Nuffnang

Advertlets

Pesanan AC

Segala kelemahan dalam Blog ini datangnya dari penulis sendiri, dan semua kesempurnaan datang dari Allah s.w.t.

Kepada sahabat-sahabat Blogger sila linkkan blog Assassin Cyber di bloglist anda dan AC akan linkkan blog anda di list kami.

Kepada anda yang ada artikl menarik dan ingin dikongsikan sila email ke:

E-mail: telebihsudah@gmail.com

FOLLOW JIKA BERANI

Klik Butang Like Di Bawah

TUKAR SIZE FONT

Change Text Size
+A +A +A +A +A

15 February, 2012

Anwar bikin Pas pening kepala: Nik Aziz Buat Duno.


Anwar bikin Pas pening kepala. Satu lepas satu tindakan, kelakuan dan kenyataan Anwar telah menyebabkan Pas terjerat leher.

Sampai bila pemimpin Pas boleh bersabar agaknye ye?

1. Kerana Anwar Pas terpaksa kompromi dengan DAP yang akan langkah mayat kalau    undang-undang Islam dilaksanakan.

2. Kerana Anwar Pas terpaksa liberalkan sedikit syariat Islam.
3. Kerana Anwar Pas terpaksa tukar nama Islam kepada kebajikan.
4. Kerana Anwar Pas terpaksa sembunyikan banyak kebenaran.
5. Kerana Anwar Pas terpaksa bersubahat dalam yang jelas haram.
6. Kerana Anwar Pas terpaksa buang Hasan Ali yang komited perjuangan Islamnya dan terpaksa tutup mata dengan pejuang murtad dan penjualan arak secara “drive in”.
7. Kerana Anwar Pas terpaksa fikir berpuluh kali sebelum keluar kenyataan kerana takut terjejas plan RMK PRU13.
8. Kerana Anwar Pas terpaksa halalkan bohong sunat.
9. Kerana Anwar Pas terpaksa belajar cara melakukan fitnah terhadap lawan politik.
10. Kerana Anwar Pas terpaksa lakukan banyak pendustaan dalam agama.
11. Kerana Anwar jugalah tembelang perjuangan Islam Pas banyak yang pecah.
12. Kerana Anwar juga keikhlasan perjuangan Islam Pas mula menjadi pertikaian umum.
13. Kerana Anwar ahli Pas yang ikhlas sudah mula berani soal pemimpin Pas secara terbuka.
14. Kerana Anwar Pas menjadi lunak dengan Israel dan lunak juga dengan nasib rakyat Palestin.
15. Kerana Anwar Pas tidak benci sangat lagi dengan zina, arak dan judi.
16. Kerana Anwar Pas terpaksa membiasakan diri dengan majlis-majlis yang dibuat di restoren-restoren cina dan makan minum pakai gelas dan pinggan cina dan terpaksa juga telan makanan walaupun “teleher” terasa kembang.
17. Kerana Anwar pemimpin Pas yang ada rasa takut dan malu pada tuhan terpaksa banyak beristighfar dan sembahyang taubat apabila;
    17a. Setiap kali balik dari majlis santapan DAP.

    17b. Terpaksa mempertahankan tingkah laku Anwar dan kenyataan para pemimpin DAP yang banyak bertentangan dengan Islam.

    17c. Terpaksa korbankan Hasan Ali.

    17d. Terpaksa buat “dunno” dalam kes-kes seperti Eli Wong yang bersekedukan dengan   boyfren Muslim.
Pendek kata demi niat untuk mengangkat martabat Islam di negara ini dengan cara mempastikan UMNO tidak lagi berkuasa, Pas terpaksa berkompromi dengan semua perkara yang jelas makruh dan haram disisi agama yang dilakukan oleh rakan-rakan pakatannya dari DAP dan PKR, khususnya Anwar Ibrahim.

