Nuffnang

Advertlets

Pesanan AC

Segala kelemahan dalam Blog ini datangnya dari penulis sendiri, dan semua kesempurnaan datang dari Allah s.w.t.

Kepada sahabat-sahabat Blogger sila linkkan blog Assassin Cyber di bloglist anda dan AC akan linkkan blog anda di list kami.

Kepada anda yang ada artikl menarik dan ingin dikongsikan sila email ke:

E-mail: telebihsudah@gmail.com

FOLLOW JIKA BERANI

Klik Butang Like Di Bawah

TUKAR SIZE FONT

Change Text Size
+A +A +A +A +A

17 February, 2012

"MANA ADA TIPU??": GUAN ENG


UMNO Pulau Pinang hari ini meminta Ketua Menteri Lim Guan Eng memberi penjelasan secara terbuka mengenai isu penjualan tanah seluas 41.6 hektar kepada sebuah syarikat swasta dengan harga RM1.1 bilion.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, Guan Eng juga harus memberikan alasan kenapa tanah tebusguna yang luas itu tidak dimajukan oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang merupakan pemilik tanah itu sendiri.

Bercakap kepada pemberita di sini, beliau berkata, adalah menghairankan kenapa tanah itu dijual sedangkan PDC mempunyai kepakaran serta pengalaman dan telah menjalankan banyak projek pembangunan untuk kepentingan rakyat.

Tanah yang dianggap sebagai bernilai amat tinggi di Bayan Mutiara adalah kawasan paling strategik kerana berdekatan dengan Jambatan Pulau Pinang, Zon Perdagangan Bebas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

"Bagi pentadbiran yang mendakwa sebagai mesra rakyat, (adalah) menghairankan tidak ada perundingan awam untuk melibatkan pihak yang berkepentingan sebelum menjual tanah milik kerajaan itu," katanya.

Zainal Abidin berkata, kerajaan negeri juga seolah-olah terburu-buru membuat keputusan untuk menjual tanah itu tanpa membuat penilaian harga tanah untuk jangka panjang.

Jika tanah itu dimajukan secara berperingkat, beliau berkata harganya akan melambung sehingga RM10 bilion tetapi kerajaan telah membuat keputusan kurang bijak apabila menjualnya dengan harga RM1.1 bilion dan memberi keistimewaan kepada syarikat berkenaan untuk membayarnya secara berperingkat sehingga lima tahun.

Beliau berkata, kaedah jual-beli itu menguntungkan syarikat berkenaan kerana tanah itu akan dimajukan secara berperingkat dan pemaju hanya perlu membayar kepada kerajaan negeri secara berperingkat juga.

"Secara mudahnya, setelah mendapat duit daripada pembeli bangunan yang dimajukannya dan nilai hartanah itu pula akan terus meningkat," katanya. — BERNAMA

KHALID TAKUT SIASATAN DIRAJA, TARIK BALIK TANAH TUTUP MALU.

Terbukti bahawa sumber pendapatan utama Negeri Selangor di bawah Pakatan Haram adalah datangnya dari aktiviti curi pasir. Rakyat Selangor terang-terangan telah diperbodohkan oleh PKR terutamanya.

Beria terbaru adalah, Tan Sri Khalid Ibrahim dikhabarkan telah menarik balik tanah bernilai RM250 juta kepunyaan anak syarikat kerajaan negeri. 

Berikut adalah pendedahan sel13.com berkaitan isu pasir di Selangor;

Media semalam melaporkan tanah dibawah anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) seluas 234 hektar dan bernilai RM250 juta akan ditarikbalik oleh kerajaan negeri Selangor.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata sebarang tanah yang tidak diguna mengikut status penggunaan yang ditetapkan akan ditarikbalik, tidak kira ianya kepunyaan syarikat kerajan negeri, swasta atau individu.

Tanah tersebut didaftarkan di bawah anak syarikat KHSB, Shah Alam Properties Berhad (SAP).
KHSB merupakan syarikat hartanah yang ditubuhkan pada tahun 2001 dan disenaraikan di Bursa Malaysia. Ia merupakan syarikat pegangan pelaburan hartanah untuk Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

KHSB dulu dipanggil sebagi Kumpulan Perangsang Berhad.

