Nuffnang

Advertlets

Pesanan AC

Segala kelemahan dalam Blog ini datangnya dari penulis sendiri, dan semua kesempurnaan datang dari Allah s.w.t.

Kepada sahabat-sahabat Blogger sila linkkan blog Assassin Cyber di bloglist anda dan AC akan linkkan blog anda di list kami.

Kepada anda yang ada artikl menarik dan ingin dikongsikan sila email ke:

E-mail: telebihsudah@gmail.com

FOLLOW JIKA BERANI

Klik Butang Like Di Bawah

TUKAR SIZE FONT

Change Text Size
+A +A +A +A +A

14 February, 2012

DSAI Belum Bersuara, Blogger Pro Anwar Ibrahim Bangun Dulu.


Dalam post assassin yang bertajuk Nik Aziz Balun Anwar Dari Depan, Anwar Balun Nik Aziz Dari Belakang? Rupanya blogger pencacai Anwar Ibrahim dah bangkit dahulu sebelum Anwar Ibrahim. Pantas dan ligat sungguh mereka-mereka ini.

Dalam post lepas, assassin menjangkakan akan tercetus satu episode baru dalam Pakatan Rakyat diantara PKR dan PAS. Rupanya sebelum PRU13 bermula pun dah ada serangan-serangan halus daripada blogger PRO Anwar Ibrahim yang cuba untuk mengecam Datuk Nik Aziz berikutan kenyataan yang dibuatnya berkaitan WSJ dan Israel.
 

Lihat print screen di bawah.

Nampaknya ianya bermula lebih awal daripada yang dijangkakan. Episode telah bermula, Kita tunggu dan lihat apa yang akan dilakukan oleh Anwar Ibrahim. 

Adakah Anwar Ibrahim akan menyingkirkan PAS daripada Pakatan Haram?

Pada hemat assassin, jangka hayat Pakatan Haram ini tidaklah seperti yang diwar-warkan oleh mereka semua. Perbezaan pendapat ini pastinya merupakan tanda bahawa Pakatan Haram ini sedang dalam keretakan yang hanya menanti belah.

Nik Aziz Balun Anwar Dari Depan, Anwar Balun Nik Aziz Dari Belakang?


Secara jujurnya, sebagai seorang Islam, assassin merasa lega apabila akhirnya Mursyidul Am pas Datuk Nik Aziz telah dengan tanpa berselindung telah mengeluarkan kenyataan kontra berhubung sokongan Anwar kepada Israel.

Datuk Nik Aziz dikatakan telah mengeluarkan kenyataan yang menggesa Anwar Ibrahim untuk menarik balik kenyataannya dalam satu temubual Wall Street Journal tempoh hari berhubung Israel.

Namun harus diingat bahawa kenyataan Nik Aziz terhadap Anwar Ibrahim kemungkinan akan mencetuskan satu episode baru dalam PR. Harus diingat bahawa, Anwar Ibrahim yang terkenal dengan kelicikan main belakang pastinya menanti saat sesuai untuk membuat serang balas terhadap Nik Aziz.


Anwar Ibrahim mungkin tidak akan mengeluarkan apa-apa kenyataan buat masa ini. Masa yang paling sesuai baginya adalah selepas PRU13. Jika dalam PRU13 ini PR memperoleh kemenangan, maka nasib PAS dalam PR mungkin akan berakhir.

Harus diingat bahawa Anwar Ibrahim adalah seperti Kala Jengking, jika anda berhadapan dengannya anda harus berhati-hati dengan sengat ekornya.Berita penuh baca SINI.


Hukum Memakai Cincin Perak


Apabila lelaki memakai cincin perak hukumnya adalah sunat kerana Nabi pernah memakainya. Anas r.a berkata yang bermaksud :
“Tatkala Nabi ingin menulis surat kepada orang Rom, Baginda telah diberitahu bahawa mereka tidak akan membaca sebarang surat melainkan ada cop ke atasnya. Maka Baginda pun mengambil cincin peraknya. Ia bagaikan seperti aku melihat sesuatu yang berkilat di tangannya, dan diukir dengan perkataan Muhammad Rasulullah.”-(Riwayat Bukhari no.5537,Muslim no.2029)

Ada keterangan bahawa para sahabat juga memakai cincin perak. 


Sumber: mysyah

KERJAAN MALAYSIA KEJAM???


Seperti yang dijangka, Pakatan Rakyat (PR) menggunakan isu penghantaran pulang  wartawan Arab Saudi, Mohammad Najeeb A. Kashgari, yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W.