 
Mungkin pimpinan Pas dan majlis syuranya telah berijtihad dan mengeluarkan fatwa secara sulit bahawa semua larangan dan segala kebencian Allah yang dilakukan oleh rakan-rakan pakatan “dibolehkan” buat sementara waktu sehingga kuasa pemerintahan sudah tidak lagi dipegang oleh UMNO dan barisan Nasional.
Selepas kuasa berada ditangan pakatan, segala fatwa dan ijtihad ini akan dikaji semula mengikut kesesuaian ketika itu.
Mungkin Pas minta supaya Allah swt memahami akan situasi yang sedang dihadapi oleh Pas.
Psst… Kalau sembahyang dengan niat saja tanpa perbuatan itu salah, macam mana pulak dengan berniat saja berjuang untuk Islam tapi tanpa perbuatan menurut syariat dan sunnah? Kalau tanya syura Pas, pasti dibolehkan atas alasan darurat.
(kkamdias.blogspot.com)

Lakon Layarmu Hebat Terpukau Ku Melihat: Raja Drama



 Black & Meet Uncle Hussain - Drama King

Kali pertama aku mengenalimu
Mahu bersama
Mahu bersama
Raut wajahmu bersih
Meyakinkan hati ini
Aku terpaut

Semua dusta palsu
Aku tertipu
Keperibadianmu
Berubah menurut nafsu
Panggilanmu gelaranmu
Baru ku tahu

Chorus
Lakon layarmu hebat
Terpukau ku melihat
Isi hati murahan
Sampai bila
Kau mahu tersesat
Tidak kau penat
Hidup penuh muslihat
Mahkotamu Raja Drama

Kau masih berpura-pura
Kata-katamu hanya propaganda
Mengejar hijau ungu
Mata kelabu
Ini bukan kau yang pernah ku kenal dulu
Panggilanmu gelaranmu
Baruku tahu

Ulang Chorus

Panggilanmu gelaranmu
Baru ku tahu
Kau bertakhta
Bagai maharaja di atas lembah
Lakon layarmu yang terhebat
Memukau mata melihat
Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat
Sampai bila Raja Drama
Sampai bila Raja Drama

Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat
Sampai bila Raja Drama
Sampai bila Raja Drama
Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat

Pembangkang Jangan Baca Hikayat Ini Jika Tak Mahu Sakit Hati!

SUASANA memang meriah di dalam bilik mesyuarat yang disewa di hotel Q itu. Di atas meja ada beberapa biji karipap yang belum diusik. Mungkin tidak diusik kerana menghormati pengerusi mesyuarat yang memang gemar makan karipap…

Sesekali suasana di bilik itu gamat dek kerana gurauan pengerusi dan ketawa yang dibuat-buat bagi membodek boss mereka itu.

Sebenarnya, mereka hadir setelah dipanggil boss mereka untuk bermesyuarat dan diberikan taklimat kepada para wakil rakyat. Lupa pula nak diberitahu, mereka merupakan wakil-wakil rakyat dari sebuah parti politik…

Sedang mereka bertepuk bertampar sesama sendiri, tiba-tiba telefon bimbit boss mereka berbunyi, menerima satu sms. Mungkin malas nak mencapai dan membaca sms tersebut, boss telah mengarahkan seorang “macainya” yang bernama Zulkifli Noordin (bukan nama sebenar!) untuk membuka dan membaca sms itu bagi pihaknya…

“The boy had lodge the report..!” kata Zulkifli membaca sms tersebut kuat-kuat supaya didengar bossnya dengan jelas.