Sekali pandang, tindakan ini melihatkan Khalid seolah-olah pemimpinyang tegas dan ketat melaksanakan peraturan. Pilihanraya sudah dekatlah, maklum.

Namun begitu, tindakan yang dilakukan dengan menunjuk-nunjuk kepada media hanya menimbulkan kecurigaan saja. Mengapa setelah lebih tiga tahun mentadbir negeri baru sekarang tindakan diambil?
Penulis difahami di tanah tersebut ada kegiatan kuari haram tetapi tidak tahu berapa lama ianya sudah berleluasa.

Sebagaimana yang diketahui pula SAP adalah pemaju perumahan di kawasan Selayang yang mana topo mukabumi agak berbukit. Tidak ketahui samada tanah yang belum dimajukan selama 20 tahun ini tidak lagi sesuai untuk dimajukan dengan peraturan pembangunan dibukit dan tanah curam agak ketat dan susah diperolehi.

Adakah ada permasaalahan yang lain yang menyebabkan kekangan kepada pembangunan disitu?

Jika ada masaalah, orang awam tidak lihat sebagai masaalah untuk kerajaan negeri menyelesaikan masaalah yang sering dihadapi oleh pihak swasta dan selalunya kerajaan negeri sedia bertolak ansur demi pembangunan. Inikan pula untuk anak syarikat sendiri.

Harapnya tidaklah ada maksud lain disebalik tindak tanduk Khalid yang tidak semulajadi.
Mana tahu, mungkin pihak seperti PKNS yang begitu ‘ganas’ mahu membangunkan segera tanah-tanah yang ada seolah-olah wang diperlu segera oleh pihak tertentu. Mungkin pula ada pihak seperti KSSB yang memegang konsesi pasir mahu pula hasil kuari disitu pula.

Jangan pula ada pihak pejabat Menteri Besar hanya mahu membalas dendam kepada Pengerusi KHSB, Raja Idris Raja Kamaruddin, abang kepada penulis blog, Raja Petra Kamaruddin yang membuat pendedahan semula terhadap skandal pasir di Selangor.

Agak segera sangat reaksi Khalid kepada pendedahan terbaru Dato Noh Omar berkenaan skandal pasir. Adakah ini cara Khalid untuk membalas dendam serta menutup mulut dengan menyalahkan balik kerajaan BN yang lepas?

Jika demikian, ingin penulis bertanya. Sampai bila Khalid akan hanya menuding jari kepada yang lepas dan mengelak tanggungjawab yang diharapkan ke atas ketua kerajaan yang dipilih?

Kalau masih tidak mahu bertanggungjawab, ingatlah bahawa dia sendiri telah menimbulkan banyak masaalah kepada dirinya hingga dia belum pasti boleh menang di Ijok.

Pengundi kawasannya telah mula dingin kepadanya sejak dua tahun yang lepas. Tak payahlah bersuasah payah nak terus memegang jawatan MB dan ADUN serta AP.

BLOGER PRO PKR KRITIK ANWAR, AZMIN : BUKTI KEHANCURAN PKR


AIDC- Blogger steadyaku yang sebelum ini dikenali pro Datuk Seri Anwar Ibrahim kini mula mengkritik kombinasi Ketua Umum PKR dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai ‘bebanan’ dan bukan ‘penyelesai masalah’ untuk parti itu.

Blogger steadyaku atau nama sebenarnya Hussein Hamid mula mengkritik Anwar dan Azmin dalam artikelnya bertajuk “Anwar & Azmin is the problem not the solution for PKR!“.

“Dia mahu jadi ‘defecto leader‘ PKR. Dia mahu Azmin jadi timbalannya. Dia mahu jadi ketua pembangkang. Dan sekarang dia mahu jadi Perdana Menteri (PM) ?. Semuanya sentiasa berkaitan dengan Anwar Ibrahim dan bukan berkaitan dengan orang lain !”, kata Hussein, bekas pelajar MCKK yang kini menetap di Adelaide, Australia.

Meskipun Azmin sering menobatkan Anwar sebagai bakal PM, namun menurut Hussein, semua orang yang pernah mengenali Anwar tahu bahawa dia tidak sesuai menjawat jawatan pemimpin nombor satu negara itu.

Katanya, Anwar tidak boleh berterusan hidup dalam keadaan menipu, kerana lambat laun, tembelangnya akan terbongkar jua.

