah sebuah kerajaan Kebajikan yang sebenar,”
katanya.
Sementara itu, beliau mengingatkan rakyat pembangunan seterusnya
akan terbantut jika rakyat tersilap dengan memilih pembangkang untuk
memerintah negeri dan negara ini.
“Jangan wariskan generasi kita sebuah negeri yang mundur dengan
menyerahkan kerajaan kepada pembangkang, kita mungkin puas kerana
memilih calon pembangkang tetapi akibatnya anak-anak cucu kita akan
mewarisi sebuah negeri yang mundur dan kucar-kacir dan mundur,” katanya.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Libaran, Datuk Juslie Ajirol, yang
turut berucap di majlis itu, berkata melalui Majlis Permbangunan Ekonomi
Negara (MPEN) kerajaan telah menyediakan bantuan kepada rakyat untuk
menjana peningkatan ekonomi keluarga.
Katanya, Kerajaan BN telah menyediakan menyediakan berjuta ringgit
melalui Tabung Ekonomi Kemajuan Usahawan Nasional (Tekun) dan Amanah
Ikhtiar Malaysia (AIM).
“Melalui Tekun dan
AIM kerajaan membantu rakyat untuk memulakan perniagaan dari berskala kecil hinggalah berskala besar dan mampu berdaya saing.
“Selain
BR1M kerajaan juga bertindak
bijaksana dengan meringankan beban rakyat melalui penubuhan kedai Rakyat
1Malaysia (KR1M) dan skim pelaburan rakyat iaitu
SARA 1Malaysia semata-mata mahu rakyat menikmati kehidupan yang lebih baik.
“Tujuannya jelas kerana kerajaan BN serius mahu rakyat negara ini
bukan saja dibela malah menjadi usahawan yang berpendapatan tinggi
sekaligus mencapai matlamat kita menjadi negara maju menjelang 2020,”
katanya.
Di peringkat negeri, menurut Pengerusi Perbadanan Pembangunan
Perbandaran Sabah (SUDC) itu kerajaan turut menyediakan program
bimbingan kemahiran kepada rakyat melalui berbagai agensi kerajaan
antaranya Yayasan Sabah.
“Yayasan Sabah serius memperkasakan pembangunan in dustri kraf
dengan mengadakan banyak kursus kepada masyarakat yang kini telah
menampakkan hasil yang memberangsangkan.
“Program itu telah berjaya membantu meningkatkan pendapatan keluarga
dan saya yakin akan lebih ramai lagi rakyat akan mendapat manfaat dari
program tranformasi ekonomi negara,” katanya.
Lantaran itu tegasnya rakyat mestilah jangan terjebak dengan dakyah
dan hasutan pembangkang yang lebih banyak berjanji tetapi tidak mampu
ditunaikan justeru jangan menggadai masa depan negara dengan janji
pembangkang.
Sementara itu, rakyat berbagai kaum berterima kasih kepada kerajaan
BN piumpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, di
atas pemberian
BR1M.
Sabah Times