Nuffnang

Advertlets

Pesanan AC

Segala kelemahan dalam Blog ini datangnya dari penulis sendiri, dan semua kesempurnaan datang dari Allah s.w.t.

Kepada sahabat-sahabat Blogger sila linkkan blog Assassin Cyber di bloglist anda dan AC akan linkkan blog anda di list kami.

Kepada anda yang ada artikl menarik dan ingin dikongsikan sila email ke:

E-mail: telebihsudah@gmail.com

FOLLOW JIKA BERANI

Klik Butang Like Di Bawah

TUKAR SIZE FONT

Change Text Size
+A +A +A +A +A

18 February, 2012

AKU BENCI ANWAR DAN PAKATAN RAKYAT!! @anwaribrahim

=LAYAN VIDEO INI=

Tanah Kubur Dijadikan Markas SEKS.


KOTA BHARU 15 Feb. - Demi memuaskan nafsu, lokasinya sudah tidak penting apabila dua bangsal usang yang terletak betul-betul bersebelahan tanah perkuburan menjadi pilihan kepada sesetengah pihak untuk menjalankan aktiviti maksiat dan menagih dadah.

Itulah yang berlaku di Kampung Kubur Kuda di sini yang terletak di belakang pusat membeli belah KB Mall apabila dua bangsal buruk di situ yang langsung tidak berpenghuni waktu siang, rupa-rupanya bertukar menjadi sarang seks dan penagihan dadah waktu malam.

Bagaimanapun, aktiviti tidak bermoral itu berjaya dihidu oleh pihak berkuasa.

Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandar Raya Islam (MPKBBRI) telah menyerbu dua pondok tersebut dan terus merobohkannya hari ini.

Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa MPKB-BRI, Ramli Che Hussain berkata, 20 anggota penguat kuasa yang diketuai oleh Ketua Inspektor MPKB-BRI, Mohamad Ali dan dua anggota polis telah menjalankan operasi berkenaan kira-kira pukul 10 pagi, namun tiada tangkapan dibuat.

Menurutnya, kedua-dua bangsal tersebut dibina secara haram di atas tanah rizab Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan tanah milik persendirian.

"Dua tahun lalu kita pernah merobohkan bangsal seumpama ini, tetapi mereka mendirikannya semula tanpa kebenaran dan ia dipercayai menjadi tempat kegiatan jenayah dan maksiat.

"Operasi satu jam yang bermula kira-kira pukul 10 pagi tadi itu menemui beberapa barangan seperti botol, kotak, dan tilam yang mungkin digunakan untuk kegiatan maksiat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di bangsal tersebut turut mendapati, beberapa tilam buruk dan sarung kondom yang sudah digunakan ditinggalkan di dalamnya.

Ramli berkata, pihaknya sebelum ini telah mengeluarkan notis pada 5 Februari lalu kepada pihak berkenaan supaya merobohkan bangsal tersebut, namun arahan itu tidak dipatuhi.

Berikutan itu, kata beliau, pihaknya melalui Seksyen 70 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 telah bertindak merobohkan bangsal berkenaan.

"Melalui akta tersebut, mana-mana individu yang mendirikan bangunan tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan boleh dirobohkan," ujarnya.


Sementara itu, Utusan Malaysia sebelum ini pernah menyiarkan mengenai bangsal di kawasan tersebut yang pernah dijadikan tempat oleh seorang lelaki warga emas memuaskan nafsu dengan seorang wanita Indonesia yang menjadi hamba seksnya.

********************************************

Apa cerita nie Nik Aziz. Kata Kelantan negeri Serambi Mekah. Dah bertukar jadi serambi Maksiat ke?

ANWAR KELENTONG PENEROKA FELDA

Nasib Rakyat Palestin

Anwar Ibrahim dalam gerak gempur persiapan menjelang PRU13 kini sukar dibendung. Semalam, 17.02.2012 Anwar Ibrahim dengan tidak segan silu memasuki kawasan Pekan Pahang untuk menghasut warga felda. 