“Kami tahu fakta-fakta kes liwat II”, katanya.

Baca selanjutnya DI SINI.

Malah dalam kes rasuah skandal pasir di Selangor berserta rm50 ribu, yang bertajuk 'Mat Suhaimi and the continuing saga of corruption in PKR!' Hussein Hamid dilihat seperti tidak menyebelahi PKR..baca seterusnya DI SINI.

HUKUM HUDUD PAS : KUPASAN ASSASSIN


Dalam artikel ini, assassin cuba untuk membuat kupasan mengenai  Hukum Hudud yang sekian lama diperjuangkan oleh PAS. Assassin bukanlah seorang ulama untuk membuat kupasan mengenai  Hukum Hudud, bermakna assassin bukanlah orang selayaknya untuk membicarakan Hukum Hudud ini.

Namun, dalam mendapatkan fakta sebenar assassin telah membuat beberapa kajian dengan membandingkan beberapa artikel daripada beberapa ulama  dan individu yang berbeza. 
Assassin bukannya mempertikaikan Hukum Hudud atau hukum yang ditetapkan Allah kepada sekalian hambanya. 

Assassin hanya ingin membukukan apa yang terlintas di dalam benak fikiran ini untuk ditunjukkan kepada umum. Artikel ini hanyalah pendapat assassin sendiri dan pembaca atau umum  boleh mempertikaikan pendapat ini jika terdapat ketidakpuasan hati.  

Disebabkan assassin bukanlah seorang ulama atau golongan cendikiawan dalam bidang ini, maka mohon diperbetulkan jika terdapat sebarang kesilapan.

PENGERTIAN HUDUD (www.jais.gov.my)

Hudud dari sudut bahasa membawa maksud menahan atau mencegah. Manakala dari segi istilah ialah keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas al-Quran dan as-Sunnah yang wajib dilaksanakan  sebagai hak Allah S.W.T atau merosakan kepentingan masyarakat umum dan ketenteraman orang ramai iaitu berzina, menuduh orang berzina, minum arak, memcuri, murtad, merompak dan memberontak . Kadar hukumannya adalah mandatori dan tidak boleh dipinda samaada dikurang atau ditambah.

Firman Allah S.W.T:
"Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim"(Surah al-Baqarah:229)

JENIS-JENIS JENAYAH HUDUD DAN HUKUMANNYA

Kesalahan-kesalahan yang termasuk dalam hukuman hudud ialah sebagaimana berikut:

a.   Zina
 Persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dan perempuan. Hukumannya ialah direjam sampai mati jika telah berkahwin dan sebat 100 kali jika pesalah belum pernah berkahwin.

b.   Qazaf ( Menuduh berzina )
Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik. Hukumannya ialah 80 kali sebatan.

c.    Minum Arak
Minum minuman yang memabukkan dan boleh menghilangkan kewarasan    akal. Hukumannya ialah 40 kali sebatan.

d.   Mencuri
Mengambil harta orang lain secara senyap atau bersembunyi. Hukumannya adalah potong tangan.

e.   Merompak
Mengambil hatra orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan ancaman. Hukumannya ialah:
1.       Sekiranya membunuh hendaklah dibunuh.
2.       Sekiranya hanya merompak sahaja hendaklah dipotong tanga dan kaki secara bersilang seperti tangan kanan dengan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan yang seterusnya.
3.       Sekiranya hanya mengganggu ketenteraman awam dendaklah di ta'zir seperti dipenjara dan lain-lain lagi.

f.    Murtad
Keluar dari agama Islam samaada dengan perkataan atau perbuatan. Hukumannya ialah bunuh ( setelah diberi tempoh untuk bertaubat )

HIKMAH PERLAKSANAAN HUKUMAN JENAYAH ISLAM (ukhuwahsufi)

1.  untuk melindung masyarakat daripada bahaya jenayah dan mencegah sebelum ia berlaku.

2.  untuk memperbaiki penjenayah dan membetulkan penyelewengan. Ini dapat dilihat daripada kesan yang ditinggalkan oleh hukuman ke atas penjenayah yang memberi pengajaran, memperbaiki dan menghalang seseorang daripada melakukan jenayah.

3.  untuk membersih dosa penjenayah dan menyelamatkannya daripada azab akhirat.

