Nuffnang

Advertlets

Pesanan AC

Segala kelemahan dalam Blog ini datangnya dari penulis sendiri, dan semua kesempurnaan datang dari Allah s.w.t.

Kepada sahabat-sahabat Blogger sila linkkan blog Assassin Cyber di bloglist anda dan AC akan linkkan blog anda di list kami.

Kepada anda yang ada artikl menarik dan ingin dikongsikan sila email ke:

E-mail: telebihsudah@gmail.com

FOLLOW JIKA BERANI

Klik Butang Like Di Bawah

TUKAR SIZE FONT

Change Text Size
+A +A +A +A +A

20 February, 2012

Astaghfirullahalazim: PAS Mengangkat Orang Kafir Sebagai ULAMA?

 Astaghfirullahalazim

Apa dah jadi dengan orang PAS? Kalau dibiarkan memerintah, orang kafir yang akan jadi IMAM. Orang kafir ini mempermainkan ayat Al-Quran dan Takbir, tapi dia sendiri tak pernah sujud kepada ALLAH, boleh cakap pasal iman. 

Bila orang kafir ini melaungkan takbir!!, orang PAS semua jawab dengan Allahuakhbar!!

Inilah yang telah disabdakan Nabi Muhammad s.a.w akan hal yang berlaku di akhir zaman. Bila orang kafir kata dia tahu kandungan Al-Quran, dia tahu akan kemuliaan iman dengan menyembah Allah yang satu dan tiada sekutu, tapi masih lagi kafir, adakah itu satu keindahan? Politik menghalalkan segala yang haram demi untuk matlamat yang sebenar - PAS itu bukan ISLAM dan ISLAM itu bukan PAS.

  "Ya Allah kau tunjukkan kuasa kepada manusia durjana ini, Amin ya rabbal alamin"

 

PAS bukan Islam, dan Islam bukan PAS.


Ayat ini assassin copy dari seorang commenter dari artikel papagomo. 


PAS bukan Islam, dan Islam bukan PAS, malah Nik Najis tidak pernah menyebut Islam. 

Apa yg terpatul dari mulut najis beliau adalah Islay. harap semua ahlul2 bahalul dan penyokong totok PAS harus faham. 

Islam dan Islay tak sama dan jauh berbeza. Kerna dalam Islay tuhan mereka macam Samseng dan mencarut. Semua yg haram dalam Islam tetapi kohalal dalam Islay. 

KITA TAHU YG RASUAH ITU HARAM, TETAPI DALAM PAS ITU DIKIRA SEDEKAH. BERZINA ITU HARAM TETAPI DALAM ISLAY, KALAU BERZINA DGN ISTERI ORANG DI DALAM BILEK HOTEL, MAHUPUN DALAM KOCH KERETAPI, SEMUA NO PROBLEM, JUMPA TOK GURU, TANGGUNG BERES DIAMPUNKAN DAN DIJAMIN MASYUKK SYRUGA MAK BAPAK DEPA YG PUNYA. 

DALAM ISLAM LIWAT ADALAH HARAM, DALAM ISLAY PUN HARAM TETAPI KALAU DGN ISTERI SENDIRI DIKIRA HALALAN TAYIBBAH, KESIAN ISTERI2 ORANG PAS KALAU KENA LIWAT DGN SUAMI TIDAK DAPAT PEMBELAAN. 

ITULAH KEPARATNYA ISLAY PAS. DALAM PKR PUN DIKIRA HARAM TETAPI KALAU SUKA SAMA SUKA DIKIRA ALRITE HALAL LAGI SYOKK. ITULAH KEPALA HOTAK ATOK KOTE BENGKOK, PEJUANG ISRAEL, BARUA LAHNAAT YAHUDI ZIONIST. 

SEDAR DAN INSAFLAH DAN BERTAUBAT JAUHI FUCKATON, SAMPE BILA NAK JADI BAHALUL. 

SELAMATKAN DIRI DAN KELUARGA, JAUHI PARTI YG SONGSANG LAGI MENYESATKAN. 

JANGANLAH MERELAKAN DIRI DI AZAB DAN DILAHANT KERNA MENYOKONG YAHUDI ZIONIST DAN PARTI AJARAN SONGSANG.

iNGATLAH DAN BEZAKAN DGN ULAMA ATAU TOK GURU YG SOHIH DGN ULAMA ATAU TOK GURU YG PLASTIK LAGI JAHIL. 

GUNAKANLAH AKAL DAN BERFIKIR. HENDAK TAHU PERBEZAAN SENANG SAJA, LIHAT GELAGAT DAN PERANGAI, DENGAR APA YG TERPATUL DARI MULUT BAU NAJIS DAN ANDA TAHU MANA YG SOHIH DAN YG MANA ADALAH NAJIS.