Sejurus mendengar perkataan yang keluar dari mulut Zulkifli itu, Anwar Ibrahim (bukan nama sebenar juga!) terpaku. Terkedu dan terbongek! Mukanya berubah serta merta menjadi pucat lesi bagai nampak hantu Mak Lampir di depannya…

Tersedar dari kedunguan itu, Anwar berubah pula menjadi panik. Gelabah biawak! Habis diarah untuk menghubungi peguamnya yang juga salah seorang pemimpin politik tertinggi sebuah parti dan beberapa orang “think tank”nya…

Setelah itu, Anwar bergegas bersama isterinya, Wan Azizah (juga bukan nama sebenar!) ditemani Zulkifli menuju ke bilik hotel. Kelam kabut sungguh jadinya Anwar…

Di dalam lif, terjadi beberapa aksi yang tidak dapat diceritakan buat masa ini kepada pembaca memandangkan ia telah di”sensored”. Namun, khabarnya memang panas aksi kedua suami isteri itu…heh!
Setibanya dibilik hotel, keadaan Anwar semakin tidak terkawal. Panik, takut dan gelabahnya semakin bertambah-tambah. Lebih teruk lagi, Anwar merepek-repek, meroyan-royan tak tentu pasal mengandaikan perkara yang bukan-bukan…macam mak nenek nampak bunian!

“Habis la aku…jijah..mati la aku…habis…Zul..cuba tengok tu ada kereta polis..tu nak tangkap aku la tu…tak pun nak bunuh aku..!” racaunya bagai orang gila sebelum menyorok dalam selimut sambil menggigil ketakutan…

Wan Azizah dan Zulkifli hanya menggeleng-gelengkan kepala dan cuba menenangkan Anwar.
Setelah beberapa ketika,keadaan reda. Anwar sudah kurang ributnya. Mereka dimaklumkan bahawa mereka-mereka yang dipanggil Anwar tadi sudah tiba di bilik mesyuarat hotel Q dan menunggu “pemimpin anugerah gay” itu.

Anwar, isterinya dan Zulkilfli bergegas turun. Maka mesyuarat yang pada asalnya bertujuan berbincang tentang peranan wakil-wakil rakyat parti kencing rakyat itu telah bertukar kepada agenda menyelamatkan Anwar dari pertuduhan “the boy”…

Menurut maklumat yang diterima, “the boy” melaporkan pada polis tentang aktiviti gelapnya yang suka meliwat budak-budak jambu. Dalam ertikata lain, Anwar kantoi lagi kali ini dan kes kali ini sangat kuat memandangkan ia baru saja berlaku!

Ada dikalangan “think tank” itu mencadangkan supaya Anwar lari saja ke luar negara. Namun, setelah berbincang, mereka sepakat mengikut kehendak boss mereka itu untuk melarikan diri ke dalam Kedutaan Turki (bukan negara sebenar..) memandangkan dia rapat dengan Erdogan di sana…
Namun, timbul pula persoalan di kalangan mereka. Apa alasan yang nak diberikan sekiranya Anwar sembunyi di Kedutaan Turki?

Bunuh! Yaaaa…Bunuh! Anwar sebut perkataan itu berulang-ulang kali sebelum itu menyatakan ada orang nak bunuh dia. Itu boleh jadi alasan mereka (walaupun tak logik sikit pun!).

Siapa pula yang nak buat kenyataan itu? Kalau Zulkifli yang buat kenyataan tu pada media, tak berapa nak kuat pulak. Ya..isterinya! Kalau Wan Azizah yang buat kenyataan itu sambil melenangkan airmata wanitanya, pasti ramai yang percaya dan terpedaya! “Tahaluf Siyasi” tu…orang-orang PAS mesti faham, kan?

Dengan itu, kata sepakat telah dicapai. Akhirnya Anwar berjaya juga menyembunyikan diri dala Kedutaan Turki. Itupun kantoi beberapa hari kemudian apabila tempat persembunyiannya itu terbongkar!

Kecoh la lepas tu. Tapi dengan lakonan hebat dari Wan Azizah…ramai yang terpercaya dan terpedaya. Sebenarnya dari dulu Anwar dakwa ada orang nak bunuh dia. Tapi sampai sekarang dia dikatakan bebas keluar masuk negara dan sihat wal afiat je keadaannya…

Begitulah alkisah ceritanya…

mykmu.net

SAH DS NAJIB GADAI AKIDAH?

