Nuffnang

Advertlets

Pesanan AC

Segala kelemahan dalam Blog ini datangnya dari penulis sendiri, dan semua kesempurnaan datang dari Allah s.w.t.

Kepada sahabat-sahabat Blogger sila linkkan blog Assassin Cyber di bloglist anda dan AC akan linkkan blog anda di list kami.

Kepada anda yang ada artikl menarik dan ingin dikongsikan sila email ke:

E-mail: telebihsudah@gmail.com

FOLLOW JIKA BERANI

Klik Butang Like Di Bawah

TUKAR SIZE FONT

Change Text Size
+A +A +A +A +A

04 February, 2012

DR. HASAN ALI TIDAK AKAN KEMBALI KE PANGKUAN PAS.


Hari ini saya ingin membuat salah satu keputusan yang penting dalam sejarah hidup saya. Keputusan itu berkaitan dengan isu pemecatan saya sebagai ahli PAS yang dibuat dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat pada 8 Januari 2012.

PAS sebagai sebuah parti yang telah saya dokongi hampir 15 tahun telah membuat keputusan yang begitu drastik terhadap saya.

Seperti yang dilakukan oleh ahli dan pimpinan yang lain, saya juga telah cuba memberikan segala kemampuan yang ada untuk melonjakkan parti mencapai matlamat penubuhannya. Usaha sedemikian telahpun menatijahkan sesuatu yang baik dan ianya terserlah dalam keputusan PRU ke 12 yang lalu.

Pimpinan tertinggi PAS telah membuat keputusan untuk memecat saya tanpa mengikut prosedur yang lazim digunakan oleh mana-mana pertubuhan politik termasuk PAS sebuah parti yang sepatutnya menjunjung syariat Allah SWT.

Seperti yang termaklum, banyak kes-kes disiplin sebelum ini yang melibatkan pimpinan tertinggi dan ahli biasa dalam parti. Tindakan disiplin diambil terhadap mereka setelah kesalahan yang dilakukan di rangka dalam bentuk bertulis sebagai pertuduhan terhadap pihak yang kena tuduh. Sepanjang ingatan saya, setiap mereka yang terlibat diberi ruang dan peluang untuk membela diri mengikut prinsip “right to be heard” yang juga merupakan inti kepada prosedur tindakan disiplin yang sepatutnya diambil oleh PAS mengikut lunas-lunas syariat.

Kes yang melibatkan saya dilakukan secara paling autokratik dan paling tidak demokratik. Mereka membuat keputusan secara arbitrari, berhujah dan mendengar dari satu pihak sahaja. Tindakan pemecatan yang biasanya merupakan tindakan “last resort” dibuat seolah-olah wujudnya satu komplot  untuk menjatuhkan seseorang. Apa yang berlaku, tindakan yang diambil begitu tergesa-gesa termasuk tindakan untuk menggugurkan saya sebagai ahli Exco Kerajaan Negeri yang juga dilakukan secara tergesa-gesa oleh Setiausaha Agong PAS yang meminta supaya pengguguran itu dibuat secara serta merta. Saya yakin amalan ini tidak syak lagi bertentangan dengan amalan dan akhlak Islam yang menjadi tulang belakang kepada amalan pengurusan parti.

Saya menyerahkan kepada Allah Yang Maha Kuasa untuk memberi pembalasan kepada mereka yang bersekongkol menganiaya saya dalam kes ini.

Seperti yang saya bayangkan di atas, saya telah merujuk kepada alim ulama di dalam dan di luar parti serta para profesional, ahli akademik serta ahli biasa mengenai isu pemecatan ini. Terdapat dua aliran pemikiran yang menyokong dan tidak bersetuju dengan saya membuat rayuan. Setelah merenung berbagai sudut termasuk kepraktikalan gerak kerja saya seterusnya dan yang paling pentingnya setelah beristikharah telah membawa saya membuat keputusan untuk tidak membuat rayuan.