Sekat segera hadis palsu: Mufti


Langkah elak Islam digambar agama tak konsisten dalam prinsip amalan

KUALA LUMPUR: Tindakan tegas perlu diambil terhadap pihak yang menyebarkan hadis palsu, yang semakin menular di kalangan pengguna Internet bagi menjaga kesucian Islam.

Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya, berkata tindakan itu perlu disegerakan bagi mengelak Islam digambarkan sebagai agama yang rumit dan tidak konsisten dalam prinsip amalannya.

"Lambakan hadis palsu yang mudah diakses menerusi laman sosial Facebook dan blog boleh menyebabkan kesucian Islam dicemari dengan perkara tidak masuk akal dan tidak benar," katanya selepas menghadiri perbincangan bertajuk 1Malaysia dan Penghayatan Islam pada Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan di sini, semalam.

Juanda berkata, jika mahu menggalakkan orang hidup beragama, galakkan mereka mengikuti ajaran yang diajar Nabi Muhammad SAW iaitu agama mudah serta membentuk nilai kejiwaan tinggi.

"Kita mahu umat Islam membuat sesuatu yang mereka tahu akan tindakan berkenaan. Setiap langkah mereka difahami dan menjurus kepada kebaikan di samping menguatkan jati diri," katanya.

Dalam isu berkaitan, Juanda mahu penulis maya menjadi kumpulan pendesak selain mata dan telinga kerajaan bagi memastikan semua dasar dilaksanakan dengan sebaiknya demi kepentingan rakyat.
Beliau berkata, bagaimanapun, golongan itu perlu menghindari sikap mengampu, sebaliknya menjadi kumpulan pendesak yang jujur dengan idea bernas serta mempunyai fakta tepat.

"Kumpulan pendesak itu perlu berhujah menggunakan fakta benar supaya pandangan mereka dapat diterima dengan baik. Mereka juga berupaya menjadi pendesak yang kuat kepada kerajaan.

“Namun, mereka perlu menyusun gerakannya supaya lebih teratur dan dapat mempengaruhi orang ramai mengenai agenda mahu dibawa dan dilaksanakan berlandaskan fakta benar," katanya.  -BH

Skandal Eli Wong ; Imigresen Batam serah Helmi kepada polis


Suspek edar gambar bogel EXCO tunggu dakwaan

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia, Helmi Hazimin Malek, 37, yang dikaitkan dengan penyebaran gambar separuh bogel EXCO wanita kerajaan Selangor dan ditahan Imigresen Indonesia 3 Februari lalu, diserahkan kepada Polis Batam untuk siasatan susulan.


Jurucakap Kedutaan Besar Indonesia di sini, Suayana Sastradiredja, berkata Helmi diserahkan kepada polis Batam selepas siasatan ke atasnya berhubung dakwaan memalsukan dokumen perjalanan diri dan tinggal lebih masa selesai dijalankan pihak imigresen.

“Imigresen Batam menyerahkan Helmi kepada polis, Khamis lalu selepas siasatan terhadapnya selesai dan Helmi akan ditempatkan di bawah tahanan polis sementara menunggu proses pendakwaan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata, siasatan polis akan menjurus kepada dari mana suspek memperoleh dokumen palsu republik berkenaan dan tiada kemungkinan dia diekstradisi ke Malaysia dalam tempoh terdekat.

“Dia akan diadili di Indonesia kerana kesalahan menggunakan dokumen pengenalan pengenalan diri palsu,” katanya.

Helmi dipercayai memasuki Batam melalui pelabuhan antarabangsa Tanjung Balai, Karimun menggunakan pasport Malaysia pada 15 Februari 2009 sebulan sebelum waran tangkap terhadapnya dikeluarkan polis Malaysia berhubung siasatan penyebaran gambar separuh bogel Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor, Elizabeth Wong.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin, berkata polis Malaysia belum menerima maklumat mengenai kesalahan Helmi di sana dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa Indonesia.

“Kita harus menghormati undang-undang Indonesia, segala keputusan dan tindakan yang dibuat di sana (Batam) adalah di bawah kuasa mereka.

“Helmi perlu menjalani hukuman atas kesalahan yang dilakukan sebelum dia dihantar kembali ke negara ini untuk disiasat atas kesalahan di sini,” katanya.- Utusan

UMNO perlu ganti peranan Pas

KUALA LUMPUR 19 Feb. – UMNO diminta menggantikan peranan memperjuangkan Islam yang ditinggalkan Pas agar parti Melayu tersebut memperoleh sokongan padu daripada umat Islam terutama menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah berkata, berdasarkan kajian akademik beliau selama ini, UMNO dilihat mempunyai beberapa kelebihan dari segi politik sekiranya parti pemerintah itu menggunakan pendekatan sedemikian.

