Nuffnang

Advertlets

Pesanan AC

Segala kelemahan dalam Blog ini datangnya dari penulis sendiri, dan semua kesempurnaan datang dari Allah s.w.t.

Kepada sahabat-sahabat Blogger sila linkkan blog Assassin Cyber di bloglist anda dan AC akan linkkan blog anda di list kami.

Kepada anda yang ada artikl menarik dan ingin dikongsikan sila email ke:

E-mail: telebihsudah@gmail.com

FOLLOW JIKA BERANI

Klik Butang Like Di Bawah

TUKAR SIZE FONT

Change Text Size
+A +A +A +A +A

02 February, 2012

HOT DARI PISAU.NET!!! MB SAMPAI KE LUBANG KUBUR?

Tindakan Hj Hadi ingin mengundurkan diri untuk tidak bertanding pada PRU13 telah mengundang keresahan Nik Aziz.
Hj Hadi berkata sudah lebih 30 tahun beliau menjadi wakil rakyat maka adalah lebih baik beliau mengundur diri agar dapat memberi peluang kepada muka baru untuk menggantikan tempat beliau.

Sebelum ini Pisau telah katakan Hadi bukan bermaksud untuk mengundur diri cuma hanya memberi peringatan kepada yang lama agar digantikan yang baru.
Signal dihantar oleh pak presiden parti kepada mursyidul am agar beringat jangan duduk terlalu lama hingga orang lain dah naik menyampah.
Hadi hanya berkias dan berpesan kepada dirinya tetapi yang terasa kepedihannya adalah Nik Aziz. Jawapan Nik Aziz cukup mudah difahami,asalkan bernyawa, takhta dan kuasa tetap harus dipegang hatta hingga ke lubang kubur.

Walau pun diketahui nyanyok dan tahap kesihatan yang sudah merosot Nik Aziz masih mahu mengekalkan kerusi yang beliau wakili di Pulau Melaka dan cukup sayang melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju dengan keputusan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu berundur daripada bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Abdul Hadi, menurut beliau, seorang manusia yang berbakat untuk memimpin, lebih-lebih lagi dalam perjuangan Islam.
“Penjawat awam ada had masa untuk bersara tapi pimpinan parti tiada had masa, boleh berkhidmat sampai mati,” – Nik Aziz
Pisau kata “baguslah Umno sedar dari awal,plan transformasi dan keterbukaan parti telah terbukti.Pemimpin bersilih ganti”

pisau.net

p/s: Berilah peluang kat ustaz budak pula naik sebagai MB Klate.

PANAS!!!! DAH KANTOI DIBOGELKAN PULA.



Kenyataan Anwar Ibrahim menyokong negara Israel menjadi beberapa versi yang berlainan pula!

Kenyataan awal adalah seperti di bawah :


Kenyataan tersebut diubah pula menjadi versi yang menokoktambah ayat dan disiarkan Wall Street Journal seperti di bawah :


Sekarang, terdapat satu lagi versi yang dikeluarkan oleh kroni Anwar Ibrahim iaitu Nurul Izzah yang tidak terlibat di dalam temuramah tersebut!

Sila baca di bawah :


Nurul Izzah mendakwa kenyataan Anwar Ibrahim telah dimanipulasikan oleh musuh politik?

Tetapi sebenarnya, tiada manipulasi atau apa sahaja. Ianya a simple english article yang sengaja disusahkan oleh Anwar Ibrahim dan anak beliau. Itu sahaja.

Nurul Izzah yang mungkin tidak berapa fasih simple english sama seperti yang Anwar Ibrahim sindir Pemuda PAS.

So, tidak perlu menegak benang yang basah lagi! - Dr. Mim

Muhyiddin Tidak Tolak Kemungkinan Anwar Cuba Bawa Campur Tangan Yahudi


KOTA BAHARU, 2 Feb (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menolak kemungkinan kenyataan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong usaha menjaga keselamatan Israel, cubaan membawa campur tangan Yahudi dan Amerika Syarikat dalam politik Malaysia.

Beliau berkata mungkin ada kebenarannya apabila Majlis Bekas-bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) menganggap kenyataan Anwar itu sebagai cubaan memancing kuasa Yahudi dalam pilihan raya umum ke-13.

"Itu kenyataan MUBARAK, mungkin ada kebenarannya. Soalnya sehingga hari ini, Anwar tidak dapat menjelaskan keadaan sebenar dan pihak PAS, parti dalam pakatan pun mempertikaikannya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pemantapan Profesionalisme Warga Pendidik Negeri Kelantan di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) di Peringat dekat sini, pada Khamis.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata demikian ketika diminta mengulas Ketua Penerangan MUBARAK Datuk Abdul Rahman Sulaiman yang berkata pemerhatian pihaknya mendapati wujud tanda jelas campur tangan kuasa asing dalam politik Malaysia dan kenyataan Anwar bukti terbaru usaha membabitkan kuasa luar, khususnya rejim Yahudi dan konconya Amerika Syarikat.