Maka dengan ini saya menyatakan dengan rasminya bahawa saya tidak akan membuat rayuan yang akan tamat tempohnya pada 7 Februari 2012. Di antara asas keputusan muktamad ini selain daripada yang disebutkan sebelum ini, saya tidak selesa dengan perkara-perkara berikut :

A.   Peranan parasit yang begitu menonjol dalam mesyuarat membuat keputusan tersebut sehingga pimpinan tertinggi terpaksa membuat keputusan di luar batasan pengurusan manusia dalam organisasi seperti yang lazim dilakukan;

B.   Saya tidak pernah menerima surat, pesanan ringkas atau panggilan telefon meminta saya hadir khusus untuk memberi keterangan terhadap apa apa pertuduhan (sekiranya ada)  yang dikenakan terhadap saya;

C.   Saya berpegang kepada kenyataan Tuan Guru Mursyidul Am yang menyatakan bahawa segala-galanya yang melibatkan saya telah selesai berikutan dengan Pertemuan Mahabbah di Kota Bharu pada 27 Disember 2011;

D.   Saya mendapati halatuju dan dasar perjuangan parti telah terkeluar dari landasan asalnya. Negara Islam, hukum hudud, kepimpinan ulama, ukhuwwah Islamiyah dan akhlak Islam tidak lagi menjadi amalan dan terpancar dalam urusan harian parti. Sedangkan elemen-elemen inilah yang pada awalnya merupakan daya penarik utama kepada kemasukan saya menyertai perjuangan PAS;

E.   Kerap kali saya mencadangkan supaya PAS mengkaji semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat. Ini berikutan dengan pendekatan akomodatif yang di ambil oleh parasit di dalam PAS hingga melampaui hal-hal yang berkaitan dengan dasar parti yang terpaksa juga dikorbankan untuk menjaga kepentingan dua komponen parti yang lain dalam Pakatan Rakyat;

F.   Dalam konteks pentadbiran Negeri Selangor, saya sendiri menghadapi kesukaran dan suasana serba salah untuk melonjak, menjunjung dan mendaulatkan Islam serta bangsa Melayu seperti yang termaktub dalam pernyataan dasar parti;

G.   Dalam banyak hal saya dapati pimpinan parasit dalam PAS lebih gemar mendengar pandangan daripada DAP dan PKR  berbanding daripada wakil partinya sendiri dalam hal pentadbiran Kerajaan Negeri;

H.   Saya berpendapat, ruang untuk Islam di Selangor khususnya yang berkaitan dengan nahi munkar yang menjadi perkara pokok perjuangan PAS hampir tidak wujud. DAP, PKR dan sebahagian daripada pimpinan PAS Negeri yang menjadi parasit parti tidak menyebelahi saya atas alasan bercanggah dengan hak asasi manusia, kebebasan individu, hak untuk memilih dan demi mengutamakan Putrajaya;

I.    Hampir dalam semua perkara, pimpinan parasit PAS menyuarakan pandangan negatif terhadap apa yang saya lakukan yang menyentuh persoalan Islam dan Melayu yang sebenarnya selari dengan tanggungjawab saya yang memegang portfolio Hal Ehawal Islam dan Adat Melayu. Mereka tidak pernah merujuk kepada saya atau Jabatan-jabatan di bawah penguasaan saya seperti MAIS, JAIS dan Lembaga Zakat. Mereka lebih suka menyerang saya termasuk menyuarakannya melalui media massa. Cara sedemikian sudah jauh menyimpang daripada amalan akhlak Islam.

Berdasarkan faktor-faktor inilah saya telah menetapkan hati untuk membuat keputusan tidak akan merayu terhadap pemecatan keahlian saya itu. Sebaliknya saya membuat keputusan MEMBANTAH  keputusan  pemecatan yang bersifat arbitrari dan dilakukan mengikut selera parasit-parasit yang sememangnya begitu bernafsu untuk melihat saya tidak berada lagi di dalam saf kepimpinan parti.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan penghargaan saya kepada para perwakilan yang telah memilih saya dalam muktamar yang baru lalu. Ucapan penghargaan yang sama saya tujukan kepada para pimpinan Ulama dan Pemuda dalam PAS dan mereka mereka yang ikhlas dengan perjuangan memartabatkan Islam dalam PAS yang memberi sokongan dan galakan yang sama. Saya berharap demi agama Allah dan demi semangat  perjuangan yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW, kumpulan Ulama dan Pemuda dalam PAS perlu bergerak dari dalam dan saya yang di pecat bergerak dari luar supaya dalam masa yang terdekat Parti Islam Se-Malaysia PAS dapat dibebaskan daripada cengkaman parasit-parasit yang begitu bermaharajalela di dalam parti sekarang ini.