Katanya, memandangkan Pas kini telah kehilangan identiti dan perjuangan asal mereka demi kuasa politik, maka UMNO sekarang menjadi tonggak kepercayaan golongan ulama dan cendekiawan Islam sebagai benteng akidah paling hadapan umat agama tersebut.

“Apa yang saya nampak, sekiranya strategi ini digunakan, sokongan terhadap UMNO akan bertambah kerana orang Melayu dan Islam ini tidak boleh dipisahkan.

“Dahulu UMNO dituduh parti bukan Islam, sekular dan sebagainya, namun kini mereka perlu mengambil ruang itu. Saya yakin UMNO dapat mengetuk pintu hati masyarakat apatah lagi ketika ini Pas telah berkawan dengan pihak yang ternyata menentang Islam.

“Pas bertukar ke arah liberal disebabkan strategi berpolitik baru mereka yang bermatlamatkan kuasa. Ini yang berlaku kini, berbeza dengan pendirian parti itu dahulu, yakni begitu fanatik. Kenapa ia berlaku? Kerana mereka nampak ruang dan peluang itu untuk mendapat sokongan daripada skop yang lebih besar,” katanya.- Utusan

Debat MCA-DAP berjaya buka mata rakyat - Tengku Adnan

PUTRAJAYA 19 Feb. - Barisan Nasional (BN) hari ini menyifatkan debat MCA-DAP di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, semalam, berjaya membuka mata rakyat tentang peranan dan sumbangan MCA selama ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, ini kerana selama ini bukan hanya MCA tetapi parti-parti komponen lain BN telah diperlekehkan oleh parti pembangkang mengenai peranan dan sumbangan masing-masing.

''Walaupun debat itu tidak menekankan soal siapa menang atau kalah tetapi saya rasa, sekurang-kurangnya rakyat sudah tahu apa yang MCA sudah lakukan untuk mereka.

''Malah, dalam maklum balas yang kita terima selepas debat itu turut menunjukkan masyarakat Cina sedar tentang perkara tersebut dan kita akan terus melipatganda usaha itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 1,600 warga Putrajaya, di sini hari ini.

Turut hadir Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Samsudin Osman.

Dalam debat selama satu jam sempena Persidangan Masyarakat Cina di Persimpangan Politik itu, Setiausaha Agung DAP tersebut bukan sahaja 'gagal' menjawab beberapa soalan peserta persidangan, malah cuba berdolak dalik termasuk sentiasa menyalahkan Kerajaan Pusat sepanjang perdebatan itu.

MCA diwakili Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek pada debat yang dikendalikan Ketua Pegawai Eksekutif Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Tan Ah Chai.

Bagaimanapun, Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya menolak tanggapan bahawa debat itu menjadi penentu kepada sokongan masyarakat Cina kepada BN.

''Bukan hanya masyarakat Cina tetapi sokongan Melayu dan India kepada BN semakin meningkat berikutan langkah kerajaan memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi membantu kaum-kaum itu.

''Memang ada masalah tetapi kita berusaha menyelesaikannya dan ini menunjukkan kerajaan prihatin tentang masalah yang mereka hadapi," katanya.

Sementara itu ditanya mengenai pertukaran kawasan pilihan raya antara parti komponen BN, beliau berkata, ia masih dalam perbincangan.

''Setakat ini, lima negeri yang belum pucuk pimpinan BN lawati iaitu Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Sabah dan Sarawak.

''Saya jangka lawatan itu akan selesai sebelum hujung bulan ini dan selepas itu kita akan buat penilaian mengenainya," katanya.- Utusan

Sekat Ideologi Pembangkang

KUALA KANGSAR 19 Feb. - Perjuangan ahli UMNO untuk mencapai kemenangan pada pilihan raya bukan setakat merebut kuasa politik tetapi amat penting bagi memastikan fahaman serta asas perjuangan rakyat yang dibina sekian lama tidak dinodai oleh anasir yang cuba dibawa oleh pembangkang.

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kalau diteliti kenyataan beberapa pemimpin pembangkang seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beliau amat bimbang masa depan negara akan berubah jika pembangkang berkuasa.

Sehubungan itu, beliau meminta semua ahli UMNO menganggap perjuangan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti sebagai satu jihad yang harus dilakukan bagi memastikan parti keramat orang Melayu itu dan Barisan Nasional (BN) terus mendapat mandat daripada rakyat.

"Kalau kita tidak mengambil kira kesan soal-soal begini, kita kira pilihan raya ini adalah untuk kita mempertahankan kuasa politik tetapi ia penting untuk menentukan jangan ada ideologi dan prinsip-prinsip asas perjuangan rakyat yang dibina sejak 54 tahun lalu dinodai.

