Serambi Mekah atau Serambi Pelacuran? Assassin tertanya-tanya bagaimana Negeri Kelantan boleh digelar Serambi Mekah sedangkan realiti yang sedang menghantui Negeri Kelantan adalah pada tahap kritikal.
Apa tidaknya, Negeri Kelantan merupakan juara untuk 3 tahun berturut-turut statistik jangkitan HIV/AIDS tertinggi di Malaysia. BACA SINI.
SERAMBI PELACURAN DEPAN MATA! KUMAN SEBERANG LAUT NAMPAK. BACA SINI.
Gelaran Serambi Mekah pada assassin hanyalah pada nama sahaja. Berselindung disebalik kepimpinan Parti PAS yang kononnya parti memperjuangkan Islam. Malangnya, mereka ini hanyalah bermimpi di siang hari.
Mari kita bermain fakta tentang kes jangkitan HIV/AIDS yang meruncing di Negeri Kelantan.
Berdasarkan statistik Unit Kawalan Penyakit, Jabatan Kementerian
Kesihatan pada 1986 hingga 2010, sebanyak 91,362 rakyat Malaysia
dijangkiti HIV dengan 3,291 orang daripadanya adalah suri rumah
berbanding 593 pekerja seks.
Selain itu, seramai 725 kakitangan kerajaan turut dijangkiti diikuti
pelajar (312), badan beruniform (698), nelayan (3,399), pekerja industri
(6,048), sektor swasta (1,500), pemandu (2,261), tidak bekerja (16,320)
dan lain-lain pekerjaan (30,507).
Mengikut pecahan kaum, seramai 65,235 daripada keseluruhan pesakit
HIV berbangsa Melayu, diikuti Cina (13,283), India (7,190), Bumiputera
Sabah (760), Bumiputera Sarawak (2,267), lain-lain (496), bangsa asing
(1,596) dan tidak diketahui (535).
Presiden Majlis Aids Malaysia (MAM), Tan Sri Zaman Khan, berkata
demografik kajian menunjukkan wanita berisiko dijangkiti HIV bukan
disebabkan kecuaian sendiri, sebaliknya jangkitan menerusi hubungan
kelamin tidak selamat bersama suami.
Statistik berkenaan turut menyebut faktor jangkitan paling berisiko
disebabkan perkongsian jarum suntikan sebanyak 63,680 diikuti hubungan
heteroseksual (berlainan jantina) (16,320), homoseksual dan biseksual
(2,047), ibu kepada anak (832), pemindahan darah (3), penerimaan organ
(0) dan tidak diketahui (8,449).
Mengikut laporan ketika Sidang Kemuncak Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB) pada Jun lalu, jumlah pesakit HIV di seluruh dunia
dianggarkan seramai 34 juta orang dengan 1.8 juta kematian setiap tahun
dan kira-kira 7,000 jangkitan baru dikesan setiap hari.
Bagi membanteras ancaman virus maut yang melanda seluruh negara,
Presiden Perhimpunan Agung PBB (UNGA) Joseph Deiss selepas deklarasi
dipersetujui sebulat suara oleh anggota PBB menetapkan sasaran supaya
jumlah penderita HIV di negara miskin yang mendapat rawatan retroviral
(bantuan dadah) ditingkatkan sekali ganda kepada 15 juta orang menjelang
2015.
Sehingga kini, PBB menganggarkan kira-kira 6.6 juta orang pembawa HIV
mendapat rawatan sedemikian dan mengarahkan peruntukan besar disalurkan
untuk merawat AIDS.
Antara penekanan penting dibincangkan merangkumi penegasan menyekat
jangkitan HIV dari ibu kepada anak melalui langkah-langkah pencegahan
yang lebih berkesan sekali gus mengawal wabak HIV dan AIDS kepada
golongan berisiko seperti homoseksual, pelacur dan penagih dadah.
Mengulas mengenai pekerja seks di negara ini, Zaman berkata, wujudnya
beberapa faktor perubahan signifikan dalam industri pekerja seks
Malaysia apabila lebih ramai mangsa dijangkiti virus HIV akibat hubungan
seksual.
Berdasarkan statistik HIV dan AIDS 2010 yang dikeluarkan oleh Unit
Kawalan Penyakit, Jabatan Kesihatan Malaysia, ada peningkatan kes HIV
baru sebanyak 3,652 pada 2010 berbanding 3,652 (2009). Malah, didedahkan
bahawa lebih banyak orang dijangkiti HIV melalui hubungan seksual.
Pada 2009, sebanyak 55 peratus jangkitan HIV baru disebabkan
perkongsian jarum suntikan dadah berbanding kes jangkitan melalui
perhubungan seksual iaitu 31.9 peratus. Pada 2010, kes jangkitan akibat
perhubungan seksual menyumbang sebanyak 48.5 peratus daripada 3,652 kes
jangkitan HIV baru dan perkongsian jarum dadah suntikan sebanyak 47.6
peratus saja.
Kes jangkitan HIV akibat hubungan seksual di negara kita meningkat
saban tahun, namun berdasarkan laporan PBB, kesedaran orang ramai di dua
negara menerima jangkitan HIV tertinggi menerusi mengadaptasi seks
secara selamat dan perkongsian maklumat hubungan seks bebas terhadap
generasi muda membantu menurunkan peratusan kes sehingga lebih 50
peratus kes di India dan kira-kira 35 peratus kes di Afrika Selatan.
Sementara itu, Selangor dikesan mendahului senarai utama pembawa
virus HIV pada tahun lalu iaitu 536 orang, diikuti Johor (524), Kelantan
(462), Pahang (383), Terengganu (352), Kuala Lumpur (298), Perak (240),
Sabah (196), Kedah (161), Sarawak (141), Pulau Pinang (132), Melaka
(123), Negeri Sembilan (85) dan Perlis (19).
Berbanding 2009, Kelantan mencatatkan kes tertinggi iaitu 596 kes,
diikuti Pahang 431, Selangor (378), Terengganu (315), Johor (243), Pulau
Pinang (224), Kedah (176), Kuala Lumpur (175), Sarawak (146), Perak
(124), Sabah (88), Melaka (80), Negeri Sembilan (62) dan Perlis (43).
Dikatakan, golongan dewasa berusia 30 hingga 39 tahun berisiko
terdedah pada jangkitan HIV dengan 39,304 kes, diikuti remaja berusia 20
hingga 29 (30,443), 40 – 49 (14,698), 50 ke atas (3,739), 13 – 19
(1,295), 2 – 12 (797), dan kanak-kanak berusia kurang 2 tahun (112).
Sementara itu, kematian akibat HIV dan Aids pada tahun lalu
mencatatkan seramai 904 orang dengan kematian tertinggi di Kelantan
sebanyak 156 kes diikuti Selangor sebanyak 144 kes, Perlis (11), Kedah
(55) Pulau Pinang (21), Perak (73), Kuala Lumpur (57), negeri Sembilan
(33), Melaka (29), Johor (94), Pahang (96), Terengganu (71), Sarawak
(39), dan Sabah (25).
p/s: Assassin menyiarkan artikel ini bukan bertujuan mengaibkan Negeri Kelantan. Hanya sebagai info dan renungan. Dimana sebenarnya kehebatan para pemimpin PAS seperti yang dicanangkan oleh mereka semua. Mereka sibuk menjaga tepi kain negeri lain terutama negeri pimpinan BN sedangkan negeri pimpinan sendiri tidak terjaga.