Peranan undang-undang jenayah Islam mewujudkan keamanan dan kesejahteraan dalam masyarakat

1.  Undang-undang jenayah Islam menjatuhkan hukuman secara adil dan saksama. Misalnya orang yang membunuh dihukum bunuh balas. Ini menyebabkan warisnya berpuas hati dan hilang perasaan dendam.

2.  Hukuman jenayah Islam yang kemas dan tegas menyebabkan penjenayah dan orang ramai takut dan gerun untuk mengulangi jenayah. Akhirnya kehidupan masyarakat aman dan sejahtera.

3.  Hukuman jenayah Islam men gandungi unsur-unsur pendidikan kepada penjenayah dan orang ramai. Hukuman yang dikenakan mendorong seseorang penjenayah bertaubat dan menyesali kesalahan yang dilakukannya. Dengan ini jenayah akan berkurangan dalam masyarakat.

Ini adalah Hukum Hudud secara ringkas yang dipetik dari laman sesawang JAIS

Berikut ini adalah kupasan tentang Hukum Hudud yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993. Enakmen undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud).

PETIKAN UNDANG-UNDANG HUKUM HUDUD KELANTAN

Berikut ini di nukilkan sebahagian dari Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud):


BAHAGIAN III

Keterangan

39.     Bagaimana membukti kesalahan. En. 2/91.

         (1)       Kecuali jika ada percanggahan dengan peruntukan yang ada dalam    Enakmen ini, maka Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah 1991 hendaklah dipakai untuk membuktikan kesalahan-kesalahan di baawah Enakmen ini.

        (2)       Semua kesalahan di bawah Enakmen ini samada kesalahan hudud atau kesalahan qisos, atau kesalahan ta'zir, hendaklah dibuktikan dengan keterangan lisan atau iqrar yang dibuat oleh tertuduh.

40. Bilangan saksi

        (1)       Bilangan saksi-saksi yang dikehendaki untuk membuktikan semua kesalahan di bawah Enakmen ini melainkan zina, hendaklah sekurang-kurangnya dua orang.

        (2)       Bilangan saksi-saksi yang dikehendaki untuk membuktikan kesalahan zina hendaklah tidak kurang daripada empat orang.

41. Syarat-syarat menjadi saksi

        (1)       Tiap-tiap orang saksi hendaklah terdiri daripada seorang lelaki Islam yang akil baligh dan hendaklah seorang yang adil.

        (2)       Seseorang itu adalah dianggap adil jika ia menunaikan apa-apa yang disuruh oleh Islam dan menjauhi daripada dosa-dosa besar serta tidak mengekalkan dosa-dosa kecil dan juga mempunyai isti'mal al-muru'ah, (perasaan dan pendirian menghormati diri).

          (3)       Seseorang itu adalah dianggap adil, sehingga sebaliknya dibuktikan.

42. Keadaan keterangan

        (1)       Untuk membuktikan tuduhan terhadap tertuduh dan menyebabkan dia boleh dihukum dengan hukuman hudud atau qisos, keterangan yang diberi hendaklah benar-benar terang dan tidak ada apa-apa kesamaran dan keraguan.

        (2)       Tiap-tiap saksi hendaklah dengan terang menyatakan bahawa dia benar-benar melihat perbuatan yang didakwakan itu dan dalam kes zina pula keempat-empat orang saksi itu hendaklah menyatakan bahawa mereka benar-benar melihat kemasukan zakar ke dalam faraj perempuan pasangan yang bersetubuh itu dengan juga hendaklah jangan ada perselisihan dan pertelingkahan di antara saksi-saksi di dalam keterangan itu.

43. Menarik balik keterangan

        (1)       Untuk menyebabkan hukuman hudud dikenakan kepada tertuduh setiap saksi itu hendaklah berdiri teguh di atas keterangan terhadap tertuduh itu, bukan sahaja dalam masa perbicaraan dan selepasnya, tetapi juga ketika hukuman itu dilaksanakan, kerana jika keterangan itu ditarik balik sebelum hukuman itu dilaksanakan, maka tertuduh itu tidak lagi boleh dikenakan hukuman hudud, dan jika keterangan itu ditarik balik ketika tertuduh sedang menjalani hukuman, maka hukuman itu hendaklah dengan serta merta diberhentikan.