Mohammad Najeeb terdahulu telah ditahan di KLIA oleh PDRM sejurus tiba di sini setelah melarikan diri dari Arab Saudi. Dia telah 

Menurut laporan media Arab Saudi,  Mohammad Najeeb  mengeluarkan penghinaan itu pada hari sambutan Maulidur Rasul minggu lepas dengan membayangkan seolah-olah dirinya berinteraksi dengan Nabi Muhammad S.A.W dan seolah-olah kedua-dua mereka adalah sama taraf.  Mohammad Najeeb  turut menyatakan ada sifat Nabi Muhammad S.A.W yang disukai dan tidak disukainya.

Umum juga mengetahui bahawa hubungan akrab di antara kerajaan Arab Saudi dan kerajaan Malaysia memang sudah lama terjalin. Jadi bila seorang penjenayah yang dikehendaki oleh Arab Saudi lari ke Malaysia, tentu tentu sahaja Putrajaya akan memberikan sepenuh perhatian dan kerjasama dalam membantu Riyadh.

Apabila Pak Menteri yang berkenaan dalam hal ini menegaskan pendirian Putrajaya akan menghantar pulang  Mohammad Najeeb  yang dikehendaki oleh Arab Saudi, aku hairan kenapa ada kelompok yang bangkit mempertahankan  Mohammad Najeeb  tersebut dan mengecam tindakan kerajaan Malaysia.

Pertamanya, adalah kelompok ini tahu apa yang telah dilakukan oleh Mohammad Najeeb ini memang tidak boleh dimaafkan. Menghina Kekasih Allah dan Penghulu Umat Islam bukan sesuatu yang boleh dibuat topik perbualan atau bahan tulisan bagi melarisan tulisan di alam siber.

Penghinaan yang dilakukan oleh Mohammad Najeeb juga amat pedih untuk diterima bukan sahaja di Arab Saudi malahan di Malaysia, rakyatnya yang majoriti umat kepada Nabi Muhammad SAW tersinggung dan marah dengan apa yang telah dilakukan oleh Mohammad Najeeb. Umat Islam di Malaysia, walaupun berbeza pendapat khususnya pada hal politik, akan turut satu suara jika melibatkan kehormatan junjungan Nabi Muhammad SAW ini diusik dan dipersendakan.

Adakah kelompok yang membela Mohammad Najeeb ini merasakan tidak salah untuk menghina Nabi Muhammad SAW??? 

Adakah kerajaan Malaysia kejam kerana bekerjasama dengaa Arab Saudi untuk membawa Mohammad Najeeb ke muka pengadilan??? 

Apakah "mileage" politik  yang mereka dapat dari pembelaan terhadap Mohammad Najeeb??? 

Adakah dengan alasan hak asasi manusia, Mohammad Najeeb yang telah menghina Nabi Muhammad SAW perlu diberikan layanan yang baik???

Adakah kelompok manusia ini terima arahan dari sesiapa yang lebih tinggi dari mereka untuk membela manusia yang telah menghina Nabi Muhammad SAW ini???

Ternyata kelompok manusia ini bukannya dari kalangan umat Nabi Muhammad SAW atau tepatnya kafir harbi. Mereka ini terdiri dari musuh-musuh Islam dan sentiasa menunggu dan mencari peluang bagi memastikan tugas mereka menghancurkan agama Allah ini berjaya. 

Apapun hukuman yang bakal diterima oleh Mohammad Najeeb itu terserah kepada kerajaan Arab Saudi. Itu urusan mutlak mereka menjatuhkan apa sahaja hukuman ke atas rakyatnya jika didapati bersalah. Jika Mohammad Najeeb dihukum pancung sekalipun, itu adalah di atas peruntukan undang-undang Arab Saudi dan apa hak kelompok manusia ini mempersoalkan undang-undang Arab Saudi???

Tak usah nak pilitikan semua perkara. Kelompok manusia yang bela Mohammad Najeeb ini pun kita tahu semuanya pro yahudi. Jadi tak salah mereka bela manusia yang hina Kekasih Allah ini.


MEMANG KERAJAAN MALAYSIA KEJAM JIKA BENARKAN PENGHINA NABI MUHAMMAD SAW INI TERUS BERADA DI TANAH BERTUAH INI!!!

Aku juga secara peribadi harap Mohammad Najeeb dihukum mati oleh kerajaan Arab Saudi jika benar dia didapati bersalah!!!

Sumber: Jiwa Paradox

Adv

Nuffnang 2