Kehadiran Anwar Ibrahim di kubu kuat PM Najib ini kecam oleh blogger sangkakalajari9.
Berikut adalah artikel yang dipetik dari sangkakalajari9:

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam jelas membohongi penduduk felda di Pahang apabila menyatakan bahawa pendirian beliau terhadap Israel seperti yang di katakan adalah fitnah dari UMNO.
Beliau juga berkata bahawa Utusan Malaysia tidak belajar bahasa inggeris dengan betul kata beliau kepada wartawan MalaysiaKini.
Jelas sekali Anwar cuba menipu peneroka felda yang hadir dalam ceramah beliau dengan berkata begitu.
Mungkin dikalangan yang hadir di ceramah Anwar itu tidak faham bahasa inggeris dan mereka tidak mengetahui maksud sepertimana yang Anwar katakan dalam Wall Street Journal tentang keselamatan Israel.
Kenyataan ini dikuatkan lagi apabila Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS meminta Anwar untuk menarik balik kenyataan tersebut, atau menyaman Wall Street Journal jika benar Anwar Ibrahim tidak mengeluarkan kenyataan tersebut, mana mungkin Nik Aziz memintan Anwar menarik balik atau menyaman akhbar tersebut.
Satau lagi yang peelu diingat oleh peneroka-peneroka felda bahawa, semalam sudah ada himpunan dari ahli PAS yang tidak berpuas hati dengan tindakan Anwar (tentang Israel) dan merreka juga telah meminta supaya PAS keluar dari Pakatan Rakyat kerana mereka berpendapat aqidah Anwar telah terpesong jauh dengan menyokong Israel.
Begitu juga dengan Nik Aziz semalam menyatakan tidak ada kenyataan peribadi dalam menilai aqidah, apa yang pentingya sekarang ialah Anwar sudah mengeluarkan kenyataan tersebut dan itu melanggar aqidah beliau sebagai orang islan. Yang tidak menyokong perjuangan islam, bahkan beliau menyokong pula supaya keselatan Israel (musuh islam) selama ini dititik beratkan juga.
Rakyat hari ini perlu menilai Anwar Ibrahim memang pandai bermuka-muka, tidak ada sedikit pun rasa bersalah beliau apa bila melakukan pembohongan. 

************************************************

Kenyataan Anwar Ibrahim seperti dilaporkan di Wall Street Journal 26 Januari 2012 mengundang kontroversi. Antara lain menyebut “I support all efforts to protect the security of the state of Israel” dan dalam terjemahan mudahnya “saya sokong semua usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel”. Kenyataan tersurat ini sudah jelas untuk difahami dan analisis tersirat lebih memperjelaskan maksud ungkapannya.

Sepatutnya Anwar menyebut begini “I support all efforts to protect the security of the state of Palestine” atau terjemahan mudahnya “saya sokong semua usaha untuk melindungi keselamatan negara Palestin”. Kalau ini dibuat orang tidak pertikaikan kenyataan dan pendiriannya.

Jika kenyataan Anwar Ibrahim itu dilihat sebagai tidak memihak kepada negara haram Israel. Bagaimana pula dengan tawaran deplomatik seterusnya memberi sokongan kepada kenyataan Anwar Ibrahim dalam artikel The Jerusalem Post akhbar terbesar Israel.


Warga felda tidak seharusnya terpengaruh dengan hasutan Anwar Ibrahim. Adakah seorang pemimpin yang menghalalkan hubungan sejenis, tidak mengikhtiraf bangsa melayu sebagai beragama Islam. Adakah ini ciri-ciri pemimpin yang Negara Malaysia perlukan?

Fikir-fikirkanlah.

Saiful Apek Mungkin Dipenjarakan?


16 Feb – Pelakon komedi terkenal tanah air, Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohamad Saifulazam Mohamed Yusuf mungkin berhadapan dengan hukuman penjara jika didapati bersalah atas penyalahgunaan dadah selepas ujian air kencingnya didapati positif dadah jenis ganja. 

Pada 10 Jun 2010, Apek bersama tiga rakannya termasuk seorang wanita telah ditahan polis selepas serbuan yang diketuai oleh Cif Inspektor Mohd Shaifuddin Zulkifli dibuat di sebuah kondominium di Bandar Sunway

Ketika perbicaraan, Sarjan M. Sanggar, 48, memberitahu dia telah membuat ujian air kencing terhadap empat tertuduh – Apek, 42, Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28, Shaiful Baharom, 24, dan Noremy Mohamad, 28.