        (2)       Dalam kes zina jika seseorang saksi itu enggan memberi keterangan, atau memberi keterangan yang berlawanan dengan tuduhan, atau memberi keterangan menyokong tuduhan itu tetapi kemudiannya menarik balik keterangan itu, yang mana dengan sebab itu bilangan saksi yang menyokong tuduhan itu menjadi kurang daripada empat orang, maka tuduhan zina terhadap tertuduh itu tidaklah terbukti, dan yang demikian tertuduh itu adalah terlepas daripada dikenakan hukuman hudud; tetapi saksi-saksi yang telah memberi keterangan menyokong tuduhan itu adalah bersalah kerana melakukan kesalahan qazaf.

44. Iqrar

        (1)       Sebaik-baik keterangan untuk menyabitkan tertuduh dan menyebabkan dia boleh dihukum dengan hukuman hudud ialah iqrarnya sendiri.

        (2)       Iqrar itu hendaklah dibuat dengan sukarela dan tanpa apa-apa paksaan di hadapan seorang pegawai kehakiman dan kemudiannya diulangi di hadapan hakim pada masa perbicaraan dijalankan; dan jika perbicaraan itu mengenai kes zina maka iqrar itu hendaklah diulangi sebanyak empat kali di hadapan hakim pada masa perbicaraan dijalankan:

Dengan syarat bahawa iqrar itu hendaklah dibuat dan diulangi dengan tidak ada apa-apa ugutan, janji atau dorongan; dan hendaklah dengan nyatanya membuktikan secara terperinci bahawa tertuduh itu benar-benar telah melakukan kesalahan yang dengannya dia telah dituduh, dan dia faham bahawa dia akan dihukum kerana membuat iqrar.

        (3)       Iqrar itu hanyalah boleh diterima sebagai keterangan terhadap tertuduh yang membuat iqrar itu sahaja, dan tidak boleh digunakan terhadap orang lain; dan untuk menjadikannya sah maka iqrar itu hendaklah bukan satu iqrar yang ditarik balik.

45. Menarik balik iqrar

        (1)       Sesuatu iqrar itu boleh ditarik balik oleh tertuduh yang membuatnya pada bila-bila masa sahaja; meskipun pada ketika dia sedang menjalani hukuman.

        (2)       Jika sesuatu iqrar itu ditarik balik sebelum dilaksanakan hukuman ke atasnya maka tertuduh itu tidaklah lagi boleh dikenakan hukuman itu, dan jika dia menarik balik iqrar itu pada ketika dia sedang menjalani hukuman, maka hukuman itu hendaklah dengan serta merta diberhentikan.

        (3)       Jika pada bila-bila masa sebelum atau pada ketika hukuman dilaksanakan, tertuduh itu dapat melarikan diri daripada pihak yang berkuasa, maka dia hendaklah dianggap sebagai telah menarik balik iqrar itu; dan yang demikian peruntukan subsekseyn (2) hendaklah terpakai.

46. Keterangan qarinah

        (1)       Kecuali seperti yang diperuntukkan dalam subseksyen (2) dan (3) keterangan qarinah walaupun berkaitan hendaklah tidak boleh dijadikan satu cara yang sah untuk membuktikan kesalahan hudud.

        (2)       Dalam perkara zina, kehamilan atau kelahiran anak oleh seseorang perempuan yang tidak mempunyai suami hendaklah menjadi keterangan yang boleh mendapatinya bersalah melakukan zina dan yang demikian hukuman hudud ke atasnya hendaklah dikenakan melainkan jika dapat membuktikan sebaliknya.

        (3)       Dalam perkara minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, bau minuman yang didapati dalam nafas tertuduh itu atau muntahnya yang mengeluarkan arak atau sebarang minuman yang memabukkan atau apa-apa kesan darinya, atau pemerhatian Mahkamah kepada keadaan tertuduh itu bahawa dia sedang berada di dalam keadaan mabuk, hendaklah boleh diterima sebagai keterangan untuk membuktikan bahawa dia telah melakukan kesalahan syurb, melainkan jika ia dapat membuktikan sebaliknya.

47.  Apabila seseorang tertuduh itu tidak boleh dihukum dengan hukuman hudud kerana saksi-saksi telah menarik balik keterangan mereka sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 43 atau kerana tertuduh itu telah menarik balik iqrarnya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 45 atau kerana keterangan saksi yang ada tidak memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki untuk membuktikan kesalahan hudud, maka tertuduh bolehlah dihukum dengan hukuman ta'zir, dan mahkamah hendaklah mengambil tindakan untuk menjatuhkan hukuman itu sekiranya ada keterangan yang cukup bagi maksud itu.

