Nuffnang

Advertlets

Pesanan AC

Segala kelemahan dalam Blog ini datangnya dari penulis sendiri, dan semua kesempurnaan datang dari Allah s.w.t.

Kepada sahabat-sahabat Blogger sila linkkan blog Assassin Cyber di bloglist anda dan AC akan linkkan blog anda di list kami.

Kepada anda yang ada artikl menarik dan ingin dikongsikan sila email ke:

E-mail: telebihsudah@gmail.com

FOLLOW JIKA BERANI

Klik Butang Like Di Bawah

TUKAR SIZE FONT

Change Text Size
+A +A +A +A +A

01 February, 2012

RED ALERT!!! BUKU JINGGA KITAB RUJUKAN PAKATAN RAKYAT.

KITAB SUCI PAKATAN RAKYAT



Inilah dia kitab suci pakatan rakyat. BUKU JINGGA. Antara angan-angan kosong yang dibukukan dalam BUKU JINGGA ini yang mana mereka namakan sebagai dasar bersama.

Dasar Bersama adalah berlandaskan 4 kerangka asas iaitu:

1. Demokrasi yang telus dan tulen untuk memperkasakan ketuanan rakyat;
-  Kebebasan untuk meliwat lebih ramai mat jambu seperti Adam Adli. Dan bertuankan seorang Pakar Liwat. Lebih-lebih lagi dalam HUDUD PAS menghalalkan seorang suami meliwat isteri. BACA SINI.

2. Memacu ekonomi berprestasi tinggi yang mampan untuk menjana kemakmuran dan  kebajikan kepada semua secara adil;
- Memacu ekonomi dengan pertumbuhan lebih banyak pusat urut, pusat pelacuran, pusat gay dan segala yang sewaktu dengannya. 

3. Keadilan sosial bagi menjamin pembangunan insan secara menyeluruh; dan
- Keadilan sosial yang PR maksudkan adalah seperti yang berlaku di Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan Kedah. Hak rakyat diketepikan. Nampaknya MB Kedah dah ada kesedaran sekarang ini. 

4. Hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar negara yang adil-setara.
- Dasar luar negara, Dasar pandang YAHUDI. “I support all efforts to protect the security of the state of Israel,”

Halaman 7 di bawah tajuk Hak Rakyat Dinodai, ada menyebutkan kenyataan ini;
Kebebasan rakyat untuk berkumpul dan menyatakan pandangan mereka juga disekat dari pelbagai arah; baik yang melibatkan rapat umum mahupun di laman internet. Ada ura-ura pentadbiran sedia ada mencari jalan untuk mengetatkan kawalan mereka terhadap internet, memandangkan ia satu-satunya jalan yang berkesan menyebarkan maklumat alternatif kepada rakyat. 

Betul ke ada ura-ura pentadbiran sedia ada mengetatkan kawalan terhadap internet? Untuk laman web tak senonoh mungkin benar. Tapi, kata kerajaan nak sekat rakyat dari menggunakan internet, ini tidak benar sama sekali.

Bukankah kerajaan pusat menerusi kerajaan negeri telah menyediakan wi-fi percuma di kawasan tertentu di seluruh negeri. Inikah yang PR katakan sebagai mengetatkan kawalan?

PROGRAM 100 HARI PAKATAN RAKYAT

1. Mereformasikan insititusi SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.

2. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).- Najib dah mansuhkan.

3. Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol. - Lu pikirlah sendiri.

4. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.

5. Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan guru pendidik bangsa.- BN dah buat terlebih dahulu.

6. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan. - Seperti krisis air di Selangor.

7. Menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.- PR lambat pickup, BN dah buat semua ini, kalau ya pun, PR hanya akan mewarisi apa yang BN telah buat.

8. Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.- Perbuatan gila

9. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20%. - Angan-angan mat jenin. Entah-entah semua duit masuk dalam akaun pelaburan Anwar kat Israel.

10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.

p/s: agaknya lah, 100 hari PR memerintah akan dijalankan PRU14 kerana kerajaan PR dah bengkrap. 100 hari nak buat semua 10 perkara di atas? Agaknya mereka masih lagi leka berseronok meraikan kejayaan dalam PRU.

Adv

Nuffnang 2