"Ujian air kencing menunjukkan keempat-empat tertuduh didapati positif dadah," kata Sanggar.
Pada 1 November tahun lalu, pelakon "Bujang Telajak" ini dan rakan-rakannya mengaku tidak bersalah atas tuduhan menggunakan ganja.

Kesemua tertuduh yang diwakili peguam Zambri Idurs dan Mohd Fadli Hashim telah ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Merbahaya 1952 dan boleh dipenjara selama dua tahun atau denda maksimum RM5,000 jika didapati bersalah.

Perbicaraan dijadualkan bersambung semula pada 27 Mac akan datang.-@Yahoo

DAP TEMPELAK ANWAR, ADAKAH GIMIK POLITIK?

 
KUALA LUMPUR 17 Feb. - Selepas dibidas oleh orang ramai termasuk sekutunya, Pas kerana menyokong negara Israel, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima satu lagi tamparan apabila sekutu rapatnya, DAP juga tidak sealiran dengan pandangannya.

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua menegaskan parti itu juga mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel terhadap rakyat Palestin serta tetap dengan pendiriannya tidak menyokong negara itu dan mengiktirafkan kewujudannya.

Beliau berkata, tindakan Amerika Syarikat menyokong Israel tanpa menilai sama ada perkara itu betul atau sebaliknya adalah sesuatu yang terkutuk.

"Kita menyokong sepenuhnya agar rakyat Palestin mendirikan sebuah negara yang bebas dari Israel dan diiktiraf oleh semua negara di seluruh dunia," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pembukaan rasmi cawangan pertama restoran Penang One di sini hari ini.

Baru-baru ini, Anwar dalam The Wall Street Journal (WSJ) menyatakan sokongannya terhadap usaha memastikan keselamatan negara Israel.

Tony Pua juga berharap agar dunia mengambil pendirian untuk menyokong Palestin supaya membentuk sebuah negara bebas. -UTUSAN

"KENYATAAN ANWAR TIADA KAITAN DENGAN ISLAM?"


"Kenyataan Datuk Sri Anwar Ibrahim mewakili PKR dan kenyataan saya(Nik Aziz) mewakili PAS. Kenyataan Anwar tiada kena mengena dengan PAS."  

Jika benar PAS memperjuangkan Islam seperti yang di dicanangkan oleh kepimpinan tertinggi PAS, maka kenyataan ini samalah seperti "Kenyataan Anwar tiada kena mengena dengan ISLAM".

Gambar ini khas untuk Nik Aziz dan Anwar Ibrahim. Siapa yang memerlukan pembelaan sebenarnya, rakyat Palestin atau Israel?




KOTA BHARU 17 Feb. – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan kenyataannya berhubung sokongan terhadap sebarang usaha bagi menjamin keselamatan Israel sebagai mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Justeru, kata Menteri Besar Kelantan itu, beliau tidak peduli dengan kenyataan Ketua Pembangkang tersebut yang dilihat tidak menghormati pendirian Pas berhubung negara Israel dan isu pembebasan Palestin.

“Itu dia punya pasallah, kenyataan saya ini untuk mewakili Pas, dia mewakili PKR. Itu tak apa (Anwar tidak menghormati pendirian Pas), dia punya pasal, tak ada apa,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Program Merealisasikan Amal Makruf Nahi Mungkar Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Kelantan di Balai Islam Lundang dekat sini hari ini.

Laporan muka depan Sinar Harian hari ini melaporkan Anwar tetap dengan pendiriannya mengiktiraf kewujudan negara Israel dengan syarat tentera negara tersebut perlu berundur dari tanah Arab, keganasan dihentikan serta aspirasi dan kewujudan rakyat Palestin dihormati.

Anwar turut dilaporkan berkata, beliau memahami bahawa Pas berpendirian kewujudan negara Israel adalah haram dan parti itu tidak berhasrat menn rundingan serta kerjasama dengan Israel - UM.

Adv

Nuffnang 2