(Pelaksanaan Hukum Hudud Di Kelantan, halaman 120-125)


Kupasan Assassin mengenai keterangan (41) dan (42).

Dalam keterangan (41) dan (42) yangmana menyentuh tentang  syarat menjadi saksi dan keterangan saksi.

Syarat-syarat menjadi saksi

     1.       Tiap-tiap orang saksi hendaklah terdiri daripada seorang lelaki islam yang akhil baligh dan hendaklah seseorang yang adil.

     2.       Seseorang itu adalah dianggap adil jika menunaikan apa-apa yang disuruh oleh Islam dan menjauhi daripada dosa-dosa besar serta tidak mengekalkan dosa-dosa kecil dan mempunyai isti’mal al-muru’ah, (perasaan dan pendirian menghormati diri)

     3.       Seseorang itu adalah dianggap adil, sehingga sebaliknya dibuktikan. 

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, saksi membawa maksud: "Orang yang mengetahui atau melihat sesuatu peristiwa (dan boleh memberi keterangan)". Oleh itu saksi adalah seorang yang mengetahui sesuatu peristiwa dramatik melalui pancainderanya(contohnya melihat atau mendengar), dan dapat membantu mengesahkan sesuatu perkara yang berlaku dalam suatu kejadian.

Dalam kes Hukum Hudud yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan, ada banyak pertikaian yang boleh di dipersoalkan terutamanya dalam kes kesalahan Zina/Rogol.

Syarat menjadi saksi, seorang lelaki Islam yang akhil baligh dan hendaklah seorang yang adil. Serta hendaklah ada 4 orang saksi.

Bagaimana boleh dikatakan seseorang Islam itu adil jika dia melihat kemungkaran dan maksiat (zina) di depan mata tetapi tidak dihentikan, tidak menegah, dan berdiam diri sedangkan maksiat sedang berlaku di depan mata. Dalam hal ini, saksi ini telah hilang kelayakan untuk menjadi saksi, kerana dia telah bersubahat dengan si pelaku zina dengan membiarkan perzinaan berlaku di hadapan mata. Ini bermakna saksi ini seorang yang tidak adil kerana telah melakukan dosa bersubahat.

Walaupun saksi menunaikan semua yang disuruh oleh Islam, tetapi dalam hal ini saksi tetap dikira bersubahat dengan si pelaku zina. Adakah, saksi ini masih dikira adil?

Selain itu saksi seramai 4 orang juga diperlukan. Bagamana jika salah seorang saksi itu adalah bukan beragama Islam?  

Dalam konteks ini, Hukum Hudud PAS ini sememangnya tidak bersesuaian untuk dipraktikkan. Bukan hendak menidakkan Hukum Allah. Satu persoalan dalam hal hukum hudud PAS ini adalah, adakah keterangan ini terdapat dalam Al-Quran atau PAS sendiri yang telah merekayasa keterangan dan syarat seperti ini. 

Seperti yang kita sedia maklum bahawa, Hukum Hudud itu memang terkandung dalam Al-Quran, bagaimana pula dengan keterangan dan syarat-syaratnya?

Apa yang assassin boleh simpulkan dalam hukum hudud PAS ini adalah, Ianya bukanlah sesuatu yang boleh digunakan untuk mencegah atau menahan apatah lagi untuk berlaku adil kepada mangsa. Ini jelas sebagai satu penindasan kepada mangsa rogol kerana hukum ini sendiri tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut. 

Sudah semestinya, bukti seperti DNA, gambar, dan video tidak diambil kira sebagai bukti dalam hukum hudud PAS. Ini kerana semua bukti seperti itu dianggap sebagai bukti yang diragui. Apa yang diperlukan dalam hudud PAS hanyalah 4 orang yang berlaku adil dan sedia untuk bersumpah bahawa telah melihat kemasukan zakar ke dalam faraj perempuan yang disetubuhi. 


Fikir-fikirkanlah.