Izinkan saya juga memberi sekelumit pandangan tentang perlunya Majlis Syura PAS terus diperkasakan bagi menentukan badan ini benar-benar berfungsi menentukan supaya dasar perjuangan parti pada pernyataan dan rohnya tidak mudah dilentur mengikut selera mana-mana golongan termasuk apa yang sedang dilakukan oleh parasit parasit dalam sistem parti PAS.

Saya juga ingin menyentuh mengenai program roadshow yang sedang giat dikendalikan. Roadshow yang diadakan, ada yang bertemakan Aqidah Islamiyah dan ada yang bersifat cabaran politik semasa. Kedua-duanya dianjurkan oleh badan-badan sukarela dan NGO-NGO di lokaliti-lokaliti tertentu. Sukacita saya tegaskan, tidak ada penglibatan UMNO sama sekali dalam penganjuran program-program tersebut seperti yang di dakwa oleh sesetengah pihak. Badan-badan NGO-NGO tersebut dengan sukarela dan berbesar hati menganjurkan program kerana kandungan program-program tersebut bertepatan dengan aspirasi dan citarasa sebilangan besar anggota masyarakat di negara ini.

Sehingga ini sambutan yang diberi adalah sama sekali diluar jangkaan. Rakyat daripada berbagai golongan, lelaki dan prempuan, tua dan muda, membanjiri majlis-majlis yang diadakan. Di samping itu, permintaan untuk mengadakan program yang serupa ditempat masing-masing di seluruh negara datang mencurah-curah.

Ini menggambarkan anggota masyarakat sudah jemu dengan politik partisan, chauvinistik dan sokongan melulu kepada beberapa tokoh individu dengan matlamat perjuangan yang kabur. Masyarakat memerlukan aliran baru berpolitik yang menjadi kunci penentu kepada keberlangsungan proses membina negara.

Akhirnya saya juga ingin menyentuh mengenai penubuhan pertubuhan sukarela yang menggabungkan NGO-NGO, individu-individu dan mereka yang berminat dan menghayati perjuangan memartabatkan IMR (Islam, Melayu & Institusi Raja). Badan ini akan dilancarkan pada 21 februari 2012. Adalah diharapkan badan ini akan terus menjadi pemangkin kepada satu gerakan massa yang baru untuk meletakkan Malaysia ke persada negera yang maju dan bermaruah.

Sumber: FB Dr. Hasan Ali

Pemimpin PAS Disimbah ASID!!

Post Pic


SHAH ALAM, 4 FEB : Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mendakwa 72 peratus kepimpinan parti itu kini dikuasai oleh golongan sekular yang sanggup 'tidur sekatil' dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau berkata, sejumlah 28 peratus lagi adalah golongan ulama yang sanggup mengetepikan perjuangan asal Pas untuk menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri

Anwar Ibrahim yang bercita-cita mahu menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13.
"Saya berpendidikan sekular tetapi saya mahu Pas terus dipimpin oleh golongan ulama yang berpendidikan dari Mesir dan Jordan," katanya pada ceramah anjuran Pertubuhan Kemajuan dan Integriti Melayu Muar (Pekim) di Bukit Naning di sini, malam tadi.

Pada ceramah yang dihadiri kira-kira 3,500 orang itu, Hasan turut mendedahkan bagaimana kepimpinan Pas cuba memujuknya supaya berlembut dan mengikut sahaja arahan pakatan pembangkang yang tidak setuju dengan tindakannya membanteras gerakan mengkristiankan orang Islam di Selangor.