Anwar Ibrahim yang terkenal sebagai penjaga tepi kain orang terhebat sepanjang zaman, sekali lagi tampil dengan komen terhadap DS Najib. Anwar Ibrahim, mengeluarkan kenyataan itu ketika DS Najib bersama masyarakat India pada hari Thaipusam di Batu Caves tempoh hari.

Walaubagaimanapun, ketua pembangkang itu seringkali meludah ke langit menebabkan muka sendiri yang terkena. Lihat gambar di bawah.

 
Nak tahu lebih lanjut tentang aktiviti Anwar Ibrahim? Klik SINI.

PERBUATAN SYAITAN BERTOPENGKAN MANUSIA (Ibu Mengandung Tidak Digalakkan Melihat Post ini)



















Kata Dua Nik Aziz Kepada Anwar Bersifat Kepentingan Politik

KUALA LUMPUR 14 Feb – Gesaan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat supaya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya yang menyokong Israel seperti yang dilaporkan media, lebih bersifat sebagai kenyataan politik.

Exco Wanita UMNO, Suraya Yaacob berkata apa yang dilakukan oleh Nik Aziz itu lebih menjurus untuk menyelamatkan diri serta partinya daripada terus dibidas berhubung kenyataan itu kerana Pas adalah rakan sekutu pakatan pembangkang yang diketuai Anwar.

“Mengapa sekarang baru Nik Aziz menyuruh Anwar menarik balik kenyataan itu, sedangkan perkara itu sudah lama menjadi topik hangat termasuk di negara jiran, apakah gesaan itu menjurus kepada kepentingan politik.

“Nik Aziz sebenarnya terpaksa melakukan itu kerana menyedari kenyataan Anwar itu telah menimbulkan pelbagai masalah di kalangan orang Melayu dan Islam di negara ini termasuk di kalangan penyokong Pas.

“Sepatutnya sudah lama Nik Aziz melakukannya, jika dia benar-benar ikhlas sudah lama dia membuat teguran kepada Anwar, mengapa sekarang, ini jelas menunjukkan Nik Aziz terpaksa melakukan apabila menyedari kenyataan itu memberi kesan sokongan rakyat terhadap partinya,” katanya kepada UMNO-online.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media bahawa Nik Aziz sudah pun menghantar surat kepada Anwar supaya menarik balik kenyataan itu selepas dipersetujui oleh Majlis Syura yang diketuai olehnya.

Suraya yang juga Adun Sungai Tiang, menyifatkan gesaan Nik Aziz itu dilihat seperti tidak sepenuh hati kerana berdasarkan kenyataan itu beliau masih menyalahkan pihak media yang dikatakan tersalah lapor terhadap apa yang diucapkan.

“Nik Aziz dan Anwar menjawat jawatan yang  dilantik, sebab itu mereka sesuka hati membuat kenyataan tanpa memikirkan kesannya, kerana jawatannya tidak melalui proses pemilihan seperti jawatan lain dalam parti mereka.

“Jangan pula hairan dengan apa yang dibuat oleh Nik Aziz itu jika dalam tempoh terdekat nanti dia bertukar nada, seperti yang kita ketahui Nik Aziz sering membuat kenyataan yang tidak konsisten hanya untuk kepentingan peribadi dan politik,” katanya. -MediaUMNO

BUKU JING"GAY" HANYA LAYAK DIBAKULSAMPAHKAN


Tiada tempat yang sebaiknya dan selayaknya untuk BUKU JING"GAY" Pakatan Haram selain dibakulsampahkan.

Apa yang ada dalam buku JING"GAY" ini? Kata nak hapuskan amalan rasuah. Tetapi PKR sendiri dalam isu skandal curi pasir di Selangor merupakan pemain utama dalam kes rasuah yang mungkin adalah rasuah terbesar di Malaysia...baca kupasan lanjut DI SINI.

Adv

Nuffnang 2