30 Orang Wakil Rakyat BN Dibeli Anwar Ibrahim?

Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR 16 Feb. -Keengganan seorang ahli perniagaan, John Soh Chee Wen, 50, menyumbangkan RM300 juta kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim empat tahun lalu dikatakan menjadi punca Ketua Pembangkang itu kempunan untuk menduduki Putrajaya seperti diimpikan beliau pada 16 September 2008.

Pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin yang pernah rapat dengan Anwar mendakwa, wang RM300 juta itu sangat diperlukan Anwar ketika itu untuk digunakan sebagai bayaran 'pendorong' RM10 juta seorang bagi 30 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) melompat parti dan seterusnya membantu beliau merampas Putrajaya. "John Soh tidak bersetuju membiayai RM300 juta untuk tujuan tersebut melainkan Anwar mampu menjanjikan kejayaan.

Tetapi bagaimana Anwar boleh memastikan kejayaan? "Terdapat 30 Ahli Parlimen BN pada waktu itu. Jika mereka boleh menjual diri kepada satu pihak, maksudnya mereka boleh berbuat demikian ke pihak lain juga. "John Soh enggan mengeluarkan RM300 juta dan ia mengakhiri impian (Anwar) memasuki Putrajaya.

Itu juga bermakna Anwar perlu menghadapi perbicaraan liwat kedua. Hanya satu cara beliau boleh mengelakkan (perbicaraan) liwat itu iaitu dengan menjadi Perdana Menteri, yang tidak akan terjadi sekarang," katanya. Raja Petra dipetik berkata demikian dalam Malaysia Today melalui entri bertajuk EPISOD 8: Lelaki di Sebalik PKR (Siri 2) hari ini.

Gambar Hiasan
 Tambahnya, hubungan Anwar dengan John Soh mulai renggang selepas keengganan ahli perniagaan itu membiayai wang tersebut walaupun kedua-dua pemimpin sebelum itu pernah bertelagah mengenai keperluan menyingkirkan Exco Selangor, Elizabeth Wong ekoran kontroversi gambar bogelnya. "Apabila keadaan bertambah parah dan mustahil untuk berbaik-baik, John Soh dan Anwar 'berpisah.' Kemuncaknya ialah pada Pilihan Raya Negeri Sarawak hampir setahun lalu," katanya.

Dalam pada itu, Raja Petra mendakwa, bangunan yang menempatkan ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini dimiliki oleh John Soh. Dengan jumlah hutang sewa bangunan PKR sehingga Jun 2010 adalah sebanyak RM600,000, katanya, hutang sewa bangunan terkumpul parti itu dianggarkan bernilai RM1 juta. Selain itu, menurutnya, John Soh telah membelanjakan sekitar RM30 juta untuk menaja Anwar dan PKR sejak 1998. "Apa yang ramai orang tidak tahu, kecuali individu dalam lingkaran Anwar ialah John Soh bukan hanya pembiaya PKR.

Dia adalah seorang strategis utama yang menumpukan kepada cara-cara memenangi Kerajaan Persekutuan dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.-UTUSAN

Sumber: TOP SECRET

Penjelasan Melia Aimelia Mengenai Video Lucah Beliau!

Kecoh dunia hiburan tanahair dengan tersebarnya video bogel pelakon Karipap-Karipap Cinta, Melia Aimiellia. Seorang pengirim tidak dikenali yang hanya mahu dikenali sebagai “Paddox” telah mengirim video yang berdurasi hampir 30 saat dan memaparkan seorang gadis mirip Melia Aimiellia kepada OHBULAN!. Video itu menunjukkan gadis mirip Melia itu sedang melakukan aksi ghairah dan mendedahkan bahagian atas tubuhnya termasuklah payudaranya.