"Mereka minta saya bersabar dengan mengatakan apabila sudah dapat tawan Putrajaya, waktu itulah baru dikuatkuasakan undang-undang Islam," katanya.

Hasan dalam ceramahnya itu turut mengingatkan orang Melayu bahawa hak mereka yang termaktub dalam perlembagaan akan terjejas jika membenarkan pakatan Pas, DAP dan PKR berkuasa di negara ini.

Beliau mendakwa pakatan pembangkang tidak mahu mendengar perkataan Islam, Melayu dan raja serta mereka akan mendidik anak-anak dengan didikan secara liberal jika diberi peluang.

PRU13 Bulan MAC ini?

Post Pic

MARANG, 3 FEB : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang boleh diadakan pada bila-bila masa asalkan tidak lewat daripada April tahun depan.

Najib berkata, masa untuk mengadakan pilihan raya umum ke-13 bergantung kepada banyak faktor.

"Pilihan raya umum boleh diadakan pada bila-bila masa asalkan tidak lewat daripada April tahun depan.

"Buat masa ini, saya turun padang berjumpa rakyat, bukan sahaja saya tapi semua pemimpin kerana ini tanggungjawab sebagai pemimpin supaya rakyat tambah yakin kepada Barisan Nasional (BN),� katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya mengenai desas-desus kononnya Parlimen akan dibubar minggu depan untuk memberi ruang kepada pilihan raya umum ke-13.
 

p/s: Mari sekalian pencinta Negara, kita luruskan saf. Kita ganyang Pakatan Rakyat pada PRU13. Hidup UMNO/BN. Undi BN rakyat sejahtera. InsyaAllah.

MESTI BACA : Anwar Ibrahim Malu Besar Dengan Pendedahan Terbaru Ini!!

Anwar Ibrahim sekali lagi memainkan peranan jijik apabila memburuk-burukkan nama Malaysia di Turki.

Laporan akhbar Today's Zaman melaporkan bahawa Malaysia tidak layak dipanggil negara demokratik.

Beliau memberi contoh negara Turki yang kononnya terdapat freedom of media dan freedom of speech.


Di antara kenyataan mengampu Anwar Ibrahim sambil menghina negara Malaysia:



 Baca sambungan DI SINI.

Antara BABI dan DAP (fuckatan): Mana lebih HARAM?!!


Takkanlah setakat ini sahaja kemampuan PAS setelah diberi kuasa untuk memerintah Selangor?!! Musuh Islam terus-terusan mencemar kesucian rumah Allah dan mencabar Islam, PAS hanya minta pengikutnya bersolat hajat?!!

Kenapa perlu double standard, wahai Khowarijul PAS?!! Mengapa ketika seorang peliwat cuba menafikan hak keadilan bagi mangsanya, PAS beramai-ramai turun ke jalan dan menekan pihak Mahkamah?!!

Mengapa apabila seorang wanita Hindu cuba mewujudkan huru-hara di sebuah negar yang ditadbir orang Islam, PAS yang paling hadapan menyokongnya?!! Malahan PAS lah  yang menyediakan 'tentera' bagi menjayakan aktiviti BUGHAH tersebut?!!

Jadi mengapa apabila kesucian rumah Allah diperlakukan sedemikian rupa, PAS hanya mampu untuk mengerahkan pengikutnya dungunya yang wala' untuk bersolat hajat?!! Mana perginya semangat jihad untuk mempertahankan maruah Islam?!! Atau anda semua berani hanya apabila berhadapan dengan saudara seiman sendiri?!!

Atau anda semualah punca sebenar rumah Allah menerima nasib seperti ini?!!

Apa bezanya membawa masuk kepala babi ke dalam masjid dengan membawa pemimpin kafir yang berhadas besar ke ruang tempat umat Islam bersujud kepada Allah SWT?!! Bukankah kedua-duanya tetap najis?!!



*Disebabkan kerana kegagalan PAS menjaga Islamlah, maka Khalid Ibrahim al-Sekular terpaksa mengambil alih.
 
Sumber: MyMassa

HEBAHAN PALSU. JANGAN PERCAYA: PDRM

Adv

Nuffnang 2