KUALA LUMPUR 26 Jan. - Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar melantik
pakar forensik antarabangsa untuk menganalisis rakaman video seks yang
didakwa membabitkan Ketua Pembangkang itu seperti didedahkan kepada
media pada 21 Mac tahun lalu.
 |
| Gambar Hiasan : Tapi macam kenal |
Cabaran itu dibuat oleh salah seorang ‘Trio Datuk T’, Datuk Shuib
Lazim, 70, bertujuan menentukan bahawa Anwar bukan pelaku di dalam
rakaman video tersebut.
Shuib berkata, sekiranya pihak forensik antarabangsa mendapati
pelaku itu terbukti bukannya Anwar, ketua pembangkang itu perlu segera
menyaman ‘Trio Datuk T’ yang terdiri daripada beliau sendiri, Tan Sri
Abdul Rahim Thamby Chik dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.
Ujarnya, di dalam mahkamah kelak mereka bersedia memberi keterangan
termasuk menayangkan rakaman video yang dikatakan lebih dahsyat berlaku
di Thailand pada 12 dan 13 Januari 2011.
Sumber: Youtube
‘‘Saya sendiri telah menonton rakaman video ini selepas diberikan
oleh Datuk Eskay. Saya percaya Datuk Eskay sedia membuat pendedahan
mengenai rakaman video ini di dalam mahkamah jika Anwar bertindak
menyaman kami.
‘‘Kami sedia untuk membongkarkan perkara ini demi kebenaran. Kami
sedia berbuat demikian demi masa depan dan nasib rakyat negara ini,’’
katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan kenyataan bekas Ketua Angkatan
Muda Keadilan (AMK), Senator Ezam Mohd. Noor yang Anwar tidak berani
menyaman individu seperti Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Datuk S.
Nallakaruppan dan Ummi Hafilda Ali walaupun ketiga-tiga mereka telah
secara terbuka mendedahkan kesalahan moral Ketua Pembangkang itu.
Ezam berkata, ini kerana Anwar sendiri tahu dakwaan mereka adalah
benar dan banyak lagi ‘pekung’ akan dibuka sekiranya kes dibawa ke
mahkamah.
Shuib berkata, beliau bersama dua rakannya itu sehingga hari ini
sebenarnya masih menunggu untuk menerima tindakan saman daripada Anwar.
‘‘Anwar nampak sangat tidak berani menyaman rakan-rakan yang pernah
rapat dengannya. Anwar hanya setakat berani saman akhbar Utusan Malaysia
sahaja.
‘‘Mengapa saman Utusan Malaysia. Jika rasa hebat samanlah kami, sebab
kami yang pernah mendedahkan rakaman video yang didakwa membabitkan
dirinya,’’ katanya lagi.
Mengenai rakaman video di Thailand yang dikatakan berlaku lebih
dahsyat, Shuib mencabar Anwar untuk menyatakan di manakah Penasihat
Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berada pada tarikh 12 dan 13 Januari
2011.
‘‘Cuba periksa pasportnya di manakah Anwar berada pada ketika itu.
Cuba tanya isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di mana Anwar
pada masa itu,’’ katanya lagi.
Dalam pada itu Shuib satu masa dahulu pernah bersahabat rapat dengan
Anwar berkata, Ketua Pembangkang itu tidak perlu takut untuk bertindak
menyaman ‘Trio Datuk T’ jika merasakan beliau berada di pihak yang
benar.
Sumber:
Utusan Online