Sehubungan itu, wartawan OHBULAN! segera menghubungi Melia Aimiellia untuk mendapatkan penjelasan mengenai kontroversi yang sedang melanda pelakon yang baru hendak mencipta nama ini.
“Saya menafikan sekeras-kerasnya tentang gosip yang tersebar mengenai diri saya. Selepas melihat gambar tu, hampir tergelak pun ada kerana itu bukan saya. Lucu betul,” ujar Melia menafikan isu video bogel tersebut.
Melia yang baru sahaja berumur 19 tahun turut meluahkan rasa terkejut dan terkilannya kepada OHBULAN! mengenai Gossip Video Lucah Heroin Filem Tersebar yang hangat diperkatakan sekarang ini.
“Saya agak terkejut dan terkilan sebenarnya, tapi sedikit pun saya tak takut dengan gosip ini sebab itu bukan saya. Saya akan cuba bersihkan nama saya selepas ini, Insyaallah,” tambah Melia Aimiellia lagi.
Namun begitu, Melia yang sedang sibuk menjalani penggambaran sekarang ini berkata bahawa dia akan menyerahkan segala urusan lain kepada ibunya untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya.
“Terserahlah, kalau orang mahu percaya atau tidak. Saya tak paksa orang untuk percaya, hanya orang (Ibu) yang kenal dan rapat dengan saya tahu bentuk tubuh saya. Saya hairan kenapa jadi begini, saya tahu saya ramai musuh tapi saya cuba buat yang terbaik walaupun saya tahu ada orang tak suka saya.”

Ditanya jika Melia ada mengesyaki sesiapa berkenaan penyebaran video bogel mirip wajahnya ini, Melia menjelaskan bahawa dia hanya berserah pada Tuhan. Melia juga sekali lagi menafikan sekeras-kerasnya bahawa gadis dalam video itu bukan dirinya dan ini semua angkara fitnah orang yang dengki terhadapnya.
“Itu memang bukan saya, saya menafikan sekeras-kerasnya. Tuhan itu Maha Adil, semoga dia memberikan balasan pada mereka,” jelas Melia Aimiellia mengakhiri perbualan.
KREDIT: OHBulan!

BUDAK 18 TAHUN BERI KATA DUA KEPADA ANWAR IBRAHIM.

"I told you already appa, you ask for help from PKR, they'll never help you"

Cerita panas dari Lembah Pantai. Tempat yang dikatakan oleh Nurul Izzah sebagai kubu kuatnya. Kita lihat nasib Nurul Izzah dalam PRU13 nanti.

Berbalik dengan tajuk kita, ceritanya begini.

Bakal perdana menteri dan anaknya, Anwar Ibrahim dan Nurul Izzah datang ke Brickfields untuk satu ceramah menghasut penduduk di sana. Dikatakan persiapan rapi telah dilakukan dan khemah untuk menempatkan 3000 orang telah pun disediakan. Namun Anwar Ibrahim sendiri tidak menjangkakan sambutan penduduk Brickfields sangat dingin. 

Apa tidaknya, dijangkakan kehadiran dalam 3000 orang tapi yang datang hamya 300 orang. Ini bermakna dalam ceramah tersebut mereka hanya bercakap dengan kerusi sahaja. 

Mengikut jadual, Anwar sepatutnya selepas dari Tmn Seri Sentosa, terus ke Majlis di Brickfields tepat jam 4 ptg dalam gerak-gempurnya ke kawasan-kawasan Parlimen KL pada Hari Wilayah itu. Tetapi disebabkan, orang yang datang tak ramai, Anwar pun pusing-pusing dulu kononnya nak tunggu orang ramai datang. 

Apabila dimaklumkan 3000 orang yang dijangkakan membanjiri khemah tersebut tidak kunjung tiba, dan orang 300 yang dah hadir pun dah ada yang balik, maka Anwar Ibrahim dengan muka sekejap merah sekejap pucat pun datang.

Semasa Anwar berucap, terdengar laungan dari pengundi India, "you la penipu", "tipu kaum India".

Lihat video di bawah bagaimana layanan PKR kepada kaum india.


untuk cerita budak 18 tahun beri kata dua kepada Anwar Ibrahim dan Nurul Izzah KLIK SINI

Nurul Izzah berucap di hadapan 30 orang.

WAYANG KULIT PAS, DI SEBALIK TABIR.


“Selepas pilihanraya (ke 12)..memang betul saya jumpa dengan Khir Toyo..nak bercerita tentang penyatuan umat..nak cerita tentang akidah..nak cerita tentang syariah..nak cerita tentang akhlak seluruhnya..tanpa saya bersembunyi..tiap-tiap satunya dalam pengetahuan Presiden PAS.

“Bahkan Presiden PAS memberitahu saya..kalau ada orang tanya..dr tak payah jawab..suruh dia telefon saya sendiri”, katanya dalam ceramah ‘Selamatkan Akidah Umat Islam’ di Kampung Pengkalan Peguh, Lahat, Ipoh Perak, 10 Feb - AIDC

Adv

Nuffnang 2