Anwar sebelum ini dilaporkan menyokong usaha menjaga keselamatan Israel ketika beliau ditemuramah akhbar The Wall Street Journal.

"Saya tidak dengar kenyataan daripada pemimpin DAP. kalau begitu, kenyataan beliau itu mungkin sama ada tidak disokong atau ada percanggahan dalam soal apa yang disebutkan oleh Anwar Ibrahim," kata Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno.

Muhyiddin berkata sesiapa pun boleh membuat tafsiran apabila Anwar mengeluarkan kenyataan sebegitu dan laporan media juga menunjukkan pendirian pelbagai pihak bahawa kenyataan Anwar bukan sahaja bercanggah dengan dasar dalam dan luar negara ini berhubung dengan Israel dan Palestin tetapi banyak pihak mengatakan beliau tidak langsung mengambil kira perjuangan Islam dan mengetepikan hak orang Palestin untuk menentukan masa depan mereka.

"Ini bagi saya mungkin, secara tak tersirat apakah bermakna kalau Anwar Ibrahim akan ambil alih kerajaan akan dia ubah soal Israel dan Palestin atau dia akan gunakan penasihat-penasihat yang lain yang dia rasa boleh membantu dia dalam soal ini atau dia lebih mirip kepada tuntutan pelbagai pihak di Amerika untuk layan sentimen dan kehendak mereka, itu saya tidak tahu," katanya.

-- BERNAMA

Utusan Malaysia Online - Terkini

Utusan Malaysia Online - Terkini

Kejayaan Safee perlu jadi contoh kepada pemain lain



KUANTAN 2 Feb. - Kejayaan penyerang sensasi negara, Safee Sali menandatangani lanjutan kontrak baru dua tahun bernilai lebih RM2 juta bersama kelab Indonesia, Pelita Jaya FC, perlu dicontohi pemain bola sepak lain di negara ini.

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, kejayaan Safee itu satu lembaran baru dalam sejarah bola sepak negara.

"Saya harap kejayaan Safee dicontohi pemain lain. Kita harapkan setiap pemain mempunyai inspirasi, visi dan semangat untuk pergi jauh.

"Bukan sekadar mewakili negara tetapi pergi ke peringkat lebih tinggi dan ini akan memberi manfaat kepada negara,” titah baginda. - BERNAMA

PENULUS BLOG RANKING NO.1 DI MALAYSIA TERBUTA IT?

Sebentar tadi assassin pergi blog walking. Ternampaklah satu link senarai top 10 blog di Malaysia.
Bila assassin klik link itu. Wah! nak tau tak blog apa yang duduk paling atas?

Blog TranungKite Online (TKO). Hebat! senarai blog PAPA GOMO, PARPUKARI tak ada dalam list top blog tu, Assassin Cyber lagi la tak ada. 

Assassin pun try la klik link TranungKite Online (TKO), loading memang lambat, mungkin disebabkan broadband assassin dah nak penuh data. tunggu punya tunggu akhirnya berjaya juga. Bila assassin skrol ke bawah, ternampaklah satu artikel yang bertajuk  "SARA 1Malaysia :Bahasa Melayu Terpinggir dan Apa Kata Majlis Fatwa"seperti di bawah:



SARA 1Malaysia :Bahasa Melayu Terpinggir dan Apa Kata Majlis Fatwa
Posted on Wednesday, February 01 @ 18:45:52 PST
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Berita Oleh: laniismaa

"“Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) is a special Scheme initiated by the Government of Malaysia aimed at promoting the participation of the low-income group to save and invest; apart from to assist them in managing the impact of the rising current cost of living.”

Itulah yang tertulis sebagai pembuka bicara skim SARA 1Malaysia. Skim yang dilancarkan pada 12 januari yang bertujuan membantu meningkatkan pendapatan dan menggalakkan penabungan serta pelaburan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah. Ia merupakan skim bantuan kerajaan berbentuk pinjaman melalui bank-bank terpilih.


Laman Web SARA 1Malaysia


Link artikel TKO:  http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=12160

 TKO kata Website SARA 1Malaysia ini ditulus sepenuhnya dalam bahasa inggeris. Memang betul pun ditulis dalam bahasa inggeris. Tetapi, assassin tertanya tanya mengapa TKO yang boleh dikira blogger otai nie masih tak reti nak buka website. 
Nie, assassin nak tunjuk kepada TKO. Sebenarnya website SARA 1Malaysia disediakan dalam 2 versi bahasa. satu laman Bahasa Inggeris dan satu lagi Bahasa Melayu. Nak tengok buktinya?



 

Nampak Tak VERSI BAHASA di bahagian bawah website SARA 1Malaysia. 
Lihat prinscreen website SARA 1Malaysia versi Bahasa di bawah

Versi BAHASA
 TKO nie Pro-Pakatan Rakyat ke?

Adv

Nuffnang 2