"Kita sebagai ahli UMNO dan pendokong kuat dalam kerajaan BN mempunyai satu amanah yang lebih besar daripada itu. Kita perlu menjadi benteng daripada pengaruh dan anasir-anasir yang agak kontra dengan nilai-nilai kita yang menggunakan asas seperti hak asasi manusia untuk mengubah segala bentuk hidup, pandangan dan nilai-nilai kita," katanya.

Beliau menyatakan demikian semasa merasmikan penutup Konvensyen UMNO Perak 2012 yang dihadiri lebih 4,000 pemimpin dan ahli UMNO Perak di Dewan Jubli Perak di sini hari ini.
Hadir sama, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Timbalannya, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Mohd. Tajol Rosli Ghazali.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, tuntutan Anwar supaya undang-undang yang dikatakan lapuk berkaitan liwat dihapus dan digantikan dengan undang-undang yang lebih mementingkan soal hak asasi manusia menunjukkan sikap neoliberalisme yang tidak mengambil kira nilai agama dan Asia khususnya orang Melayu.

Katanya, DAP pula yang sejak dahulu memperjuangkan 'Malaysian Malaysia' mengambil satu pendirian yang cukup ekstrem dengan mengeluarkan banyak kenyataan bercanggah dengan semangat dalam Perlembagaan negara.

"Apabila Anwar buat kenyataan baru-baru ini, betapa beliau rasa penting soal keselamatan Israel itu agak utama, maka kita telah mendengar cabaran daripada pemimpin Pas yang meminta satu penjelasan dibuat, apakah itu pendirian pembangkang atau Anwar tetapi sampai hari ini tiada satu jawapan yang jelas diberikan.

"Saya membaca dalam blog, Nik Aziz kata tak apa lah itu jawapan Anwar, tetapi kita sebagai rakyat jelata tidak boleh memandang enteng (mudah). Kalau dikatakan Anwar ini bakal menjadi Perdana Menteri, apakah bermakna negara Israel menjadi negara pertama diberikan pengiktirafan oleh beliau sebagai Perdana Menteri," katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, beliau gembira kerap datang ke Perak kerana melihat perpaduan di kalangan UMNO Bahagian semakin kukuh dan konvensyen tersebut merupakan penanda aras kepada persediaan UMNO negeri bagi menghadapi pembangkang pada PRU-13.

Beliau berharap, BN bukan hanya akan terus kekal berkuasa di Perak tetapi jumlah kerusi yang dimenangi juga bertambah bagi menyumbang kepada kekuatan BN di peringkat persekutuan.- Utusan

UMNO Perak sahut 'paluan perang'

KUALA KANGSAR 19 Feb. - UMNO Perak sudah bersedia untuk menyahut 'paluan perang' Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada bila-bila masa sahaja walaupun dalam masa terdekat, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Beliau yang merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, semua pucuk pimpinan serta ahli UMNO negeri itu kini begitu bersemangat untuk menghadapi pembangkang yang mendakwa lebih kuat daripada Barisan Nasional (BN) di Perak.

"Jumlah kehadiran perwakilan hari ini satu mesej penting yang kita hendak sampaikan kepada pucuk pimpinan bahawa UMNO Perak sudah bersedia untuk bersama-sama dengan mereka di lapangan pada PRU-13 nanti.

"Panggillah bila-bila masa, umumlah bila-bila masa. Insya-Allah, jentera UMNO akan bertukar kepada pasukan tentera pilihan raya BN.

"Adakah anda bersedia untuk menyahut paluan perang pilihan raya atau tidak?," soal Zambry beberapa kali dan disahut dengan laungan ''kami bersedia'' oleh lebih 4,000 perwakilan dari 1,667 cawangan yang hadir pada Konvensyen UMNO Perak 2012 di Dewan Jubli Perak di sini hari ini.

Majlis penutup konvensyen tersebut dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam pada itu, Zambry menyifatkan perdebatan antara Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semalam, ibarat langit dan bumi.

"Ketika mana orang membandingkan BN ini tidak ada harga dan ketika sekelian rakyat di sebelah sana kata BN tidak mampu berdebat, nah! satu pukulan hebat daripada BN kepada DAP bahawa BN lebih hebat berdebat. Itu baru hantar Soi Lek, belum hantar Timbalan Perdana Menteri," katanya.

Pada majlis tersebut, Zambry turut mengetuai semua perwakilan melafazkan baiah yang antara lain meletakkan kepentingan parti lebih daripada kepentingan sendiri, menyokong siapa sahaja calon yang dipilih dan berjanji taat setia serta memberikan sepenuh kepercayaan kepada parti.- Utusan

Adv

Nuffnang 2