Tak habis-habis nak tuduh UMNO. Yang jahat saja mesti kerja UMNO, yang baik-baik semua dapat nama pada PR.
AMK (Anak Manja Kak wan), dalam portal berita pro pembangkang Keadilan daily, menuduh kumpulan yang menyerang dan merosakkan majlis ceramah mengenai kebebasan akademik anjuran mahasiswa di Klang, kelmarin adalah diupah UMNO.
PKR semenjak kewujudannya memang tidak pernah releven dengan politik Malaysia. Dasar penubuhannya adalah disebabkan nak tegakkan keadilan untuk Anwar Ibrahim. Pendek kata PKR ini ditubuhkan atas dasar kepentingan peribadi. Apa tidaknya, lihat saja kepimpinan tertingginya, dipimpin oleh anak-beranak.
Pada hemat assassin, anak mudah yang boleh berfikir rasional dan cintakan keamanan, sebenarnya tidak perlu menunggu untuk mendapat upah atau bayaran dari mana-mana pihak. Pencinta keamanan mempunyai naluri azali untuk melawan dan bencikan golongan yang suka memporak perandakan keamanan negara seperti PKR dan parti sekutu dalam PR.
______________________________________________________________________________________
SHAH ALAM 13 Jan: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mengecam tindakan
samseng upahan yang menggangu majlis ceramah mengenai kebebasan
akademik anjuran mahasiswa di Klang, kelmarin.
Timbalan Ketuanya, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin berkata, beliau
kesal ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bercakap mengenai
soal transformasi, ancaman seumpama itu masih berlaku di negara ini.
![]() |
| Kereta mahasiswa yang rosak teruk akibat perbuatan samseng (Gambar Malaysiakini) |
“Ia sangat menyedihkan apabila hak untuk kita bercakap bukan setakat
dinafikan, tetapi juga telah diancam dengan perbuatan sehingga
menjejaskan keselamatan rakyat.
“Selepas kita melalui era 2008 di mana lanskap baru politik Malaysia
terbina, kita lihat keadaan seperti ini berlaku. Ia tidak boleh diterima
dan kita tidak boleh bertolak ansur sama sekali,” jelasnya.
Khairul, atau lebih dikenali Jonah berkata, beliau tidak mahu menuduh
mana-mana pihak tetapi percaya samseng berkenaan diupah pihak-pihak
tertentu yang mempunyai kepentingan politik.
“Majlis itu dianjurkan oleh mahasiswa yang datang untuk memberi
penjelasan kepada rakyat, sudah tentulah kita ‘assume’ pihak sebelah
sana yang melakukannya,”
“Jadi kita nak beritahu Najib selaku pengerusi perhubungan Umno Selangor dan Datuk Seri Noh
Omar selaku timbalan pengerusi
supaya hentikan kerja yang membodohkan rakyat. Sedihnya anak-anak muda
dipergunakan, kita yakin mereka dapat upah tidak seberapa oleh pihak
yang kita pasti ada banyak kepentingan,” ujarnya.
Pada kejadian yang berlaku di kampung Idaman, Klang itu, samseng
berkenaan memecahkan kerusi dan menyelerakkan dewan serbaguna sebelum
ceramah bermula.
Presiden
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Syukri Ab Razab dilapor
berkata, samseng berkenaan turut mengepung dan mengekori mereka sehingga
laporan polis dibuat di Balai Polis Pandamaran.
Samseng berkenaan turut membaling batu dan memukul kereta mereka dengan kayu mengakibatkan kereta Timbalan
Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden, Khalid Mohd Ismath kemek teruk.
Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden, Khalid Mohd Ismath kemek teruk.
Kejadian ini, adalah kali kedua selepas ceramah Asalkan Bukan Umno
baru-baru ini turut diganggu dan diserang remaja bermotosikal.




